Kewangan kini, kesihatan akan datang

Dalam menjaga kewangan kita, kita perlu jaga kesihatan. Mungkin kita sihat tubuh badan hari ini, tetapi, 10..20 tahun akan datang, tiada siapa yang akan tahu.

moneymedic.jpg

Jaga kesihatan anda hari ini, untuk menjimat kewangan anda pada masa akan datang.

Sering kita dengar kisah-kisah seseorang dalam keluarga yang kurang sihat sehingga membebankan keadaan kewangan keluarga. Sememangnya kesihatan tubuh badan adalah di tangan Allah swt, tetapi, terdapat juga penyakit-penyakit yang boleh dielakkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Setiap kali, kita sering memikirkan bagaimana hendak menambahkan kewangan kita. Tetapi jarang kita fikirkan cara menambahkan kesihatan kita supaya kewangan kita di masa hadapan akan terjaga.

Peringatan untuk semua dan diri saya sendiri juga… jaga kesihatan, supaya kewangan keluarga di masa akan datang dapat dilindungi.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

10 thoughts on “Kewangan kini, kesihatan akan datang

  1. Betul tu saudara Irfan. Sambil berfikir dan berusaha untuk menambahkan sumber kewangan..Jangan abaikan kesihatan. Untuk persiapan jangka panjang, boleh ambil insuran (di samping buat pelaburan). Jangka pendek, amalkan pemakanan dan aktiviti sihat seperti yang disarankan oleh pakar kesihatan serta jangan lupa, sebagai Muslim..amalan sunnah Rasulullah SAW adalah yang terhebat dan terbaik!

  2. Assalamualaikum..

    IK,

    Terima kasih di atas info yang dikongsikan.. Sata setuju 100% dengan pendapat AE..

    Untuk memastikan kesihatan kita terjaga, kita perlu mengamalkan diet dan cara hidup yang sihat..

    Untuk memastikan kewangan kita terus stabil, walaupun kita menghadapai masalah kesihatan.. Saya syorkan kita mempunyai pengurusan kewangan yang baik..

    Pakar pengurusan kewangan berkata, dalam kehidupan kita, kita perlu menyertai mana-mana takaful untuk “menyediakan payung sebelum hujan”..

  3. Info terbaik IK… kebiasaannya kita bekerja keras untuk menambah pendapatan yang memerlukan tenaga dan masa yang lebih yang akhirnya terlepas pandang akan aspek kesihatan. perlu check & balance 😉

  4. Kalau kita sihat, dapat bekerja cari duit. Tapi kalau kita sakit, duit yg kita simpan sebelum ini pun akan habis. Orang lain pun tak dapat kerja sebab kena jaga kita.

    العقل السالم في الجسم السالم
    Otak yang cerdas pada badan yang sihat 🙂

  5. Betul tu kesihatan dan kewangan saling berkaitan kalau tak sihat macam mana nak bekerja. Jadi jalan selamat untuk menghadapi apa kemungkinan jika ada masalah kesihatan adalah dengan mengambil pelan insuran yang mempunyai medical card. Sudah tentu wang kita selamat dan tidak berkurangan jika penyakit datang.

  6. Jika kesihatan tidak dijaga dari usia muda, kesannya amat buruk pada kemudian hari. Kesihatan merupakan asset bernilai yang WAJIB dijaga sentiasa.

    Siapa sanggup wang simpanan di usia tua habis dibelanjakan hanya kerana penyakit yang dihidapi. 🙁

  7. Askum…saya dr pharmaceutical company..Dengan jasa baik tuan/puan, kami ingin membantu masyarakat kini agar mengenali masalah kesihatan mereka..Disini kami menyediakan pemeriksaan mikro peredaran darah yang menjadi punca segala penyakit..
    Ins’allah kte dapat membantu mencegah penyakit sebelum menjadi parah..kami sedia membantu kepada sesiapa yang memerlukannya..

    Email : fatimah3110@gmail.com
    H/p : 016-3314 500

  8. salam ik…terima kasih kerana sudi berkongsi..info yang sgt berguna tp sgt remeh orang memikirkannya..walhal kesihatan sgt penting untuk di jaga semoga kita di beri kesihatan oleh allah untuk membolehkan kita terus berbakti lagi di jalan allah di dunia yang singkat dan sementara ini..

Leave a Reply

Your email address will not be published.