Mencari rezeki, InshaaAllah tidaklah susah. Dengan melakukan perkara-perkara yang dituntut agama, Allah swt menjanjikan pelbagai rezeki kepada kita.
Siang malam, pagi petang mungkin kita telah berusaha sedaya upaya bekerja, tetapi untuk membuka pintu rezeki dengan lebih luas lagi, tidak memerlukan usaha yang terlalu keras.
Lakukan 8 perkara mudah di bawah untuk membuka pintu rezeki…
1. Jangan derhaka pada ibu dan bapa. Selalu doakan dan gembirakan mereka.
2. Jangan bergaduh bersama saudara mara. Malah, eratkan silaturahim sesama keluarga.
3. Tunaikan haji apabila mampu. Walaupun duit akan keluar, rezeki akan masuk.
4. Jadikan tabiat menunaikan Solat Sunat Dhuha. Terbaiknya ketika matahari sedang naik selepas Syuruk.
5. Mulakan usaha dan kerja selepas solat Subuh. Jangan pula sambung tidur.
6. Amalkan surah Al Waqiah. Sabda Rasulullah SAW, ia adalah surah kekayaan yang perlu dibaca dan diajar kepada anak-anak.
7. Rezeki datang bila berkahwin. Jangan dilewat-lewatkan mendirikan rumah tangga.
8. … Dan apabila mendirikan rumah tangga, anak-anak juga akan membuka pelbagai pintu rezeki untuk keluarga!
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya” ~ Surah At-Talaq ayat 2-3
PS: Ketika ekonomi down kini, khusus bagi usahawan, mungkin ternampak kekurangan rezeki dalam perniagaan. Sekiranya ini berlaku di mana GST dan kejatuhan ekonomi memberi kesan kepada perniagaan anda, klik di sini.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Salam sejahtera Sifu, maaf menggangu. sy dh setahun dlm bidang marketing tp masaalah sy sy sukar utk tarik minat prospect utk reply msj2 saya. boleh sifu bantu saya dalam hal ini.FB saya Mimi Haniza. terima kasih sifu
Memang benar tuan. Itu semua pintu-pintu masuk ya rezeki. Cuma sebagai ingatan bersama ianya bukan semudah mantera, “Zam-zam ala kazam” . Ianya perlu diiringi dengan kerja keras. Sepertimana yang tuan lalui. Ada yang salah faham dan mengadu , saya sudah baca dan amal semua itu tapi rezki tak bertambah. Yang disuruh bukan semata amal petua2 tapi didahului dengan bekerja dan berusaha.