Apakah sebenarnya rahsia si kaya? Apakah persamaan yang terdapat pada mereka yang kaya raya? Apakah strategi dalam menambahkan pendapatan mereka?
Jawapannya adalah aliran pendapatan yang berganda atau bak kata orang putih, “Multiple Streams of Income.”
Aliran pendapatan berganda bermaksud, tidak bergantung kepada hanya satu punca pendapatan sahaja. Sekiranya anda mempunyai satu punca pendapatan sahaja, apakah yang akan terjadi andainya punca pendapatan tersebut terhenti?
Sebagai contoh, jikalau anda sedang bekerja dengan satu syarikat, dan kemudian atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, syarikat tersebut terpaksa memberhentikan anda. Apakah yang akan terjadi dengan aliran pendapatan anda?
Sudah tentunya akan turut terhenti. Bayangkan sekiranya ini terjadi kepada anda. Sekiranya anda bekerja makan gaji, atau menjalankan satu jenis perniagaan sahaja, apa akan terjadi sekiranya pendapatan anda daripada satu punca tersebut terhenti? Berapa bulan anda dapat menampung kos kehidupan anda dengan simpanan yang sedia ada?
Bagi kebanyakan di antara kita, apabila melihat kepada senario ini, jawapannya amat mengejutkan. Mungkin wang simpanan yang kita ada hanya mampu menampung perbelanjaan untuk kurang lebih dari tiga bulan sahaja kos kehidupan kita seterusnya.
Aliran pendapatan berganda adalah apabila anda mempunyai pelbagai punca pendapatan.
Bayangkan sebuah singki yang mempunyai satu pili. Sekiranya anda membuka pili tersebut pada arus yang deras, oleh kerana ada lubang aliran keluar di dasar singki tersebut, maka air akan tetap keluar dan tidak dapat memenuhi singki itu.
Tetapi, bayangkan anda mempunyai singki yang mempunyai empat pili. Sekiranya keempat-empat pili tersebut dibuka dengan deras, walaupun terdapat lubang aliran keluar di singki itu, tidak lama nanti, seluruh singki itu akan dipenuhi air sehingga melimpah–limpah.
Bayangkan juga setiap pili tersebut adalah punca pendapatan anda. Air yang mengalir adalah wang dan lubang di dasar singki itu adalah perbelanjaan harian anda.
Bagaimanakah caranya untuk menambahkan wang anda? Adakah dengan hanya bergantung kepada satu pili sahaja? Ataupun menggunakan empat pili supaya mendapat pendapatan yang berlimpah–limpah?
Aliran pendapatan yang berganda diamalkan oleh ramai golongan kaya. Mereka tidak hanya bergantung kepada satu punca pendapatan. Bagi usahawan yang berjaya, mereka tidak hanya bergantung kepada satu perniagaan sahaja malah, mereka memulakan beberapa jenis perniagaan untuk menghasilkan untung yang berlipat–ganda.
Sebagai tambahan, untung dari perniagaan itu pula dilaburkan untuk mendapatkan pulangan pelaburan yang lebih lumayan. Ini menambahkan lagi aliran pendapatan yang sedia ada.
[Bersambung di “ALIRAN Pendapatan Berganda (Bahagian 2)”]
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Salam Sifu IK,
Teringat saya tentang kata kata Sifu IK semasa kelas hari tu, Sifu IK sendiri menjalankan 8 jenis bisnens berlainan sebelum mendapat untung bersih RM 1,000,000 ketika berumur 25 tahun 🙂
“Multiple Streams of Income” juga tu 😉
saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang majalah IK. kalau boleh saya ingin melanggannya. saya nak tahu lebih lanjut lagi tentang perniagaan internet sekiranya saya tiada barang jualan. perlukah saya membuka laman fb lain utk perniagaan.
tip yang sangat berguna, terima kasih