Anda sebagai pemilik perniagaan pastinya ingin menarik lebih ramai pelanggan bukan? Pelanggan membeli dari anda pastinya pula bersebab. Berikut adalah 7 sebab bagaimana anda boleh menarik lebih ramai pelanggan membeli dari anda.
Pastikan anda mengamalkannya pada perniagaan anda!
1. Produk anda lebih mudah untuk dibeli
Pelanggan inginkan kemudahan dan kesenangan. Permudahkan proses jualan anda supaya ianya tidak mengelirukan. Proses jualan yang mudah, akan memudahkan mereka membeli dari anda!
2. Produk dan perkhidmatan pantas
Zaman ini, kepantasan perniagaan adalah penting. Pelanggan inginkan produk atau perkhidmatan yang dibeli dapat dengan pantas. Sekiranya anda boleh memberi produk/perkhidmatan lebih pantas dari pesaing, anda akan menjadi pilihan.
3. Pelanggan juga mendapat reputasi
Sekiranya perniagaan anda mempunyai jenama dan reputasi yang baik, pelanggan juga akan mendapat reputasi tersebut. Pelanggan suka membeli sesuatu yang dikenali kerana ia akan membuatkan diri rasa bangga dan suka dengan belian itu. Tingkatkan kredibiliti dan reputasi perniagaan anda!
4. Kos jangka panjang adalah rendah
Tidak semestinya produk anda adalah murah untuk berjaya mendapat jualan. Tetapi, apa yang penting adalah kualiti produk bertahan lama dimana pelanggan tidak perlu gantian dengan pantas. Kualiti perniagaan anda adalah keutamaan pelanggan.
5. Perkhidmatan pelanggan anda adalah lebih mesra
Ketika zaman komunikasi ini, komunikasi antara pelanggan dan perniagaan adalah amat penting- human relations! Pelanggan akan membeli dengan lebih mudah sekiranya mereka tahu apa sahaja masalah akan diselesaikan dengan pantas dan penuh mesra.
6. Walaupun perniagaan anda lebih mahal, tak mengapa…
Asalkan anda mempunyai perbezaan yang ketara yang membuatkan produk dan perniagaan anda lebih baik dan memberi nilai yang lebih. Ianya boleh dilakukan dari segi ciri-ciri produk, dan juga perbezaan dari segi jenama dan populariti.
7. Pelanggan menyukai anda!
Pelanggan adalah manusia juga dan sebagai manusia, anda dan saya pastinya lebih selesa membuat jual beli bersama orang yang kita kenal atau sahabat! Bina hubungan antara diri anda sebagai usahawan bersama prospek dan juga pelanggan anda!
Ingin menjadikan perniagaan anda POPULAR? (bukan kedai buku Popular). Seminar Perniagaan Popular yang akan saya kendalikan akan membantu membina populariti perniagaan anda secara percuma melalui Internet dan juga media masa.
Perniagaan yang popular akan terbina kredibiliti dan reputasi dan pasti akan mendapat pelanggan yang ramai berbanding dengan pesaing. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021