Ketika kesempitan modal pusingan dalam berniaga, pastinya kita akan mempunyai kekurangan bajet untuk pengiklanan berbayar. Dan bila kurang meletakkan iklan, maka kurang pula jualan yang dilakukan. Maka kitaran pun akan berulang semula di mana, amat sukar untuk mengembangkan perniagaan.
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini, ramai usahawan yang dilanda masalah yang serupa, iaitu, apabila kos menjadi semakin mahal, barangan perlu diletakkan harga lebih tinggi, kuasa pelanggan pula kurang mengakibatkan keuntungan perniagaan juga berkurangan.
Dalam mempromosi dan pemasaran perniagaan terdapat cara yang berbayar dan juga cara percuma. Perkongsian saya kali ini adalah untuk kongsikan 3 cara pemasaran percuma yang sangat efektif untuk perniagaan anda.
1. Menggunakan Media Sosial
Menggunakan Media Sosial seperti Facebook dalam promosikan perniagaan adalah sangat efektif. Namun ketika ini, kos iklan Facebook makin hari makin menjadi mahal.
Kaedah menggunakan media sosial seperti Facebook dalam pemasaran adalah dengan membina jenama perniagaan- bukan dengan cara meletakkan iklan secara terus. Sekiranya anda pernah menggunakan Facebook dan meletakkan status berbentuk iklan, pastinya anda lihat “reach” yang berkurangan bukan? Ini adalah antara strategi Facebook untuk menggalakkan usahawan melakukan iklan berbayar untuk meningkatkan reach.
Cara promosi percuma dan efektif di Facebook adalah dengan membina jenama anda dengan menggalakkan interaksi (engagement). Lebih tinggi engagement yang dihasilkan, lebih ramai orang akan dapat melihat jenama perniagaan anda melalui reach yang tinggi- dan bukan status berbentuk iklan.
Perbanyakkan posting yang meningkatkan reach anda dan ini akan meningkatkan juga jualan untuk perniagaan anda secara percuma. Tidak lagi menggunakan iklan Facebook berbayar!
2. Menggunakan Enjin Pencari
Ketika ekonomi down, pengguna adalah lebih berhati-hati dalam melakukan belian. Ramai akan melakukan research dan survey terlebih dahulu sebelum membuat keputusan belian. Google akan menjadi platform utama dalam melakukan carian/survey/research mereka sebelum membuat belian.
Tahukah anda terdapat cara membawa laman web anda ke hadapan enjin pencari tanpa perlu menggunakan iklan berbayar seperti Adwords? Caranya dikenali sebagai SEO (Search Engine Optimization), iaitu, dengan memenuhi ciri-ciri laman web yang disukai oleh SEO dan Google, laman web anda akan terpapar di muka surat hadapan enjin pencari secara percuma.
Perniagaan anda boleh mendapat beratus atau beribu prospek setiap hari secara percuma tanpa kos pengiklanan apabila bakal pelanggan melakukan apa sahaja carian di Google yang berkenaan dengan industri anda. Bayangkan berapa ribu orang melakukan carian “turunkan berat badan” di Google, dan laman anda yang menjual produk kesihatan keluar di muka surat pertama Google. Itulah kehebatan SEO!
3. Menggunakan Publisiti di media cetak dan TV
Pastinya anda pernah lihat kisah-kisah perniagaan dan usahawan terpapar di media seperti akhbar, majalah, TV dan juga radio bukan? Ya, sesetengah yang terpapar adalah iklan berbayar di mana usahawan perlu mengeluarkan modal untuk mempromosikan perniagaan mereka melalui iklan atau advertorial.
Namun sebenarnya ramai juga yang mendapat paparan secara percuma di media-media apabila menggunakan pendekatan yang betul. Media seperti majalah, akhbar dan TV akan memaparkan kisah-kisah yang ‘newsworthy’ untuk dikongsikan, dan sekiranya, anda atau perniagaan anda menggunakan pendekatan yang betul, tidak mustahil untuk anda juga dipaparkan secara percuma di media-media ini- publisiti percuma.
Syarikat-syarikat besar banyak menggunakan pendekatan ini. Perniagaan kecil juga boleh melakukannya. Apa yang terbaik adalah, apabila mendapat publisiti media, keyakinan dan kredibiliti orang ramai terhadap perniagaan anda juga akan meningkat!
Di atas adalah 3 cara promosi dan pemasaran percuma yang anda boleh lakukan untuk perniagaan anda. Ia tidak menggunakan sebarang kos, namun ianya sangat efektif sekiranya dilakukan dengan betul.
Tidak kira keadaan ekonomi dan politik negara, usaha kita untuk diri dan keluarga perlu diteruskan juga. Sama ada berniaga atau mempunyai kerier, waktu inilah perlu berusaha lebih lagi untuk memperkukuhkan kewangan perniagaan anda kerana tanggungjawab jatuh pada diri sendiri dan bukan pada pihak lain.
Sekiranya anda ingin pelajari cara-cara percuma di atas dan langkah demi langkah bagaimana hendak mendapat publisiti dan promosi secara percuma dan melipatkali gandakan pendapatan perniagaan anda, klik di sini untuk maklumat lanjut.
Seminar Perniagaan Popular, bersama saya, Irfan Khairi atas permintaan ramai ingin tahu bagaimana perniagaan saya, dan ramai lagi pelajar-pelajar kelas advance saya berjaya memperolehi pelanggan-pelanggan tanpa sebarang kos pengiklanan. Pastinya kaedah ini juga dapat membantu perniagaan anda! Klik di sini atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 (waktu pejabat)
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Assalamu’alaikum tuan Irfan Khairy,
Sy nk tuan jd mentor sy, then sy sbg khadam tuan, boleh tuan?:-)…
Esok pg InsyaAllah sy akan cuba call office tuan, harap dapat bercakap dengan tuan, InshaAllah…
Rgds,
Al faqir
Ismail Bin Shahruddin.
#Samagagah Asnaf Foyn
saya suka berniaga kek, roti, dan pastri serta kuih muoh tradisional dan moden, Saya masih buntu nak letak nama apa. mohon tuan bg pendapat
Percuma dan berbayar ada kelebihan masing2.
Tapi teknik yang percuma ramai orang suka..