bahaya keuntungan

Perniagaan yang untung jangka pendek…

“Tamak” adalah salah satu sikap yang perlu dielak dan dijauhkan oleh para peniaga, jika mahukan perniagaan mereka kekal berterusan dan berpanjangan. Seandainya diri dikuasai sifat tamak, maka usah hairan jikalau hari ini perniagaan mereka seakan maju dan berjaya, tetapi selepas itu lingkup dan terpaksa gulung tikar akibat tekanan harga yang diberikan kepada pelanggan, ataupun pengguna begitu mencekik darah dan amat tidak munasabah di fikiran.

Fenomena ini sering sahaja berlaku pada waktu-waktu tertentu, seperti ketika berlaku kenaikan harga barangan, ketika menyambut sebarang perayaan penting dan juga waktu musim tengkujuh. Kebanyakan para peniaga begitu gemar mengambil kesempatan seperti ini , demi untuk mengaut keuntungan yang banyak dan berkali-kali ganda di dalam perniagaan mereka untuk tempoh waktu yang singkat.

bahaya

Namun begitu, yang terbeban dan tertindas dengan sikap peniaga seumpama ini adalah para pengguna, kerana terpaksa membeli barang-barang keperluan tersebut dengan harga yang mahal dan tidak berpatutan, demi kegunaan seisi keluarga. Peniaga harus ingat, walaupun usaha mereka mencari rezeki itu halal kerana susah payah hasil daripada titik peluh sendiri berniaga dan tidak terbatas untuk mendapatkan seberapa banyak keuntungan tetapi, mereka perlu sedar dan tahu, tidak semua pengguna atau pelanggan itu kaya-raya, banyak duit dan mewah untuk berbelanja sewenangnya tanpa had.

Sebagai peniaga, anda perlu rasional dalam meletakkan sesuatu harga terhadap barangan anda. Jika barang atau produk anda berkualiti tinggi dan sangat diperlukan, maka pelanggan ataupun pembeli tetap akan mencari anda untuk mendapatkan barangan tersebut. Mereka tidak akan membeli dan mencari di tempat lain, sekiranya harga yang ditawar dan diberikan oleh peniaga amat berpatutan, di samping khidmat dan layanan terhadap pengguna amat memuaskan.

Sikap timbang rasa dan tolak ansur kedua-dua pihak, iaitu antara peniaga dan pengguna amat perlu sekali dipupuk. Ia bukan sahaja baik untuk hubungan dua hala tetapi mampu memberikan keuntungan yang lebih besar lagi apabila ramai pelanggan yang datang amat menyukai sikap diri, perkhidmatan dan produk-produk jualan para peniaga yang berniaga.

Peniaga : Usah terlalu pentingkan diri!

Dalam setiap urusan jual beli, sifat amanah, jujur dan ikhlas itu sangat penting ditanam dalam diri para peniaga sekiranya inginkan perniagaan mereka berkembang maju, lantaran didoakan oleh pengguna ataupun pelanggan yang sering berkunjung membeli barangan anda secara berulang-ulang kali. Tanpa adanya pengguna dan pembeli tetap, tidak mungkin anda mampu menjadi seorang peniaga yang cemerlang dan berjaya, sekiranya tiada sokongan yang diberikan oleh masyarakat sekitar khususnya, pihak pengguna. Janganlah sekali-kali menipu serta merosakkan kepercayaan yang telah diberikan oleh para pelanggan kepada anda.

Sikap terlalu mementingkan diri sendiri dalam kalangan para peniaga juga seharusnya tidak wujud, kerana berniaga itu bukan sahaja untuk mengaut keuntungan di dunia tetapi juga untuk mencari keuntungan di akhirat kelak. Lantaran itu, peniaga perlulah melaksanakan urusan jual beli dengan sempurna mengikut hukum-hakam dan garis panduan yang ditetapkan.

Para Peniaga janganlah sewenang-wenangnya meletakkan harga yang tinggi terhadap barangan tanpa memikirkan bebanan yang ditanggung oleh pengguna. Dikhuatiri nanti, apabila peniaga terlalu tamak dan terlalu mementingkan diri sendiri, sedikit sebanyak perniagaan mereka akan terjejas. Ini sudah pasti perniagaan itu akan berakhir dengan kerugian yang banyak dan memerlukan tempoh yang lama untuk bangkit semula mendapatkan kepercayaan dan keyakinan daripada pihak pengguna, sebelum anda kembali memulakan perniagaan yang lain.

Tawan hati pengguna dengan bijak : Punca perniagaan Berjaya.

Untuk berniaga, peniaga perlulah berilmu dan mempunyai ilmu perniagaan yang luas kerana tanpa ilmu anda tidak boleh melangkah jauh ke hadapan. Ini kerana, untuk berniaga anda memerlukan pelbagai strategi di dalam selok-belok perniagaan bagi menarik hati dan minat para pelanggan untuk mendekati anda dan seterusnya membeli produk-produk jualan anda.

Cara anda berkomunikasi dengan pelanggan juga amat penting diperhalusi dan diperbaiki, kerana budi bahasa yang indah dan tutur kata yang lemah lembut dan sopan itu, mampu mencairkan hati pengguna untuk tertawan dengan produk-produk anda, tanpa adanya paksaan dan gesaan untuk membeli dan mencuba.

Sekiranya seseorang peniaga itu bijak menawan hati pelanggan, maka dengan mudah sahaja perniagaan anda cepat berkembang dan diketahui umum.

*Berminat memulakan perniagaan Internet? Sertai pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama pakar perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Program separuh masa yang telah melahirkan ramai usahawan Internet Malaysia. Klik di sini untuk maklumat lanjut, atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk sebarang pertanyaan.

black_ik

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

2 thoughts on “Perniagaan yang untung jangka pendek…

Leave a Reply

Your email address will not be published.