Mudahan hari raya anda di sambut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan. Bulan ini masih lagi bulan raya, dan open house sana-sini masih dijalankan walaupun kebanyakan dari kita sudah mula bekerja 😉
Pada hari raya ke-3 saya menjalankan segmen motivasi saya di TV1, Hujung Minggu Malaysia bertajuk “Bangun Semula Selepas Raya” yang membincangkan bagaimana hendak mengurus semula kewangan kita sekiranya “ter” lari budget ketika raya. (Jangan lupa menonton segmen saya setiap Ahad)
Hanya 2 cara sahaja yang kita boleh lakukan untuk stabilkan kewangan kita. iaitu:
* Tambahkan simpanan (berjimat)
* Tambahkan pendapatan
Untuk tambahkan simpanan atau berjimat, satu formula yang dikenali sebagai “Solusi 60%” boleh digunakan. Solusi 60% bermaksud:
1. 60% dari pendapatan kita adalah untuk keperluan bulanan seperti membayar kereta, rumah, bill, makan minum dan sebagainya.
2. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan jangka panjang
3. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan jangka pendek
4. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan hari tua/pencen.
5. 10% dari pendapatan adalah untuk hiburan / perbelanjaan am
Selepas raya, sekiranya terdapat masalah yang sering dialami seperti penggunaan kad kredit meningkat, maka, perlu dilakukan simpanan kecemasan.Iaitu, masih menggunakan formula di atas, tetapi, ubahkan (3) & (4) iaitu simpanan jangka pendek dan simpanan hari tua kepada pembayaran kad kredit buat sementara waktu.
Berikut adalah klip YouTube sekiranya terlari budget ketika raya…
Klik di sini sekiranya tidak dapat melihat klip YouTube di atas
Dengan menggunakan solusi 60% ini, ia menjadi satu panduan untuk kita tambahkan simpanan kita dan kurangkan perbelanjaan secara terancang.
Sekiranya tiada ruang untuk kita menggunakan Solusi 60%, dan tiada ruang untuk kita menambahkan simpanan kita, maka, pilihan seterusnya adalah menambahkan pendapatan kita.
ps: Sekiranya ingin menambahkan pendapatan, salah satu pilihan adalah memulakan perniagaan Internet dari rumah. Saya akan mengadakan seminar Lipat Ganda MLM tak lama lagi, khas bagi usahawan MLM yang ingin mempelajari kaedah bagaimana menambahkan prospek, downline dan juga pelanggan perniagaan MLM mereka melalui Internet- tak kira perniagaan MLM apa pun.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Dr Irfan,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kpd Dr…pengalaman saya, adalah sedih jika kita tidak mampu memenuhi keperluan keluarga hanya kerana kita tidak mampu dan terpaksa mengikat perut…simpanan itu penting, tetapi, kita PERLU sentiasa memikirkan mcm mana CARA @ LANGKAH yg perlu diambil untuk memiliki sesuatu yang diimpikan dgn mencari jalan (pendapatan) yang betul. Jalan putus berusaha!
askm.. ha.. ni nasihat yg bagus dr IK terutama bg mereka yg asal hujung bulan ye “kering” tp kalau raya bukan “kering” lg, tp dah “kering kontang” haha.. sbb ada kala nya masalah yg kita hadapi ada jln keluarnya, cuma kata yg x terfikir cara nak selesaikannya.. tip Ik ni amat kita amalkan
oh ye.. sy pun nak jg kongsi ilmu dgn kawan.. cara nak berjimat…
1. Beli barang pada harga borong/pukal
2. Beli barangan second hand @ lelong murah
3. Beli masa Musim Promosi & Megasale
4. Manfaatkan kelebihan iTalk & MyMode
5. Kitar Semula / Recycle brg yg kita ada
6. Gunakan banyak Member/Privillege Card
7. Beriadah di tempat awam
8. Kurangkan hiburan banyakkan bacaan
9. Kurangkan makan di fast food restaurant
10. Masak & Makan di rumah
k tu aje.. harap ia memberi mamfaat pd kita semua..
teamhyprobulksms.com
*Jom Sertai Program Affiliate Multi-Tier Terbaik Di Malaysia. Terbukti Lumayan Dengan 100% Komisyen*
Ukur baju di badan sendiri, ikut rentak orang, binasalah diri..Kekadang kita menganggap kehendak itu adalah keperluan; dan keperluan pula melebihi dari tahap kemampuan..
Sempena hari raya, menukar kereta baru, perabut dan hiasan baru menjadi budaya yg dikatakan sebagai kemestian. Akibatnya, selepas raya, mulalah dibebani hutang kad kredit dll.. Muhasabah diri, jadilah diri anda yg sebenarnya..
terima kasih ik atas tip yang begitu berguna ini…
my tips, sesaper yang baju raya terlebih boleh jual semula baju raya tahun lepas kepada yang sudi beli. Ramai yang nak beli terutama kalau jual online murah2.