Tabung simpanan dan tabung hiburan adalah berbeza

Adakalanya kita perlu mengupah diri sendiri untuk memotivasikan diri kita. Tidak semestinya sekiranya mencapai kejayaan besar sahaja kita harus upah diri sendiri, kejayaan kecil juga kita perlu mengupah diri sendiri untuk memberi semangat dan motivasi untuk kita mencapai lebih tinggi.

Apa yang penting adalah upah yang diberikan perlulah dalam kemampuan kita. Jangan pula sebagai contoh, pencapaian kita dalam perniagaan mendapat RM10,000, kita upah diri sehingga RM8,000 atau lebih pula!

Di sini pengurusan kewangan adalah penting. Apabila mencapai target kewangan kita, ketepikan 5-10% untuk tabung “˜hiburan”™ kita (setelah diletakkan 10% dalam tabung simpanan!)

Pembahagiannya adalah: 10% Simpanan (jangan di sentuh), 5% hiburan dan bakinya untuk sara diri dan keluarga termasuk derma dan kebajikan!

Tabung hiburan adalah untuk kita mengupah diri kita sendiri. Manakala tabung Simpanan adalah untuk kita simpan wang kita untuk masa depan- jangan di sentuh! Sesekali, kita perlu mengupah diri kita sendiri juga untuk memberi semangat dan motivasi mencapai lebih tinggi!

ps: Pelajari kaedah menjana pendapatan dan perniagaan menggunakan media sosial seperti Facebook, Youtube, Email, Blog dan Twitter di sini. Revolusi Media Sosial dijalankan di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Kota Kinabalu. Tempat terhad!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

9 thoughts on “Tabung simpanan dan tabung hiburan adalah berbeza

  1. Wah, saya baru saja sharing isu yang lebih kurang sama dengan IK di FB Page saya – berkenaan amalan menabung 10-30% daripada pendapatan bulanan pagi tadi.

  2. Salam,

    Memang menarik!

    Jika dirujuk pada bacaan orang-orang yang berjaya adalah mereka pastikan diri mereka di bayar dahulu dan selepas itu selebihnya di agih-agihkan. Dan sebagai orang Islam jangan di lupa 2.5% adalah sebagai zakat pendapatan setiap bulan.

  3. Setuju dgn IK..Simpanan mesti 10% samada dlm takaful dan simpanan di bank,jgn disentuh..Siapa Yg Gagal Merancang,sbnrnya dia Merancang Utk Gagal..bleh share this blog,Mr IK?

  4. Mengikut pembacaan dan pengalaman saya sebagai pelabur emas, untuk mencapai Financial Freedom, mereka harus ada 4 benda.
    1) Perlindungan (Takaful)
    2) Ilmu Pengurusan Kewangan (Pelaburan Ilmu)
    3) Simpanan (Bank, T.Haji, bawah bantal)
    4) Pelaburan (Yg pling selamat ialah Emas)
    http://WangRezeki.com

  5. Amalan menyimpan 10% daripada sumber wang yang masuk ke dalam akauan kita.(Dari apa jua sumber) telah saya amalkan sekian lama. Hasilnya sudah terbukti.

    Lagipun baik kalau RM yang terkumpul daripada 10% itu kita ubah kepada kepingan emas. Simpan kekal.

  6. ramai yg fokus hanya semata-mata kepada tabung simpanan dan mengabaikan tabung hiburan yang menyebabkan mereka stress dan tak semena2 tabung simpanan mereka sendiri tiba-tiba merosot tanpa di sedari..tabung hiburan perlu ada,dan perlu di habiskan setiap bulan untuk reward diri masing2

Leave a Reply

Your email address will not be published.