Duit sen vs duit kertas

Sebab sibuk, tak sedar lak dah lama tak letakkan tip kewangan daripada “Wanita & Wang” di Astro Awani! Macam mana lah boleh terlepas pandang :)…

Tip Kewangan dari WW (walaupun hari ni bukan hari Khamis), khas untuk anda yang susah nak save duit… sampai hujung bulan, sedar-sedar takde duit yang dijimatkan.

Apabila berbelanja, belanja hanya duit ringgit sahaja. Duit sen, jangan dibelanjakan… simpan dalam tabung! Kira menabung la…

Maksudnya, kalau beliΒ majalah Rm6.50, bayar duit Rm10 merah… kedai pulangkan RM3 duit kertas and 50sen duit syiling…

50sen tu, by default, terus masukkan ke dalam tabung.

Kalau pada hari yang sama, nak beli gula-gula harga 20sen, jangan gunakan 50sen syiling yang dalam poket tu. Sebab 50sen tu dah kena masuk ke tabung! Jadi, gunakan RM1 duit kertas…

Baki duit syiling 80sen yang diterima, dimestikan masuk tabung bersama duit 50sen tu tadi πŸ™‚

Dalam erti kata lain, guna duit kertas sahaja… apa sahaja duit syiling, anda simpan dalam tabung.

Kalau tak pernah try ni, cuba-cuba try… khas bagi mereka yang sering dalam keadaan kesempitan wang, cara ini akan menjimatkan berpuluh-puluh RM setiap bulan untuk dijadikan wang pelaburan ASBΒ πŸ˜‰

ps: Tip ni saya beri ketika episod “Bujang Tak Berduit”. Khas untuk anda yang bujang trang-tang-tang & sedang berjimat untuk berkahwin! πŸ™‚

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

53 thoughts on “Duit sen vs duit kertas

  1. Actually saya salah seorang yang dah lama mengamalkan tips ini. Dah bertahun dah.. Kesannya memang “best” sebab kat rumah saya lebih dari 3 balang duit syilling saya simpan.. hehehhe…

    Yang best saya selalu tukar dengan akak cafe kedai makan kat ofis (bab-bab syilling ni diorng confirm nak) sebab kalau nak simpan kat bank (contoh bsn) kena pending 3 hari baru clear dalam akaun… mcm cek plak..

    lepas dpt duit tukar tu, barulah saya masuk dlm bank.. memang berbaloi.. hari2 kira syilling… heheheh.. seronok beb.. πŸ™‚

  2. Tip yang memang practical sebab saya dah cuba.. end of the month buka tabung dah ada +-100.00.

    Boleh tak tambah aplikasi kat end of tip boleh email kat orang tip tu..maybe boleh buat koleksi.Sorry kalau dah ada tapi tak perasan kat mana?

  3. Salam & Kawan2

    Betul tu Telah diamalkan, balik kerja, selepas belanja minum pagi, makan tengahari di Ofis atau bayar parking kalau ada duit syiling lebih terus masuk tabung khas kat ruang tamu. Anak pun minta izin simpan kat tabung dia pulak sikit-sikit. Sedar tak sedar, lama-lama banyak pulak yang anak simpan lebihan duit syiling yang kita belanja.

  4. JUTAWAN SYILING?

    Saya juga mengamalkan cara menyimpan dengan duit syiling. Di rumah saya sediakan tabung. Duit syiling lebihan belanja setiap hari saya akan berikan kepada anak. Saya pastikan duit syiling tadi anak-anak simpan dalam tabung yang saya sediakan

    Sekarang ini bila balik dari office saja, anak-anak akan tanya, ” Abah ada duit syiling? kami nak simpan dalam tabung”

  5. Bagus cara ni. Kalau dilatih dan selalu buat, akan jadi satu tabiat … terus tertanam di ‘minda bawah sedar’ kita.

  6. Salam Sifu dan Sahabat Semua,

    Saya dah buat sejak awal 2006. Tapi tabung tak penuh-penuh. Rupanya wife saya guna untuk buat duit belanja anak sekolah. Hehehe..Puncanya sebab tabung saya, hanya bekas air coke tu je dan letak atas meja. Lain kali kena simpan elok2 ditempat tersembunyi. Hehehe…

    Tapi ia memang praktikal. Cayalahh!

    Hayat Nazir

  7. Memang best simpan duit dalam tabung..tambah pulak tabung yang tak boleh nak buka. Bila dah penuh kena pecahkan…lepas tu baru adventure kira duit….hehe…

  8. Hi semua. πŸ™‚

    tip mudah, tapi maut! ini adalah antara konsep pengurusan kewangan peribadi yang amat menarik dan berkesan! resepinya: sedikit-sedikit, lama-lama boleh masuk ke akaun simpanan!

    selain itu juga, duit syiling ini dapat juga digunakan untuk membayar parking, ketika menggunakan puclic telefon, atau mesin-mesin yang memerlukan penggunaan duit syiling. oh ya, mesin minuman bergas juga!

    amalkan rakan-rakan! pasti tiada apa pun yang rugi!

    PS: jangan sesekali memandang enteng dengan hal ini, adanya syiling adalah amat berguna. pernah satu ketika saya kehabisan kredit telefon, terpaksa menggunakan public telefon, dan, saya tiada syiling langsung! sekarang, saya menggunakan pascabayar. tiada masalah lagi, heheh… πŸ™‚

    PPS: Sifu Irfan, boleh saya gunakan artikel ini untuk tatapan bersama rakan-rakan di laman blog saya? blog saya adalah memfokuskan akan hal WANG dan BISNES. bertepatan dengan isu kali ini. πŸ˜€

    PPPS: COACH Azizi pernah berpesan, jika sesuatu yang mudah itu adalah yang terbaik, tiada sebab untuk kita tidak melakukannya.

    = http://www.AzamWahid.wordpress.com =

  9. Waduh… ramai sungguh jutawan syiling yang sama minat dengan jutawan internet. (Menabung duit syiling)

    Kaedah simpan duit syiling ni sebenarnya dah lama diamalkan oleh orang tua kita. Setiap kali dapat duit gaji atau duit upah, paling tidak 5 sen mesti masuk dalam tabung buluh atau tabung ayam – setiap hari kalau boleh.

    Tapi kita, di zaman internet pula setiap kali keluar kad kredit baru, berebut yang mohon…

    Cuba lihat, anak-anak zaman kini kalau diberi duit belanja atau dapat banyak duit raya… habis dibelanjakan (jika ibu bapa leka dan tak ambil tahu)

    Sungguh bertepatan tips ini diberi perhatian oleh Irfan kerana amalan menabung amat bermanfaat dan mendidik siasah diri sebenarnya .

  10. Saya cukup setuju dengan cara ini kerana saya telah aplikasinya selapas saya pegi seminar “millionare path” tempohari cara yang lain pula yang boleh anda buat siapkan satu tabung disebelah tempat tidur anda. Setiap pagi sebaik anda bangun isikan tabung tadi dengan duit berapa yang anda masukkan bukan ukuran yang penting anda masukkan setiap hari, supaya ianya dapat dijadikan habit. Ajak isteri atau anak lakukan perkara yang sama.

    p/s : Oh ya anda boleh namakan tabung itu “Financial Freedom” dan duit itu anda tidak kan gunakan untuk tujuaan lain. πŸ˜‰

  11. kadang2 kita harus memikirkan untuk memudahkan para peniaga bagi membalikkan duit. soal simpanan syiling @ kertas bukan menjadi soal pokok untuk menyimpan tetapi di mulakan dengan sedikit demi sedikit …

    misal contoh harga majalah RM5.60, untuk memudahkan para peniaga kita sediakanlah wang kecil dan cube membantu para peniaga untuk memudahkan untuk memulangkan wang baki…

    bukan tidak boleh di praktikkan … tetapi ianya harus berterusan pada perkara pokok iaitu berbelanja apa yang perlu dan bukan ade duit syiling harus menyimpan …

    titipkan dalam diri sebenarnya untuk menyimpan atas jaminan mase hadapan … barulah soal kekurangan duit @ tidak ade duit menjadi persoalan …

    amalkan sikap berpada2… jangan ikut nafsu untuk berbelanja … kita bukan nak hidup sehari dua … tetapi terutamanya anak-anak kita nanti …

    renung2kan la yerk dan selamat beramal…

  12. Jutawan syiling? Hehe. Bolehla. Kekadang dapatlah dalam RM50 setiap bulan. Adik aku kemas bilik semalam. Dia dok bising jumpa duit syiling bersepah2. Habis penuh tabung aku..Dia suruh kasi pecah sebab memang takleh bukak. Aiya..kene pecah ke tabung kalau dah penuh? atau beli tabung baru??

  13. Mai, apabila cakap-cakap akan budak-budak beraya ni, terfikir pula saya. kalau dulu, syiling masih ada ertinya lagi. masih diterima. tapi, sekarang, kalau diberi syiling, enteng dipandangnya… πŸ™‚

    taza, boleh saya tahu sedikit sebanyak tentang hal-hal seminar ‘millionaire path’ tu? tajuknya menarik la… πŸ™‚

    saya bersetuju dengan MOFAN AD. dalam hal pengurusan kewangan, antara konsep terpenting adalah, bijak menyimpan dan bijak berbelanja. rahsia ‘4 step’ bijak berbelanja COACH Azizi Ali amatlah berkesan jika diamalkan sebaiknya. the bottom line is, ada perancangan. jangan ‘rajakan’ kehendak dan nafsu. kelak, ia akan ‘hambakan’ kita pula!

  14. heheh
    tips ni sy dah amalkan..
    memang tak perasan…
    tahu- tahu jer dah penuh…
    sy lebih suka simpan di bekas yang lutsinar
    sebab rasa tak sabar-sabar nak penuhkan.

  15. Dah biasa saya amalkan cam tips bagi..mase study penah kumpul syiling.. sampai RM100 4 one semester..skang pun masih amalkan..hehe.Thanks

  16. Saya memang sudah lama mengamalkan konsep menyimpan syiling ini. Setiap hari duit syiling yang berbaki saya bahagikan sama rata kepada 4 orang anak saya dan saya suruh mereka masukkan ke dalam tabung masing-masing. Semuanya seronok menyimpan dan sentiasa tertunggu-tunggu kepulangan saya. Secara tidak langsung menerapkan sikap berjimat cermat di dalam diri mereka.

  17. Bagusnya tip ni! Saya pernah cuba cara ni, ada sekali tu tengah sesak, dapat juga bayar sewa rumah. Terkejut kerani bank tu, bila saya hulur syiling dekat seratus ringgit. Alhamdulillah, lepas juga bayar sewa rumah bulan tu.

  18. emmmmm.sy baru jer amalkan cara ni…….sunggunh senang dan mengembirakan saya pada hujung bulan

  19. saya ni lain sikit,kalau bawak duit syiling mesti dua atau tiga beg.juruwang kat bank misti muka asam.tauke tel awam. faham faham je lah

  20. Selalunya duit syiling lebih2 belanja, saya letakkan atas meja dalam bilik tidor, hilang entah kemana…aleh2 baru-baru saya dapat tau isteri saya keluarkan,hampir 30 biji tabung simpanannya untuk dikira! barulah saya tau ceritanya.

  21. Tips ni hanya berguna bagi mereka yang tidak rekodkan perbelanjaan harian mereka… bagi yang merekodkan setiap sen yang diterima & dibelanjakan, tips ni tak begitu berguna kerana rekod duit keluar & masuk akan jadi tak balance/imbang…

  22. saya dah cuba cara ni..memang best! memandangkan saya penggemar syiling 50 sen saja.seronok dapat kira duit syiling setiap 3 bulan. hasilnya boleh guna gi berchooti ahehe..nak harap duit gaji ciput jek memang susah nak berjalan.kawan2 pun hairan mereka ingat saya buat kerja tambahan.. selamat mencuba!!

  23. tips yang berguna..saya sendiri teruja tengok senior saya simpan duit syiling banyak2..start masa tu, terus saya simpan duit syiling..
    bila xda duit/pokai, duit ni jadi penyelamat. beli makanan dll..
    tapi kena disiplinkan diri lagi. nak simpan dalam bank terus..xnak usik lagi pasni..

  24. saya memang amalkan simpan duit syiling …letak dalam kereta.lepas bayar tol ,,syiling yg balance tu mesti masuk tabung…tapi kalau x cukup syiling utk nest toll payment ,guna yg tu jugak..camner?

  25. memang best idea nii…bagi rakan yang nak menabung, teruskan usaha kalian..saya sendiri bru je amalkan menabung ni(duit syiling 50sen)..tahun lepas, sejak dah berkahwin ni..Cubalah kawan-kawan..seronok tau bila duit syiling yang kita kumpul tu dah penuh..banyak manfaat pada diri kita..syukur alhamdulillah..

  26. last year, secara tak langsung, i memang selalu buat cara ni. then, satu hari tu, i terfikir nak tukarkan wang syiling tu kepada wang kertas so, apalagi i kira punya kira dah masuk 2 jam kira, rupanya, duit syiling yang i tabung dah cecah rm 958.40 ….. so, i ke bank.he he orang ingat i pikul beg batu..padahal ada $$$.$$…i tak pun bagi tau hubby i kalau tak mesti dia ambil..untuk taun ni, baru rm 400. i harap semua orang boleh buat camni.kalau ternampak $0.05 pun,ambil tau.!!

  27. saya pulak sgt mencari-cari wit syiling.kalo ada rm1000 wit syiling pun saya nak.sebab sy keje kat futsal jadi banyak nak guna wit syiling.nak tukar kat bank payah diorang mesti kata xde.

Leave a Reply

Your email address will not be published.