1.
Menyediakan
diri ke arah mencipta kejayaan
Pernahkah
anda terfikir mengapa ianya sukar bagi sesetengah orang mencapai
kejayaan yang cemerlang, dan mudah bagi segelintir orang lain? Ini
kerana mereka yang berjaya telah menyediakan diri mereka ke arah
mencipta kejayaan! Di Seminar Rahsia 3K anda akan didedahkan kaedah
menyediakan diri anda dalam mencipta kejayaan melalui minda jutawan
yang hanya dimiliki oleh 2% daripada masyarakat kita.
Mengapa
kita telah usaha sekeras mungkin, tetapi tidak juga mencapai kejayaan?
Mengapa kita sering bertemu kegagalan, demi kegagalan? Mengapa orang
lain kita lihat seperti mudah mencapai kejayaan, tetapi susah bagi
kita? Jawapannya kerana kita tidak menyediakan minda dan diri kita
untuk mencipta kejayaan!
Pelajari
bagaimana anda boleh menyediakan diri anda ke arah menciptakan kejayaan
yang anda impikan selama ini!
2.
Menyelami
bakat dan potensi diri dan bagaimana membangunkannya
Semua
orang mempunyai tahap genius masing-masing. Mungkin bukan genius
dalam bidang Sains atau Matematik, tetapi dalam bidang bakat dan
potensi kita sendiri. Kenali dan selami potensi diri untuk mencapai
kecemerlangan hidup.
Lebih
cepat anda mengenali bakat dan potensi diri anda, lebih cepat anda
boleh mencapai kecemerlangan hidup. Lihat sahaja dikeliling anda,
mereka yang berjaya dalam hidup adalah mereka yang berjaya menyelami
bakat dan potensi diri dan membangunkannya untuk mencapai tahap
hidup yang lebih tinggi!
3.
Membina
keyakinan, kekebalan dan kepintaran diri dan emosi anda!
Kita
akan menjadi seperti mana yang kita fikirkan. Lebih tinggi tahap
keyakinan, kekebalan dan kepintaran diri dan emosi kita, lebih hebat
semangat kita dalam mencapai kejayaan.
Dalam
mencapai kejayaan, momentum semangat kita adalah amat penting. Tanpa
momentum, itu yang terjadinya semangat mati ditengah jalan. Dunia
perniagaan penuh dengan cabaran yang memerlukan kekebalan diri untuk
mengharunginya.
Pelajari
bagaimana nada boleh membina keyakinan, kekebalan dan kepintaran
diri dan emosi anda untuk melengkapkan anda mengharungi dunia perniagaan!
1.
Pelajari
kaedah psikologi menjual apa sahaja supaya orang membeli
Kebolehan
menjual adalah skil yang paling penting dalam perniagaan. Tahukah
anda, kita telah mula mempelajari skil "menjual" sejak
kecil lagi? Sejak kecil, kita "menjual" diri kita pada
ibubapa untuk mendapatkan aiskrim. Ketika di sekolah, kita "menjual"
diri kita untuk diterima kawan-kawan. Di kolej, kita "menjual"
diri kita ketika melakukan presentation. Kini bila dewasa pula,
kita "menjual" diri kita ketika temuduga untuk mendapat
tempat kerja yang terbaik untuk kita.
Kebolehan
menjual ada di dalam sesiapa sahaja sejak kecil lagi. Jualan berkait
rapat dengan psikologi. Pelajari kaedah psikologi menjual dengan
sempurna dan asahkan kebolehan menjual yang sedia ada dalam diri
kita. Dengan teknik psikologi ini, tidak kira apa sahaja yang anda
niagakan- pastinya orang akan membeli!
2.
Melipat
gandakan keuntungan perniagaan anda dengan membina jenama
Zaman
ini, dalam apa jua perniagaan, terdapat terlalu banyak pesaingan.
Secara purata, manusia terdedah kepada lebih daripada 1,000 iklan
sehari. Dalam persaingan yang amat tinggi ini, bagaimana caranya
untuk bersaing?
Jawapannya
adalah dengan membina jenama. Tidak kira apa sahaja perniagaan yang
anda jalankan, jenama adalah amat penting untuk menjadikan perniagaan
kita diingati, dikenali dan disukai! Pelajari kaedah membina jenama
perniagaan anda, tidak kira sama ada perniagaan kecil, sederhana
atau besar dengan mempelajari 3 langkah mudah membina jenama. Saingo
pesaing anda dengan strategi membina jenama perniagaan!
3.
Strategi
menggandakan pelanggan perniagaan 4 kali ganda!
Tidak
dapat dinafikan bahawa Internet telah mengubah corak perniagaan
di dunia. Tidak kira perniagaan apa yang dijalankan, dengan mempunyai
kehadiran perniagaan anda di Internet, akan menggandakan keuntungan
perniagaan anda!
Pakar
perniagaan Internet Irfan Khairi akan menunjukkan kepada anda bagaimana
anda boleh melipathgandakan keuntungan perniagaan anda 4 kali dengan
menggunkan kaedah dan strategi perniagaan Internet yang amat efektif,
tidak kira sama ada anda menjalankan perniagaan offline atau online.
Gunakan strategi ini sebelum pesaing anda menggunakannya untuk mendapat
pasaran yang lebih besar!
1.
Sistem
pengurusan wang secara mudah dan paling efektif!
Sesi
Abang Abu yang mendapat sambutan luar biasa di Singapura, KOMPAS
WANG merupakan kompas ciptaan Abang Abu yang telah berjaya menyentuh
berpuluh ribu peserta untuk menjadikan mereka lebih cekap dalam
pengurusan wang. Sering kali pendapatan yang kita terima, habis
begitu sahaja setiap bulan. Kemana ianya menghilang? Dengan mempunyai
kompas wang, pastinya wang anda tidak lagi akan hilang. Pelajari
kaedah pengurusan wang yang hebat untuk mencapai bebas kewangan!
2.
Memupuk
minda dan personaliti 'MAGNET WANG' seperti JUTAWAN!
Minda
wang akan mendedahkan mindset yang diperlukan oleh seseorang untuk
menjadi jutawan. Apakah bezanya minda miskin dan minda kaya? Adakah
anda mempunyai minda kaya? Matlamat untuk mencapai bebas kewangan
tidak akan tercapai sekiranya kita mempunyai minda miskin. Amat
mengejutkan sekali, 98% daripada kita terjerumus dalam minda miskin!
Jadikan
diri anda magnet wang. Kaedah minda yang akan menarik wang kepada
anda, dan bukan sebaliknya! Mereka yang berjaya menggunakan ilmu
minda separuh sedar umpama magnet menarik wang. Ketahui bagaimana
anda juga boleh menjadi Magnet wang dan menarik wang kepada anda.
3.
Kaedah mudah membina dan mempertahankan
kewangan ANDA!
Punca
utama mereka tidak mencapai kebebasan kewangan, bukanlah kerana
tidak cukup punca pendapatan. Tetapi, pada kelemahan dalam mempertahankan
kewangan kita. Pelajari kaedah membina dan mempertahankan wang dan
bina satu "enjin" yang serba lengkap dan lancar untuk wang kita.
Sekiranya
anda mempunyai sebarang soalan,
hubungi 016-6966644 / 014-6633311 / 03-22871829
|