Sempena pelancaran “Tip Kewangan” di Tip-Satu-Minit, serta pelancaran CD Audio “Wang & Anda”…
…apa kata minggu ini, saya berikan Tip Kewangan sahaja! π Kita kira ini minggu Tip Kewangan!
Kekayaan bukan bererti berapa banyak pendapatan kita, tetapi berapa banyak kita dapat menyimpan pendapatan kita!
Beberapa soalan lepas berbunyi:
Bagaimana hendak mengawal belian emosi. Walaupun sudah merancang, tapi, kita tetap rasa nak beli juga?
Caranya adalah…
- Seperti menetapkan matlamat, merancang kewangan juga perlu ditulis! Ambil kertas, dan tulis perancangan kewangan anda. Dengan menulis berapa budget anda untuk bulan ini, subconcious mind anda akan membantu anda dalam usaha membendung belian emosi.
- Ketika pergi ke pusat membeli belah, bawa wang tunai sahaja, dan tinggalkan kad kredit anda di rumah. Bawa cukup2 untuk budget belian anda dan sedikit extra untuk kecemasan.
- Ketika ingin membeli sesuatu yang diluar perancangan anda, berhenti seketika dan beri masa untuk anda fikir. Bukan masa 10 minit-20 minit… tetapi, yakinkan diri anda untuk tunggu 2 minggu sebelum membeli. Ini kerana, dalam masa itu, anda akan dapat tahu sama ada barang tersebut PERLU DIBELI, atau TIDAK PERLU DIBELI.
Kalau PERLU juga selepas 2 minggu, teruskan belian anda. Sekiranya selepas 2 minggu anda rasa TIDAK PERLU, maka, anda telah menjimatkan wang anda! π
Sekali lagi, Kekayaan bukan bererti berapa banyak pendapatan kita, tetapi berapa banyak kita dapat menyimpan pendapatan kita!
Sekiranya pendapatan kita RM5,000 sebulan tetapi kita belanja RM4,800 sebulan, maka, mereka yang berpendapatan RM1,500 tetapi belanja RM1,000 sebulan adalah lebih kaya dari kita!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
slmt pg ,
saya setuju dengan pendapat …
kalau pendapatan RM5000 dan belanja RM4800 mestilah yang RM1500 belanja RM1000 lebih kaya berbanding RM5000…
tp kalau RM5000 pendapatan kita, kalau tak belanja bukan ke sia2 apa yang kita ada…tidak ada kepuasan…
btl ?
han
biar pun sedikit duit hasil pendapatan tp yg penting berkat π
melalui keberkatan akan bertambah2 lg hasil dan rezekinya. klu byk duit pn tp x pandai menguruskan ke tempat yg betul selagi tu laa x akan cukup.
tempat yg betul maksudnya mcm menubuhkan yayasan atau lebih tepat lg berzakat.. mcm π
semoga melalui yayasan tersebut akan lahir lbh ramai lg individu2 spt π
Salam
Bagaimana kalau kita memilih kualiti? Kualiti perlukan perbelanjaan yang besar bukan. Misalnya sekarang ni hantar anak kelas tuisyen je dah berapa dan kalau nak yang lebih berkualiti outputnya maka perlu belanja yang setanding dengan outputnya.
http://www.bazarkita.com
betul tuh han, kalau saya pun mesti tak terkawal kalau duit banyak..
selain wang tunai, saya gunakan Kad Debit untuk berbelanja, jadi saya boleh kawal cash flow saya.
Namun, kekadang bila jumpa barang yang menggetarkan emosi, serba salah juga dibuatnya, apatah lagi bila promosi terhad.
Contohnya, promosi buku, pakaian Adidas dan sut renang terbaru.
– Shueqry –
pendapatan bertambah, belanja pun bertambah… memang betul tu. ianya di panggil “parkinson’s principle”. nanti esok lusa saya berikan tip yang ni pula. π
ps: shueqry terima tak email dari kami di rahsia internet?
assalamualaikum
sy suka tips kewangan dari ni.. sebab skarang ni sy lihat ramai yang gagal untuk menyimpan. simpanan ni walaupun sedikit setiap bulan, tetapi kalau kita istiqomah setiap bulan, ia akan menjadi banyak.
sebagai contoh, sekiranya setiap hari kita masak nasi sebanyak 3 cawan sehari. ape kata selepas ni kita simpan sebanyak 1/2 cawan di tempat lain dan masak hanya 2 1/2 cawan sehari. saya yakin kita masih cukup untuk makan walau disimpan 1/2 cawan td.
begitu juga dengan wang. walaupun kita simpan sedikit dari pendapatan kita. saya yakin kita mampu untuk meneruskan kehidupan kita.
Info dan tips yang menarik. Saya rasa ramai yang mengukur kekayaan dari berapa banyak yang dia dapat berbanding berapa simpanan dari pendapatan yang dia ada
wow! hebatΒ²…..
mmg betul tip .
Bagi saya ,
Saya tiada emosi ketika membeli , katalah baju dah tak muat , pergi kedai dan beli baju yang baru (tak berjenama tidak mengapa , yang penting Quality, itupun mak yang pergi cari dan beli) , saya tiada rasa untuk membeli yang tidak perlu.
Habis gatal pun tangan , beli DVD game baru . Tu jer lah. Promosi terhad ker , unlimited ker tidak mempengaruhi saya.
Tapi untuk ilmu cam teknik marketing guna Adword, Affiliate Marketing, saya sanggup labur kerana saya nampak faedahnya.
Assalamualaikum Irfan & semua…
Tq di atas tip hari ni. Sy betul2 tak tahu & tak sangka yg kekayaan seseorg adalah simpanannya, bukan pendapatannya. Tq
Juga tq kerana memberi tip cara2 utk berbelanja. Best!
Parkinsons Principle? Apa tu? Xpernah dengar.. Jumpa esok.
Good luck & Selamat Berbuka Puasa Irfan. Berbuka kat mana hari ni?
Orang perempuan ‘purchasing power’ memang tinggi. Pantang ada ‘sales’ terus sahaja hendak beli walaupun barang tersebut tidak perlu. Ditambah pula ada ‘promoter’ yang ‘promote’ bermacam-macam kebaikan barang mereka. Saya perlu ikut petua tinggalkan kad kredit di rumah dan banyak berfikir sebelum membeli.
Sekian Sharifah Azran Alam
Boleh Doc bagi Tip bagaimana untuk menjana wang menggunakan wang? π
Hisham; π
“Orang kaya guna wang untuk mendapat lebih banyak wang tetapi orang miskin cari wang untuk dibelanjakan”
Kadang2 perspektif kita silap..walaupun gaji beribu2 tp berbelanja sebulan beribu jadi baki nye makin kurang…ingat la masa tua
Salam kasih sayang,
Kalau nak jadi kaya, contohi pengurusan kewangan org yg semakin kaya, buku Azizi Ali, Chef Li, blh membantu.
Betul kata P2..DotCom, “0rg kaya menjadi semakin kaya krn sentiasa berfikir bagaimana menggunakan wang utk membina sumber wang baru”, “Org miskin bertambah miskin krn sentiasa berfikir bagaimana mencari wang tambahan utk berbelanja”.
Secara jangka panjang org kaya kuasa berbelanja semakin tinggi, org miskin semakin tidak mampu krn upaya mencari wang semakin lemah dgn kos yg semakin meningkat.
(saya sudah laluinya), tq Azizi Ali dan Chef Li, tulisan anda bnyk pengajaran.
Semoga diberkati. Amin…
ermm..semua pelawat memberikan kata-kata yang bernas dlm tip kewangan ini..semuanya berdasarkan pengalaman masing2..tidak kira lelaki ker perempuan sedikit sebanyak berbelanja secara emosi..macam saya juga dirumah dah setkan mind untuk beli ini tetiba sampai ditempat membeli itu ini semua nak beli belanja secara emosiler katakan..daripa leh simpan RM20 dah jadi RM5.. tapi macammaner nak control emosi eks?? (‘v’)
Bulan ramadhan ni nampaknya ramai yang berbelanya mengikut emosi …lebih lebih lagi semasa di bazar ramadhan tu…. selamat berpuasa semua.
Salam. Saya nak tolong jawabkan untuk pihak Manjalara, tapi nak tolong saje, tak tahulah apakah tip dari saya ni memberi kesan kepada Manjalara.. Cuba lah ye…
Sebelum pergi, rancang keperluan yang betul-betul nak beli. tuliskan sekali anggaran harganya. Memang betul kadang2 tu kita tak dapat ingat apa nak beli kena jalan2 dulu tengok, baru ingat nak beli. Kalau jenis yang macam ni, petuanya, anggarkan berapa belanjawan yang mampu kita keluarkan dan lebih baik jika ada kad kredit tu tinggalkan di tempat yang agak selamat jangan dibawa bersama. Sebenarnya semua itu nafsu dan kuasa membeli yang ada pada kita, tangan kita, diri kitalah yang menjadi puncanya, jadi kita jugalah perlu berazam untuk diri sendiri… Jadi itu sahaja serba ringkas dari saya…
p/s: Nafsu membeli ini macam nafsu nak makan juga… Andaikan seperti kita menahan dari makan dan minum di bulan puasa aje…)
http://www.successidea4u.com
Mana nak dapat CD Audio Wang & Anda ni? Berapa harganya?
nak tanya nie.. sekiranya gaji rm4000 gitu.. paling sesuai berapa nak simpan ya? dah berkeluarga.
pengaruh rakan jugak nak kira juga,terutama student.
akibatnya tak cukup sana sini wlapon pinjaman pelajaran dah disediakan.
hye,
saya sebenarnya teringin nk buat biz katalog( saya aktif menjual katalog dan sudah mempunyai pelanggan tetap)tp saya tak tahu macamana nak buat laman web..
ajar saya??