Tip saya di segmen WW-bersama Irfan Khairi di Astro Awani hari ini, saya berbincang mengenai “Pencen tak Berduit”.
Baru-baru ini, laporan dalam Utusan Malaysia mengatakan bahawa purata caruman KWSP untuk pencarum adalah RM114,000 seorang selepas mereka pencen. Apaka maksud ini?
- Secara purata, mengikut jangka hayat 55-75 tahun, pencarum hanya menerima RM475 sebulan!
- RM475 sebulan adalah dibawah paras kemiskinan di Semenanjung Malaysia iaitu RM530
- Sekiranya pencarum melakukan pengeluaran KWSP awal, jumlah ini akan berkurang lagi dan merumitkan kos sara hidup mereka yang pencen!
Jadi apa perlu anda buat?
- Jangan 100% mengharapkan simpanan KWSP sahaja. Anda perlu menyimpan juga sendiri!
- Pengeluaran awal KWSP adalah “last resort” sekiranya mesti keluarkan wang sahaja!
- Mulakan perniagaan atau mula melabur supaya kewangan masa depan kita lebih terjamin 🙂
Mudahan kita tidak pencen tak berduit. Matlamat kita adalah untuk “Retire Rich, Retire Young!”
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Saya lebih suka memulakan perniagaan.Berusaha keras untuk berjaya dalam perniagaan dan simpan wang keuntungan tersebut.
Masa muda inilah masa yang sesuai untuk berusaha sedaya upaya untuk mencari wang simpanan.Bila dah pencen nanti,duduk rumah aje.Rehat dan beramal.
betul tu. kita pun kena pandai menabung atau buat simpanan sendiri. saya sangat setuju dengan banyak sebab.
saya setuju dgn norfazli.saya pun beminat untuk buat bisnes. keuntungan yang diperoleh digunakan untuk melabur(ke tempat yang sepatutnya). skrg,saya dah pun buat bisnes kecil2lan (jual topup,hehe).nak tambah duit poket. doc,saya nak tny,sebenarnya saya ad terfikir nak buat bisnes lagi, iaitu sewa buku(guna internet).doc rasa bisnes sewaan ni sesuai tak dalam industri bisnes internet ni?
as’kum,
saya pun dah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.. harap2 bila dah bersara nanti perniagaan pun dah maju so x lah mengharapkan pada simpanan kwsp sahaja.
Betul tu.. Simpanan KWSP perlulah dielakkan dari digunakan sebelum waktunya untuk kegunaan masa emas kita..
masa muda2 memang kene beringat…..dah pencen nanti kalau ade sakit orang kaya(sakit jantung,kencing manis,sakit buah pinggang etc)lagilah bertambah sakit kalau harapkan duit pencen 100K tu….Harap anak-anak je lah yang boleh membantu nanti…
Takut jugak kalau pencen tak berduit ni.
9/10 rezeki adalah datang dari perniagaan … dah tua mane pun umur kita nanti income masih ada sebab dengan meniaga jek takkan ade pencen kecuali dah tak larat …
tapi dengan berniaga boleh di warisi oleh keturunan zaman berzaman juga anak cucu satu hari nanti …
mudah2an rakyat malaysia lebih membuka mata dan minda bahawasanya dengan berniaga kita mampu dan lebih berdikari dalam apa jua tindakan yang di lakukan insyaALLAH …
salam untuk semua !!
Bila tengok amaun wang simpanan KWSP berbaki RMxx,xxx.xx cepat saje nak isi borang keluar. Awas! Laburlah kepada saluran yang betul untuk masa tua dan juga keluarga.
Bagi yang masih menyewa, maka fikirkanlah untuk segera beli rumah/tanah. Bila pencen ada juga rumah sendiri. Setiap hari harga/nilai rumah meningkat, tidak bagi harga/nilai kereta. Fikir dengan teliti kenapa kita beli kereta, sekadar kemudahan/keperluan atau nak bergaya. Kereta besar/kecil, biasa/mewah, insyaAllah, akan sampai juga ke destinasi yang dituju.
so ape lagi….
mulakan fikir perniagaan ape yang boleh menjamin masa tua nanti……
Pendapat saya untuk mereka yang telah layak membuat pelaburan di dalam unit amanah dari simpanan KWSP,segeralah bertindak! Ini merupakan salah satu cara menambah simpanan KWSP. Pilih institusi unit amanah yang betul/berjaya dan pasti dapat pulangan yang baik.
Selain tu seperti saranan Irfan, amalkan “pay yourself first”, ini menjamin masa depan yang cerah.
Assalamualaikum Irfan…
Tq for the tips:-)
Assalammualaikum..
Menarik topik hari ni.. Saya nak tambah sikit berkenaan KWSP. Salah satu perkara yang perlu kita pertimbangkan ialah mengenai Inflasi. Jadi bila pertimbangkan jumlah target kita tu, kenalah ambil tahu tentang kesan inflasi juga. Satu tip saya nak bagi kalau anda yang melabur dalam Unit Amanah, cari la Unit Amanah yang yang mensasarkan pulangan dividen tahunan yang lebih tinggi dari kadar inflasi. Inflasi menyebabkan kuasa beli kita berkurangan.
ps : teringat kecik-kecik dulu kalau beli gula-gula 10 sen dapat 3 biji.
askm,klu pasal pencen ini penting sangat tahu cmana nak handle duit KWSP itu,klu tak byk anai2 datang nak cari jalan nak kacau duit kita .byk dah kes,tapi klu dari segi cukup ke tak cukup untuk hari tua,klu kira berduit mana pandai cukup ,klu ada duit RM2 gunalah cara RM2,bukan RM10.maksudnya kena tahu urus duit,sebab bagi aku sikit atau banyak bukan ukuran,sebab garis kemiskinan itu hanya ukuran statistik,cuba fikir situasi ini En.Ali ada RM475.00 sebulan,En.Ahmad ada RM1500.00 sebulan(ini kira duit pencen KWSP),En Ali lepas pencen takder hutang sebab tinggal di kampung rumah sendiri,kebun ader,binatang ternakan ader,motorsikal dah habis bayar EX5,ini pulak En Ahmad hutang rumah RM500 sebulan habis ada 10 tahun lagi,hutang kereta RM742.00(Waja) ader 5 tahun lagi,anak di universiti 2 orang,ader kad kredit (Gold),emmm banyaknya portfolio EN Ahmad,fikirkan siapa yang miskin?aku tak tahu sebab aku belum pegi bulan…….
Orang sekarang ni, belum pencen lagi duit dah habis… sebabnya sebelum pencen lagi dah fikir nak buat apa dengan duit pencen tu… tambahan pulak boleh keluarkan duit tersebut walaupun sebelum tempohnya.
Kalau tak pandai urus atau belanjakan duit pencen tersebut, jadilah orang yang tak berduit.Sepatutnya sebelum pencen mereka sudah ada plan perniagaan atau pelaburan untuk “backup” mereka.
Tips ni mmg bagus,saya suka matlamat “Retire Rich, Retire Young”.Bercakap mngenai pencen ni sbenarnya before & after pencen kita mesti tau “how to manage the money”.Duit banyak mane pun tak guna kalau tak tau manage. Semlm saya ada hadiri free course M.A.P for 1st sesi only by abg abu at s’pore( u know him, right?)Saya nampak buku & CD kat atas meja dia.. :)& dia promote gak before class ur jutawan workshop on 17.nov.
saya nak share, buat 1buku setiap perbelanjaan yang kita keluarkan & dari situ baru tau dimana duit tu dihabiskan samada dibelanjakan berfaedah@tak & mendapat keuntungan@tak… Tips yang lain, i wil continue the course…
Duit kwsp bila pencen hanya boleh bertahan untuk +- 5-6 tahun sahaja. Memang tak boleh harapkan pada duit kwsp semata-mata. Tambahan pula sekarang agak senang keluarkan duit epf untuk tujuan itu ini..bila pencen duit tambah sikit. Tapi kebenaran untuk keluarkan duit epf utk tujuan pelaburan adalah bagus!
harap2 bukan tergolong dalam kumpulan yang pencen xberduit
saya amat setuju dengan saranan Sifu untuk menjadikan simpanan di KWSP sebagai last resort.
hakikatnya, hampir semua pekerja di seluruh Malaysia diwajibkan menyimpan di situ. hakikatnya, pihak KWSP yang mengawal wang kita.
maka, sebaik-baiknya, lebihan dari gaji kita itu, kita seperate kan lagi, supaya ada juga simpanan kita dalam kawalan kita. di sini, mungkin kita mahu menyimpannya di portfoli-prtfolio yang lain selain daripada penyimpanan di unit amanah. 🙂
Kalau tgk perangkaan kat suratkhabar pun, pencarum kwsp biasanya akan menghabiskan duit simpanan kwsp nya dalam masa 3 thn shj. Jadi katalah pencen umur 55thn, masa umur 58thn duit dah habis guna..so mcmana nak survive lps tu.
Sebab tu skang ni ramai orang walaupun dah pencen masih terpaksa cari kerja..
Jadi cara terbaik utk kita ialah dengan menambah pendapatan sejak usia muda lagi dgn cara menceburi perniagaan.Ada pelbagai bidang perniagaan yg boleh kita ceburi sekarang.Jadi bersama kita renungkan..
ini kisah saudara saya yang pencen pegawai swasta.skg nie dia dok kat taman perumhanan.duit pencen setelah ditolak ansuran rumah tinggal cukup-cukup makan aje.dgn sorang anak yang blaja kat U,duit aje maklumalah kat bandar.kena nak bayar ansuran keta anaknya,anaknya mahu jual tapi saudara saya bayarkan ansuran bulanan!!astro lagi,karan,airdan isi rumah lagi.ini kwsp(dlm saham)korek tiap tiap bulan.
jadik ini disebabkan mindsetnya tak boleh ubah setelah pencen.penganjarannya usahakanlah kebebasan kewangan anda skg nie.
skg nie kurangkanlah makan gaji sedangkan nabi muhamad dah bersabda niaga itu 90% rezeki kita.
Salam saudara irfan,
bila baca tajuk terasalah plak kan..saya baru aje buat permohonan keluar duit from EPF untuk settle monthly payment kat bank..actually saya keluarkan because nak ringankan beban saya lah..as u said before lah bila gaji banyak makin banyak beban kan..bukan tak beringat tapi keperluan..maksudnya nak rumah besar (besar skit), kereta besar (proton ajelah)..so i decide to keluarkan EPF :(. adakah u rase itu pilihan tepat i?
alhamdulillah selepas mengenali bidang emas selama 4 tahun lani sy sgt2 berpuas hati dgn kehidupan…maen emas + jaminan 120% sgt2 best…selama nie kite dimomokkn dgn pelaburan emas yg selalu ada penipuan cz xde jaminn..lani saye buat system pelaburan emas yg ada jaminn 120%…xpayah risau lagi degan penipuan…-mujegold consultan- 0129635478