Sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa sebab. Bila bersebab, baru lah sesuatu akan terjadi. Sebab apa rezeki tidak datang?
1. Kerana…
kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada. Tidak kira kecil mana kelebihan yang kita ada, perlu tanamkan rasa kesyukuran atas rezeki yang kecil itu.
2. Kerana…
kita selalu dalam keadaan sedih, risau, takut dan perasaan-perasaan negatif lain. Perasaan ini akan memakan diri sendiri untuk terus diselubungi kegusaran fikiran. Bila minda tertutup, tindakan positif akan terhenti.
3. Kerana…
kita egokan diri kita dan fikirkan kita tidak mahu belajar dan terima teguran. Kita fikir kita telah tahu segalanya dan tidak perlu menambah ilmu. Rezeki tidak akan datang tanpa ilmu.
4. Kerana…
kita sombong pada manusia, dan makhluk Allah termasuk haiwan. Sifat sombong dan tidak menghormati yang lain tidak kira pangkat atau darjat.
5. Kerana…
kita enggan membantu mereka yang memerlukan tetapi mengharap orang laun membantu kita. Bila kita membantu seorang, sebenarnya 10 lagi akan membantu kita.
6. Kerana…
kita mepunyai rasa tamak dan fikirkan kita sahaja berhak untuk terima rezeki bukan orang lain. Perasaan dengki, irihati dan benci melihat rezeki orang lain akan menutup rezeki kita.
7. Kerana…
kita sombong dan lupakan suruhan Allah swt dan tidak meminta dariNya, kerana Allah sahaja lah pemberi rezeki yang utama dan bukan manusia.
Pastinya ada sebab mengapa rezeki tidak datang kepada kita. Tanggungjawab diri adalah untuk sentiasa muhasabah diri sentiasa dan lihat bagaimana kita boleh perbaiki diri supaya mudah rezeki akan datang InshaaAllah!
Anda pemilik perniagaan? Sekiranya anda ingin mengembangkan perniagaan anda, tetapi mengalami kesukaran, sertai bersama saya, Irfan Khairi. Klik di sini untuk maklumat lanjut!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
muhasabah diri..
kadang2 kita terlepas pandang perkara2 yg remeh yg menyebabkan rezeki menjauh dari kita.
Kerana kita sibuk mencari sedangkan rezeki itu sudah ada. Pada sisiNYA. Kita buat apa yang patut supaya DIA bagi rezeki itu kepada kita…