Formula mengelak penipuan SCAM – “NO SCAM!”

Dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya… tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita…

Contoh:

  • meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar (mungkin anda pernah terkena!)
  • membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
  • tertipu pada sesuatu SCAM

Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu “formula” supaya kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula ini berbunyi: NO SCAM!

elak-scam

 

N bermaksud: NAME.

anonym.jpgNAME. Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O bermaksud: OVER PROMISE.

OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk (melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

S bermaksud: SEARCH.

search.jpgInternet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk Google.com dan lakukan research dengan cara type nama pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type nama program atau sistem yang digunakan.

Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya, ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

*Klik di sini untuk ketahui cara sebenar menjana pendapatan di Internet bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi*

C bermaksud: CONTACT.

Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak terjerat!

A bermaksud: ASK.

ask.jpgTanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM. Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu. Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya – tanya dan tanya lagi!

M bermaksud: MAKE SURE!

Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM, sebenarnya, sebelum menyertai telah ada “rasa tak sedap hati”. Tetapi, sebabkan perasaan “ingin tahu” dan juga “cepat kaya” memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis SCAM.

Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan kurang, dan kita mula stress… harapnya tidak terjadi pada kita ok? 🙂

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.

Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum terkena SCAM tersebut?

  • N NAME
  • OOVER PROMISE
  • S SEARCH
  • C CONTACT
  • A ASK
  • MMAKE SURE!

Maklumat tambahan:

Bagi anda yang mempunyai blog, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan sekiranya anda boleh link kepada tip hari ini. Ini kerana, dengan ilmu sedikit extra formula N-O S-C-A-M ini, maka kita dapat kurangkan rakan-rakan kita yang lain dari terkena SCAM. Mudahan kita juga berhati-hati di masa yang akan datang!

ps: Untuk pelajari kaedah sebenar menjana pendapatan dari rumah, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Klik untuk maklumat lanjut dan pendaftaran. Tambahkan ilmu anda dalam perniagaan Internet untuk menambahkan pendapatan anda melalui Internet 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

58 thoughts on “Formula mengelak penipuan SCAM – “NO SCAM!”

  1. Terima kasih IK atas perkongsian ini. Ilmu yang berguna ni. Diharap dengan adanya artikel seumpama ni, tiada lagi masalah penipuan / SCAM yang berlaku dalam komuniti masyarakat kita.

  2. Assalamualaikum…sejujurnya saya nak tnya abg, apakah sebenarnya perniagaan internet yang abg sarankan untuk saya sebagai seorang pelajar masuk?

  3. Terima kasih Shifu IK,
    Semoga pengguna Internet lebih berhati-hati,,,

    Saya adalah salah seorang yang ingin mencuba akan sesuatu perubahan tentang menambah baik pendapatan pd thn 2007.. Kerana kurang Ilmu pengetahuan,saya salah membuat pilihan dan keputusan. Kesannya saya HILANG SEMUA punca pendapatan (termasuk kerjaya)!!! Sejak itu saya jauhkan diri saya dengan dunia Maya (Internet).

    Syukur kepada Allah! Daripada kesan itu, saya banyak melalui pengalaman dan belajar memperbaiki kesilapan

    Alhamdulillah, permohonan saya diterima untuk mengikuti Diploma Profesional perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.

    InsyaAllah, pada 28hb Dec 2013 ini,saya akan menimba Ilmu Internet yang sebenar dengan cara yang betul bersama Pakar Perniagaan Internet, Shifu IK.

  4. sebaiknya sebelum menceburi/joint mana-mana perniagaan, siasat dulu sehabis mungkin. dapatkan maklumat selengkapnya tentang syarikat terbabit. selalunya pelaburan untuk skim2 macam ni bukan sikit. sebelum keluarkan duit anda tu buat homework dulu.

  5. Assalam IK..
    Sekian lama saya mncari kupasan utk panduan scam ni.. Ada juga membaca dari web bank negara, tapi agak kabur.. Akhirnya dengan formula yg simple, NO SCAM, mmg terbaik.. semoga penilaian kita akn lebih baik serta berilmu, kerana bukan semua program diluar sana adalah Scam. Cuma kita kena berhati & bijak menilai agar tidak terlepas peluang yg terhidang di depan mata..
    Assalamlkm..

  6. Assalamualaikum.. sy juga salah seorang mangsa penipuan scam. Berkaitan cinta siber.
    berkenalan melalui emeil & telefon sahaja. tidak pernah jumpa.
    ianya baru terjadi pada saya pada bulan november2016.. dan saya sudah kehilangan semua simpanan saya termasuk duit simpanan mak saya, dan sebahagian ahli keluarga saya..hampir Rm 275,530. skrg saya x tahu bagaimana nk menjelakan segala hutang2 mereka.. tolong la sy beri jalan tu menyelesaikan masalah saya ni. buntu dah saya.
    malah saya sedang menyambung pelajaran. lagi setahun akan menamatkannya… saya x boleh berhenti kerja, kerana itu satu2nya sumber pendapatan saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.