Wah.. hampir seminggu juga saya cuti beraya π Kini mula ramai pulang dari kampung masing-masing…
Suka saya umumkan satu kempen yang bakal dijalankan bernama “Simpan Challenge” pada bulan November ini. Kempen Simpan Challenge bertujuan untuk mendidik dan menggalakkan orang ramai tabiat menyimpan.
Sebenarnya, menyimpan mempunyai “seni” dan strateginya tersendiri. Ramai yang menganggap, menyimpan sekadar menahan diri kita dari berbelanja. Sebenarnya, ianya lebih daripada itu yang bakal dikongsikan ketika bulan “Simpan Challenge”
Matlamat “Simpan Challenge” mudah sahaja, iaitu memberikan tip dan strategi yang praktikal bagaimana anda boleh menyimpan RM1,000 dalam masa 1 bulan. Mudahkan?
Insyaallah hari Selasa ini saya, dan pengasas Simpan Challenge, Abang Abu (daripada ebook mentor Jutawan) akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai Simpan Challenge ini di MHI, TV3. Alhamdulillah, walaupun Simpan Challenge masih lagi diperingkat awal, tetapi telah pun mendapat kepercayaan berbagai pihak terutamanya media.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
IK, daripada pakar pemasaran internet boleh bertukar jadi pakar kewangan nih π
Saya baharu dapat kerja. So, duit tak banyak mana lagi. Nak menyimpan pun agak susah. Tapi satu perkara je yang saya masih praktikkan sampai hari ini yang saya ingin konsi dengan anda iaitu SIMPAN WANG SYILING ANDA!
Saya menyimpan wang syiling dalam tupperware plastik (tahan panas). Sekarang tupperware tu dah penuh dan melimpah-limpah. So, lepas ni saya kena kira la duit tu (dengan gaya penyamun dalam cerita Nujum Pak Belalang π )
Saya pernah kira sebelum ni. Jumlahnya dalam 100 lebih. Skrg pasti sudah bertambah lagi. π
Assalamualaikum
Entry terbaru ini memang best.Diharap akan ramai yang akan kongsikan idea dan strategi.
Lebih ramai lebih bagus. Harap-harap biarlah sampai 100 idea & strategi.
Saya secara peribadi sudah memulakan “simpan challege” ini agak lama juga.
boleh rujuk di sini:
http://fathuri.com/my-1st-million/
Harapa-harap dengan idea yang bakal diperolehi di sini nanti dapat saya bergerak ke fasa berikutnya dengan lebih pantas lagi.
Menjawab soalan IK di atas,
“So, sebelum, kami ceritakan dengan lebih lanjut mengenai Simpan Challenge ini, dan bagaimana anda boleh menjimat RM1,000 dalam masa satu bulan, ingin juga mendengar pendapat dan idea anda!
Bagaimanakah anda menyimpan? Apakah strategi dan tip-tip anda dalam menyimpan?
Strategi saya adalah:
1)Mendapatkan diskaun setiap kali membeli-belah.(servis kereta, beli barang elektrik, beli ikan, beli kain, beli barang-barang dapur, etc) Walau pun hanya beberapa sen akan saya simpan untuk impian sejuta itu.
2)Semua duit yang saya dapat dari orang (hadiah solat hajat, lebihan duit yang diberi kerana tolong belikan barang orang, duit raya,etc walaupun jumlahnya hanya beberapa sen juga akan saya simpan terus kedalam akaun khas impian sejuta)
3)Membuat buku log khas perbelanjaan setiap hari.Disediakan table untuk kategori perbelanjaan makanan, sedekah, sewa, bil2, petrol, dall). Jumlah perbelanjaan setiap hari akan di masukkan pada ruangan mingguan dan bulanan. Perbelanjaan ini akan dipantau setiap hari supaya tidak melebihi bajet yang disediakan untuk setiap kategori. Akhirnya pada hujung bulan, akan dapat dikenal pasti mana kategori yang ada +ve dan -VE jumlahya. Kemudian mana2 yang +VE. akan top up pada kategero yang -ve. Kesimpulannya apa cara perbelanjaan mesti tidak melebihi bajet yang disediakan.
Sekian, salam ceria & inspirasi
Oh ya, jika ada sesiapa dari pembaca blog ini yang mahu sama-sama mengejar impian sejuta anda. Sila tinggalkan komen di blog saya pada ruangan “idea & impian”
Moga kita boleh jadi kawan, insyaAllah kawan yang saling memberi manfaat
Assalamualaikum
Fathuri
“pemburu impian”
http://www.fathuri.com
http://www.fathuri.ws
Salam IK,
Tak terlewat lagi untuk saya ucapkan selamat hari raya buat IK dan keluarga..
Waktu-waktu selepas raya ni susah sikit nak bercerita pasal simpan menyimpan ni. Duit dah banyak digunakan, maklumla untuk raya..
Saya takde tips yang menarik untuk menyimpan. Saya lebih suka guna potongan gaji untuk simpanan dalam bank atau pelaburan seperti ASB. Cara ni lebih terjamin sebab ia dibuat secara automatik. Kalau duit dah ada di tangan, susah sikit untuk kita menyimpan. Nak belanja lagi senang, hehe..
Itu aje, thanks.
Mungkin kena ada matlamat kewangan insyallah baru kita bersemangat untuk menabung.
Kena kurangkan sifat suka bermewah…kecuali duit dah banyak sgt atau dah capai kebebasan kewangan
tak sabar nk belajar!!!
Salam eidul fitri, maaf zahir batin. Selain apa yg di perkatakan diatas….cari pasif income, sertai program affiliate dan ppl, dapat duit tu simpan dlm asb……walaupun sedikit…lama2 jadi byk (jadi bkt tak ndak ler!!)
Rgds,
ZulBM
ehm. satu idea yang bernas. menyimpan..
Menyimpan…bunyinya mudah tapi sukar dilakukan kalau tanpa disiplin dan didikan awal. Bagi saya potongan gaji paling senang ASB atau tabung haji dll.
nak menabung rm1000 sebulan tak mustahil sapapun leh buat
First menuntuut ilmu mantapkan ilmu didada bidang promosi atau apa sahaja biz
Kedua jadikan Hobi dan minat duit
salah satu leh buat panduan ke rahsia ke ebook ke video ke tutorial ke
contoh awak minat akuarium bela ikan
Leh buat panduan akuarium rahsia untuk bela ikan atau apa sahaja
Hobi leh buat duit yang melampau
ADA saya baca blog overseas satu mamat nie keja 15 tahun jual keta then dia malas dan jemu
Tapi beliau banyak ilmu berkenaan keta penjagaan keta dan banyak lagi
Beliau pun berjumpa dengan seornag usahawan dan usahawan itu cadangkan buat ebook video guide untuk bantu orang beli keta dan sebagainya
dia juga pasang affiliate program juga buat ebook hanya mengenakan caj usd12 je dalam RM45 je
lepas 4 bulan dia chek akaun dia usd300 000 dia tak percaya begitu hebatnya ilmu yang beliau miliki dan tahu apa lagi
ada yang minta beliau buat lanjutan apa yang dari first volume ebook beliau
Jadi mustahil ke anda simpan RM1000 sebulan
Tak mustahil RM10 000 sebulan pun leh!!!!!!!!!!!
Salam Semua..
Kadang-kadang kita senang untuk merancang tp agak sukar utk laksana..Saya harapkan dengan buka blog IK tiap-tiap hari dapat mengubah supaya rancangan yang dibuat akan saya laksana..:)
Salam IK dan rakan2,
Bagus!
Sebenarnya dalam bisnes atau dalam bidang pekerjaan anda, tabiat menyimpan merupakan salah satu cara untuk jadi kaya!
Kebetulan saya juga akan memberikan tip asas wang dan tabiat menyimpan di blog saya.. :)(Apasal selalu saja sama idea saya demgan IK ni? hmm..):)
http://www.h2jbiz.com/blog
Saya harap dapat belajar sesuatu dari kempen Simpan Challenge ni, kerana saya mengambil masa beberapa bulan untuk dapatkan simpanan sebanyak RM1,000.
Kepada yang masih bujang tu, gunakanlah sepenuhnya masa terluang untuk belajar bisnes (kalau minatlah). Boleh menambahkan lagi dana simpanan. Boleh mula ngan bisnes internet.
Kalau dah berfamili, masa agak terbatas untuk part time bisnes. Jgn menyesal di kemudian hari
Nampak mudah tapi sebenarnya susah..
Tapi kalau sifu nak syer teknik ni bagus jugak..
http://www.fathuri.ws
Tahniah kepada IK atas pelancaran kempen yang begitu bermanfaat ini.
Semoga lepas ini saya dan para pembaca dapat mengetahui bagaimana menyimpan wang RM1000 dala masa sebulan.
Bukankah ini perkara baik? Biasanya wang kita tidak akan berpeluang untuk menyimpan sedikit wang kita (walaupun 1%).
Jadi jangan lepaskan peluang ini! π
Menyimpan wang secara kekal adalah satu cabaran besar bagi sebahagian besar dari kita. Tidak semua orang boleh menyimpan secara kekal.
Setidak-tidaknya dengan adanya kempen ‘Simpan Challenge’ ni akan dapat MEMBANTU banyak pihak.
Pastinya satu kempen yang amat berfaedah untuk ramai golongan!!!
Cabar diri kita untuk menyimpan!!! π
Idea yang baik sekali dari IK !!!
Cara saya cuba menyimpan ialah setiap kali ada syiling dalam kocek saya, saya akan cepat2 masukkan ke dalam tabung yg disimpan di rumah.. Sikit2 lama2 jadi bukit
Day1: $0.50
Day2: $1.00
Day3: $2.00
Day4: $4.00
Day5: $8.00
Day6: $16.00…diganda setiap hari.
Ini seperti d ‘Magic of Compounding’
Saya rasa 1mth boleh dapat lebih dr $1000.
So maknanya walaupun dikurangkan separuh, tapi kalau diamal principle ini tetiap hari, insyaallah gerenti menjadi.
Salam aidilfitri untuk IK…saya merupakan silent reader blog anda…baru-baru ni jer nak menonjolkan diri…baru nak belajar buat blog, harap-harap dapat buat macam blog IK ni…mudah-mudahan…hehe..
Saya memang suka menyimpan wang (tak kira la, duit poket, duit hasil kerja freelance, duit ptptn, duit biasiswa, etc)…paling penting kena ada MATLAMAT kenapa perlunya menyimpan duit….Biasanya saya menyimpan untuk 3 kategori, iaitu matlamat jangka pendek, matlamat jangka sederhana dan matlamat jangka panjang…Lepas tu buat 2 list, satu untuk simpanan tetap (simpanan yang tidak boleh digunakan selain selain kecemasan dan keselamatan) dan satu lagi simpanan yang digunakan dalam waktu tertentu…lepas itu, saya akan mula menyimpan tanpa henti…Siapa kata orng yang masih belajar tak boleh menyimpan…;)
Ok, itu sajalah serba sedikit yang ingin saya kongsikan..Terima kasih kerana membaca komen ini..;)
asm. bab nak simpan menyimpan duit ni memang la bagus.. tapi kena betul2 disiplinkan diri, insyallah akan saya praktiskan
Saudara IK,
Saya merupakan silent reader anda dan bersetuju dengan pendangan anda di dalam website ini.
Pada masa ini, apa yang saya praktik :-
(i) masukkan lebihan wang dalam kocek tak kira syiling atau kertas selepas shopping, atau selepas balik kerja, saya akan terus masuk dalam tabung yang tak boleh dibuka penutupnya. Kalau dulu saya pakai bekas tutup kuih, masuk duit senang, keluarkannya pun senang..so carilah tabung yang susah nak buka dan tak nampak isi kandungannya.
(ii) bayar semua hutang piutang dulu yang akan menyebabkan interest (contoh kad kredit) sekiranya lambat bayar sebelum dateline.
(iii) Anggaran perbelanjaan bulanan hendaklah dibuat terlebih dahulu setelah selesai mengambilkira bebanan tunai. Sebaik sahaja dapat gaji, terus larikan dalam rm100 (at least) supaya kita tak rambang mata tengok duit dalam akaun banyak lagi..
(iv) Beli barangan yang mempunyai kualiti dan fungsi yang sama pada harga yang lebih rendah. Contoh kalau nak makan laici dalam tin (biasanya produk yang terkenal dalam rm3.99, tapi ada pilihan lain beharga rm 1.50). Kualitinya lebih kurang sama sahaja.
Itu pandangan saya yang naif ini. Salam perkenalan
saya sendiri menteapkan target untuk menyimpan sekurang2nya RM20-RM30 setiap hari
tak terllau tinggi dan tidak terlalu rendah
yang pentingnya tindakan kita kekal konsisten
Salam
Dulu nenek saya masa nak masak nasik dia selalu ambik segenggam beras dari setiap pot yang hendak dimasak.Saya tanya kenapa? Nenek saya jawab, ni sebagai simpanan semasa kecemasan.
Hari ini bila difikirkan balik betul apa yang nenek saya lakukan. Simpan sedikit dari apa yg kita dapat. Hari ini 10% dari pendapatan saya adalah utk simpanan.Syor seperti Azizi Ali.
Assalamualaikum saudara IK
Saya rasa, ini kali pertama saya menulis di blog anda. Saya sering mendengar tentang kehebatan IK. Tidak kira di akhbar dan di media seperti televisyen.
Entah kenapa, saya tertarik dengan post saudara kali ini. Ia ringkas, tetapi tetap mampu memberi perangsang kepada orang yang membaca blog anda. Mungkin di sebabkan anda ikon perniagaan pada masa kini. Kata-kata anda akan menjadi ‘booster’ kepada sesiapa sahaja yang cuba mencari motivasi.
IK,
Cara yang selalu saya gunakan untuk menabung dan menyimpang adalah seperti berikut;
1)Tetapkan pendirian berapa nilai bajet untuk digunakan sebagai simpanan. Seperti contoh, daripada duit gaji yang di peroleh setiap bulan, anggarkan berapa perbelanjaan anda dan simpan yang tidak di gunakan. Contoh RM150. Walaupun ia tidak banyak, tetapi biarlah ia kekal dan istikhamah. Cuba elakkan diri dari menggunakan duit ini. Ingat, ia adalah ‘simpanan’. Kuat kan hati! Elakkan dari berbelanja dengan duit ini.
2)Sasarkan kepada barangan yang di perlukan sahaja. Cuba elakkan dariapada membeli barangan yang terlalu mahal dan akhirnya tidak di gunakan. Seperti kasut,baju dll. Ia secara tidak langsung boleh mengawal nafsu kita dari terjebak dari pembaziran.
3)Membuat kira-kira perbelanjaan setiap hari jika boleh. Lihat ke mana wang anda di belanjakan, dan siapkan satu log, kawalan perbelanjaan. jadikan ia seperti diari kepada anda. Simpan dan lihat setiap hari.
4)Bagi yang mempunyai wang, anda boleh cuba untuk membuka akaun pelaburan seperti public mutual atau membuka Amanah saham bumiputera. Ia boleh menambah pendapatan anda dalam jangka masa panjang. Nilai wang anda juga boleh meningkat.
Tips-tips kewangan banyak di kongsi oleh ramai orang. Buku-buku yang berkisar mengenai perniagaan dan asas kewangan banyak di sentuh. Cuma adakah kita mahu berubah? Itulah dia namanya ‘challenge!’
Sekian,
fahdi ghazali
pengasas,
http://www.intelincome.com
pendapatan saya sekeluarga cukup bulan ngam2 je….so agk susah sikit nak menyimpan…cukup2 bayar hutang rumah,kereta,keperluan ank2 dan belanja barang2 dapur…so mcmmn ye nak menyimpan?kena plak ekonomi gawat mcm skrg ni….biasa la kj kilang….
satu tips yg berguna untuk zaman ini.
ialah maner tidak nyer ,sekarang anak2 kecik pon dah pandai main dgn duit..kalo mereka tidak mengamalkan aktiviti penyimpanan duit saya takut tidak lama lagi akan ada budaya pemboros.x ada saving..ini juga akan mengakibatkan org suka berhutang.
akhirnya ada juga anak muda telah membudayakan balik aktiviti menyimpan dgn adanyer SIMPAN CHALLENGE INI..
tahniah..
disamping memberi info,ada juga peringatan disitu..
tak salah saya katakan kita WAJIB menyimpan..kalo tidak untuk ari ini ,untuk masa dpan.
salam…harap dapat belajar cara menyimpan yang lebih efektif dalam kempen ini.setiap bulan pasti tidak dapat menyimpan walaupun saya menerima gaji tetap.harapkan potongan tabung haji dan asb sebagai pelampung.tak taulah sampai bila boleh bertahan.terima kasih atas maklumat yang diberikan.
Saya rasa kita kena mulakan tabiat yang sgt baik ini.mulanya memang susah, tapi amal setiap hari, insyaAllah ia jadi mudah. saya mula simpan duit syiling 50 sen dlm bekas minyak rambut. pantang je dpt duit 50 sen, saya pasti simpan.tanpa sedar ianya penuh.saya rasa seronok & skrg simpan dua bekas 20 sen & 50 sen. Kita semua boleh buat…selagi tak cuba …tak terasa nikamatnya
dulu saya amalkan dgn kurangkan perbelanjaan setiap hari, kalau sehari belanja rm10 simpan rm1 sehari so sebulan dpt rm30
tp kalau nak simpan banyak2 tu…susah skit, tp akan jadi senang kalau kena caranya
Salam buat semua. Suatu yang menarik dan elok dihebahkan kepada seluruh rakyat M’sia. Bagi saya, simpanan boleh dibuat melalui potongan gaji dlm tabung haji dan..bila dpt gaji je, terus buka M2U simpan lagi sekurang2nya rm100 dlm tbg hj gak..duit siling saya susah nk simpan..asyik kena mintak dengan anak2 jer.. tak sabar nk tau tips2 simpan challange.
Salam…
IK, saya baru lepas tengok MHI, wawancara IK bersama abang abu masa makan breakfast tadi. menarik juga ‘simpan challenge’ ni, tapi saya tak sempat tengok in detail pasal. so boleh tak IK kongsi lagi sekali macamana nak join ‘simpan challenge’ ni?
Btw, saya menyimpan guna ASB + Tabung Haji. tak banyak pun simpan, tapi konsisten. cuma kadang2 terguna juga duit yang disimpan tu sebab kadang2 ‘hujan di tengahari’…hehehe..
harap IK dapat kongsi ilmu tentang cara menyimpan duit di zaman kemelesetan ekonomi ni.
Sekian, terima kasih.
saya memang berminat dgn tip -tip cara menyimpan wang kerana impian saya adalah untuk menjadi orang kaya yang mempunyai wang bila2 masa saja saya perlukan tanpa menunggu di hujung bulan untuk mendapat gaji.cara menyimpan saya kini cuma melalui potongan gaji setiap bulan dan kadang2 simpanan itu digunakan pada hujung2 bulan sebelum mendapat gaji.
Tiap tahun azam saya nk lebihkn menabung dr berbelanja tp tak pernah kesampaian. Tp bila ada kempen ni, cm tak sabar la pulak. Saya berusaha mendisplinkin diri. kalau coins tu ada juga simpan dalam bekas bedak yg dh abis. cm kata D
normally apa yg saya buat adalah dpd duit gaji saya akan simpan dalam tabung haji sahaja dlm 150 sebulan then duit belanjan yg husband saya bg about 100 sebulan saya akan simpan juga dlm tabung haji…tp kadang2 terfikir juga dividen tabung haji setahun sekali lambat duit tu nk beranak pinak…mungkin irfan ada cara yg lbh efektif.tq
smbung sket lg… cm kata IK pg td kat MHI, gunakan wang kertas. Saya kalau byr parking tu mmg guna wang kertas, so baki tu, masuk dlm tabung bedak.
Setiap bulan saya akan asingkan RM100 sebagai tabungan.Ini baru bermula kira-kira 2 tahun yang lalu.Setakat ini wang simpanan saya itu tak pernah berusik.Harap2 keadaan ini akan berterusan dalam jangka masa yang panjang.Cuma saya bimbang kalau2 atas sesuatu desakan yang tak dapat dielakkan maka saya terpaksa ‘mencuri’ wang tersebut, jadi bermakna terjejaslah matlamat saya…setakat ni belum ada apa2 lagi yang mendesak.
Pagi ni tegok IK kat TV3 seronok juga cerita pasal ‘Simpan ChallengeΓ’β¬β’. Rasa ingin tahu juga. Selama ini saya menyimpan dengan ikut suka hati aje. Maklumlah saya nak beli rumah. Jadi simpan utk target nak pasang macam2 kat dalam umah tuuu.
Gaji dapat aje saya akan simpan 500 khas untuk umah baru tu, yang lain dibelanjakan. tapi tak penah pun capai target yang saya mahukan.
Dengan adanye ‘Simpanan Challenge’ ini dapat lah juga serba sedikit ilmu penyimpanan yang boleh saya gunakan.
Salam,
Sebenarnya saya dah lama menyimpan lebihan syiling dan hasilnya amat memberangsangkan.
Hujung tahun saya anggap ianya bonus untuk diri saya sendiri. Memang berbaloi.
ok cuba macam ini plk. Bulan ini pastikan setiap hari simpan RM2.00, kemudian bulan depan sehari rm3.00. Nampaklah peningkatannya.
salam,
saya mmg setuju sgt dgn kempen menabung yg anda telah laksanakan itu.Dulu arwah mak saya sering menyimpan syiling 50 sen dan sikap itu sekarang telah diteruskan oleh saya dan insyaallah akan saya terapkan pula kepada suami dan 3 permata hati saya yang
berumur dari 7 hingga 14 tahun
Saya amat brharap dpt brjumpa dgn anda utk memberi bimbingan,nasihat dn sedikit motivasi kpd anak sulung saya yg mengidap dylexsia tp begitu pintar dn cenderung dlm bidang IT..
Salam aidilfitri,
buat IK dan semua pembaca.
Saya selalunya menyimpan lebihan duit gaji sebelum mengambil duit gaji berikutnya. Dengan tips terbaru dari ik n abangabu nie, harap boleh tambah simpanan lagi.
sekian terima kasih.
IK,
Apa yg saya buat untuk simpan duit,
a) buat potongan gaji untuk anak n saya dlm asb n tabung haji,
b) beli menggunakan wang kertas n simpan lebihan syiling.. tetapi tidak konsisten.. insyaallah, simpan challenge ni buat saya buka mata untuk teruskan tabiat saya ni secara konsisten..
sy sebagai pelajar u yg guna duit biasiswa semata-mata rasanya x mampu nak simpan 1000 sebulan…kecuali la buat perniagaan internet…atau buat kerja yg ada side income…tapi bg pelajar yg nak fokus pada pelajaran tanpa melakukan kerja sampingan…. kalu nak simpan separuh drpd biasiswa yg dapat (rm500/bulan) pasti boleh…tp kena ada displin diri yg tinggi…matlamat simpanan dan perancangan yang jelas…kena ikut bajet yg disediakan…
yang pasti budaya menyimpan ni kena pupuk sejak kecik lg…heheh…
salam..saya tertarik dgn kenyataan encik ditv3(MHI)pada 29/9/2009,mengenai meminta potongan keatas setiap perbelanjaan seharian.Perkara telah saya buat tetapi tiada peniaga yang nak bagi potongan ada yang kata harga tetap,tak untunglah,boss takada dan pelbagai alasan yang diberi.Jadi bagaimanakah untuk mendapat potongan harga setiap belanja,apakah lojik potongan seperti encik nyata pada rancangan tersebut???dan bagaimana untuk mendapat nilai tabungan RM1000 dalam masa sebulan???minta penjelasan dari encik dan abang abu
Pada pendapat saya,
Kita boleh buat dengan membuat pembahagian untuk setiap pendapatan kita.
Saya ambil kiraan mudah, dalam sebulan jika kita nak simpan RM1000. Jadi cuba bahagikan kepada 3 bahagian (ini contoh). Satu bahagian untuk perbelanjaan, satu bahagian untuk pembayaran wajib. Satu bahagian untuk Simpanan.
Jadi jika kita target RM1000 untuk simpanan, kita boleh anggarkan wang sebanyak RM35-RM50 setiap hari untuk simpanan. Jadi pastikan kita boleh menyimpan jumlah wang di atas setiap hari.
Ini cuma pendapat peribadi saya sahaja.. π
Harap Saudara IK bersetuju … π
salam irfan akak adalah surirumahtangga sepenuh masa,bagaimana akak nak menyimpan sedangkan segala perbelanjaan diuruskan suami akak termasuk membeli ikan dan sayur akak cuma dpt wang saku dlm rm 50 saja sebln tu pun habis untuk memenuhi keperluan anak2 spt beli buku rujukan,top up dan jajan. anak2 5 orang semuanya masih bersekolah boleh kah irfan bantu akak bagaimana nak menyimpan.kadang2 akak simpan juga duit sen lebihan dari belanja rm 50 tu tapi selalu anak2 minta utk tambahan duit sekolah tak bagi tak sampai hati.
Penting sgt utk mulakan simpanan ni..Kalo dr awal xbiasakan diri samapai bila2 pun kita tak dpt nak menyimpan duit.. Xsabar nak tunggu pelancaran Simpan Challenge ni !!
saya suka simpan syiling lebih byr duit tol. & suka guna duit kertas je, syiling sy simpan especially dlm tabung anak. sebab saya suka tabung 3 anak saya penuh cepat.. pastu saya simpan duit parttime n 5% gaji dlm asb biar susah keluar.
salam.. saya penah tgk dalam oprah. sediakan tiga balang lutsinar (so kite boleh nampak duit yang berkurangan ) untuk tiga keperluan utama kita. 1) bills 2) makan & minum 3) entertainment. masukkan duit cukup2 je untuk setiap balang tu. lebihnya simpan. so kalo ade terkurang, mesti top up dgn duit yang ade dlm tiga balang tu sahaja. itu memotivasikan kite untuk berjimat dan sedar diri. selamat mencuba!
salam,
rm1000 sebulan bagi dgn 30 hari = lebih kurang rm33.34, kesimpulannya setiap hari kena simpan rm33.34, SIAPA ADA IDEA BAGAIMANA NAK DAPATKAN RM33.34 SETIAP HARI UNTUK DI SIMPAN? adakah dgn berniaga, buat part time, atau potong perbelanjaan.”zaman dulu – kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, zaman sekarang – bagaimana nak dapatkan sagu tanpa memecahkan ruyungnya” jawab jgn tak jawab……
“make you happy life, spirit of confidence”