Satu konsep yang baik yang dipelajari dari buku Rich Dad Poor Dad adalah menggunakan wang orang lain (Other People’s Money).
Konsepnya begini…
Sekiranya anda ingin membeli kereta, anda tidak beli kereta menggunakan duit sendiri. Tetapi, anda beli katakan 2 buah unit kondo menggunakan duit bank (sudah tentu ada sedikit downpayment, ubah suaian kondo, basic furnitures etc…)
2 unit kondo tersebut sewakan dengan keuntungan RM500 satu. In total, dapatlah RM1,000 daripada duit sewa…
Dari wang tersebut, baru anda beli kereta pada harga RM100,000… dan bayaran bulanan duit kereta itu adalah daripada pendapatan 2 unit kondo RM1,000 setiap bulan.
Cara ini amat menarik oleh kerana, orang lain yang membayar kereta baru anda- other people’s money! Anda bukan sahaja dapat kereta baru free (orang bayar), malah, anda dapat 2 unit kondo lagi tu…
Saya juga menggunakan cara ini 😉
Pengumuman: Taklimat PERCUMA MIBO (Malaysian Independent Business Ownership) akan diadakan pada hari Selasa ini bersamaan 19hb Februari di Klang. Bagi yang ingin mengetahui bagaimana MIBO dapat membantu anda memulakan perniagaan ICT, join kami.
Insyaallah saya akan turut ada di sana sebagai duta MIBO, dan juga tetamu istemewa, ikon jutawan Dato Dr Azman Ching juga akan memberi sokongan! 8.30pm di Kelab Eksekutif Klang (Klang Executive Club- bersebelahan Jusco Bukit Raja). Jumpa di sana!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Kalau ada rumah sendiri tetapi disewakan kepada orang lain, ini juga salah satu strategi yang baik? konsep pun lebih kurang sama kan?
Cara yang di lakukan oleh Robert T. Kiyosaki ni memang menarik. Senang je beli kereta idamannya dengan menggunakan duit orang lain.
kalau ade untung boleh lah beli kereta…kalau penyewa rumah buat hal tak bayar sewa, itu yang tak best tu..
Assalamualaikum Irfan!
Dah beberapa kali sy dgr Irfan ckp ttg Rich dad poor dad, baru lah kali ni sy faham. Tq Irfan..,
Good Luck on Seminar Mibo kat Klang pd selasa ni. Sori sy xdpt pg coz of the short notice, xsempat minta ubah schedule kat tpt keje…
saya sokong 100 %
menyewa rumah bukan kerja senang juga (takde apa yang senang kalau nak buat good money). ada lah juga prinsip2nya… dari awal- perlu pilih tempat yang mempunyai permintaan tinggi tetapi supply kurang. kemudian, perlu juga cari penyewa rumah… kalau kat barat, pemilik rumah amalkan konsep temuduga bakal penyewa untuk pastikan mereka boleh bayar 🙂 kat sini takde…
insyaallah, kalau ada rezeki, nanti saya tulis buku hartanah pula… sementara tu, kalau nak belajar menyewa rumah, saya syorkan buku Azizi Ali mengenai menjadi landlord/tuan rumah.
ada juga prinsip2 yang perlu diikuti untuk jadi tuan rumah yang berjaya. cuma, tip kali ini adalah untuk memahami konsep OPM sahaja.
ayah saya suke buku Azizi Ali…
memang menarik konsepnya…
betul tu bro….
kalu xde temuduga,mana nak dapat penyewa yang berkualiti..
saya amalkan konsep ini bagi bayar web saya…
gunakan wang hasil bisnes untuk bayar webhosting ngan domain setahun terus..hehe
http://www.rindok.com
slmt mlm irfan…
kereta memang boleh free dgn menggunakan duit org…
tapi rumah tu kena bayar duit sendiri…hehe
kan lebih bagus kalau beli rumah tu pun guna duit org…haha
han
saya setuju dengan cara ni, pasal penyewa bermasalah tu perkara kecil, yang paling besar adalah rumah yang 2 buah tu…kalau kita asyik fokus pada masalah nanti akan menyebabkan impian kita menjadi kecil dan masalah pulak yang jadi besar…kan susah tu.. Irfan, takde plan ke nak invite semua jutawan kat malaysia ni untuk buat majlis makan malam sambil berkongsi kisah kejayaan mereka…saya nak join ni.. 🙂
memang menarik.. sy memang berminat berkenaan hartanah… dan sy sekarang pun sdg study pasal hartanah ni.. sy harap dapat menulis lbh byk artikel berkenaan hartanah nanti..
Tips yg menarik. Walaupun guna ‘other people’s money’, kita kena pastikan ‘the money chain’ (cashflow) tak putus. Kalau tak, sangkut beb!!! 😉
salam..
wah…berkembang lagi sayap irfan kepada hartanah ye..
tahniah..
laju betul momentum perniagaan irfan khairi ni..
Good idea.Boleh dipraktikkan.
Terima kasih.
seperti yang irfan ckp..mmg takder yang sennag, kalo tak dah lama jadi Jutawan betul?!! Kita semua pun dah sama mcm beliau.. Senang semuanya.. 🙂 Apa pun,pada saya, pembelajaran dan pengalaman adalah cikgu yang paling bagus..
my one cents opinion.. 🙂
Nampak mudah.. tapi sebenarnya perlu ada sedikit pengetahuan mengenai sewaan ni.. silap haribulan, penyewa keluar diam2 tak bayar sewa rumah.. parah nak bayar keta tu..
Beli kereta guna duit orang! jgn curi kereta orang… selamat mengundi, masa untuk perubahan.. insyallah..
Seperti kata En Dlie, penyewa lari diam2…
Camner nak elakkan perkara ni berlaku?
Masa interview bakal penyewa rumah, apa yg perlu diambil kira ttg bakal penyewa?
menarik..ini disebabkan harga rumah semakin naik..dan harga kereta akan susut..
salam, ni pertama kali saya masuk website ni. tolong beri tunjur ajar.
salam semua. sebuah topik yg agak menarik. Nampak senang kan? kalau kena dgn cara mmg berbaloi nmn apa-apahalpun kena berhati2 dlm mengatur setiap strategi. Tak kena cara rumah tergadai, kereta tak mampu bayar. hehehe, apa2hal pun, tq utk informasi berilmu ini.
wah tajuk yang berformat bagi saya!!! ada cara yang tersendiri dan menguntungkan!!! cara ini adalah cara yang bagus untuk dipraktikan .. teruskan usaha mengarang buku yang ilmiah . . .
Seperti kata Tok Guru Nik Aziz
bila melancarkan al-Rahn dulu
“Tok sey mah dok saja”
maksudnya – Tak mahu emas disimpan tanpa sebarang hasil.
Lebih baik hasilkan sumber pendapatan
9/10 daripada rezeki itu dari perniagaan
memang buku robert banyak mengajar saya bagaimana untuk membuat hasil lumayan melalui hartanah.
muda2 nih dah dapat pegang hartanah memang seronok. 🙂
wah,menarik idea yg irfan bagi..amat berguna untuk org muda macam saya..
wah beli kete guna duit org lain..
tapi org lain tu guna duit saper pulak yer?..
idea memang menarik tapi perlukan ilmu kewangan yang tinggi.pertama. buat satu ujikaji dgn
beli rumah dahulu.kedua, balaja caranya,ragam orang dan bertanyakan pada kawan yang ada rumah sewakan orang.ini kita dapat blaja.klau nak ikutkan si robert pdrd nie dia beri 10% aje ilmu.90 % dari usaha kita.
kalu beli kereta 2 fikir fikirlah dulu.aset keta nie turun aje tapi aset rumah naik aje.
aku x paham ar…
klu duit sewa bayar kat kete baru…
abis loan beli umah tu xpayah ke bayar bulan2…
aparaa sircaddy…. u bagi sewa rumah jgn ler sama dgn byrn bulanan tu… kasi lebih… yg lebih tu ler buat beli kereta… ha ha ha ha
salam,
satu lagi cara yg boleh dikatakan OPM ialah dengan menggunakan wang bank..
gunakan ODASB… anda search ODASB di google.. ramai org melayu akan bg pemahaman dgn FOC (free of charge) saje..
cuba la..
satu contoh:
pada org melayu (bumiputera) gunakan kelebihan ASB untuk manipulasi..
ambil loan ASB maybank (tenure 25 tahun) 100K
bayaran bulan rm538.00
setahun 6456 (hanya 6 ribu)
tahun depan, januari 2011 dgn kiraan 7%, anda dapat rm7000.00= 500++
tahun depan anda boleh beli kereta baru (GEN2 or lain-lain) dengan bayaran 538.00.. kalau boleh kereta yg murah
sape punya cadangan beli rumah condo and then bayar duit kereta . tapi sape pulak nak bayar duit condoooo…kena pk sblum buat..
cara ni mmg berkesan.. aku dah buat.. tapi kena beli apartment atau kondo shj.. pastu kt area lembah klang shj.. baru jadi.. btul tak bro?
😀 maksud En Irfan adalah keuntungan dari rumah sewa. jadi tiada masalah untuk membayar rumah sewa dan kereta :D.
nampak macam senang tapi sebenarnya zaman sekarang rumah sudah mahalkalau sewakan pun lepas untuk bayar bank je