cara untuk bangun

3 Cara untuk bangun SELEPAS GAGAL!

Kegagalan adalah sesuatu yang biasa terjadi. Yang membaca blog ini pun pastinya pernah merasai kegagalan. Bila gagal, berbagai-bagai nasihat yang kita dengar dari orang keliling, ada yang positif, ada juga yang negatif. Yang positif tu, bagus lah, kerana lagi menguatkan semangat kita.

Tapi ada juga yang negatif “Haaaa… kan aku dah kata, sure gagal punya. Nampak sekarang apa dah jadi” Gitu la lebih kurang suara-suara negatif yang tak membantu langsung.

bangungagal

Tetapi, lebih berat diri kita sendiri yang menanggung kegagalan adakalanya sehingga tak terkata terduduk diam membisu. Sememangnya semangat telah hilang dan tiada tenaga lagi untuk meneruskan kerana kita telah melakukan sebaiknya tetapi tetap gagal juga.

Perkongsian saya kali ini, saya ingin kongsikan 3 langkah apa yang perlu dilakukan sekiranya gagal. Kerana, diri saya sendiri juga pernah gagal… berkali-kali juga.

1. Bersyukur dengan pencapaian yang sedikit

Apabila kita berusaha, dan gagal juga, mungkin yang gagalnya adalah matlamat yang besar, ataupun keputusan yang akhir. Tetapi, fikirkan dan ingat semula pencapaian-pencapaian yang kecil dalam usaha yang telah dilakukan. Tentunya terdapat capaian yang kecil.

Mungkin sasaran hendak mencapai jualan RM5,000. Tetapi, berjaya hanya dapat RM500 sahaja. Gagal dalam mencapai sasaran, tetapi tidak gagal dalam berusaha. Bersyukur dengan pencapaian yang diperolehi oleh kerana rasa bersyukur itu adalah nikmat yang akan menjadikan kita lebih berusaha dengan baik dan bukan berputus asa.

2. Tetap berfikir positif tetapi lebih realistik

Bila gagal, berbagai-bagai perasaan negatif akan datang. Dikala inilah agak sukar untuk bangun semula. Penuhi minda dengan fikiran-fikiran yang positif sentiasa. Ia amat sukar, oleh kerana berfikir negatif adalah jauh lebih mudah.

Namun, perlu berusaha dan cuba juga. Berfikir positif adalah satu tabiat yang boleh diamalkan. Pernah tak anda kenali orang berfikir positif selalu? Dan juga pastinya anda pernah terjumpa orang yang berfikir negatif bukan?

Ini kerana, mereka yang berfikir positif sudah mempunyai tabiat berfikir positif selalu. Bagi mereka ianya tidak sukar oleh kerana telah sering berfikir positif. Ianya umpama bersenam. Lebih banyak kita lakukan, lebih sihat tubuh badan kita. Sama juga seperti berfikir positif, lebih banyak kita berfikir positif, lebih mudah untuk kita mengamalkan tabiat positif.

Berfikir positif juga pastikan ianya realistik. Adakah realistik untuk menjadi jutawan dalam masa setahun dua? Pastinya tidak dan amat-amat sukar. Tetapi menjadi jutawan dalam masa 6-8 tahun adalah lebih realistik dan ramai yang berjaya melakukannya.

3. Belajar sentiasa

Selalu fikirkan bahawa apa yang penting adalah proses dan usaha dalam mencapai kejayaan, tidak semestinya keputusan akhir atau matlamat. Ini kerana, kita akan belajar lebih banyak melalui usaha dan proses tersebut walaupun gagal.

Sering saya dengar kisah seorang jutawan yang gagal dalam sesuatu perniagaan. Tetapi, selepas gagal, beliau mulakan perniagaan lain dan terus berjaya pula. Apa yang terjadi di sini adalah dua perkara- gagal boleh terjadi pada sesiapa sahaja, walaupun sudah mempunyai pengalaman.

Tetapi, yang lebih penting adalah, walaupun gagal, beliau tidak putus asa dan menggunakan ilmu dan pengalaman yang dilalui sama ada yang berjaya dan gagal untuk mencapai matlamat yang seterusnya.

Tidak kira di mana kedudukan kita kini, kegagalan adalah pasti. Apa yang penting adalah bagaimana kita menanganinya dan bangun semula untuk berjaya.

*Sekiranya anda pernha gagal dalam perniagaan dan ingin bangun semula, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Melalui modul, dan sokongan serta bimbingan kami, beribu usahawan telah berjaya memulakan perniagaan Internet mereka sendiri dan menjana pendapatan.

Pengambilan terbaru telah pun dibuka. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran segera sebelum tempat dipenuhi.

girls

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

2 thoughts on “3 Cara untuk bangun SELEPAS GAGAL!

  1. Assalamualaikum tuan irfan khairy. Saya baru nak belajar. Boleka saya follow info tuan melalui e mel. T kasih..

  2. Bagaimana cara nk dapatkan modal setelah nama disenarai hitam oleh bank. Adakah sumber / kaedah lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published.