Tip Satu Minit… menjadi program TV?

Lambat sedikit menulis tip satu minit hari ini , tetapi, ada berita baik untuk dikongsikan bersama komuniti tip satu minit.

Semalam saya ada menghadiri satu meeting ni (a very good one!) dengan (nama syarikat “biarlah rahsia”) 🙂

Terdapat ura-ura yang Tip Satu Minit akan menjadi program TV!

Untuk TV mana? “biarlah rahsia” sekali lagi. 🙂

Siapa host? “biarlah rahsia” juga… tapi jawapannya senang je.

Insyaallah, sekiranya semua berjalan lancar, ia merupakan berita baik kepada komuniti Internet Malaysia secara keseluruhan…

Wow… saya amat teruja. Harap anda juga teruja…

Mungkin anda dapat membantu. Soalannya… sekiranya Tip Satu Minit menjadi program TV, apa yang anda ingin lihat? Apa yang akan menarik minat anda untuk menontonnya?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

41 thoughts on “Tip Satu Minit… menjadi program TV?

  1. Tahniah

    memang teruja nie. 😀

    ermm….saya tertarik kalau hostnya ialah irfan sendiri. juga ada satu slot utk pembaca2 kat sini menjadi peserta.
    ehehe..

  2. Cadangan untuk program tip 1 minit di TV:

    – Bagaimana untuk meningkatkan motivasi diri sendiri.
    – Tip untuk perniagaan di internet di adakan secara bersiri supaya penonton sentiasa ingin menonton rancangan tersebut.
    – Rancangan di adakan pada PRIME TIME seperti selepas berita jam 8.00 malam.
    – Menjemput tetamu spt peserta yang berjaya setelah mengikuti program dan tetamu VIP spt Azizi Ali dsbnya.
    – Mengadakan promosi yang meluas supaya di ketahui oleh umum.

  3. Wah tahniah Tip Satu Minit maju setapak lagi.Kali ini menjadi program tv pula.Apa yang saya harapkan nanti dalam program tv tersebut, setiap tip yang dikemukakan dilakonkan secara reality macam Donald Trump memberi tip dan dilakonkan sendiri olehnya dalam rancangan The Apprentice (kalau tak cukup pelakon saya pun boleh) 🙂 & Harap rancangan tersebut dalam bahasa Malaysia.

  4. Alhamdulillah, seronok tu! Saya nak tau banyak tentang pemasaran/promotion melalui internet/offline. Lagi satu blog dan macammana nak ada an effective and popular blog macam blog ni. Motivasi dalam menjalankan perniagaan pun diperlukan. Tapi tolonglah siarkan melalui TV free, sbb saya takde Astro! Kalau ada banyak orang hensem dan cun dalam program tu ok gak! Ha ha just joking..Saya teringin nak jadi apprentice Irfan, (macam the apprentice Donald Trump tu)tapi malu nak masuk tv….hehe

  5. Nama syarikat:Biarlah Rahsia
    Jenis Perniagaan:Biarlah Rahsia
    Lokasi:Biarlah Rahsia

    Macam gambar Madu Tiga, asyik jawab kesian, kesian, kesian,
    Gurau saja , Siti tak license ke ayat powernya “biarlah rahsia”..?
    Kalau tidak setiap kali nak tulis, sebut, semua kena bayor..
    Syy… jgn inform Siti.. BIARLAH RAHSIA kita..

  6. (Mcm pelajar sekolah angkat tangan..!” saya nak jawab”)
    Boleh tak saya teka? Kalau salah jangan marah, kalau betul.. ehem2.. nak bagi hadiah ape..? Jangan suruh masuk TV udah ler, ketar lutut..
    Rancangan TV.. TV9
    Host.. IRFAN TRUMPH (Oppss.. IRFAN KHAIRI)
    ‘Malaysian Internet GrandMaster/Explorer’..
    Apa yang saya harap.. 1 minit digunakan untuk menyampaikan tajuk dan ringkasannya..
    Manakala isi di dalamnya, biar sampai setengah jam pun tak per..
    Time.. After 8.00pm atau hari cuti Sabtu/Ahad.
    Menjemput mereka2 yg telah berjaya menjadi ‘motivater’ jemputan..
    Bila ON AIR nanti, kita pakat2 bagi komen dan idea kreatif.. ok ke? SALAM..!

  7. wooyoo
    masuk tv ker tips satu minit ni?
    apa yg saya amat harapkan melalui tips 1 minit ni ialah :
    1) Biarlah Irfan sendiri yg jadi hostnya
    2) Sabtu/ ahad Malam (8.30,9.00 atau 9.30)
    3) Memaparkan dan mencungkil rahsia perniagaan-perniagaan internet yg dijayakan oleh rakyat malaysia sahaja (kalau rakyat oversea, susah nak diapplykan di malaysia)
    4) memaparkan kehidupan sebenar usahawan internet malaysia (mesti dimulakan dengan sendiri)
    5) Memaparkan tips kejayaan yg berkaitan dengan perniagaan internet dan bukan internet
    6) Panduan dan tips utk berniaga di internet.
    7) Banyak lagi sebenarnya nak tulis ni (mungkin sebab terlalu teruja tips 1 min dikormesialkan begitu)

  8. Cadangan saya amat senang, tak susah untuk nak “implement” sebab apa yang ada kat sini, itulah isinya.

    1. seperti biasa – tip berniaga di internet.

    2. seperti biasa – tip menjadi usahawan. Saya baru mendengar di radio tentang “keusahawanan adalah satu kerjaya”, isnt that wonderful?

    3. jemput “local living example”

    Selamat bermula.

  9. thanks!

    tip satu minit tv kalau ada rezeki, saya la hostnya 🙂

    cuma, perasan tak tip satu minit blog ni bukan tip perniagaan internet… tetapi tip kejayaan dan perniagaan (tip perniagaan boleh di aplikasi untuk perniagaan Internet dan juga bukan internet). insyaallah satu lagi kategori tip akan diperkenalkan nanti sekiranya di tv. kategori apa? biarlah rahsia lagi… 

    rancangan khas untuk tema “Internet” sahaja.. tu kena tunggu 😉

  10. Tahniah !

    Harap-harap rancangan tip satu minit boleh pecahkan rating perkahwinan Datin Siti.

    Cadangan saya, biarlah rancangan tu ke udara Sabtu atau Ahad dan dibuat secara live. Tak mau la buat siaran rakaman!

    Lagi satu biarlah rancangan tip satu minit ni kat siaran tv free. Biar semua orang boleh tengok. Biar semua orang jadi JUTAWAN online macam Irfan.

    Sekali lagi, TAHNIAH !

  11. Tahniah !

    1- jemput peserta workshop yg dah ada bisnes internet dan juga yg belum ada bisnes internet(lagi lagi promosi workshop) ye dak
    2- saya nak yg jadi host
    3- jgn buat time maghrib

  12. Assalamualaikum.

    Tahniah buat Irfan.
    Wah..rezeki melimpah ruah nampaknya.
    Alhamdulillah.

    Nanti kalau ‘rahsia’ bila nak ditayangkan,tv berapa, berapa lama semua nya tu dah diconfirmkan, jangan lupa inform kat kitorang pembaca kat sini.

    ps PUTERA:
    betul tu..kalau “Biarlah rahsia” siti trademark kan, abih la kita..

    Wassalam.

  13. akum and semua responder

    saya amat berharap agar program tv tersebut disiarkan pada waktu perdana (sekitar jam 7.30 hingga 11 malam). sebab, tak ramai yang tengok kalau disiarkan pada pagi2 atau tengahari? (termasuklah saya, :P)

    tq

  14. Assalamualaikum Irfan Khairi dan semua,

    Tahniah Irfan Khairi..

    Apa yang saya harapkan untuk Tip 1 Minit TV ni ialah:
    1. Irfan Khairi jd hos.
    2. Disiarkan di TV3
    3. Waktu pukul 9 mlm
    4. Hari Sabtu
    5. Topik
    – usahawan internet
    – panduan perniagaan internet
    – jemput usahawan2 internet yang telah berjaya
    – adakan kuiz
    -peluang untuk jadi usahawan

    P/S: Saya seringkali terlepas untuk menonton Ifran Khairi di TV. Harap untuk Tip 1 Minit ni tak terlepas lagi..

  15. Rancangan seperti ni la yang saya tunggu-tunggu.

    Kalau boleh saya nak tengok semua yang berkaitan internet:-
    1.Tips meningkatkan jualan
    2.Teknik pemasaran berkesan
    3.Teknik menyelesaikan masalah(contohnya org sabotaj,dengki dsb)
    4.Teknik mengurus kewangan
    5.Kisah kejayaan usahawan internet
    6.Bisnes yg belum diterokai

    Kalau boleh jangan la buat waktu office hour.Kalau petang sikit atau malam pun takpe.Malam lagi bagus!Kalau boleh ada ulangan sebab takut miss..

    Terima kasih sebab sudi kongsi dengan kami tips berguna 🙂

    Salam Usahawan! 🙂

  16. assalamu’alaikum kalau boleh ajarlah selok belok perniagaan yang beretika mengikut hukum-hukum agama ada sedikit kelainan

  17. Assalamualaikum…

    tahniah . Irfan Khairi..

    Saya pun mcm responder yg lain jugak..
    Harap2 biarlah rancangan ni ditayangkan kat tv free dan waktu yg sesuai, kalau tak mgkin terlepas la…

    p/s: untuk semua, sambil menonton tu jangan lupa pen & kertas

  18. Kalau btl2 berjaya la rancangan ni, Alhamdulillah 😀 Sy doakan semoga usaha Irfan ni dpt mengubah kualiti hidup masyarakat Malaysia, terutama orang Melayu kite 😀

    Antara cdgn sy ialah:
    1) Irfan sebagai hos
    2) Tetamu jemputan terdiri p usahawan2 jutawan/ribuan di Malaysia sahaja (xjemput pn xpe cuz Irfan sndiri pn dh cukup)
    3) Topik yg dibincangkn mengikut urutan
    4) Berikan contoh2 terbaik di Malaysia atau luar negara (episod pertama msti Irfan sendiri ;))
    5) Tidak terhad kpd perniagaan internet sahaja
    6) Tayangan pd sebelah mlm, sabtu atau ahad
    7) Isi2 yg penting diulang semula di akhir rancangan

    Itu sahaja. Tahniah sekali lg pd !

  19. hi smua..

    wahh..ni satu perkembangan bagus..

    kalau boleh irfan sebagai host dan jemput internet marketer satu malaysia yang bergiat aktif sebagai usahawan online..

    selain itu, jemput juga usahawan bukan internet memberi tip, pendapat dan panduan tentang bisnes..berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan ataupun kisah suka duka..

    LEbih baik juga rasanya jika menjemput internet marketer dari kota kinabalu atau sabah, kerana bisnes internet tak berapa berkembang disini..biar mata orang kita terbuka pada bisnes online yang menguntungkan ini!

    apa-apa pun, tahniah! excited betul bila tahu berita ni..tq

  20. tahniah ..
    saya pun excited gak sebab saya memang peminat tip satu minit nih…

    pastikan buat di tv3 atau tv7 atau tv1 ke..jangan la buat di tv9..astro takde tv9 lagi kan? nangis saya nanti x dapat tgk..

    pastikan buat malam la .siang keje..

  21. Congratulation Irfan di atas satu lagi langkah pencapaian yg baik dalam hidup. Terima kasih kerana memanjangkanlah serta berkongsi ilmu bersama kami dalam satu lagi saluran tambahan.

    Keep up with the good work!

  22. Saya nak teka, tak taulah betul ke tak.

    Siaran TV = TV9
    Hos = Irfan
    Rancangan = Tips perniagaan dan motivasi
    Hahahhaaaaa…. betul ke tak betul….
    Saya harap dapat inform nanti bila nak keluar kat TV, dapatlah kita standby kat depan TV, tak mahu terlepas episode pertama…
    Na na na na na.. Tranung kiteeeeee……

  23. bab host, ramai yang betul…

    bab channel, ramai yang salah…

    bab waktu, boleh dikatakan ramai yang betul…

    bab konsep… insyaallah ramai akan suka! sesuatu yang baru dan belum ada lagi di Malaysia.

    nanti insyaallah bila ada berita tambahan, saya akan update disini. thank u fo your support!

  24. boleh sambung?Tahniah kalau rangcang seperti ini ke udara..
    (harap tak mirip rancangan spt Apperantice..dsbg)
    memang bagus kalau Irfan jadi Host..
    tapi kalau siar di astro malang @ rugilah saya tak dapat tonton..tak berlanggan..

    harap tak terlalu banyak iklan..
    kalau dapat talian untuk penonton/pendengar dibuka ,,durationnya panjangkan sikit..jangan lah cancel pertanyaan penonton yang agak mencabar @ sinis.. sebab kekadang2 ada logiknya..kecuali kalau soalan terlampau tu..

  25. Tahniah

    Ura-ura yang Tip Satu Minit akan menjadi program TV sangat manarik sekali, ini adalah satu penghargaan kepada ‘internet bussines’. Saya dapat merasakan potensi ‘internet bussines’ yang akan berkembang pesat pada masa depan di Malaysia.

    Saya merasakan penonton akan tertarik dengan faedah2/benefits yang boleh didapati dalam ‘internet bussines’ setelah rahsianya didedahkan dalam rancangan tv itu nanti..

  26. Assalammualaikum wth….. Selamat berpuasa Irfan & famili.. Sebenarnya ini merupakan kali pertama saya memberi maklumbalas untuk tip 1 minit ini. Syabas kerana ruangan ini akan turut dimasukkan ke dalam slot tv… saya percaya pasti akan bertambah lagi bilangan rakyat Malaysia yang akan menceburkan diri di dalam bidang IT ini.. Seperti saya , memang berminat dan ingin menceburkan diri dalam bidang ini dan ingin menjadi kaya-raya seperti Irfan tetapi sebagai langkah permulaan masih sukar untuk saya memulakannya iaitu untuk hadir ke bengkel anjuran Irfan kerana masalah kewangan dan juga logistik.. ya lah saya ni cuma kakitangan sokongan kerajaan mana ada duit yang sebegitu banyak ( bagi saya) untuk membayar kos bengkel dan macam-macam lagi.. walau bagaimanapun saya akan tetap mengikuti perkembangan Tips 1 minit ini untuk sementara mana tahu ada rezeki lebih kelak saya akan dapat hadir juga ke bengkel Irfan Insya Allah… Saya berharap melalui slot di tv kelak biarlah Irfan menceritakan pengalaman peserta-peserta bengkel yang telah berjaya setelah menghadiri bengkel anjuran Irfan.
    Dan sekarang ini saya sedang meneliti satu lagi perniagaan IT iaitu E-book… apa pendapat Irfan?.. Ok hingga kita bercoret lagi… Selamat berpuasa ya… wassalammualaikum wth…

  27. “Soalannya! sekiranya Tip Satu Minit menjadi program TV, apa yang anda ingin lihat? Apa yang akan menarik minat anda untuk menontonnya?”

    Saya amat berminat suatu rancangan yang bersifat interaktif….

    Dr adalah mahir berkenaan grafik… lakaran, jadual, gambarajah dan sketch amat berguna dalam menerangkan sesuatu tips…

    Contohnya, di blog ini, penggunaan ‘blockquote’ dan tulisan yang diboldkan amat berfaedah untuk menekankan isi yang ingin disampaikan.

  28. Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini dan bagaimana ia boleh menjana pendapatan dan cara untuk memulakannya.

  29. bgus2..diharap sy menjadi tetamu dlm rncangn ik..:)…klu blh cerita dari pglaman org lain 1st…pas tu bru msuk kn tips..

Leave a Reply

Your email address will not be published.