Tukang cuci Jutawan

Hari ini di Berita Harian ruangan Varsiti terdapat artikel mengenai saya ketika zaman universiti. Kisahnya saya dulu-dulu pernah bekerja sebagai tukang cuci selama 2 tahun untuk mengumpul wang membeli buku2 dan juga hadiri seminar perniagaan. Sekiranya anda tak berkesempatan membeli Berita Harian, boleh baca versi scan artikel tersebut dengan klik di sini!

Di bawah gambar yang clear sikit ketika saya di hadapan pasaraya “Kwik Save” tempat saya bekerja.

kwiksave-irfan-small.jpg
Ketika di UK, adalah kebiasaan student sana yang kesempitan wang bekerja untuk mendapat wang extra. Kalau kita berkesempitan wang di Malaysia, sanggup tak kita bekerja sebagai cleaner? Ataupun kita akan rasa malu “nanti apa pula orang kata”?
Bagaimana dari kerja sambilan cleaner boleh jadi jutawan Internet? Saya kongsikan di Workshop Jutawan Internet.Β Klik di sini untuk maklumat lanjut.
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

74 thoughts on “Tukang cuci Jutawan

  1. Salam,
    Yang penting halal dan keberkatan bergantung ke mana pendapatan kita digunakan..Nampaknya ada keberkatan dari pelaburan ilmu yang diperolehi dan rezeki yang dapat..syabas

  2. Pernah terbaca cerita ni di majalah konsep julai 2008 hari ni dapat lagi baca sambungannya. Memang best liku-liku perjalanan Jutawan Internet kita IK.

  3. Apakah yang memotivasikan IK bekerja sebagai tukang cuci pada peringkat permulaan sedangkan ada lagi kerja yang lebih ‘ok’ seperti promoter atau kerja kat KFC dll. Adakah IK mendapat idea itu setelah terbaca kisah jutawan lain yang juga bermula sebagai tukang cuci dan lain-lain? Adakah menjadi tukang cuci itu adalah strategi IK bagi merealisasikan From Zero to Hero?

  4. Dah banyak kali kita dengar Kegagalan adalalh guru terbaik kita tapi masih ramai yang takut gagal…

    Best gak dapat pengalaman menarik…tajuk pun menarik…saya inagt tukang cuci jadi jutawan dengan bukak servis cuci mencuci hi hi

    Steady Ik πŸ˜‰

  5. mengapa saya pilih jadi cleaner?

    sebenarnya itu sahaja option kita sebagai student luar πŸ˜‰ kalau KFC… McD tu, deorang ambik mat salleh la kerja (ada sesetengah tempat ambil org malaysia). Tetapi, kebanyakannya, kita ni sebagai pendatang asing macam orang Indonesia/Bangladesh/Nepal la kat sini… boleh kerja minimum paying job sahaja πŸ˜‰

    Anyway, it’s a good experience yang saya takkan lupakan

    -ik

  6. IK – My respect for you berganda BERJUTA kali when i heard this about you. (Bukan aje jutawan wang tapi jutawan ‘respect’! πŸ˜‰ )

    Setakat ini saya cuma kenal sepupu saya yang sewaktu di UM dulu sanggup bekerja sebagai pengutip sampah untuk menampung kos hidup di Universiti sebab ibubapa tak mampu sangat dan dia tak dapat nak cari kerja part time lain. Sekarang dia manager korporat bergaji besar. Dia pun amat ‘humble’ orangnya..macam IK jugak πŸ™‚

    Tabik..dan menjadi INSPIRASI ~

    Bukan luaran tapi niat, azam dan hati yang ikhlas yang lebih utama kan?
    All the best always!

  7. Salam IK.

    Saya juga ingin berkongsi pengalaman.

    Dulu sementara menunggu result SPM, saya juga bekerja sebagai kitchen helper dan operator kilang.

    Wah, tak sanggup meneruskannya. Asyik kena marah. Ini tak betul, itu tak betul.

    Sejak dari tu, saya berazam untuk belajar lebih tinggi dan tidak dipermainkan majikan.

    Alhamdulillah, sekarang tak tension lagi kerana dah dapat kerjaya lebih baik.

    Nasihat saya, jangan berputus asa untuk mendapat apa yang diidamkan.

    Masa akan tiba juga. Tepuk dada tanya selera.

  8. Salam,

    Sy turut pernah berpengalaman membuat part time sebagai pencuci bilik penumpang feri waktu study di luar negara dulu(Jepun). Time tu tak rasa malu pun walau buat kerja2 yang takde kelas. Kalau kat Malaysia, tak sanggup nak buat benda yang sama. Mengapa ye? Kat sana gaji mahal kot, hehe..

    Apapun, pengalaman tu banyak jadi pengajaran buat diri supaya sentiasa bersyukur dan tabah walau apa kesusahan melanda..

  9. salam IK, seronok masa study2 dulu banyak memori manis mengajar kita untuk berjaya…wah dah genap umur 19 mac 2010 tahun ni ;)lip lap lip lap makin ramai kenalan melalui network di internet, seronok ramai yg wish kat facebook….success untuk semua

  10. wow! 1st time tgk rambut IK panjang πŸ™‚

    pengalaman ketika study sambil mencari rezeki adalah pengalaman yang paling berharga dan akan sentiasa dikenang…

  11. Assalamualaikum wbk IK,

    [Q]Kalau kita berkesempitan wang di Malaysia, sanggup tak kita bekerja sebagai cleaner? Ataupun kita akan rasa malu Ò€nanti apa pula orang kataÒ€?[/Q]

    Selalunya bila dah terdesak dan tiada pilihan.. apa-apa kerja yang basic rendah menjadi pilihan.. kalau kerja halal, malu memang le kena tolak tepi..

    Kerja amah kat sekitar K.L ni pun demand dalam lingkungan rm600 ke atas.. salesman basic rm500.. hmm.. AlhamdulilLah..

    Jarang kerja basic rendah below rm1000 duduk dalam air-conditioner office/room.. huhuhhu.. hmm.. kena berpeluh sokmo ler..

    Yg benar,

    ~ Realiti kehidupan salesman amateur ~

  12. Salam…salam…

    Rasa-rasanya, penyelia tu tahu tak yg IK kini dah jadi jutawan tersohor (e-lebriti)? πŸ™‚

    Setinggi mana pulak tahap kehidupan dia skrg ni ye? πŸ˜‰

  13. salam IK,

    setiap dr kita punya pengalaman pahit manis kan IK. pengalaman sememangnya mendewasakan kita.

    tahniah IK krn wpun dah bjaya menggapai langit tp x lupa pd bumi yg dipijak.

    πŸ™‚

  14. Salam.. terbaik la IK.. memang patut anda menjadi mentor jutawan.. dulu mase saya sekolah rendah, student kat ITM saya penah jugak kerja time cuti.. tp x perlu la saya cerita.. nnt dah jd jutawan boleh gak saya tulis buku or cerita kisah hidup saya yg amat susah dulu.. insyaallah..

  15. Salam sejahtera semua.

    Perkongsian cerita yang sangat hebat dan telah memberi perangsang serta semangat kepada ramai orang. Saya sendiri cukup teruja membaca kisah IK yang tidak kenal erti penat dalam menuju kejayaan.

    Point yang saya dapat adalah, berusaha untuk meningkatkan ilmu. Dan dengan ilmulah kita akan dipandang tinggi.

    Tahniah & terima kasih IK dengan cerita yang sungguh menaikkan semangat saya untuk lebih berkerja keras menajamkan ilmu.

  16. Pengalaman anda sangat2 memberi motivasi kepada saya. Kini saya akan amalkan tips2 anda supaya akan berjaya seperti anda. Saya pun BOLEH!

  17. salam… tahniah di atas usaha keras saudara…walaupun saya bergaji 4 angka dan bekerja dengan kerajaan, ada perniagaan sampingan, saya masih muhasabah diri dengan kerja amal mencuci bangunan MARA yg berdekatan pada waktu malam..Secara ilmunya, sambil mencuci , hayati betul-2 kesusahan, kepayahan,kesengsaraan orang yang tidak bernasib baik seperti kita untuk membuang jauh perasaan riak dan tamak..Cerita yang didengar atau dibaca tidak sama dengan pengalaman yang dirasai….cuba buat contoh orang yang berjaya bermula dari 0…itu yang terbaik…sekali lagi , tahniah buat saudara irfan….

  18. Salam,

    Saya nak tanya betul ke IK nak datang kat Kota Bharu bagi memberi ceramah Jutawan pada 26 hb ni..

  19. Terbaik IK!

    Saya kagum dengan pengalaman hebat saudara IK.
    Teringat ketika saya berpeluang ke Manchester 2 tahun yang lepas. Memang ramai pelajar-pelajar kita yang berada di sana akan lakukan kerja-kerja sebegini bagi menambah duit poket bagi menampung kos hidup yang agak tinggi di sana. Namun tidak semua orang sanggup menjadi cleaner seperti saudara IK. Betul tak?

    Anyway, kadang kala kesusahan akan banyak mengajar kita apa itu erti ‘syukur’… So, jangan terlalu tertekan jika kita ‘jatuh’ dan berada dalam kesusahan kerana Allah ingin memberikan sesuatu yang lebih baik kepada kita sebenarnya…percayalah!

    Good luck to all…

  20. Salam…
    Saya amat mengagumi determination Irfan, yg tak kesah kerja apapun utk cari pengalaman dan pebelanjaan di rantau asing. Byk dapat ditimba dan dipelajari dari kesusahan drpd kesenangan. Saya percaya semangat kuat IK yg menjadikan IK jutawan hari ni. I admire you dan you’re a great idol. Memang WAJIB irfan jadi jutawan! Moga betambah sukses IK & dpt bekongsi ilmu dan pengalaman kpd kami2 ni yg bercita2 jd seperti IK InsyaALLAH.

  21. Dan teringat pula cerita favorite saya masa kat U dulu, GOOG WILL HUNTING. Jgn sangka cleaner tu tak genius, itu amat menyedarkan saya betapa jgn sesekali kita memandang rendah org lain walau apa jua pekerjaan yg dilakukannya. Yg penting Halal πŸ™‚

  22. salam… tahniah IK kerana berjaya. IK membuatkan semua pembaca faham bahawa sesungguhnya pengalaman adalah guru kita selama2nya. setiap masa kita alami pengalaman. dan tugas setiap drpd kita adalah belajar drpdnya.

  23. Ass.. wr wb..
    Mudahan kak mu dpt mengoraK LANGGKAH mengikut jejak IK dan walau x punya pengalaman sprti IK dan kwn-kwan

  24. Salah satu pengajaran dari artikel tersebut ialah tentang IK bekerja untuk mendapat wang, dan sebahagian dari wang tersebut di laburkan untuk membeli buku-buku dan menghadiri seminar perniagaan untuk menimba ilmu. ILMU sangat penting untuk kita berjaya selain dari kemahuan yang kuat.

  25. Setiap perjalanan manusia itu adalah ujian dan dugaan Allah untuk menguji siapa hambaNya yang beriman dan tidak beriman. Ilmu diberi dengan pelbagai cara dan usaha, doa dan tawakal itu sifat kita. Berjaya atau tidak usaha yang dilaksanakan bergantung kepada sistem cemerlang yang kita rancang dan laksanakan serta yang penting dan utama Izin-Nya dan Redha-Nya Allah. Nak tahu Allah Redha … bertambah jutawan kita…bertambah hati kita pada Allah dan bertanggungjawab kita pada amanah-Nya . Mudah-mudahan itulah Irfan Khairi. Alhamdullilah…Ya…Allah Bahagiakanlah dan selamatkanlah hidup kami dunia dan akhirat serta lindungilah kami dari api neraka. Waallahualam.

  26. kebanyakkan jutawan pernah melalui zaman susah dan berusaha dengan gigih

    sy amat bangga dengan pengalaman yg IK lalui, tahniah

  27. Salam IK,

    Pengalaman yang menarik & mematangkan menjadi insan yang terbaik & tahu erti bersyukur pada Tuhan.Tapi sekarang rakyat Malaysia sangat memilih kerja sehingga pekerja asing menguasai sektor tertentu termasuk front line.Gaji + OT depa mencecah 4 angka tau.Mcm Mna dng kita ? Sudah bebas kewangan ? Atau hanya bermimpi nak jadi JUTAWAN !!!

  28. Rata2 pelajar Msia yg belajar di luar negara ada experience kerje2 nie. Including me myself.. Cume tak ramai yg bila balik jadi jutawan mcm IK,,, ramai yg keje makan gaji je kot… Environment still sama… ada majikan.. Looking forward to have own entity.. tak yah nak keje utuk orng…
    Name je executive, engineer, manager,… I will put in one word… “KULIcutive”. Sorry for the harsh word.

  29. Salam IK
    Keperitan hidup membiasakan kita merentang arus. Walaupun keadaan sukar sekalipun, kita masih ‘resistant’ ketika semua orang pening kepala memikirkan kenaikan kos hidup di sana sini. Tahniah kepada IK kerana berjaya mencapai kejayaan sehingga ke tahap kini.

  30. Salam IK,

    Hmmmmm…bgs jg dpt baca & selami pengalaman IK semasa belajar dhl, dan bukan IK seorang shj malahan mrk yg tlh berjaya dan kecapi sehingga ke hari ini.

    Sesungguhnya pengalaman dan kenangan itu memberi pengajaran kpd kita untuk akan dtg.

  31. wow..mencabar..itu ler semangat yg perlu ada bgi semua org.walaupun kita di herdik dan di hina..abaikan!!.kita harus mempunyai matlamat untuk majukan diri…kagum dgn semangat IK πŸ™‚

  32. salam singgah, kerjaya cleaner jgn dipandang hina… itulah rezeki yang di bagi oleh-Nya… bersyukur dengan apa yang kita dapat… namun tangga usaha yang berlipat ganda… itulah motivasi untuk manjadi kaya. Bukan hanya pada harta… kaya segala2nya… sekadar pandangan saya sahaja

  33. anda mmg hebat I.K..rasanye utk menjadi seorang jutawan mcm anda tidak perlu ada sifat malu.. klau tidak smpi bile tak berjaya..

  34. salam…
    tahniah en IK,
    sy sgt kagum dgn anda…
    sy hope that i will have smngat seperti anda.

    =) shuhaimi, kepong

  35. Tahniah Irfan…

    Saya rasa kagum sgt dgn semangat IK..dlu masa tgh stdy saya pun pernah bkerja part time..tp syg nyer saya tak manage btul2 duit yg saya perolehi tue..
    dari cerita saudara Irfan, kini saya sedar..wang sampingan tu sepatutnya utk dilaburkan..thanks IK kerana dari cerita IK saya dapat memotivasikan diri untuk berusaha serta mencari peluang yg sedia ada…

  36. sy dah banyak kali buat perniagaan dlm internet tp hasilnya gagal berkali…. xtau apa slhnya, blh tlg sy…. dn sy byk hutang ddlm kehidupan sy, tlg bantu sy dn ajar sy mcm mana nk buat duit dlm internet ni…skrang sy dah tak ada duit nk mulakn pernaigaan cos byk duit dh hbis dgunakn utk jadi member tp hasilnya xda….

  37. Payah nak cari macam IK, dapat duit guna untuk menambahkan ilmu untuk kembangkan potensi diri.

    Biasanya dapat duit lebih, banyak student guna kat benda2 tak pekdah.

    Semoga menjadi motivasi kepada kita semua

  38. Salam IK..

    Memang kesusahan yg kita alami akan dibalas dengan kesenangan. Saya juga pernah alami keperitan bekerja, walaupun bukan bekerja sbg pencuci tapi sy nekad untuk berjaya dan akhirnya kesusahan yang sy ikhlas hadapi telah dibayar setimpal dengan pengorbanan yg dilakukan.

    Tq IK, motivasi anda sangat bermanfaat.

  39. Syabas! Kagum dengan tekad anda..Harapan
    saya.. dapat cekalkan semangat dan jadi seperti anda..

    Insya Allah…Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published.