Aduhai Kad Kredit!

Tipย kali ini daripada segmen saya di WW-Bersama Irfan Khairi hari ini di Astro Awani. Saya memberi beberapa tip mengenai Kad Kredit! Ada kad kredit pun susah, takde kad kredit pun susah ๐Ÿ™‚

ww1.jpgRamai antara kita mempunyai tabiat tidak suka membuka penyata kad kredit! Ini disebabkan, penggunaan kad kredit yang tidak bertanggungjawab menyebabkan hutang keliling pinggang. Apabila ini terjadi, nak buka penyata kad kredit pun malu-malu…

Sering kali, apa yang dilakukan adalah membayar jumlah minimum sahaja setiap kali menerima penyata kad kredit.

Tahukah anda, sekiranya anda mempunyai hutang kad kredit, contohnya mempunyai hutang RM5,000, dan hanya membayar jumlah minimum yang tertera setiap bulan…

… ianya akan mengambil lebih kurang 19 tahun untuk melangsaikan keseluruhan hutang anda? Sebagai tambahan, anda akan membayar hampir RM10,000 secara keseluruhan!

Di situlah terjadinya jerat kad kredit… setiap kali anda membayar baki minimum, masih terdapat lagi baki-baki lain yang dikenakan dalam lingkungan 18% interest.

ww2.jpgJadi, berpada-pada dalam menggunakan kad kredit, dan sebolehnya, langsaikan hutang kad kredit secepat mungkin oleh kerana interest kad kredit adalah interest pinjaman yang paling tinggi! ๐Ÿ™‚

Jumpa lagi di minggu hadapan di WW- bersama saya!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

58 thoughts on “Aduhai Kad Kredit!

  1. salam, semua..

    kad kredit ni boleh untung jika pandai guna..

    contoh:-

    anda tengok penyata bil KK anda sekarang, ada Statement Due (SD) dengan Due Date (DD)…

    pada yang baru dapat kad kredit, elok guna… kalau pemilik yang dah lama tue, kena langsaikan dulu hutang melalui Overdraft (OD) untuk minimakan interest..

    (Seeloknya Kad Kredit Bank Islam Mastercard, visa Ct BAnk)

    pada pengguna KK yang baru, bila dah tengok SD dgn DD tu anda boleh kira berapa jumlah dalam 21 hari kan?

    Contoh :-

    SD (15/7) hingga DD (05/8)
    , korang boleh guna dalam tempoh 16/07 hingga 04 atau 5/08… kalau nak elok baik guna 04/08 jer (guna belanja harian, contohnya rm1000)… hari selepas tarikh itu, dilarang pakai KK.. kalau pakai jugak KK, sendiri tanggung…

    sampai jer bil KK dalam bulan 8, jangan bayar lagi, biarkan.. tunggu sampai tarikh 15/08, korang start guna balik KK ni mula tarikh 16/8 hingga 05/09/ (guna lagi rm1000.00)…. sampai jer tarikh 05/09 (kalu jatuh pada hari cuti, kena bayar pada hari bank bekerja), korang bayar jumlah penuh hutang korang pada 16/07 hingga 04/08 tu di Bank (contoh rm1000.00) kat bank KK.. jangan bayar rm2000.00…

    masuk tarikh 16/09 hingga 04/10 pulak, korang guna lagi rm1000.00 (belanja dapur tau bukan joli katak)… tarikh 04/10 tu, korang bayar kat bank KK sebanyak rm1000.00 lagi untuk penggunaan bulan 8 punya..

    tarikh semua tu, ikut pada bil korang, yang atas contoh bagi korang faham…

    bermakna, korang dah guna rm2000.00, tapi hanya bayar rm1000.00 sahaja setiap 2 bulan.. kan dah jimat rm1000.00 setiap bulan.. bukan berhutang tapi melengahkan bayaran tanpa dikenakan interest oleh bank…

    rm1000 tue adalah contoh perbelanjaan korang sebulan.. kalau rm2000 pun gitu… kalau ke atas pun gitu la caranya.. lebih sesuai anda bayar ODASB.. search je kat abang google tu.. ada ramai melayu kita ajar cara2 pengurusan kewangan FOC jer .. kita gunakan tool yg ada untuk manipulasi kewangan.. guna KK tu biasa jer..

    p/s(setiap kali KK digunakan, sila catit dalam bukan nota, berapa banyak perbelajaan dibuat pada SD hingga DD- utk elak terlebih guna dan terlepas bayar cukup)

    jgn joli katak dah.. kang tak pasal2, diisytihar bengkrap..

    Sila siarkan komen saya untuk tingkatkan pengetahuan orang melayu

  2. saya ada memohon kad kredit tapi langsung tak menggunakannya (ikut2 orang le ni) tapi kena caj dgn bank, macamana nak berhentikannya? TOOLOONG!!

  3. saya ada 5 cc tahun lepas dan saya berhutang sebanyak 14 ribu…gaji bulan2 abis byr cc jer..ada lebih pon cukup mkn n isi minyak kete (kdg x cukup kne pki cc gak)…awal thn ni saya dpt bonus lantas saya langsai kn semua hutang cc saya….tapi tahun ni juga la saya pakai blk crdt card saya..dan sekarang hutang dh mencecah 9 ribu…igt sekali kena dh serik…tp sebenar nya x serik2…saya dah btol2 insaf…lepas nk x nk dah berhutang cc..tahun depan punya bonus sy akn guna utk kawen…x tahu la mcm mana nk selesaikan hutng cc 9 k tuh..

  4. En. firdaus..,

    ramai org kita mcm en. firdaus sebenarnya.. mula-mula mmg boleh bayar. Tp lama-lama sampai 3-4 tahun dah x bayar. Malangnya charge interest bank yg 18% td tu terus berjalan. Tu yg jadi penyebab bankrap tu! Sy dah jumpa ramai yg mcm ni & sy tolong selesaikan dgn cara restructure payment mereka. klu en. firdaus nak selesaikan hutang 9K tersebut, boleh hubungi sy. Yg lain pun boleh hubungi sy. Sy bantu yg termampu.. ๐Ÿ™‚

  5. En. Firdaus.., sebenarnya ramai di luar sana seperti en. firdaus. Mula-mula mmg boleh bayar minimum, tp lama kelamaan tertunggak sampai 3-4 tahun. Sudahnya, diisytiharkan bankrap. Sy dah jumpa ramai yg mcm ni. Jadi sebelum masalah en. firdaus ini menjadi lebih teruk, adalah lebih baik settlekan semua. Ataupun en. firdaus boleh hubungi sy utk restructure balik payment kad kredit en. firdaus kepada 0% interest. Tiada lagi charge interest atas baki tertunggak. Cukup setahun dah settle hutang cc 9K tu. ๐Ÿ™‚

  6. Lagi BESAR kereta dan rumah mereka…sebenarnya lagi HEBAT kah atau lagi BANYAK kah HUTANG nya ???
    ~~ bior pape asei bergaye ..jgn biarkan hidup anda dselubungi BERMACAM-MACAM HUTANG dan hutang sampai mati ~~ “BUAT SAVING & SELESAIKAN HUTANG dgn Kad Kredit…??Hanya dengan Formula MONEY MANAGEMENT & MICRO TEACHING yang efektif!! SMS 017-2595783.

Leave a Reply

Your email address will not be published.