Aduhai Kad Kredit!

TipΒ kali ini daripada segmen saya di WW-Bersama Irfan Khairi hari ini di Astro Awani. Saya memberi beberapa tip mengenai Kad Kredit! Ada kad kredit pun susah, takde kad kredit pun susah πŸ™‚

ww1.jpgRamai antara kita mempunyai tabiat tidak suka membuka penyata kad kredit! Ini disebabkan, penggunaan kad kredit yang tidak bertanggungjawab menyebabkan hutang keliling pinggang. Apabila ini terjadi, nak buka penyata kad kredit pun malu-malu…

Sering kali, apa yang dilakukan adalah membayar jumlah minimum sahaja setiap kali menerima penyata kad kredit.

Tahukah anda, sekiranya anda mempunyai hutang kad kredit, contohnya mempunyai hutang RM5,000, dan hanya membayar jumlah minimum yang tertera setiap bulan…

… ianya akan mengambil lebih kurang 19 tahun untuk melangsaikan keseluruhan hutang anda? Sebagai tambahan, anda akan membayar hampir RM10,000 secara keseluruhan!

Di situlah terjadinya jerat kad kredit… setiap kali anda membayar baki minimum, masih terdapat lagi baki-baki lain yang dikenakan dalam lingkungan 18% interest.

ww2.jpgJadi, berpada-pada dalam menggunakan kad kredit, dan sebolehnya, langsaikan hutang kad kredit secepat mungkin oleh kerana interest kad kredit adalah interest pinjaman yang paling tinggi! πŸ™‚

Jumpa lagi di minggu hadapan di WW- bersama saya!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

58 thoughts on “Aduhai Kad Kredit!

  1. ehmmm,nasib baik saya tak pakai kad kredit lagi. harap2 saya dijauhkan dari bahana kad kredit ni. susahlaa..ramai kawan2 yang terjerat dengan kad kredit ni..

  2. ye,betul apa yang ckp, kad kredit boleh menjerat diri kita kalau tak tahu menggunakannya, ramai golongan muda eksekutif yg bankrap sbb hutang kredit kad, bagi saya tak salah nak guna kredit kad,tp kena bayar apa yg kita guna setiap bulan, dan berbelanja jangan selalu menggunakan kredit kad…berpada2..

  3. bahaya juga pakai kad kredit kalau x pandai nak bayar balik…
    interest pun tinggi…
    saya pakai debit card…
    kerana senang nak budget…
    apa pula pendapat Irfan?…

  4. Salam kasih sayang,
    Nasihat kewangan yg ‘sgt perlu’ diambil perhatian, thanks
    Apa pun setiap yg baik ada buruknya, begitu juga sebaliknya. Ada orang buat duit dgn ‘berbelanja’ guna kad kredit, malangnya lebih ramai yg ‘tak selesa’ sebab salah guna kad kredit. Kad kredit akan menguntungkan, dan menyenangkan utk ‘berbelanja tunai’ bukan guna kad kredit utk ‘berhutang’, di sini ramai yg keliru.
    Semoga diberkati. Amin…

  5. Memohon kad kredit umpama memohon pinjaman sekiranya tujuan memiliki kad kredit adalah kerana tidak cukup wang.

    Sepatutnya kad kredit adalah untuk memudahkan kita buat bayaran tanpa perlu membawa wang tunai yang banyak, bukan untuk berhutang.

    Tip: Simpan duit dan mohon kad debit.

    bagilah cara-cara untuk mempercepatkan bayaran balik hutang kad kredit.

  6. Mungkin itulah jadinya kalau kita suka berbelanja melebihi kemampuan.

    Apa saja peluang untuk kita berhutang kita ambil termasuklah kad kredit ni.

    Kadang-kadang penting juga kita redha dengan rezeki yang kita dapat…kalau nak mewah kena berusaha lebih bukan guna jalan mudah dengan berhutang.

  7. 121 > ” bagilah cara-cara untuk mempercepatkan bayaran balik hutang kad kredit.”

    Semalam di WW @ astro saya ada bentangkan strategy mempercepatkan bayaran kad kredit πŸ™‚ Insyaallah lain kali saya akan tulis di sini pula. Jadi, bagi mereka yang hendak tahu keseluruhan tips, perlu lah mengikuti WW setiap Khamis (11.30am/4.30pm & 6.30am)

  8. slmt pg semua,
    kalau nak guna kad kredit, kita kena lah pandai uruskan cara penggunanya…
    kalau kena dengan cara kita untung…
    kalau salah…hehe…hutang keliling pimgan la…

    han

  9. Saya baru je pakai kad kredit.Tapi saya cuba untuk tidak membayar minimum payment.Hari tu saya beli barang berharga RM1k dan beberapa hari lepas tu saya bayar separuh dari yang saya pinjam walaupun penyata saya tak dapat lagi.

    Saya berazam untuk bayar lebih setiap kali berhutang dengan kad kredit dan tak menjadikannya hutang bulanan yang membebankan.Lebih baik saya bayar 3@4 kali ansuran hutang tersebut dari saya terikat selama 19 tahun tu… πŸ™‚

  10. alo.. Tentang kad kredit ni, saya dah pakai kad kredit sejak berumur belasan tahun lagi (tumpang nama abang la, tapi bayar sendiri). Bagi saya CC ni satu alat kewangan yang bagus dan banyak kali menyelamatkan saya sehingga sekarang. (dekat2 10 tahun dah guna. )Konsep guna CC ni mudah sangat. Tengok balik fungsi CC tu, tujuan dia bagi kredit dahulu, kemudian bayar. So, just follow la rules yang asas tu.
    Yang menjadi kebanyakan isu sekarang, macam cakap la kredit mula banyak tapi dia punye payment alahai ciput je. Kekadang x cukup pun minima payment.(ramai yang kantoi x bayar langsung bayaran bulanan). Sebab tu lah Kok Mahmud laku sangat. boleh advance dulu. siap free payment bulan untuk first 2 month lagi, kekawan saya ramai dah p melawat Kok Mahmud tu. Terutamanye kat-kat raya ni..

    Itu nurkilan saya jee.. orang lain?

  11. Askum Irfan..

    Tq di atas hari ini. Sy belum ada kad kredit, mungkin lain kali jika ada, tip ini sudah pasti berguna kpd saya.

    Selamat berpuasa…:-)

  12. Nasib baik semalam sempat lagi tengok tips kat WW..

    Tips nak pendekkan bayaran dari 19 tahun ke 4 tahun adalah dengan membayar dengan jumlah yang lebih dari jumlah minimum.. contoh, minimum adalah RM100.. so bayarlah RM150 ke RM200 secara konsisten tiap2 bulan walaupun bayaran minimum menurun.

    Betul ke tips mengikut kefahaman saya tu ? πŸ™‚

    p/s : Seronok SOHO sekarang ada Astro 24 jam.. Never miss hot news! πŸ™‚

  13. apa pun rasanya kad kredit untuk pengguna internet rasany agak bahaya..lebih baik rasanya kalau internet user gunakan kad debit..:) tak la over spending plak nanti di internet..:)

  14. huh…aku dah lama tutup akaun kad credit, bkn apa…klu dah ade..asyik nak sreettt ajer..Alhamdullilah semua hutang2 lama dah settle, sekarang guna kad debit jek haha

  15. untung sebenarnya guna kad kredit nie..cara yang paling senang adalah guna dalam had yang kita mampu membayarnya dalam masa yang ditetapkan..x payah kena charge..^_^

  16. Askum Irfan & Semua…

    Sy dah dengar & dah rakam ni. Seronoknya..:-) kata nak 1 copy, camner nak bagi ni?

    Tq di atas segala tips yg diberikan. Jgn lupa beritahu kita semua kalau Irfan masuk media lagi…:-)

  17. Kalau sesiapa rasa x leh tahan dugaan cam biasa la x yah guna. Kalau tahan cadangan saya guna lagi baik.
    Tentang kad debit , itu cadangan yang amat bagus. Nak elak utang pun bagus dan boleh online kat internet.

    ala payah2 xyah soping duk je kat umah. Cam saya, sepanjang bulan posa ni masih tahan diri untuk x p ke pasar ramadhan.( jimat Duit)

    __________________——–______
    Dari Semua Untuk Semua Kepada Semua,
    http://www.adrianiamri.blogspot.com

  18. saya ada tips supaya tak berbelanja berlebihan… personally lah.. keke.. saya akan bahagikan total duit dalam bank saya dengan hari yang saya akan dapat gaji. kalau dia tulis rm20/day saya rasa takut nak spend duit ke barang2 yang tak berfaedah.. jadi saya ada baki lebih kurang 300-400 sebulan.. saya dapat simpan 20-30% duit gaji saya.. dulu saya ingat rm100 pun tak leh simpan. pas tengok duit simpanan makin banyak, saya rasa teruja… member panggil saya kedekut… contohnya beberapa hari lepas.. member ramai2 ajak saya berbuka di hotel, kena bayar 80 utk buffet.. saya makan ala cart sajalah.. saya salad buah2an sahaja.. tak sampai rm25 … kekeke balik rumah baru saya makan heavy.. sebab itulah cara pemakanan saya..

  19. Saya ada kad kredit tapi masih belum menggunakan… agak takut untuk menggunakan namun diakui mungkin akan menggunakan jika terdapat transaksi yang memerlukan.. takut dengan hutan ni

  20. assalamualaikum
    bagi saya kad kredit banyak membantu,terutama di kala kecemasan kita perlukan duit,cuma kita perlu bijak berbelanja,sentiasa imbangkan / monitor jumlah perbelanjaan kurang dari jumlah pendapatan,jadi tidak timbul masalah hutang.

  21. assalamualaikum..
    sy ingin bertanyakn kpd saudara..sy ingin membuat domain,tetapi sy tidak mempunyai kad kreadit utk membuat domain..so ada x cara utk sy membuat domain tanpa mengunakn kad kreadit..diharap anda dpt membalas msg sy ini..

  22. Afiq, pembayaran untuk register domain tidak terhad dengan menggunakan kad kredit sahaja. Kebanyakan registrar/hosting company akan menyediakan lebih dari 3 cara pembayaran selain kad kredit seperti cash deposit, online banking, cek , money order dan sebagainya.

    harap menbantu πŸ˜‰

  23. Nak tumpang tanye kepada semua…
    Jika kita guna kad kredit nih…
    misalnya kita beli barang berharga 1k…
    hujung bulan kene byr kt bank 1k juga ke atau
    ade interest…(itu kalo byr on time)

    Ingin tahu sebelum memohon Kredit Kad

  24. kerana hutang kad kredit inilah rumah saya hendak di lelong akibat tindakan suami saya yang tamak. ada 8 kad yang perlu dijelaskan. Saya amat kecewa kerana dia menipu sy dan selama ini sy ingat dia byr duit rumah.Kadang2 bila Allah bagi kita naik gaji, naik jawatan, kita lupa untuk mensyukuri NikmatNya… Bila dah susah atas pebuatan sdri dan sy yang tak bekerja ni menangung malu bila semua jiran2 mula amik tahu.sy beri dia peluang terakhir untuk dia berubah.sbb kad2 dia ni bkn untuk sy… dia buat investment yang merugikan. jadikan ia iktibar dan jganlah contohi sikap tamak suami sy.

  25. bagi siapa-siapa yg ada masalah hutang kad kredit, sekarang ada satu cara untuk meringankan interest tahunan! memang baik untuk menolong mereka untuk langsaikan hutang tu….

  26. i pun banyak kad kredit tersilap langkah now pening nak bayar balik. dah rancang bayaranya but still katoi pulak..

  27. Saya ada 4 kad credit. saya hanya guna dua sahaja, itu pun tak banyak. Yang diperlu dibayar tak sampai RM500 pun, kalau nak bayar, bila saya selesaikan hutang tu…. Saya dapat kad credit ni bukan dengan kerelaan saya sebenarnya. Disebabkan offer macam-macam saya pun isi borang, itu pun bukan saya isi sendiri. Saya cukup malas bab isi-isi borang ni…. Biasalah… wakil-wakil dari pelabagai bank sekarang ni, rajin datang kat ofis promot kat kita orang…. Saya nak tanya sikit….Betul ke ada perniagaan boleh tambah pendapatan melalui kad credit?

  28. Sebenarnya saya takde astro kat umah dan tak kenal en Irfan. Tapi bila baca website ni.. boleh la.. So, saya exec muda yg baru keje setahun. ada tak tips untuk menabung sebab saya pemboros gak. Tak pernah lekat duit. Luckily takde kad kredit & baru jinak dgn ASB

  29. saya baru buka web nie..macam berminat dgn
    topik yang dibincangkan…
    sebenarnya, saya pun baru berangan2 nk pakai kad kredt..tapi takut pun ada..

  30. tue la,saya tengok student kt usm ramai gak yang guna credit card..risau gak tengok,boros sakan. mintak2 saya dijauhkan la daripada tabiat sedemikian……amiiiiiiin….

  31. betul…. boleh buat bisnes tentang outstanding kredit kad anda.cara nya mudah segala outstanding balance kita dalam kad kredit tu dibuat ezy payment.so kita tak kena 18% setahun yg bank caj .more info call or sms shukri 013-4888006 .kita akan save interest hingga 75% .hutang tetap kena bayar cuma save interest

  32. kad kredit ni untung jika kita tahu menggunakannya.
    “Kad kredit perlu menjadi hamba kita dan bukkannya kita menjadi hamba pada kad kredit”

    fikir2 kan lah

  33. pada aku kk ni memang bagus sangat.. satu kemudahan untuk aku.. tapi pandai guna pandai bayar la beb. kan senang.. korang x perlu nak tebalkan wallet korang ke hulu kehilir.. satu lg bila emegency kes.. korang boleh guna kk. pas 2 daat gaji setle la balik.. kemudahan beb. tepuk dada tanya slera.

  34. kad kredit…pendapat saya kad kredit amatlah penting bagi individu yang berkemampuan kerana tak perlu membawa CASH untuk kemana-mana dan cara menggunakan kad kredit pengurusan wang lebih selamat.Namun kita haruslah bijak mengawalpenggunaan kad kredit kerana ia akan membawa padah..pakai baju ukur badan sendirilah..

  35. Mungkin kita kena banyak berdoa supaya Allah timbulkan rasa kecukupan dalam diri kita.Rasa cukup dengan apa yang ada. Tapi tak menyebabkan kita berhenti berusaha/cari duit

  36. sebelum guna kad kredit memang rasa boleh berpada2 gunakan, tapi bila da dpt, ramai yg jadi gila pulak.. hehe..
    Tapi bagus x if sy bagitahu ada kad kredit yg tak memeningkan kepala? kalau x bayar pun, bank TAK cari? and da best thing, anda TAK perlu gunakan duit gaji anda untuk bayar..
    & org yg da MUFLIS pon boleh apply!!!
    kalau nk tahu, tanye sy

  37. Mmg penggunaan kad kredit ini perlu cermat dan berhemah. Jika pandai guna so pandailah dpt hasilnya. Jika x pandai, main hentam guna dan xde komitmen nk membayar itu cukup merbahaya. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan kad kredit ini eloklah fahami dahulu asas pengunaan kad kredit ini.

  38. sronok tgk rmi cncern abot risk of taking credit card..mmg ad cost n bnefitnya..bnefitnya sure la dpt penuhi kperluan yg kt nak,order je,byr later2..;p..tp tgk plak pd cost o risk nya..bkn skdr dpt tittle PGHUTANG tp jg dgn sngaja mlibatkan diri ngn INTERST..xbest sbt interest,sebut RIBA la..jgn main2 ngn RIBA,KORANG TGKLA BALIK AP HUKUM HAKAMNYA,NK TRG BJELAR2 KANG..ok pd yg manage to pay back on time..so no interest charge..Basicaaly,Islam xmnyarankan kt bhutang..slagi xda alsan kuat n rasional utk ap kt perlu amek credit card,so better avoid la..salam ukhwah..;p

  39. saya nak kongsi pasal kad kredit.

    saya byk pengalaman, pasak kad kredit ni.harap jauhi semua dgn kad kredit. terlalu byk mudharat dari kebaikan.
    saya dah stop kad kredit – ” memang benar Allah s.w.t larang kita terjebak dari riba,,” yg terkena ,,cuba-cuba lah selesaikan,,insyaalah,,jgn guna kad kredit lagi.

  40. saya ada 5 kad kredit.. alhamdulilah saya dapat menguruskannya dengan baik.. saya memang takut bawa cash banyak2..banyak kejadian ragut dan pukau sekarang ni.tapi kalau bab shopping dah perkenan tu mau jer sampai rm1k..

Leave a Reply

Your email address will not be published.