Category Archives: Tip Perniagaan

Dari Dubai ke KL. Jumpa anda RABU INI!

Beberapa hari sahaja lagi saya akan pulang ke Malaysia sementara untuk mengendalikan pengambilan/intake terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial! Tak sabar untuk pulang ke Malaysia untuk bersama pelajar-pelajar baru dan juga melihat HUJAN.

Bukan kumpulan hujan… tetapi, hujan. Ya yang dari langit.

Di Dubai sini, hujang sangatlah jarang. Tersangat jarang lebih kurang beberapa jam sahaja hujan dalam masa SATU TAHUN. Bukan sehari!

Tetapi mengapa pula kalau tak banyak hujan, Dubai akan banjir sebegini macam Malaysia!?

Kisah benarnya adalah…

Memang Dubai jarang sangat hujan. Dan oleh kerana itu, longkang-longkang untuk pengaliran air jika hujan tidak di bina! Memang tiada longkang di Dubai. Oleh sebab itulah bila hujan walaupun setahun sekali dan beberapa jam sahaja, sesetengah tempat akan mengalami banjir oleh kerana tiada sistem longkang!

Apa taknya, Dubai adalah bandaraya yang dibina di tengah-tengah padang pasir. Buat apa ada longkang.

Namun begitu, perkembangan Dubai adalah agak drastik. Sering kita lihat gambar atau video Dubai melalui internet atau movies seperti Mission Impossible, Geostorm, Independence Day dan sebagainnya, sebagai bandaraya yang maju dan hebat, namun, perkembangan kehebatan tersebut bermula tidak begitu lama.

Lihat sahaja gambar di bawah. Dalam masa kurang 30 tahun, perkembangan Dubai adalah agak pesat dalam jangka masa yang pendek.

Bagi saya, ianya sangat memberi inspirasi bagaimana dalam jangka masa yang singkat itu, Dubai telah berkembang menjadi bandaraya yang dilihat kini! Buat saya terfikir. Bagaimana pula 10 tahun yang akan datang?

Mungkin seperti gambar ini seperti dalam movie science fiction?…

Namun begitu, beberapa hari sahaja lagi saya akan pulang ke Kuala Lumpur buat sementara waktu untuk kendalikan Program Intensif Perniagaan Internet dan Strtaegi Media Sosial yang akan bermula pada 19hb Ogos 2018.

Sebelum itu, suka ingin saya jemput anda ke sesi preview percuma yang akan diadakan pada hari RABU ini. Terdapat 2 sesi preview yang akan dikendalikan, iaitu sesi PAGI dan sesi MALAM.

Bagi anda yang ingin berjumpa dengan saya, apa kata booking tempat anda untuk sesi preview ini sekarang. Sila pilih waktu yang sesuai untuk anda dengan cara klik pada link di bawah:

SESI PAGI, Rabu 15hb OGOS. 10.30 pagi –  12.15 tengah hari.
Klik di sini: https://business.facebook.com/events/259683747973117/

SESI MALAM, Rabu 12hb OGOS. 9.00 malam – 10.45 malam:
Klik di sini: https://business.facebook.com/events/229994054372211/

 

Adakah ianya TERLEWAT untuk mulakan perniagaan Internet?

Internet telah bermula sejak era 90-an lagi. Sejak itu, hingga kini, hampir 30 tahun telah berlalu. Semakin lama semakin tepu kita lihat perniagaan di Internet dengan pelbagai perniagaan seperti menjual tudung, produk kesihatan, cookies, jubah, dan macam-macam lagi yang bersaing dengan sengit.

“Internet ni sudah tepu”

Pernah saya dengar keluhan seseorang yang memikirkan untuk memulakan perniagaan. Dan sambungnya lagi…

“Dulu-dulu, tak ramai pesaingan, menjalankan perniagaan adalah mudah. Kini pesaingan ramai, sangat sukar untuk berjaya berniaga di Internet!”

Jadi soalannya, adakah ianya terlewat untuk memulakan perniagaan di Internet kini?

Jawapannya adalah TIDAK.

Dan sebabnya adalah berikut…

1. Ianya tidak terlewat oleh kerana internet juga berubah!

Dunia internet berubah sejak 30 tahun dahulu. Sekiranya dulu, apa yang popular adalah Altavista, Lycos, Infoseek, Netscape. Kesemua itu adalah enjin pencari seperti Google kini.

Tak lama dulu agak popular FourSquared, MySpace dan Friendster, namun kini Facebook dan Instagram mendominasi media sosial.

Meerkat dan Periscope tidak sempat pula menjadi popular di Malaysia oleh kerana Facebook Live dan Instagram Live mendapat perhatian lebih di Malaysia.

Jika dilihat, internet akan berubah dari tahun ke tahun. Ianya tidak sama seperti dulu. Selang 3-4 tahun, trend dan platform baru akan bermula atau akan berubah.

Oleh kerana trend di Internet berubah dari masa ke semasa, ini sebenarnya memberi peluang kepada sesiapa sahaja memulakan perniagaan di Internet pada bila-bila masa sahaja oleh kerana internet tidak sama seperti sebelum ini.

Pelajari ilmu baru dan platfom baru di Internet untuk sentiasa kompetetif dikalangan pesaing-pesaing anda.

Internet berubah. Oleh itu, anda juga perlu berubah dan mulakan sekarang!

2. Ianya tidak terlewat oleh kerana platfom juga bertambah!

“Dulu-dulu, tak ramai pesaingan, menjalankan perniagaan adalah mudah.”

Kata-kata itu hanya separuh benar. Memang benar dulu tak ramai pesaing. Tetapi, dulu menjalankan perniagaan internet tidaklah mudah.

Antara sebabnya adalah, dulu, platfom tidak banyak. Dulu tiada Facebook, tiada Instagram, tiada YouTube, tiada Google. Dulu juga tidak ramai pengguna Internet

  • Pada tahun 2000 hanya 350juta pengguna Internet
  • Pada tahun 2010 hanya 2 bilion pengguna Internet
  • Kini tahun 2018 sudah 4 bilion pengguna Internet

Oleh kerana platform di internet semakin bertambah, dan pengguna internet berganda dua kali sejak lebih 10 tahun lalu, ini menunjukkan bahawa pasaran kini adalah semakin luas berbanding dengan dulu.

Ketika ini, semakin banyak platfom, semakin ramai pengguna, oleh itu, semakin banyak peluang!

3. Ilmu dan pengetahuan yang bertambah!

Kini, ilmu perniagaan internet semakin bertambah. Kisah kejayaan usahawan-usahawan online juga sering kita dengar. Apatah lagi zaman ini, keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap internet dalah tinggi, tidak seperti dulu.

Dulu, tahun 2005 ketika saya mula mengajar pernigaan Internet, ramai yang mengatakan ianya SCAM dan SPAM. Perniagaan Internet adalah skim cepat kaya.

Kepercayaan terhadap transaksi online 10, 20 tahun lalu, adalah sangat rendah berbanding dengan kini.

Oleh kerana internet kini telah menjadi gaya hidup, maka ianya adalah waktu terbaik untuk memulakan perniagaan di Internet.

Tidak kira apa pun sebabnya, jangan jadikan alasan “terlewat” untuk anda tidak memulakan perniagaan di internet. Ini kerana, untuk mencari alasan, memang 1001 alasan boleh dicari untuk tidak berubah dan mulakan sesuatu.

Tetapi, kita hanya perlu satu sahaja sebab untuk kita mengubahkan hidup kita dan mulakan perniagaan tanpa melengah-lengahkan masa lagi sebelum ianya benar-benar terlewat!

10 IDEA Cara Bersaing dalam Perniagaan

Tidak kira apa sahaja perniagaan yang dijalankan, pastinya ada pesaing. Pesaingan adalah lumrah dalam perniagaan. Nak tak nak, memang perlu berhadapan dengan pesaing.

Berikut adalah 10 idea untuk bersaing dan mendapat pasaran yang lebih besar dari pesaing anda.

1. Bina jenama. Jenama perniagaan anda adalah apa yang dapat membezakan anda dan pesaing. Lihat sahaja jenama-jenama yang terkenal. Mereka umpama tidak perlu bersaing oleh kerana orang ramai telah sedia mengenali perniagaan tersebut dan dapat membezakan mereka dan pesaing yang lain.

2. Tambah teknik pemasaran. Jangan hanya bersaing pada satu atau dua teknik sahaja. Kebanyakan pesaing anda hanya menggunakan satu atau dua teknik. Sekiranya anda menggunakan 5 atau 6 strategi pemasaran, pastinya anda telah melakukan lebih kaedah pemasaran dari pesaing dan akan dapat pasaran yang lebih besar.

3. Perkhidmatan yang lebih pantas dari pesaing. Zaman ini, matawang yang amat penting adalah kepantasan. Orang ramai mahukan sesuatu dengan pantas. Sekiranya anda dapat memberi kepantasan kepada prospek dan pelanggan anda, maka anda akan menjadi pilihan utama dari pesaing anda.

4. Beri nilai yang lebih. Pastinya kini prospek akan melakukan survey dikalangan anda dan pesaing-pesaing anda sebelum membuat keputusan membeli. Sekiranya anda dapat memberi nilai yang lebih, atau added value lebih dari pesaing anda, lebih mudah mengubah prospek menjadi pembeli.

5. Usaha lebih. Dunia perniagaan adalah adil. Mereka yang berusaha lebih, pastinya akan mendapat keputusan yang lebih baik lagi. Mereka yang kurang berusaha, maka kuranglah pulangannya. Tiada jalan pintas dalam kejayaan. Tingkatkan lagi usaha anda.

6. Pantas dalam menggunakan strategi dan teknik baru. Dunia Internet pantas berubah dan sering kali platform dan kaedah pemasaran baru akan muncul. Ini adalah peluang untuk bersaing. Siapa cepat, dia dapat. Sebagai contoh, baru-baru ini, IGTV (Instagram TV) dilancarkan. Ini adalah peluang untuk perniagaan anda mencuba sesuatu yang baru sebelum pesaing mendapat tapak. Perhatikan teknik, trend dan kaedah pemasaran yang baru apabila ia muncul supaya anda dapat menggunakannya denagn pantas sebelum pesaing anda!

7. Jangan lupa pelanggan sedia ada. Apabila bersaing, kita sering fikirkan untuk mendapat pelanggan-pelanggan baru, dan terkejar-kejar pelanggan baru. Jangan lupa pelanggan sedia ada dan cara bagaimana mendapat jualan berulang dari mereka. Beri perhatian kepada pelanggan-pelanggan sedia ada supaya mereka tidak lari kepada pesaing anda pula.

8. Fikirkan sasaran pasaran yang baru. Mungkin produk dan perkhidmatan yang kita jual sudah mempunyai ramai pesaing, tetapi, fikirkan sasaran pasaran baru yang mungkin diabaikan oleh pesaing kita. Contoh, selama ini kita sasarkan produk kesihatan kita untuk seisi keluarga, namun, kita terlepas pandang sasaran pasaran penasihat-penasihat kecergasan/fitness trainers yang memerlukan produk kesihatan kita untuk pelanggan-pelanggan mereka. Satu sasaran pasaran yang terbuka luas!

9. Rancang masa hadapan perniagaan anda dari sekarang. Kadangkala, kita tersangkut dalam operasi perniagaan seharian dan kita tidak merancang strategi bulan hadapan, 3 bulan akan datang, 6 bulan akan datang dan setahun kemudian. Dengan melakukan perancangan, anda merancang untuk berjaya. Sentiasa 2-3 langkah di hadapan pesaing anda dan fikir masa hadapan. Apakah langkah anda seterusnya?

10. Dapatkan bantuan tambahan! Kesemua cara dan idea di atas saya sampaikan dengan lebih terperinci dan cara melakukannya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi media Sosial yang kini telah melahirkan paling ramai usahawan Internet berjaya di Malaysia. Apa kata luangkan 5 minit masa anda dan dapatkan maklumat lanjut di sini. Program akan bermula tidak lama lagi dan pastikan anda mendapat ilmu, teknik dan strategi untuk bersaing dan sentiasa dihadapan pesaing-pesaing anda!

Jangan takut mulakan perniagaan!

Sememangnya kita manusia, adakalanya mempunyai perasaan takut untuk lakukan sesuatu. Perasaan “takut” atau “fear” mempunyai satu acronym:

F – False
E – Evidence
A – Appear
R – Real

Kita rasakan sesuatu yang tidak wujud dan tidak benar telah menjadi nyata. Takut pada sesuatu yang belum lagi terjadi.

Dalam perniagaan, antara ketakutan yang dihadapi adalah, takut gagal, takut nanti apa pula orang kata dan takut perlu berubah melakukan sesuatu di luar zon selesa.

Takut gagal…

Semua orang takut gagal. Mana tidaknya, kegagalan dikaitkan dengan perasaan stress, down, sedih, kecewa, kalah dan segala-galanya yang negatif. Kita telah di didik sebegitu sejak kecil lagi. Gagal adalah sesuatu yang tidak baik.

Dalam perniagaan, kegagalan itu adalah perkara biasa. Sukar untuk sesuatu perniagaan itu mencapai kejayaan yang hebat sekiranya tidak pernah mengalami kegagalan.

Kegagalan adalah pengajar terbaik untuk mencapai kejayaan. Untuk mencapai sesuatu yang berbaloi, pastinya perlu menghadapi beberapa risiko. Dan kegagalan adalah antara risiko yang perlu dihadapi.

Kejayaan perniagaan tidak ditentukan oleh berapa banyak sijil pendidikan yang kita pegang atau betapa tinggi akademik kita di universiti tempatan mahupun luar negara.

Kejayaan perniagaan ditentukan oleh pengalaman seseorang itu dalam perniagaan. Sebab itulah, ramai usahawan berjaya bukanlah mereka yang berjaya dalam bidang akademik. Tetapi kaya dengan pengalaman perniagaan.

Namun, pengalaman perniagaan ini termasuk juga pengalaman menghadapi kegagalan dalam perniagaan yang akan menjadikan seseorang itu lebiih bijak berniaga. Jangan takut dengan kegagalan oleh kerana ia akan menjadikan anda usahawan yang lebih bijak dan hebat!

Takut apa orang kata…

Sememangnya kita sering fikirkan, apa yang orang kata mengenai kita. Kita sering ingin memuaskan hati orang lain terlebih dahulu sebelum memuaskan hati kita.

Mengapa pula begitu?

Bukankah memulakan perniagaan adalah pilihan dan niat sendiri? Tidak perlu risaukan apa orang kata sekiranya ia hanya melewatkan dan menundakan kita memulakan sesuatu yang kita sendiri inginkan.

Apa bila kita terlalu “self concious” terlalu fikirkan apa yang orang fikirkan mengenai kita, kita seumpama menjalani hidup berdasarkan orang lain. Bukan kemahuan diri kita sendiri. Pada mulanya, mungkin kita akan mendapat kepuasan kerana mendengar kata orang lain. Tetapi lambat laun, ia akan menjadi terlewat dan kita akan menyesal kerana tidak mengikut gerak hati sendiri.

Manusia pastinya mempunyai pelbagai pendapat, idea, komen, kritik dan pemikiran tersendiri. Bukan tugas anda untuk memuaskan hati semua orang sehingga matlamat anda pula tidak tercapai.

Sekiranya niat, pilihan dan matlamat anda adalah untuk memulakan perniagaan, jangan fikirkan apa yang orang akan kata. Anda ingin mencari rezeki tambahan untuk diri anda sendiri dan keluarga anda. Bukan untuk mereka yang mengkritik anda.

Takut tidak selesa…

Berubah memerlukan kita keluar dari zon selesa. Sebagai manusia, kita adalah insan yang mempunyai tabiat. Dan tabiat sering melekat dan berulang-ulang, tidak kira tabiat baik atau buruk.

Tabiat membuatkan kita terperangkap dalam zon selesa. Dan untuk memulakan perniagaan kita perlu keluar dari zon keselesaan tersebut.

Mereka yang berjaya dalam perniagaan juga mempunyai tabiat. Tabiat mereka pula adalah berniaga. Zon selesa mereka adalah menjalankan perniagaan. Untuk TIDAK menjalankan perniagaan, bagi mereka, ianya tidak selesa.

Untuk memulakan perniagaan anda perlu mengubah tabiat anda. Keluar dari zon selesa yang sedia ada. Memang rasa takut, tetapi, itulah yang diperlukan untuk berubah.

Ramai antara mereka yang memulakan perniagaan dan menjalankan perniagaan juga satu ketika dulu perlu membuat keputusan yang sama – keluar dari zon selesa untuk mulakan perniagaan. Ianya adalah langkah pertama untuk berubah.

Satu quote yang berbunyi…

Twenty years from now, you will be more disappointed by the things you did’nt do than by the ones you did do.

Dua puluh tahun dari sekarang, anda akan lebih rasa kecewa dengan apa yang anda tidak lakukan berbanding dengan apa yang anda lakukan.

Selami kata-kata ini.

Jangan pula satu hari nanti kita rasa kecewa kerana tidak memulakan perniagaan yang kita sendiri inginkan.

Cara menjimatkan 80% MASA anda!

Kini, ramai orang inginkan kebebasan waktu. Inginkan waktu tambahan, mungkin untuk diri sendiri, atau bersama keluarga.

Bayangkan sekiranya anda mempunyai lebih banyak masa terluang di rumah bersama keluarga tercinta. Pernahkah anda terfikir alangkah bestnya kalau dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan tidak lagi terkejar-kejar dengan rutin kerja setiap hari?

Dengan menjalankan perniagaan Internet dari rumah, banyak masa dapat dijimatkan untuk bersama keluarga.

Inilah teknik yang digunakan…

Salah satu buku favourite saya oleh penulis Tim Ferriss bertajuk “4 Hour Work Week”, Tim Ferriss menunjukkan bagaimana ramai yang menggunakan teknik ini perlu hanya bekerja 4 jam sahaja dalam masa seminggun dan menjana pendapatan.

Teknik yang ditunjukkan berkaitan dengan konsep Pereto 80-20, di mana 20% dari usaha yang diluangkan akan memberi 80% hasil kerja. Pernahkah anda dengar konsep ini?

Dalam perniagaan Internet, ianya boleh dilakukan melalui “automasi”, iaitu menjalankan perniagaan 80% secara automatik! Dengan cara ini, anda akan dapat menjimatkan banyak masa dan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

Sebagai contoh, apabila menjalankan perniagaan online:

  • Posting Facebook boleh dilakukan secara automatik, menggunakan scheduling
  • Pengiklanan boleh dilakukan secara automatik dan percuma, melalui Search Engine Optimization
  • Penghantaran email yang anda terima ini juga diprogramkan secara automatik, melalui autoresponder
  • Mengubahkan pelawat laman web menjadi pembeli juga menggunakan sales funnel yang automatik- tanpa penglibatan anda!

Dan banyak lagi…

Selain dari menggunakan teknologi/perisian online untuk melakukan automasi seperti di atas, “4 Hour Work Week” juga menyarankan untuk deligasikan kerja melalui “Outsourcing”, iaitu mengupah orang lain melakukan kerja bagi pihak anda apabila perlu.

Kini di Dubai, saya tidak mempunyai pekerja. Tidak seperti syarikat saya di Malaysia, Irfan Khairi Sdn Bhd di mana saya kendalikan program OpenEducation.com.my mengendalikan program-program di sana, dimana saya mempunyai satu organisasi untuk mengembangkan perniagaan.

Di Dubai, saya hanya lakukan secara outsourcing, apabila kerja-kerja tidak menang tangan, saya akan outsource. Dan ini akan membebaskan lagi banyak masa saya.

Dengan mengetahui konsep automasi dan outsourcing ini, 80% perniagaan dapat dijalankan secara automatik tanpa penglibatan pemilik perniagaan- dan inilah yang saya sendiri lakukan supaya dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

Seperti setiap hari adalah hujung minggu!

Ramai antara pelajar kami yang bekerja makan gaji, selepas memulakan perniagaan online dan mempelajari teknik ini, berjaya berhenti kerja dan meluangkan masa di rumah bersama keluarga dan anak-anak.

Sama ada anda belum lagi memiliki perniagaan, atau sudah memiliki perniagaan, teknik-teknik automasi ini pastinya akan dapat menjimatkan lebih banyak masa anda, supaya tidak lagi tekejar-kejar dengan kerja harian. Ini pastinya dapat menjimatkan lebih banyak masa anda.

 

(Update 2019: Selepas menggunakan kaedah outsourcing dan tiada pekerja, kini di Dubai saya juga mempunyai beberapa pekerja untuk membantu menjalankan perniagaan)

5 Cara Bangun dari KEGAGALAN!

Tahukah anda, seorang bayi akan jatuh lebih 240 kali sebelum bayi itu belajar berjalan? Namun bayi tidak putus asa dan terus mencuba bangun dan jalan. Kerana mereka tidak tahu lagi erti putus asa!

Namun, kita sebagai dewasa, sudah faham erti kegagalan, dan akan lebih mudah putus asa. Mungkin kita pernah gagal sebelum ini, atau pengalaman kegagalan sangat berat membuatkan kita lebih mudah putus asa. Dan bila gagal, akan rasa down dan negatif.

Kegagalan adalah lumrah. Kita akan laluinya dari masa ke semasa dalam hidup, sama ada dalam keluarga, kewangan, perniagaan, masyarakat dan apa sahaja.

Berikut adalah 5 cara bagaimana anda boleh bangun dari kegagalan…

1. Ketahui bahawa sesuatu yang berbaloi pastinya tidak mudah!

Untuk mencapai sesuatu yang lebih baik, pastinya ianya tidak mudah. Sesuatu yang tinggi nilainya, pastinya sukar untuk kita capai. Seperti peserta pertandingan olimpik. Untuk mendapat pingat emas, usaha dan tenaga yang diperlukan tentunya berlipat-kali ganda berbanding dengan mereka yang tidak mendapat sebarang pingat- apatah lagi mereka yang tidak layak masuk sukan olimpik! Dan sememangnya ramai!

Untuk menjadi seorang yang hebat dan cemeralang dalam sesuatu ianya pasti sukar dan apabila sukar, pastinya ada kegagalan yang akan ditemui. Sekiranya mencapai kejayaan itu mudah, pastinya ramai dikeliling kita sudah berjaya.

Semua orang inginkan kejayaan, tetapi, tidak semua yang sanggup mencuba dan berusaha seperti anda. Kerana ramai akan ambil keputusan untuk putus asa apabila nampak sedikit kegagalan!

2. Ubah erti kegagalan

Apakah erti kegagalan bagi anda? Adakah gagal apabila anda putus asa? Atau gagal apabila anda tidak mahu lagi mencuba?

Apa kata erti kegagalan adalah apabila anda putus asa!

Selagi anda mahu mencuba dan berusaha, ianya bukan lagi gagal. Ia adalah perjalanan anda untuk mencapai kejayaan. Mana tidaknya, pastinya akan ada sedikit turun naik. Lagi besar yang ingin dicapai, maka lagi besarlah turun dan naiknya. Kalau sikit sahaja ingin di capai, sikit lah turun naiknya.

Pencipta mentol, Thomas Edison yang mencuba sehingga lebih 1,000 kali dalam mencipta mentol sebelum jumpa cara yang menjadi, berkata “Saya tidak gagal dalam mencipta mentol. Saya cuma jumpa 1,000 cara bagaimana ia tidak menjadi!”

3. Join the club!

Baca sahaja kisah-kisah kejayaan, pastinya mereka bermula dari kegagalan. Baru-baru ini saya sering membaca kisah Jack Ma (AliBaba.com), Elon Musk (Tesla & Space X) & pengasas Air B&B, dan kesemuanya pernah megalami kegagalan.

Bukan sahaja gagal, malah, kegagalan yang sangat teruk! Sekiranya anda gagal, anda dikalangan mereka yang kini berjaya. Bukan senang untuk menjadi senang.

Memang akan terasa down, sedih dan negatif, tetapi, perasaan ini juga dilalui oleh mereka yang berjaya kini. Saya sendiri juga sering gagal berkali-kali. Mungkin anda pun tahu perniagaan Internet saya pada tahun pertama hanya berjaya dapat 3 pelanggan sahaja!

3 pelanggan dalam masa satu tahun! So, join the club!

4. Belajar dari kegagalan

Sememangnya cliche dan sering kita dengar “Belajar dari kegagalan!”. Memang benar pun.

Kegagalan adalah guru terbaik. Ianya pahit untuk ditelan, tetapi seperti ubat, ianya adalah untuk kebaikan kita juga. Lebih banyak yang akan dipelajari dari kegagalan berbanding dengan kejayaan. Sebab ini juga, mereka yang sangat berjaya dalam bidang mereka pernah melalui kegagalan yang teruk sebelum ini.

Kegagalan akan mengajar kita pelbagai perkara, sekiranya….

Kita sanggup buka mata dan fikiran pada ilmu-ilmu di sebalik kegagalan tersebut. Jangan ego. Pastinya ada ilmu yang sangat berharga!

5. Jangan tunggu lama-lama!

Teruskan sahaja! Lakukan sesuatu yang baru dan jangan terlalu fikirkan kegagalan tersebut. Lagi lama anda fikirkan tentang kegagalan itu, lagi besar masalahnya dan lagi sedih anda akan jadi.

Yang lepas, biarkan sahaja sudah lepas. Ambil ilmu yang dipelajari dan cepat-cepat lakukan sesuatu. Sekiranya kita hanya fikirkan kegagalan itu tanpa melakukan apa-apa, kita akan menjadi lebih sedih, down, stress, marah dan banyak lagi fikiran-fikiran negatif akan melanda diri. Dan ini akan membuatkan lagi kita untuk putus asa.

Jangan fikirkan masalah, tetapi fikirkan penyelesaian. Dalam keadaan gagal, anda perlu dengan cepat dapatkan semula fikiran-fikiran positif ini. Tak salah untuk sedih dan rasa down. Tetapi, sekejap sahaja. Cepat-cepat keluar dari keadaan ini dan anda akan mendapat momentum anda semula!

Kegagalan adalah sesuatu yang biasa. Jika tanya pada saya yang sudah 18 tahun berpengalaman perniagaan, gagal itu adalah lumrah. Sudah berkali-kali jumpa kegagalan.

Namun, seperti seorang bayi yang mencuba lebih 240 kali sebelum pandai berjalan, kita juga perlu mempunyai mindest – tidak tahu apa ertinya gagal!

 

 

 

 

 

Trend Perniagaan Internet TERBARU – IGTV?!

Sekiranya anda mengikuti saya di Facebook LIVE, dan email ini sejak beberapa bulan yang lepas, sering saya ulang berkali-kali bahawa…

“Jangan hanya fokus pada Facebook dan Instagram dalam pemasaran online.”

Dan saya sering tekankan betapa pentingnya PEMASARAN VIDEO dan memberi beberapa statistik dari majalah Forbes kepada anda:

1. 90% pelanggan membuat keputusan belian melalui video
2. 80% isi kandungan Internet adalah video menjelang 2019
3. 76% mengatakan video telah meningkatkan prospek

Ya, berbulan-bulan saya telah sebutkan bahawa jangan hanya fokus pada Facebook dan Instagram dalam pemasaran.

Dan beberapa hari lepas…

Pelancaran platfom video baru IGTV beberapa hari lepas oleh Instagram

Instagram & Facebook (syarikat yang sama) telah melancarkan satu platform baru iaitu: IGTV!

IGTV adalah platform video dibawah Instagram yang memberi fokus pada VIDEO SAHAJA. Ia merupakan platform terbaru untuk bersaing dengan YOUTUBE (platform video yang paling popular). IGTV, Facebook Video dan YouTube akan mendominasi platform video di Internet.

Mengapa ini penting kepada usahawan?

Ia merupakan bukti lagi bahawa pemasaran video adalah masa hadapan dalam strategi perniagaan di Internet. Ia adalah trend terkini. Jika tidak, mengapa Instagram melancarkan IGTV untuk bersaing dengan YouTube bukan?

Apa yang anda perlu tahu mengenai IGTV?

IGTV berfungsi hampir sama seperti YouTube, di mana video-video yang dihasilkan oleh sesiapa sahaja (content creators) boleh di upload ke channel video masing-masing, iaitu akaun Instagram atau IGTV anda.

Ianya boleh di akses melalui…

1. App khas IGTV– anda boleh download app IGTV melalui PlayStore atau AppStore
2. Melalui Instagram sedia ada anda, di bahagian atas sekali ada ikon IGTV (berbentuk TV)

Walaupun sama, tapi tak serupa dengan YouTube di mana perbezaan ketara IGTV adalah video-video yang diupload adalah sebaiknya secara menegak/vertical atau potrait, dan bukan landscape/horizontal.

Video-video di IGTV adalah menegak!

Ini kerana, IGTV mendapati lebih ramai orang mengambil dan menonton video secara menegak pada zaman online video kini. Mungkin agak janggal kepada pengguna pada awal menonoton dan menyunting kesemua video secara menegak, namun, kita lihat sama ada IGTV pada masa hadapan akan memberi kemudahan video berformatkan landscape/horizontal pada masa hadapan.

Pendapat saya mengenai IGTV untuk usahawan…

Pada tahun 2015, Facebook LIVE bermula. Dan sejurus ianya bermula, saya terus menggunakannya. Ini kerana, Facebook adalah syarikat gergasi di Internet dan saya tahu, apabila mereka melancarkan sesuatu, pastinya mereka akan mempromosinya!

Kini 2018, IGTV pula bermula! Adakah saya akan menggunakannya? Jawapannya adalah YA!

Sering saya nasihatkan usahawan online, “Don’t put all eggs in one basket”. Bererti, jangan hanya fokus pada satu atau dua teknik dan strategi di Internet sahaja. Sekiranya kita hanya fokus pada satu atau dua teknik sahaja, dan teknik tersebut tidak menjadi, ia akan memeberi kesan buruk kepada perniagaan kita. Sekadar contoh, mereka yang hanya fokus pada Facebook Ads mendapati makin lama, makin mahal iklan Facebook Ads. Tidak seperti dulu.

Gunakan pelbagai teknik. Apabila menggunakan pelbagai teknik dan strategi di Internet, peluang berjaya adalah lebih tinggi.

Sama seperti pelabur saham, di mana pelabur yang bijak akan melabur wang mereka pada pelbagai portfolio pelaburan. Bukan hanya pada 1 atau 2. Sama seperti pelabur hartanah. Pelabur hartanah yang berjaya mempunyai banyak tanah di beberapa lokasi. Bukan hanya satu hartanah di satu lokasi. Mereka “diversify”.

Menggunakan teknik “diversify” ini, akan meningkatkan lagi kebarangkalian untuk berjaya. Sekiranya satu saham atau satu tanah tidak memberi pulangan (atau rugi), saham dan tanah yang lain akan memberi keuntungan.

Begitulah juga dengan teknik dan strategi perniagaan Internet. Sebab itulah dalam program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya, saya tidak hanya tekankan satu atau dua teknik pemasaran, tetapi pelbagai teknik dan strategi pemasaran dan penjenamaan untuk meningkatkan jualan produk atau perkhidmatan. Klik di sini sekiranya ingin sertai.

Ramai usahawan yang berjaya melalui program bersama saya ini juga adalah kerana mereka tidak “put all eggs in one basket!” dan diversify teknik dan strategi perniagaan mereka.

IGTV adalah platform terbaru untuk pemasaran dan membina jenama melalui video. Ia merupakan satu lagi peluang untuk pemilik perniagaan.

Saya telah memulakan Channel IGTV saya. Cari saya di Irfan_Khairi dan follow saya di Instagram! Anda akan mendapat video-video IGTV saya yang akan datang di mana saya kongsikan tip-tip ringkas, padat dan pantas untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda!

Follow saya di IGTV ya!

Cara selesaikan hutang! (*dengan lebih pantas)

Alhamdulillah, baru sahaja kita menyambut Aidilfitri, ramai yang pulang je
kampung halaman. Ada juga yang beraya di bandar. Tidak kira mana sahaja,
mudahan anda telah menyambut hari raya dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan
bersama keluarga!

Baru-baru ini saya membaca berita dan laporan tentang hutang pengguna meningkat
di musim perayaan, ada yang berhutang kad kredit, berhutang dengan rakan-rakan
dan keluarga, ada juga sehingga berhutang dengan pemberi hutang tidak berlesen!

Memang benar, sekiranya hutang keliling pinggang, bagaimana hendak rasa
gembira. Saya sendiri satu ketika dulu pernah merasa bebanan hutang. Memang
tidak menggembirakan!

Tetapi, memang tidak dapat dibantu dengan pelbagai kos yang semakin tinggi
termasuk dua hutang terbesar, iaitu rumah dan kereta. Lebih-lebih lagi, ketika
musim perayaan, ada yang terpaksa menambahkan hutang mengikut laporan berita
tersebut.

Sering kita beringat kos bulanan seperti bayaran kereta, rumah dan bil-bil yang
lain. Namun, terlupa untuk meletakkan bajet kos-kos tahunan seperti musim
perayaan, musim anak-anak mula sekolah, dan juga musim cuti. Sekiranya kewangan
kita kurang stabil dan sentiasa terasa seakan-akan mengejar bayaran kos hidup
setiap bulan, maka…

Ianya belum terlewat!

Sebenarnya, ianya belum terlewat untuk menguruskan kewangan kita tidak kira di
mana pun tahap bebanan wang atau hutang. Bulan Syawal, bulan mulia kita perlu
yakin dengan rezeki dan keberkatan.

Bagi mereka yang dalam tekanan hutang, saya sering nasihatkan untuk redha
dengan keadaan kewangan, namun tetap perlu usaha untuk mendapat rezeki yang
diberkati- walaupun sedikit, ia pastinya dapat membantu kewangan.

Ramai yang bercadang untuk mulakan perniagaan untuk melunaskan hutang dan
menjana pendapatan yang tinggi seperti mana yang sering digembar-gemburkan di
Internet tentang peluang menjana pendapatan yang lumayan sana sini.

Namun, peringatan saya untuk anda dan juga diri saya sendiri, rezeki, biarlah
sedikit tetapi biarlah berkat. Tidak semestinya matlamat kita hendak jadi
jutawan atau hartawan. Tidak semestinya pendapatan kita perlu berpuluh ribu
ringgit.

Sekiranya pendapatan perniagaan kita berpuluh ringgit, beratus ringgit atau
seribu dua ringgit pun, asalkan ianya berkat, itu yang penting.

Bayangkan, tidak kira apa sahaja pendapatan anda kini, sama ada pendapatan gaji
bulanan atau melalui perniagaan, sekiranya anda menjana pendapatan tambahan
katakan RM1,000-RM2,000 sebulan dari perniagaan sambilan. Adakah RM1,000-
RM2,000 itu akan membantu kewangan anda dan membantu sedikit demi sedikit
melangsaikan hutang anda?

Pastinya YA.

Memang ada yang menjana pendapatan berpuluh ribu ringgit, beratus ribu ringgit
dan menjadi jutawan di Internet. Tetapi, sering saya tekankan, biarlah mula
dengan sedikit, asalkan ia dengan niat yang betul dan berkat.

Rezeki, kalau banyak macam mana pun dan tak berkat, kita akan rasa tidak cukup.
Hutang tidak akan berkurang, malah bertambah lagi dan jiwa pula tidak tenteram.
Betul tak?

Tetapi, rezeki, walaupun sedikit dan kita terima dengan penuh kesyukuran,
InshaAllah akan sangat mudah untuk kita melangsaikan segala hutang dan
memperbaiki keadaan kewangan kita. Percayalah!

Nasihat saya kepada mereka yang ingin memperbaiki keadaan kewangan, tidak kira
untuk merdekakan diri dari hutang, atau perbaiki keadaan kewangan keluarga…

Ambil langkah sedikit demi sedikit. Take it one step at a time!

Anda perlu perancangan & strategi

Dalam kewangan, perancangan dan strategi adalah penting. Apakah perancangan dan
strategi anda?

Pertama, adalah apa yang dikenali sebagai “multiple streams of income”, ataupun
aliran pendapatan berganda.

Antara sebab mengapa kewangan menjadi kurang stabil, jawapan mudahnya adalah,
pendapatan yang kita dapat kini tidak mencukupi, atau hanya cukup-cukup makan.
Apa yang diperlukan adalah pendapatan tambahan.

Zaman ini, jangan hanya bergantung kepada 1 atau 2 pendapatan sahaja. Mereka
yang berjaya dalam kewangan adalah mereka yang mempunyai pelbagai aliran
pendapatan, sekurang-kurangnya 3! Inilah strategi yang sering di amalkan.

Mungkin pendapatan dari gaji bekerja, melabur di ASB, menyewa rumah, atau
perniagaan online sambilan.

Diri saya sendiri bukan sahaja mempunyai 1 aliran pendapatan, tetapi,
sekurang-kurangnya 6 aliran pendapatan kini seperti, pendapatan dari
perniagaan, royalti buku, sebagai perunding syarikat-syarikat, pelaburan,
perniagaan online, sebagai duta dan sebagainya.

Pengalaman saya menemubual ramai orang yang berjaya juga mendapati perkara yang
sama. Mereka yang berjaya dalam bidang kewangan pastinya mempunyai beberapa
aliran pendapatan, termasuk juga usahawan- tidak bergantung pada pendapatan
perniagaan utama sahaja!

Perancangan Kewangan

Rancangkan bajet anda mengikut pecahan. Katakan pendapatan anda melalui
perniagaan sambilan anda adalah RM1,500 setiap bulan, maka 10% dijadikan
simpanan yang tidak boleh disentuh. 20% digunakan untuk membayar hutang. 10%
lagi digunakan untuk musim perayaan tahun hadapan. 30% dipusingkan semula untuk
pengiklanan dan mengembangkan perniagaan dan 30% lagi adalah untuk perbelanjaan
tambahan. Sudah pasti, pecahan ini anda boleh ubah mengikut keperluan kewangan
anda sendiri.

Perancangan kewangan memerlukan kesabaran, usaha dan disiplin yang berterusan.
Namun ianya lebih pantas untuk menyelesaikan hutang dan menstabilkan keadaan
kewangan sekiranya mempunyai aliran pendapatan tambahan.

Pastinya, kita ingin melunaskan hutang, dan bebas dari masalah kewangan dengan
lebih pantas lagi bukan?

Jangan jadikan UMUR “TUA” sebagai ALASAN!

Adakah ianya terlalu lewat untuk mulakan perniagaan?

Mungkin umur kita (atau sesiapa sahaja yang anda kenali) telah mencecah 35… 40… 45… 50… atau lebih! Mungkin kita rasakan kita agak “tua” atau lewat untuk memulakan perniagaan online.

Pastinya jawapannya adalah tidak!

1. Pengalaman!

Pengalaman memainkan peranan yang penting dalam kejayaan. Sama ada pengalaman dalam perniagaan sebelum ini, atau pengalaman dalam hidup. Mereka yang telah melalui hidup beberapa dekad pastinya telah melalui pelbagai asam garam hidup dan berjumpa dengan pelbagai jenis ragam orang.

Pengalaman ini adalah sungguh berharga apabila memulakan perniagaan. Pengalaman memberi pelbagai kebijaksanaan dalam membuat sebarang keputusan perniagaan. Pengalaman mengajar kita kesabaran untuk berusaha dalam perniagaan.

2. Tidak lagi “gilakan” wang!

Ketika muda, mungkin wang menjadi prioriti utama. Apabila umur semakin meningkat, walaupun wang masih lagi penting, tetapi bukan lagi keutamaan. Mungkin ketika ini, kebebasan menjadi prioriti- kebebasan masa untuk bersama keluarga, kebebasan membuat pilihan, kebebasan kewangan dan sebagainya.

Apabila memulakan perniagaan bukan lagi bermotifkan wang dan kekayaan semata-mata, ia memberikan sebab yang lebih baik untuk berusaha memulakan perniagaan- sering kali untuk keluarga! Motif inilah yang paling kuat dan akan memberi motivasi dan momentum yang hebat pada mereka!

3. Tahu cara untuk berjaya!

Mungkin ketika muda, “darah muda” membuatkan kita lebih yakin, dan ada kalanya terebih “over confident” pula. Maklumlah, masih lagi mentah. Tetapi, usia dewasa membuatkan kita lebih tahu apa yang diperlukan untuk berjaya.

Kita tahu cara menetapkan matlamat dan cara untuk mencapai sesuatu matlamat. Kita tahu erti kegagalan dan apa yang diperlukan untuk mencapai kejayaan. Pendek kata, tidak kira tahap mana pencapaian kita hingga hari ini kita tahu apa yang diperlukan untuk berjaya.

Sebenar-benarnya, tiada siapa yang terlewat dalam perniagaan. Setiap kali saya diajukan soalan “adakah saya terlewat dalam memulakan perniagaan?”

Sering saya teringat Colenel Saunders, pengasas KFC. Beliau mencapai kejayaan pada umur 72 tahun.

Tapi kini tak perlu melihat jauh, Tun Mahathir pun kini berumur 92 tahun dan menjadi perdana menteri paling tua di dunia! Satu inspirasi bahawa umur tidak boleh lagi jadi penghalang.

Umur sudah tidak patut lagi menjadi alasan untuk tidak melakukan sesuatu yang anda inginkan! Apatah lagi kita yang mungkin dalam 40-an atau 50-an yang berniat dan bercita-cita untuk mulakan perniagaan di Internet.

Jangan jadikan “umur” sebagai alasan terlewat.

Kerana sekiranya anda MAHU, maka anda perlu mencari ILMU dalam apa sahaja dan LAKU apa yang anda perlu lakukan!

3 teknik pengucapan awam – pengalaman saya ke peringkat global!

Sejak 2014 saya sering mendapat jemputan untuk memberi pengucapan awam berkenaan perniagaan Internet dan motivasi di serata dunia. Alhamdulillah di Sydney, Korea, Japan, USA, UK, France, UAE, dan banyak lagi!

Beberapa hari lepas, saya mendapat jemputan talk di Amman, Jordan (bukan kali pertama. Rasanya kali ke 4?), dan sebelum mengendalikan talk tersebut, saya turut kongsikan di Facebook Live, 3 teknik dalam memberi pengucapan awam yang saya sering gunnakan.

3 teknik ini, telah membantu saya dalam memberi pengucapan yang dapat menarik perhatian audien tidak kira di mana sahaja saya lakukan pengucapan awam.

Teknik tersebut adalah…

  1. Prepare
  2. Otak kiri & kanan
  3. Start/Stop

Sekiranya anda ingin tahu teknik ini, saksikan video rakaman Facebook Live saya di sini…