Sebagai usahawan global, pastinya saya sering mengembara serata dunia. Kalau sebagai rujukan frequent flyer Emirates, saya di tahap “Gold” menandakan selang beberapa minggu pastinya saya akan menaiki kapal terbang Emirates. Ini pun tak termasuk syarikat penerbangan lain di mana pada bulan ini sahaja 2 kali perlu menaiki Malaysia Airlines.
Sejak 3-4 tahun lepas, sering mengembara serata dunia untuk perniagaan
Sejak beberapa tahun yang lepas, dalam berpuluh kali menaiki kapal terbang mengembara ke serata dunia, di sini saya ingin berikan 10 tips atau petua yang saya kutip untuk manfaat anda pula!
1. Jet Lag
Sekiranya kita mengembara jauh, di zon waktu yang berbeza banyak, sering kali kita akan terkena dengan keadaan jet lag. Iaitu, waktu kita masih mengikuti waktu negara asal. Contohnya, kalau ke London, tengah-tengah malam di sana, kita masih segar bugar oleh kerana Malaysia sudah siang!
Apa yang saya sering lakukan adalah, di awal penerbangan, setkan jam pada waktu negara destinasi. Selalunya, penumpang hanya akan set waktu apabila tiba di destinasi.
Apabila waktu telah disetkan pada waktu destinasi, cuba ubah corak tidur anda mengikut waktu destinasi. Beberapa jam di dalam penerbangan sedikit sebanyak dapat membantu anda adjust kepada zon masa negara destinasi. Sekiranya mengantuk ketika zon destinasi masih siang, apa kata baca buku atau menonton movie untuk paksa diri tidak tidur sambil menunggu waktu tidur destinasi.
2. Keadaan diri yang duduk sahaja
Beruntung sekiranya kita mampu Business Class atau First Class di mana boleh tidur berbaring!
Tetapi bagi kita yang di kelas Ekonomi, keselesaannya tidaklah seperti Business Class atau First Class. Jadi adakalanya, akan terasa sakit-sakit badan.
Tip saya adalah untuk sentiasa melakukan stretching ketika duduk. stretching tangan, tengkuk, badan dan juga kaki. Sekali sekala, bangun dan berjalan sedikit terutamanya untuk penerbangan yang memakan masa yang lama.
Aktiviti stretching, bangun dan berjalan ini akan membuatkan badan kita semakin segar.
3. Udara yang kering
Bawa lotion atau krim ke dalam pesawat. Jangan lupa, tidak boleh bawa lebih 100gram! Bekas yang kecil sudah memadai.
Sering sapukan krim pada tangan, kaki, muka dan badan supaya kulit tidak kering.Tambahan bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif (seperti saya), maka lotion dan krim adalah sahabat utama supaya kulit rasa lembut dan kelihatan segar.
… macam iklan krim kulit pula. Kalau ada perniagaan ingin saya jadi duta boleh hubungi CEO saya Razzi Rahman di 03 77292277 (serious ni) 🙂
4. Badan pun kering…
Oleh itu, minum banyak air. Jangan segan silu minta anak kapal minuman. Kadang kala, saya minta dua gelas sekali air minuman supaya sentiasa hydrated.
Mini bar di dalam A380 Emirates. Jemput minum!
Badan akan rasa lebih bertenaga dan segar bila mengambil banyak air terutamanya di udara.
5. Pakai pakaian yang selesa
Dulu-dulu bila naik kapal terbang kita bayangkan orang pakai pakaian yang smart, cantik, lawa, macam business man dan sebagainya.
Tapi kini, travelling naik kapal terbang dah biasa. So, tak perlu lah melaram. Tetapi, pakai pakaian yang selesa. Terutamanya travelling yang lama dalam kapal terbang, kalau selesa pakai track bottom, seluar 3 quaters pun ok bagi lelaki.
Pakaian yang membuatkan kita cukup merasa selesa akan memudahkan lagi untuk kita terus nyenyak tidur.
6. Gunakan Air miles
Sekiranya anda seperti saya yang banyak travel menggunakan kapal terbang, pilih syarikat penerbangan kegemaran anda dan gunakan syarikat tersebut selagi boleh.
Saya sering menggunakan perkhidmatan Emirates Airlines untuk ke negara-negara yang melepasi Timur Tengah dari Malaysia, dan menggunakan Malaysia Airlines untuk negara-negara sebelum Timur Tengah dari Malaysia.
Mata ganjaran yang dikumpulkan (Kini GOLD) bersama Emirates, memberi saya pelbagai kemudahan seperti Business Class Lounge (walaupun tiket Ekonomi), pilihan tempat duduk tanpa had, upgrade ke Business Class dan First Class percuma, dan pelbagai lagi tawaran.
Begini lah rupanya bilik air First Class Emirates…
Jadi, gunakan kemudahan air miles syarikat penerbangan pilihan anda sebaik mungkin!
*Sekiranya anda ingin tahu cara menjana pendapatan 5 angka supaya anda juga boleh turut mengembara dan melawat serata dunia, klik di sini!
7. Hoodie dan Headphones!
Memanglah, kalau lihat ini cara pakaian remaja kini. Tetapi, tujuan utama memakai hoodie dan headphones dalam kapal terbang adalah apabila kita mahu sedikit privacy atau tidur dengan lebih selesa, sarungkan hoodie, dan pakai headphones (walaupun tidak mainkan lagu apa-apa!)
Hoodie dapat menutup sebahagian dari kepala/muka untuk mudah tidur sekiranya cahaya lampu menerangi muka, manakala headphones (noice canceling) pula akan mengurangkan bunyi enjin kapal terbang dan suara perbualan penumpang yang lain. Dalam kapal terbang saya sering tidur nyenyak macam bayi selama 5-6 jam tanpa gangguan!
Hoodie and headphones. Pakaian seragam saya ketika travelling.
Menggunakan headphones sendiri juga mempunyai kelebihan oleh kerana anda boleh terus menonton movie sehingga kapal terbang berhenti setelah mendarat. Sekiranya menggunakan headphones penerbangan yang diberikan, ia akan diambil semula 45 minit sebelum mendarat.
Tip tambahan: Dan kalau tak minat dengan hoodie dan headphones, dapatkan eye mask dan ear plugs pun boleh 😉
8. Elakkan memilih tempat duduk yang…
Apabila booking tiket penerbangan, dan anda dibolehkan memilih tempat duduk anda, elakkan dari memilih tempat paling belakang sekali atau paling depan sekali dalam satu-satu kabin (ramai memilih paling belakang/depan oleh kerana inginkan privacy).
Ruang paling depan kabin dan paling belakang kabin seringkali adalah ruang tandas. Apa yang kita inginkan privacy, sekiranya tersilap pilih, ruang inilah yang akan selalu orang beratur dan keluar masuk tandas berdekatan dengan anda- tak lupa bunyi flush dan aroma yang kurang enak!
Pilih tempat ditengah-tengah kabin untuk lebih “selamat”. Anda boleh juga merujuk laman web www.SeatGuru.com dan masukkan penerbangan anda untuk merujuk tempat duduk terbaik untuk di pilih.
9. Kurangkan hand luggage sekiranya boleh
Minimakan barangan hand luggage anda ke atas pesawat. Kalau boleh, kesemua barang anda check in sahaja dan hanya bawa beg kecil sebagai hand luggage – apa yang perlu ketika penerbangan sahaja.
Ini akan memudahkan lagi pergerakan anda di lapangan terbang sebelum dan selepas penerbangan. Mengusung dan mengangkat beg di lapangan terbang juga akan menambahkan penat badan. Juga, apabila kurang hand luggage, maka kurang barangan di bawah tempat duduk di hadapan anda. Maka, lebih banyak ruang kaki!
10. Bawa buku!
Dan akhir sekali, jangan lupa bawa buku! Ambil peluang di atas kapal terbang untuk membaca. Saya sendiri sering tidur sahaja ketika dalam kapal terbang, tapi sekiranya tidak boleh tidur, saya akan membaca sampai mata penat dan boleh tidur.
Sekurang-kurangnya bawa guidebook negara destinasi untuk pelajari lagi bukan sahaja tempat-tempat menarik yang boleh di lawat, tetapi juga kebudayaan, orang, dan sedikit sebanyak bahasa negara destinasi. Jadikan masa terluang dalam kapal terbang sebagai masa belajar.
Sesetengah penerbangan mempunyai Internet. Boleh juga gunakan Internet untuk bacaan anda.
Mudah-mudahan dengan 10 tips ini, sedikit sebanyak dapat memberi tips kepada anda untuk trip penerbangan anda yang seterusnya!
PS: Syukur Ahamdullillah, apabila saya tahu cara menjana pendapatan 5 angka dengan memotivasikan minda, mengurus kewangan dan membina jenama perniagaan, ia membolehkan saya mengembara dan melawat serata dunia. Sekiranya anda bermatlamatkan menjana pendapatan 5 angka, klik di sini untuk Akademi 5 Angka. Sebuah program online baru dari saya untuk anda!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021