Simpan Challenge 2009

Wah.. hampir seminggu juga saya cuti beraya 😉 Kini mula ramai pulang dari kampung masing-masing…

Suka saya umumkan satu kempen yang bakal dijalankan bernama “Simpan Challenge” pada bulan November ini. Kempen Simpan Challenge bertujuan untuk mendidik dan menggalakkan orang ramai tabiat menyimpan.

Sebenarnya, menyimpan mempunyai “seni” dan strateginya tersendiri. Ramai yang menganggap, menyimpan sekadar menahan diri kita dari berbelanja. Sebenarnya, ianya lebih daripada itu yang bakal dikongsikan ketika bulan “Simpan Challenge”

simpan-small.jpg

Matlamat “Simpan Challenge” mudah sahaja, iaitu memberikan tip dan strategi yang praktikal bagaimana anda boleh menyimpan RM1,000 dalam masa 1 bulan. Mudahkan?

Insyaallah hari Selasa ini saya, dan pengasas Simpan Challenge, Abang Abu (daripada ebook mentor Jutawan) akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai Simpan Challenge ini di MHI, TV3. Alhamdulillah, walaupun Simpan Challenge masih lagi diperingkat awal, tetapi telah pun mendapat kepercayaan berbagai pihak terutamanya media.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

78 thoughts on “Simpan Challenge 2009

  1. Salam..

    Duit simpanan saya majoritinyer saya laburkan dalam dana anak-anak. Harap saya dapat belajar sesuatu disini dari semua yang ada… TQ

  2. saya berniaga setiap bulan memang ada simpanan tapi macamana yang menggunakan simpanan agar ianya berkembang selain dari pengeluaran zakat…

  3. Assalamualaikum Abang Irfan Khairi.

    saya seorang pelajar tingkatan tiga. Mak saya memberi saya duit saku sebanyak RM20.00 seminggu, macam mana saya nak menyimpannya dalam masa satu bulan?

    saya baru dengar daripada ibu saya pasal “SIMPAN CHALLENGE”, tetapi malangnya, ibu saya hanya menonton Malaysia Hari Ini tentang abang hanya sekerat jalan saja. Boleh tak abang terangkan semula pasal “SIMPAN CHALLENGE”?

    boleh ke pelajar sekolah macam saya join sekali?

    tolonglah saya.

  4. Salam IK..
    Saya dah kerja hampir 2 tahun…skarang nie, agak susah nak simpan duit kerana terlalu banyak tanggungan..kadang2 duit mkn pun kne blanje rm3 je sehari..hopefully i can learn something from here..TQ

  5. tertarik juga nak ikuti simpan challange ni. sebelum ni saya amalkan simpan duit kertas RM1. setiap mlm sebelum tidur, saya akan periksa purse dan ambil semua duit rm1 yg ada dan masukkan dlm satu beg khas. bila berbelanja saya tidak akan gunakan duit rm1 yg ada dlm purse kecuali kalau dah terpaksa. duit tu setiap hjg bln akan dimasukkan ke akn asb anak sebagai simpanan pendidikan dia. Sblm ni saya simpan di satu akaun yg susah nak ekses. tapi susah nak pegi bank tu, kadang2 terpakai balik duitnya. so, masuk dlm asb anak dan buku dia pegang sendiri. segan la sikit nak keluarkan duit tu kan sebab nanti anak ‘bising’ minta ganti…

    apapun semuanyua perlukan disiplin dan komitmen…

  6. Cara yg berkesan untuk menyimpan adalah “Pay yourself first” atau bayar diri anda dahulu. Apa yg org selalu buat bila dpt gaji ialah bayar semua bil2, ansuran kereta/rumah, barang, dan perbelanjaan. Selepas itu kalau ada duit lebih barulah disimpan. Sebab itu setiap bulan adalah sedikit untuk disimpan atau tiada langsung.

    Sepatutnya, anda perlu bayar diri anda dulu dan barulah bayaran lain.Anda sudah bekerja penat lelah pastinya anda yang paling deserve wang gaji anda.

    Contoh buat satu akaun khas lain untuk anda dan pindahan automatik setiap bulan ataupun dilaburkan ke akaun pelaburan. Anggaplah ini bil anda yang pertama dan yang paling penting sekali. Pastikan anda sukar untuk keluarkan duit itu (tanpa ATM card). Mulakan dengan 10% drpd gaji anda dahulu dan sedikit demi sedikit tingkatkan kepada 20%-30%.

    Cubalah..Tabiat ini kalau diamalkan sejak awal boleh membantu seseorang untuk mengumpul simpanan yang banyak dan teknik/strategi yang berkesan untuk masa depan kewangan anda.

  7. salam IK,
    tak sabar nak tau pasal simpan challenge nih. So far ada jugak menyimpan sikit2, nasib baik saya ni jenis konsisten. Semua akaun anak2 ngan husband aktif tiap2 bulan menyimpan and harap sangat ada tips yang terbaik untuk lebih efektif dalam menyimpan.

  8. Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk IK sekeluarga dan pengunjung blog Tip 1 Minit ni. Maaf zahir & batin dari saya.

    Sebagai surirumah sepenuh masa, banyak kelebihannya. Setiap kali mengemas rumah, pasti jumpa $$. Kalau bukan suami yg lupa nak simpan, mungkin juga anak lupa nak simpan sebab maknya lupa nak ingatkan. Hehe..Setiap $$ yg dikutip pastikan masuk ke tabung ayam(kena pecahkan bila nak dikeluarkan), bak pepatah mengatakan “pecahkan ruyung kalau nak dapat sagunya”. Kalau simpan dalam ruyung, lagi kayo dik…Mana-mana tin susu bayi yg akak jaga pun boleh diguna sebagai tempat tabungan. Tujuannya simpanan untuk anak-anak dan kami(suami/isteri). Jangan lupa simpanan untuk diri sendiri. Ingat hari tua kita..

    Bila berbelanja, jangan lupa diri. Perlu bijak menilai antara keperluan & kehendak terutama yg ada anak-anak. Suami & isteri mesti faham tujuan menabung, saling ingat mengingati & disiplinkan diri. Mudah-mudahan berkat yang didapat. Amin..

  9. tak sabar rasanya
    saya seorang yang susah untuk menyimpan so dengan adanya simpan challenge ni dapat la saya belajar mcm mana nak menyimpan….

  10. simpan challenge saya nantikan untuk mendapatkan lebih banyak tips cara menyimpan.. sekarang ni simpan 40% ($2000) daripada pendapatan ke asb.. cara berjimat: 1) sediakan budget bulanan sebelum gaji keluar
    2) duit perbelanjaan keluarga masukkan dalam envelope (sistem envelope)
    3) beli barang peribadi mana yang perlu je/tak suka window shopping ataupun apa yg namanya perabih duit jo. tak suka lepak2 kat kedai kopitiam ke apa ke.. isteri mithali..hehe
    4) credit card jarang pakai atau bayar habis tiap bulan.
    5) pakai kereta sejak 6 tahun dulu.. duduk apartment jo.. (tapi ada rumah landed property)
    6) bawa bekal ke pejabat & masak di rumah
    7) insuran pendidikan anak2/insuran hidup & medical suami isteri mesti ambil untuk cover klu sakit
    8) sedekah kah orang tua dan yg memerlukan jangan lupa.. semoga tambah rezeki
    9) beli barang mesti tawar.. shopping raya pun kat uptown je.. hehe (bukan org tahu)

  11. sayapun nak join…cara simpan yang mungkin belum saya tau.Setakat ini saya juga menyimpan di tabung haji.setiap tahun bila ada kenaikan saya dah tolak terus guna potongan gaji ke simpanan. Jadi duit tu taklah terasa dah ada dalam tangan.

  12. cabaran ini memang cukup mencabar sekali. boleh mengelakkan kegawatan kewangan dengan simpanan yang tak seberapa.

    bleh elakkan sikap asal nak simpan aje habis, asal nak simpan aje habis kering.

  13. saya pun nak tahu jg,coz saya blm ada simpanan,tp baru2 ini saya masuk kutu,bila nak bayar memang rasa terpaksa tp bila dpkr masa depan rela jg,
    gaji saya setakat 650 shj tp banyk nak dtanggung.
    blh k simpan 1000 dlm 1 bulan?????

  14. saya kerja government, gaji x byk tapi stabil. gaji +elaun monthly 3000+, husband pun kerja gov, gaji+elaun monthly 4000+, kalau campur dua tak kurang 7/8 ribu. anak baru sorang tapi takde saving! hu..hu..nk kata boros sgt pun rasanya tidak, dua2 pakai keta proton je..harap2 IK boleh tolong nasihatkan camne nk saving

  15. saya suka dgn tajuk ini anak2 saya telah di ajar menyimpan wang lebihan sekolah ke dlm tabung sendiri bila ckp bulan bawa mrk dan tabung ke bank utk di bankin mrk suka bila lihat duit byk di dlm bank sehingga sekrg mrk berumur 11 – 18 thn anak2 saya masih meneruskan tradisi ini

  16. salam…
    nak kata pandai menyimpan 2,xjuga.sblm masuk Universiti dulu,pak chu sy suh sy buka asb n blaja simpan duit dlm 2.asb 2 hanya untuk simpan sahaja.jgn keluarkan kalau xperlu.so, sy disiplinkan diri untuk simpan RM200 sbln dri duit pinjaman PTPTN RM3000 1sem dlm asb.di semester 5 ni sy sudah berjaya menyimpan RM4800.alhamdulillah…sy harap dpt ilmu menyimpan lebih dgn simpan challenge ni..
    selepas sy tgk video saudara IK n abang abu kt MHI pagi td di web ni,sy terasa rugi juga sbb xsimpan duit syiling y lebih dri p’belanjaan.klu x,mesti pak cik da kayo sekarang…huhu
    y penting untuk menyimpan ni disipin diri dan pandai urus kewangan…hrp dpt kongsi ilmu b’sama…

  17. Program yang cukup menarik di zaman harga barang makin naik gaji tak naik2 ni he2…Tp xtau lh boleh buat ke x ni nk menyimpan lebih dari berbelanja…

  18. Salam Alaik & Salam Ceria..
    Saya selalu juga ziarah ke halaman IK ni.Saya suka bab2 motivasi & kewangan ni semua. Saya masih belajar di sebuah Universiti di Jordan. Rata2 yang saya baca semuanya soal tips2 untuk menyimpan bagi mereka2 yg sudah bekerja, bagaimana pula eh cara atau tips2 bagi golongan student cam saya ni eh IK?

  19. tak sabar nak mulakan simpan challange semoga dpt menyimpan rm 1000 dlm 30 hari rasanya klu simpan rm 5 sehari boleh dpt banyak tu… nanti nak join simpan challange

Leave a Reply

Your email address will not be published.