Waktu terbaik untuk melabur pada hartanah

Inilah waktu terbaik untuk beli rumah / hartanah- bila ekonomi jatuh! 😉

Walaupun ramai “jutawan” akan menjadi “bukan jutawan” bila ekonomi jatuh, di waktu yang sama, ramai juga yang “bukan jutawan” akan menjadi “jutawan” oleh kerana bijak mengambil peluang ekonomi jatuh.

The simple formula: Bila ekonomi jatuh, harga rumah akan jatuh. Harga rumah jatuh oleh kerana akan terdapat ramai “distress” seller atau mereka yang memiliki rumah, terpaksa jual rumah mereka pada harga rendah kerana tak mampu membayar balik bank. Sebagai pelabur bijak, kita perlu cari rumah-rumah begini (yang mempunyai lokasi yang baik), dan tawarkan harga terbaik untuk membeli.

Beri masa, dan ekonomi pastinya akan perbetulkan sendiri, rumah yang kita beli pada harga murah, akan menjadi mahal dengan lebih cepat. Bila kita jual balik, keuntungan pun berganda-ganda! 🙂

Ini adalah salah satu cara Azizi Ali menjadi jutawan bertahun-tahun yang lalu. Ketika sekitar 1990-an Malaysia mengalami krisis ekonomi. Beli pada harga “bargain”, dan jual bila ekonomi naik semula.

So, bagi mereka yang mempunyai wang lebih, this is the best time untuk membeli rumah dan melabur pada hartanah! 😉

Soalan: Er… camne kalau takde wang? IK & Azizi boleh la sebab ada sen…

Bagi yang takde simpanan, jangan dijadikan alasan untuk tidak buat apa-apa. 10 tahun lalu ketika krisis ekonomi, saya sendiri pun takde wang dan tak boleh beli sebarang rumah. Duduk pun di flat takde bilik! tetapi, waktu itu, saya kata pada diri sendiri, krisis ekonomi seterusnya, I must have money to buy houses!

Jadi, 10 tahun lepas, saya “melepas” daripada mengambil tindakan kerana takde wang. Tidak lagi sekarang oleh kerana saya telah sediakan diri untuk mengambil peluang ini.

Jadi nasihat saya, bagi anda yang tidak berpeluang membeli rumah kali ini, anggap ini sebagai satu “panggilan” untuk tidak melepaskan peluang membeli rumah ketika krisis ekonomi yang akan datang. Mana tahu, 10 tahun… 15 tahun akan datang. So, mulakan perniagaan (perniagaan Internet menjual informasi is a good one!), mulakan simpanan… perlu prepare for that seperti mana saya prepare myself sejak 10 years ago 😉

ps: Baru semalam saya beli satu lagi rumah di KL. Yea… 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

51 thoughts on “Waktu terbaik untuk melabur pada hartanah

  1. Seronok nya dapat beli rumah saya pun ada niat nak beli rumah ho ho tengah survey duduk kondo bosan sikit nak carik rumah ada tanah plak…
    agak agak mana lokasi yang bagus yea? ada cadangan???

  2. tip melabur pada hartanah saya:

    1: kalau beli rumah untuk melabur, pastikan, rumah tu, anda sendiri suka & sanggup tinggal 🙂

    2: tengok di sekeliling hint-hint development. tapak yang sedang nak naik shopping center, kedai2 dan sebagainya. lihat 2-3 tahun hadapan.

    3: untuk pelaburan, jangan yang terlalu mahal (RM2-3juta) atau terlalu murah (>RM100,00). RM100-RM1.5j is good… i think!

    OK, ni nasihat dari jutawan Internet… bukan jutawan hartanah. my personal teknik sahaja 😉 personally, saya tidak banyak melakukan hartanah sebab saya lebih minat memulakan perniagaan.

    Checkout http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/perniagaan-dan-pelaburan/

    so far saya baru ada 3 properties sahaja. (sikit berbanding dengan mereka yang hardcore melakukan property investment)

  3. Ya, bercakap mengenai tip beli rumah ini. Saya ada dua buku pilihan bagaimana membeli rumah yang boleh dijual pada harga tinggi dan bagaimana membeli rumah yang mudah disewakan. Penulisnya sendiri membeli 4 buah rumah pada usia 20-an.

    Lebih menarik lagi rupa-rupanya kita boleh berunding mengenai kadar faedah pinjaman rumah (meskipun ia bukan polisi bertulis bank).

    Cadangan saya baca buku Buat Duit Dengan Rumah dan Kaya Dengan Rumah oleh Shamsuddin Kadir.

    Antara tip paling saya ingat daripada beliau adalah, jangan membeli rumah ketika ekspo perumahan yang diadakan di kompleks membeli belah dan lain-lain. Ada sebabnya mengapa.

    ZAMRI MOHAMAD
    Penulis Buku & Trainer di Malaysia
    http://www.motivasimindamu.blogspot.com

  4. Ini memang satu peluang yang agak baik.. buat masa ini saya masih tidak melabur dalam hartanah kerana kekurangan modal.. tetapi saya masih juga melabur di tempat lain. buy low, sell high.. 🙂

  5. Alhamdulillah…setakat ni saya dah ada 2 rumah. Satu saya sewakan dan satu lg tempat tinggal skrg. Kedua-dua rumah yang sama beli berdasarkan tips-tips dari buku Tuan Rumah Jutawan – Azizi Ali. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan memuaskan hati.

  6. Memang nasihat yang baik. Biasanya apabila ekonomi gawat, ramai orang akan khuatir dan enggan membuat sebarang pelaburan, sedangkan pada waktu inilah ‘bargain’ hebat boleh diperolehi, sama ada dari segi pelaburan hartanah atau saham.

    Pada pendapat saya, ‘window of opportunity’untuk membeli hartanah pada harga menarik ini akan wujud antara tempoh enam bulan hingga setahun. Malah, kita bukan sahaja boleh beli rumah pada harga berpatutan, sesiapa yang berminat melabur dalam unit amanah atau dalam pasaran saham juga boleh mengambil kesempatan untuk mengintai unit amanah atau saham berkualiti yang turun harganya akibat krisis kewangan.

    Selamat melabur!

  7. Owh ya… Kalau tak mampu beli rumah, boleh beli tanah. Beli di tempat yang berpotensi untuk dibangunkan.. Lihat sekeliling dalam masa 5 tahun apa yang boleh dibangunkan…

    Masa yang paling sesuai untuk beli tanah. Tanah kalau ada hasil e.g kelapa sawit pun bagus. CPO sedang berada di paras rendah, tentu ada orang yang nak jual 🙂

  8. Salams,

    Sebenarnya bukan hanya Hartanah Rumah yang ada value..

    Kat Singapore, pernah saya datang talk and the speaker is Salleh Marican, Boss Second Chance…Ok dini memang ada duit ah..cos during the last market crash he bought a whole stretch of commercial properties at City plaza, Geylang Area and now he’s earning 10s of millions on a monthly basis…

    Ada juga lagi satu legend kat Singapore namanya Umar Hamid ( antara the richest Malays in Singapore ). He buys small-small companies during market crashes, take care of them and sold them when the market grows back.

    So yeah bukan hanya Hartanah ajer. Infact there’s a lot more markets we can leverage on such as the Internet Businesses. A lot of IT companies will fall but there are those that will survive and grow very strong.

    Therefore kita pun nak kena pandai juga play this game and we should learn it one way or another so that kita sendiri will not be affected by market crashes.

    Dari Singapore..:)
    http://www.fadzuli.com

  9. Salam IK!,

    Tahniah kerana dapat tambah harta yang mempunyai nilai yang tinggi. Saya belum lagi dapat beli 3 buah rumah, baru dapat dua itu pun masih lagi berhutang membayarnya. Hehehe..

    Ya, saya boleh recommend untuk kawan-kawan beli buku-buku yang di tulis oleh Mentor Azizi Ali contohnya adalah ‘Jutawan Hartanah’.

    Jangan lupa hartanah bukan setakat rumah tetapi tanah adalah sesuatu yang sama hebatnya! pssst… insyaAllah ada rezeki saya juga akan dapatkan harta-harta seumpama ini. Wassalam…
    http://www.glowglokal.com

  10. Betul tu. Saya setuju dengan saudara IK. Inilah masa sesuai. Buy cheap, sell high. Dan paling penting, pastikan apabila membeli dalam margin safety. 🙂

  11. Hi…

    Ik telah merancang hidupnya sejak dulu lagi yerk :)-kalau xsilap Ik telah menetapkan matlamatnya menjadi jutawan internet sejak berumur 18 tahun lagi.(Eh..sama dengan umur saya sekarang ni)

    Dan tips kali ini juga membuktikan bahawa matlamat yang dimulakan dari uia yang muda akan meningkatkan lagi peratus kejayaan kita dalam mengejar matlamat tersebut.

    IK-Cayalah!!!

  12. Kalo tak der duit nak beli rumah boleh buat simpanan pelaburan at least 10% a motnh dalam unit trust..kebanyakan UT sekarang ni pada harga rendah…mana tahu the next cycle pelaburan anda menaik dah ada modal nak beli rumah…

  13. Wah! Best tip kali nie… pelaburan ni sebenarnya salah satu keperluan yang ramai orang kita tak nampak kepentingannya. Tapi, bagi yang baru mula nak berjinak dengan dunia pelaburan, rasanya kena paham priority atau jenis pelaburan yang mana perlu kita join sebab ada beberapa ketegori spt; hartanah, amanah saham, simpanan tetap dan sebagainya. So, bagi saya, hartanah adalah yang terbaik dan pertama untuk memulakan pelaburan sebab tak kira camana ekonomi situation, pelabur hartanah still boleh berdiri menunggu jualan yang sesuai. Bagi pelabur amanah saham, camana? duduk ke berdiri sekarang nie? 🙁

    ilhaamilahi
    http://sideincome4employees.blogspot.com

  14. Assalamualaikum,

    Waktu gawat adalah waktu yg membuka peluang untuk orang yg berduit untuk buat duit…bagi golongan sederhana dan biasa, bertahan pada waktu ini pun sudah memadai. Kita mula merasai bahang kegawatan ekonomi sekarang. Jgn sibuk nak beli rumah baru, rumah sendiri pun harap tak tergadai kelak….mungkin ada tips bagaimana menghadapi kegawatan dari IK…

    http://www.kisahjutawan.blogspot.com
    ~jadikan mimpi satu realiti~

  15. Beli tanah kampung dan bendang 11 tahun lepas, baru RM25k.
    P.s. Kawan saya ada bercadang nak jual tanahnya di Kedah, kalau sesiapa berminat nak risik, bolehlah e-mel saya..

  16. [IMG]http://i446.photobucket.com/albums/qq189/sbsmarketing08/ipin01.gif[/IMG]
    Bertindak Sekarang – Masa Terbaik Untuk Melabur..
    Inilah masa nya untuk anda memulakan strategi merancang untuk menambah pendapatan sampingan anda semasa kemulut ekonomi semasa sekarang ini !

  17. Salam,
    Saya ingin bertanya jikalau waktu sekarang ni adalah waktu yang sesuai utk kita buat loan dgn bank utk beli rumah atau renovate rumah.

    Adakah BLR akan naik dalam masa terdekat.

    Minta pendapat pakar2 ekonomi kat sini.

    Wasalam.

  18. emm tu la wan, tak pun mcm ni je la, beli rumah separuh siap ke yg owner x dak duit dah nak teruskan buat rumah dia tu, then cuba siapkan. jgn suku siap lak. ntah2 siap kat pintu pagar je, baik x payah. he3.

  19. bro..sapa kata beli rumah perlu guna duit..aku beli tak payah keluar duit…tapi dapat duit. Contohnya, aku beli rumah di bawah market value(market value RM 12000) tapi aku beli harga RM 95000. So bank bagi aku pinjam 90% dari market value iaitu RM 108000. So aku dapat duit dalam RM 13000 dan peguam bank yang tanggung…so kekawan tak payah simpan duit beli rumah…cari la rumah di bawah market value..

  20. Salam.. IK, sy nak minta pndpt.. sy dalam dilema nak beli umah.. satu rmh (teres setingkat) ni harga RM190k.. dan satu lagi rm180k (teres setingkat tp dah modified jd 2 tgkt, perlu sedikit renov dlm rm15k).. harga pasaran rmh ni skrg sbnrnya rm220k.. both owner nak jual sbb ekonomi.. mana satu yg berbaloi nak dibeli?

  21. Pingback: Paving a way to a better future : Fadzuli.com
  22. kalau kita ada cash dalam 300k yg cuma disimpan dlm ASB saja.
    apa nasihat Irfan Khairi pada saya??

  23. actually..kalau nak beli umah utk pelaburan, apa yang penting potential umah tu, dan cuba cari rumah yang kurang 10k-15k dr market value. korg kena analyze, based on s&p agreement, berapa value umah tu masa dia beli dan berapa value umah tu skrg based on market value, yang diberikan oleh valuer. then korg try buat calculation, dalam masa setahun berapa value rumah tu meningkat. kalau value rumah tu meningkat tinggi setiap tahun, dats mean rumah tu potential utk wat investment. jangan main beli je rumah, nanti time nak jual susah, korg yang rugi.

  24. beli rumah kedai lagi untung,
    cuma modal kena banyak sikit sbb
    bank hanya biaya 80-85% je.
    tp kawa kawasan yg dibeli tu meletup..wahh.
    saya baru ambil kedai di kawasan yg tak mauju.
    tiba-tiba naik bangunan tesco depan tu..
    dah boleh sewa rm 3k
    bauay bank rm 1800 je..
    ada surplus

  25. alhamdulillah setle dah satu rumah selepas ‘bertarung’ dgn bank2 masa bulan sept 2009 yg lepas. sekarang ni tgh nak loan rumah kedua lak. saya target setahun 2biji rumah. sekarang umur saya baru nak masuk 23. umur 25 dah boleh kahwin la mcm ni. hehe

  26. Alhamdulillah, setelah sekian lama…akhirnya saya berjaya juga menjual rumah saya di Sg Buaya, Rawang tu melalui website saya sendiri. Dalam proses untuk mendapatkan loan bank. Hopefully, buyer saya tu berjaya mendapatkan loan bank tu….

  27. sy 27thn,guru, married, da 2 org ank.dh da 5 ekar tnh (1 ek n 4 ek). Tapi skrg sy nk smbg blajar pjj wat degree ngn husbnd.tnh yg 4ek sy nk jual dengn hrga yg berlipat selain settlekn pinjmn, n dapat simpn kt asb utk sara fee study..k ker tak yer?tolng saya

  28. saya dalam dilema sekarang nie.. sy nk beli property kt dataran otomobil shah alam,tempat tu memang cantik.lehx sape2 bagitahu sy samada nak beli shop lot tingkat 1 RM170k atau rumah tingkat 2 rm140k ?? mana bagus?? lokasi dia sebelah pasaraya yang akan buka.
    p/s:rumah tu bawah dia ada shop lot

  29. Alhamdulillah..rupanya keputusan yang saya buat minggu lepas sgt berbaloi ;). hari ni sudah bayar kpd pemaju utk wang beza dgn loan bank. sejak 2 hari lepas baca buku shamsuddin kadir tu..semalam beli 6 buah buku drnya utk dapat banyak ilmu..setakat ni baru ada 3 rumah utk pelaburan. 1 di putrajaya, 2 di kuantan…lokasi rasanya dah strategik…t kasih IK dgn ilmu dan tip-tip tuan 😉

  30. Saya nak taw juga….adakah tahun 2015 masa yang terbaik untuk membuat pelaburan hartanah…..

  31. Tahun 2015 dah ada tanda tanda ekonomi gawat. Mungkin tahun 2016-2017 adalah tahun yang terbaik untuk beli hartanah. Sekadar pandangan. Tanpa pengalaman. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.