Goyang kaki – Wang anda berganda 2!

Pagi tadi secara langsung segmen saya di Astro Awani, WW-Bersama Irfan Khairi; siri ke-3.

Anyway, pagi tadi saya memberi tip kewangan mengenai asas pelaburan. Asas pelaburan yang amat penting untuk semua ketahui adalah konsep “compounding”.

Compounding adalah konsep yang paling penting untuk anda fahami dan manfaatkan oleh kerana ia adalah kunci kekayaan & kebebasan kewangan.

Maksud compounding adalah wang yang anda laburkan, dan menerima pulangan pelaburan, akan berkembang dan menerima pulangan pelaburan pada tahun-tahun yang akan datang.

Maksudnya, sekiranya anda laburkan RM100 sahaja pada pelaburan yang memulangkan 10%, RM100 itu akan menjadi RM110 tahun depan. RM121 tahun selepasnya. RM133.10 tahun berikutnya… dan seterusnya.

Dalam masa 7 tahun, pada pulangan 10%, wang anda akan berganda 2.

  • Kalau RM100, sekiranya anda tidak sentuh, akan menjadi RM200.
  • Kalau laburkan RM1,000 dan tidak disentuh selama 7 tahun, ia akan menjadi RM2,000!
  • Bayangkan bagi mereka yang sedia kaya, dan mempunyai RM1 juta. Di biarkan selama 7 tahun, pada kadar pulangan 10% akan menjadi RM2 juta! Ini barulah maksudnya duduk rumah, goyang kaki! :)Ini antara sebab mengapa yang kaya menjadi semakin kaya- mereka memahami konsep penting COMPOUNDING!

Jadi, daripada tip semalam, simpanan anda bulan-bulan 10% tu, laburkannya untuk mendapat pulangan 10% pula. Dan segala simpanan anda akan berganda dua kali dalam masa 7 tahun!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

29 thoughts on “Goyang kaki – Wang anda berganda 2!

  1. Salam kasih sayang,
    Betul mula2 cari duit, dpt duit simpan sikit2 utk buat duit, akhirnya tak perlu cari duit lagi bila duit dah boleh buat banyak duit. Eh… btl ke ayat ni,.. Any way kalau kita masih terus cari duit selamanya kita tiada beza dgn makhluk yg tidak berakal.
    Cari ape juga idea utk disiplinkan diri ke arah ‘pelaburan jangka panjang’
    Semoga diberkati. Amin…

  2. assalamualaikum..

    saya baru sahaja menonton WW sebentar tadi, pagi tadi saya tak sempat tengok WW scr live..

    saya akan guna konsep compounding untuk masa depan saya..hanya saya nak bertanya dgn tentang FD sbb bab2 ni saya kurang mahir.. 🙂

    usahawan pilihan kerjaya.. MiZ Lynx

  3. Konsep yang doc terangkan tentang compounding ini amat menarik. Dalam pengurusan kewangan, ia dipanggil Rule 72.
    Iaitu pengiraan berapa peratus pulangan yang diperlukan untuk menggandakan pelaburan. Contohnya : 72/10% = 7.2 tahun. Cheers!

  4. Dr saya nak tanya, untuk kami yang makan gaji di Malaysia ni, golongan bumiputra, di mana tempat paling baik sekali untuk invest? supaya konsep COMPOUNDING boleh diamalkan

  5. Terkejut tgk bila dang suria tanya macam tu..ape pun sy suka konsep doc ckp di tv td.kira beruntung la dpt tau masa masih tgh bujang.

  6. batul tu tu kalau kita simpan di tempat yg pulangan 10%. kalau lebih lg byk la kita dapat. tapi selalunya lg tinggi pulangan lg tinggi risikonya kan.

  7. Bab kewangan adalah bab yang paling saya minat terutamanya bab kewangan dan perbankan dari perspektif islam. Rujukan saya adalah dari portal Ustaz Zaharuddin @ UZAR. Beliau menerangkan dengan terperinci bab2 kewangan, perbankan, pelaburan mengikut saluran islam. Bagaimana nak hindarkan kita daripada makan riba.
    Pesanan saya pada abang2,kakak2,adik2, pakcikmakcik sekalian pilihlah pelaburan yang berlandaskan syarak hindari riba nescaya kamu akan mendapat keberkatannya.

  8. Salam…

    betulkan saya jika silap… sekarang nie saya masih berpendapat bagi bumi, pelaburan yang terbaik dan selamat adalah ASB walaupun pulangan tidak berapa tinggi tapi consistent dan nilai tidak akan menyusut (long term – tak peningkan kepala & selamat). bagi yang sanggup take risk boleh melabur dgn unit trust tapi perlukan commitment untuk monitor jika tidak berkemungkinan Nilainya akan berkurangan…

    so the best still ASB, right .

  9. huhu..rumah saya takde Astro..xdapat laa tengok doc secara live..x pernah tengok pun doc kat tv..tp buku doc rahsia jutawan internet terbongkar tue sy pernah lihat masa sy bekerja di KSD Network dikuantan..masa tue ada seminar tentang internet bussiness..harap2 nak jugak tengok doc secara live di tv..utk tips ari nie sy sokong 100% (‘v’)

  10. Mungkin boleh relate dengan post yang buat semalam.

    10% yang kita simpan dari gaji kita bulan2, kita invest unit trust atau mana2 investment yang boleh beri pulangan yang baik. Kalau just simpan fixed deposit kat bank mungkin tak akan nampak sgt compuonding effect dia. Janji tempat kita invest track record baik dan Syariah-compliance

    Just my 2 cents

  11. Assalamualaikum Irfan.

    Tq di atas tip yg diberikan. Sy pun nak tahu cadangan ttg kat mana kita nak invest the 10% tu? Di harap dpt bg beberapa cadangan. Tq.

    Memang menarik kalau dpt tgk kat ww, tapi sy xdpt tgk pd semua masa siaran dia.

    Blh tak atau Astro sediakan cd utk rancangan tersebut supaya kami semua yg tak berkesempatan tengok atau xde astro dpt menonton sama & dpt juga disimpan sbg koleksi peribadi.

    Jika dpt, cuma rakamkan time tips Irfan Khairi je. Boleh ke?

    Sy rasa mesti ada ramai yg nak beli nanti. Boleh ke Irfan?

    Tq….:-)

  12. Satu tip kewangan yg sangat bagus. Memang ramai yg. makan gaji, tapi tak ramai yg boleh simpan 10% termasuk la saya. Susah utk menyimpan jika pendapatan = perbelanjaan. Kena usaha lebih lagi lah…atau pun kurangkan perbelanjaan. Kena cuba menyimpan sikit la lepas ni.

  13. Mungkin MAA boleh jadi salah satu alternatif. Pembayarannya agak fleksibel jika dibandingkan dengan pesaing yang lain.

    Pelaburan ni kalau banyak duit memang menguntungkan tapi bagi mereka yang suam-suam kuku tu harap maklum jelah… hehehehhe

  14. mungkin boleh simpan dekat takaful.. takaful adalah islamic perbankan.. selain tu, sambil invest dekat takaful, jaminan safety pun ada..

  15. CD Wang&Anda yang poskan tu saya baru terima hari ni sbb baru berpeluang nak gi umah parents. So tak dapek la nak dengar lagi. I will… tonite… Tau2 dah SOLD OUT ek? Tahniah!! Mmg macam pisang goreng panas nampaknya. Nasib baiklah saya dapat FREE, takyah susah2 nak berebut membeli… 😉

    Anyway, semua tips kewangan yg diutarakan di sini sgt2 berguna. Mmg saya rasa ramai antara kita yg sedar kepentingan utk menyimpan 10% daripada pendapatan. Tapi yg jadi masalahnya ialah bila awal lagi perbelanjaan kita dah menyamai pendapatan! Jadi, macamana nak menyimpan? Perbelanjaan yg dimaksudkan bukanlah utk tujuan membeli-belah barangan yg perlu/yg tak perlu, tapi disebabkan kita banyak berhutang dengan bank! Utk rumah, kereta, pinjaman peribadi, bayaran bulanan kad kredit dan seumpamanya. Semua ni dikira perbelanjaan tetap yg terpaksa ditanggung setiap bulan.

    Tapi, semua ni bukanlah alasan… Bak kata Irfan, klu tak mampu menyimpan 10% sebulan pd pendapatan kita, ketepikan secara beransur2… mula dari 1 atau 2%. Yg penting biarkan menyimpan tu akan menjadi satu tabiat yg tak boleh ditinggalkan dan sebati dgn diri kita….

    Mazny ~ Nak 1000 daya… taknak 1000 dalih…

  16. Salam kasih sayang,
    Berapa kemampuan kita menyimpan skrg tidak penting, yg lbh penting kesedaran kenapa kita ‘perlu’ bermula skrg. “Biar kecil asal berhasil p besar akhirnya bubar”…
    Semoga diberkati. Amin…

  17. betul tu walaupun saya masih belajar,saya dah mula buat simpanan sedikit demi sedikit. dapat duit sampingan biz je, terus saya simpan sikit ke bank. ni nak tunggu cukup jumlah pulak untuk laburkan..

  18. Salam. Irfan, memang betul apa yang cakap tu… Sepatutnya ia menjadi kemestian untuk kita menyimpan. Kita kena sedar akan keperluan kita apabila sudah mencapai umur pencen atau hari tua kerana sedar atau tidak inflasi tetap menyerang kita secara senyap dan kita tidak boleh mengharapkan simpanan KWSP semata-mata. Ia sebenarnya amat menakutkan sekiranya kita tiada simpanan atau membuat pelaburan dari sekarang untuk disimpan terutama untuk hari tua kita!
    http://www.successidea4u.com

  19. Salam.Terima kasih saudara Irfan kerana mengingatkan kami betapa penting memupuk sifat suka menabung dan melabur. Perkara ini telah dilakukan oleh Nabi Yusof seperti dalam Al Quran, menyimpan selepas menuai hasil yang banyak untuk menghadapi masa kemarau yang mendatang.Anak-anak muda mesti lebih serius menyimpan daripada berbelanja untuk perkara yang tidak bermanfaat.Selamat berpuasa.

  20. Akum,

    Konsep compounding ni rasanye banyak ada kat saham mutual business sejak dari dulu lagi. Cuma orang x tahu bagaimana ia berfungsi.
    So, TQ kepada sebab dapat explain kepada umum tentang konsep ini.

    SAya cam biasa la, tahu banyak benda tapi apply terlalu sikit je. Aduhh rugi-rugi.

    ———–
    Dari Semua Untuk Semua Kepada Semua,
    http://www.adrianiamri.blogspot.com

  21. A’arr..brol 2..asal ada ilmu about investment,mesti sume org bole hidup senang..
    sumenya depents pada individu tu, suke risk or not..kalu x, lambat lah cikit nak wat duit…
    kalu suke risk n berani invest..
    silap2 bole jadi jutawan segera…
    cam mee segera..
    thanks, 4 your information..best of luck 2 all..

Leave a Reply

Your email address will not be published.