Semalam berlangsungnya “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” kali ini saya dapat bersama Azizi Ali. Dan di sini gambar kenangan bersamanya di studio Radio24.
Bagi yang terlepas, jangan lupa dapatkan rakaman apabila siap nanti! Rugi siapa tak dengar- terlalu banyak info yang di kongsikan! Gambar di atas untuk print juga akan disediakan!
Sebagai tambahan, berita Radio24 juga telah dikurangkan untuk membolehkan lagi banyak info dikongsikan selama 2 jam rancangan “JUTAWAN!” mulai Khamis baru ini. Yes 🙂
Tip hari ini, amati dan hayati pesanan Azizi Ali:
Life is too short to be ordinary!
Jangan lupa untuk terus menyokong “JUTAWAN!”. Selamat bercuti! 🙂
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Tahniah dan S Azizi
Saya mengikuti semalam melalui internet…
Terima kasih…banyak tips bermanfaat saya perolehi…
Insyaallah akan cuba mengikuti rancangan ini di episod akan datang
Yup…
Life is too short to be ordinary.
That’s why we need to be extra-ordinary 🙂
Assalamualaikum Irfan..
Syabas! Sy dengar lebih 1/2jam pd hari khamis lepas.
Penyampaian lebih lancar dan konfiden. Byk tip2 yg menarik. Sy pun minat utk mengikuti kelas millionaire tu, tp berapa kos dia dan next kelas pun tak tahu…
All the best to Irfan…:-)
Hi semua. 🙂
syabas dan tahniah Sifu Irfan, COACH Azizi!
pengalaman on air kali pertama membuatkan lebih ter’bakar’ lagi semangat saya untuk menjadi jutawan – sekaligus akan ditemuramah oleh Sifu Irfan -.
ganbante! 😀
= AzamWahid@yahoo.com =
Banyak benda yang boleh dengar, banyak yang boleh dijadikan padoman.
irfan dan azizi verry simple man..
ada sedikit yang am tak setuju dengan sebuah buku azizi yang menyatakan kita perlu menyimpan. beliau mampu menyimpan sejumlah besar wang untuk anak2nya dan simpanan untuk itu dan ini… dan ianya sangat membangga2kan hasil yang diperolehi setelah beliau menyimpan… memang betul… tapi cara approach yang dilakukan salah kerana nak dibandingkan dengan beliau… jumlah yang diterima beliau setiap bulan adalah melebihi dari apa yang cukup… sebab itu simpanannya banyak… berbanding kita orang biasa yang kerja makan gaji mempunyai pendapatan yang cukup2 saja… jadi simpanan pun cuma untuk diri sendiri…
Rasa seronok bila jutawan2 digandingkan dalam 1 saluran radio macam ni…
saya rasa bermotivasi nak ikut jejak langkah
mereka2 yang telah berjaya..
=)
am, i ada baca buku azizi “the millionaire in me” dalam buku tu dia mengaku income dia tinggi dari jadi pilot, tapi, i rasa tak salah untuk dia mengajar tentang cara-cara berjimat. lagipun, dia sebut penjimatan dari segi peratus (10%) kalau u ikut temuramah dengan irfan, dia pun ada sebut. jadi, tak kira lah, pendapatan tinggi atau rendah oleh kerana simpanan dalam bentuk %. takkan orang income tinggi tak boleh ajar orang lain cara berjimat dan bersimpan pula. melainkan dia kata semua orang kena simpan RM1000 setiap bulan, maka itu tak betul, tapi dia kata 10% setiap bulan. … pandangan saya sahaja lah. jangan ambik hati.
betul kata kodai tu…
simpan bentuk % bukan nya nilai simpan kita…
kalau 1000 simpan 100 tu je…
senangkan…
kalau tak dpt 10% simpan lah 5%…
lebih baik dari tiada langsung…
han
betul kata han dan kodai…
kita jangan singkat sangat menafsir kenyataan dalam buku tu..sebab azizi bagi contoh yang umum, terbuka pada semua orang,so, sebab itu dia hanya gitau 10%, bukan rm10xx…setiap kali membaca,cuba kita berfikir bagaimana nak aplikasikan cara yang disyorkan yang sesuai dengan kita..azizi ni just bagi contoh dia je, so, kita kena ubahsuai supaya ia sesuai dengan diri kita sendiri..
p/s: 10% sangatlah kecil simpanan yang kita buat dibanding dengan pembelanjaan, pasti boleh simpan jika betul-betul nak 🙂
Sy xberjaya simpan 10% bln ni sebab tiba2 sy kena byr hutang yg tak disangka2 & sy sakit pulak, dah recover sikit skrg ni.
Hutang tu org lain yg buat tapi sy pula kena byr, xsangka kwn sy blh buat mcm tu. So kena belanjakan duit…:-(
Pada saya menyimpan perlu ikut kemampuan.Kalau tak dapat simpan banyak, mulakan dengan yang sedikit dahulu.Lepas tu tambah secara beransur-ansur.Lain orang lain caranya…
Assalammualaikum..
Saya juga baca buku azizi ali.. saya setuju pendapat azizi pasal kita kena simpan cuma 10%, bukannya mesti simpan RM1000 setiap bulan.. kalau kita cuma mampu simpan RM10 aje sebulan, jadila.. daripada tak de simpan apa2 langsung.. bila kita menyimpan, sebenarnya kita ibarat membina tapak yang kukuh untuk kita berdiri. Umpana sebatang pokok, akarnya yang kukuh dapat menyokong pokok itu untuk tegak berdiri.. Samala dalam hidup kita, bila kita mempunyai simpanan, dapat la kita gunakan diwaktu kecemasan ataupun untuk memulakan sesuatu yang kita mahu. Contohnya nak berniaga ke, nak melabur dalam unit amanah ke, boleh juga dapat income passive. Hehehe.. sekadar pandangan yang tak professional je.
Kalau income kita lebih dari perbelanjaan, memang sesuai sangat ikut nasihat Azizi Ali tu supaya duit yg disimpan tu boleh dikembangkan lagi untuk mengaut lebih banyak kekayaan di masa depan.
Tapi saya dapati masih ramai yang mengalami kesukaran untuk memenuhi keperluan asas setiap bulan kerana pendapatan yg kecil dan menghadapi inflasi yang meningkat naik saban tahun. Simpanan? Hanya -ve balance je … (maksudnya, hutang bertambah dari bulan ke bulan) 🙁
kita sebenarnya kena kluar dari ‘rat race’ seperti yg diperkatakn oleh Robert T. Kiyosaki & mula bertindak secara bijak mengurus aliran tunai (cashflow) seharian kita..jadilah pengguna bijak seperti saranan kerajaan kita dan mulakan dengan konsep ‘berbelanja secara bijak yang dapat menghasilkan pendapatan’:-D
pada pendapat saya,disiplin diri kita yang penting.tidak semestinya orang gaji rendah yang menghadapi masalah kewangan. dalam buku jutawan planet jupiter azizi ali ada menyatakan pada peringkat awal, pada usia mudanya dia selalu tidak cukup wang padahal mendapat gaji lumayan sebagai pilot. ini kerana kurang kesedaran dalam diri mengenai pentingnya mengurus kewangan dengan betul.terbaru saya ada terbaca dalam majaLah apprientice irfan khairi ada menyatakan jika kita melabur hanya rm400/bulan di dalam pasaran yang memberi pulangan sebanyak 10% kita mampu pencen sebagai seorang jutawan dalam tempoh 30tahun. itu rm400/bulan.andai kata setiap bulan kita hanya mampu sebanyak rm100, jumlahnya boleh mencecah lebih 700k dalam masa 35 tahun. so moralnya, bukan jumlah wang yang masuk menjadi persoalan tetapi bagaimana kita menguruskannya.
pss: itulah pendapat seorang bukan profesional.
Assalamualaiku w.b.t. dan salam sejahtera,
Insan – pelupa dan bernafsu ditambah dengan hadirnya hasutan (syaitan).
Jika kita sentiasa diingatkan dengan minda jutawan atau sentiasa memikirkan matlamat yang ingin kita capai, insyaAllah! kita akan terjurus melakukan dan terus melakukan apa yang kita mahu jadi, akhirnya kita mampu melakukannya dan berjaya. Cabaran yang didatangkan kepada kita adalah mengikut kemampuan kita sebenarnya. Maka, disitulah wujudnya Doa,Usaha,Istiqomah dan Tawakkal.
Ingatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan.
-wajibtajwid.com-
satu program yg bagus. sekarang ramai bangsa kita dah jadi jutawan. Semoga ramai lagi menyusul tak kira apa bidang bisnes punasalkan halal.
saya setuju jika kita banyakan jutawan melayu..kerana ramai melayu masih jauh ketinggalan…kalau tidak ada melayu yang hendak tolong melayu siapa lagi…jesteru itu marilah kita bantu membantu untuk meningkatkan taraf hidup bangsa melayu…dan ke arah melayu miskin sifar….
kawen la dgn jutawan kalau mahu jd jutawan…
hmm, klu t’llu pkir psal duit & cmne nk jadi kaya, bleh gila jd nya…tp, klu x pkir lgsung,x bleh jgk…”Money Is Not Everything, but Everything Need Money”
Bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah…
bagaimana yang gaji tak sampai kurang rm700 yang tinggal di kl.. mereka tidak dapat buat simpanan..
SAPA KATA GAJI RM 700 X LEH SIMPAN SIMPAN JE LA RM 50 PUN CUKUP LA… NANTI AWK KAYA LA.. BILA SAMPAI 40 TAHUN AWK SIMPAN…. CAYA X…
saya baca yg azizi ali nye buku bertajuk jutawan planet jupiter,,alhamdulillah dekat situ banyak juga yg dapat saya belajar,,,tapi bukan senang untuk kita mula kan perniagaan diperingkat awalan nya,,,pertama kita kena kuat kan semangat dan jangan pernah ada perasaan putus asa itu yg penting,,,tq motivat yg ada pada buku tersebut,,,