Seringkali dalam buku kewangan menyeru kita untuk simpan 10% daripada pendapatan kita. Konsep “Pay yourself first!”
Adakah anda melakukan ini?
Konsep ini pada mulanya datang dari buku klasik The Richest Man in Babylon, yang mengatakan untuk simpan apa sahaja pendapatn harta kita 1/10 bahagian. Zaman kini, kita gunakan 10%.
Bagi mereka yang tidak melakukan ini, lakukan sekarang oleh kerana ia akan membawa anda kepada bebas kewangan dalam tahun-tahun akan datang. Bagi mereka yang tidak melakukan ini, mungkin selama ini terasa, hendak simpan 10% daripada pendapatan amat sukar. Sebab hujung bulan, memang habis semua duit, tak sempat menyimpan pun!
Jadi bagaimana?
Mudah sahaja, sekiranya anda tidak mampu menyimpan 10% dari pendapatan bulanan anda, mula pada 1% sahaja. Sekiranya pendapatan RM2,000, simpan RM20 sahaja. Takkan simpan RM20 tak boleh? 🙂
Sebulan dua kemudian, bila anda sudah selesa dengan menyimpan 1%, naikkan kepada 2%. Menjadi RM40 sebulan. Teruskan sehingga 3%… 4%… berbulan-bulan yang akan datang. Dengan cara ini, dalam 1 tahun, anda akan rasa selesa menyimpan 10% daripada pendapatan anda.
Sekiranya tidak boleh menyimpan 10% kerana terasa amat sukar, tidak mengapa, mulakan dengan 1% sahaja dulu. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!
Ingat, pay yourself first. Maksudnya, dapat gaji, terus simpankan % tu terlebih dahulu. Kemudian, baki, baru gunakan untuk bayaran2 tanggungan hidup 🙂
Esok saya akan ceritakan bagaimana hendak melipatkali gandakan simpanan anda!
ps: Sedar-sedar Cd Audio Motivasi saya “Wang & Anda” sudah berada di pasaran! Saya pun tak perasan ianya sudah berada di pasaran sejak minggu lepas. Hari ini saya mendapat panggilan mengatakan sudah OUT OF STOCK!
Print pertama kami hanya print 500 sahaja… kesemuanya SUDAH HABIS dikedai dan kini, kami sedang print lagi! Wah… memang tak sangka begitu cepat habis sehingga kami sendiri tak sempat nak jual online 🙂 Terima kasih atas sokongan anda!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Sy masih lg seorang pelajar, buat part time mengajar tuisyen. Jadi adalah sikit income walaupun tak banyak. Cara sy, sy invest kat public mutual. sy peruntukkan rm100 sebulan. Utk 20 atau 30 tahun lg tu la savings sy nanti.