Sebentar tadi, bersamaan hari Khamis 7hb Februari, datuk saya sebelah ayah, Hj Ibrahim pulang ke rahmatullah.
Dalam sibuk proses memindah rumah dari Seremban ke KL, pada pukul 5.30pm saya terima panggilan dari abang saya mengatakan bahawa datuk kami telah meninggal dunia di IJN selepas 2 minggu di ICU.
6.00pm – Saya sekeluarga bergegas ke Azran Alam oleh kerana jenazah telah di bawa ke rumah pakcik saya dari IJN…
7.00pm – Berhadapan dengan jenazah dan sedekahkan surah Yasin. Dalam tak sedar, air mata pun mengiringi. Terasa sayu & sebak atas pemergian datuk saya.
8.00pm – Saudara mara mula memenuhi rumah pakcik di Azran Alam. Berbincang untuk kebumikan pada malam ini juga. Alhamdulillah, mendapat tempat di tanah perkuburan Kiara, Damansara.
9.00pm – Jenazah dimandikan dan kami menjalankan solat jenazah.
11.00pm – Bertolak dari Azran Alam ke tanah perkuburan Kiara, Damansara.
11.30pm – Saya, cucu-cucu tok yang lain dan pakcik2 mengusung jenazah ke kubur.
12.00am – Jenazah selamat di semadikan. Diiringi doa seisi keluarga…
Untuk pengetahuan anda, datuk saya (kami panggil Tok Haji) meninggalkan kami pada umur 87 tahun. Sudah 2 minggu berada di IJN oleh kerana jantung semakin lemah. Paling akhir saya berbual dengan Tok Haji adalah ketika hari raya korban lepas.
Di IJN, sudah 2 minggu tok tak sedar diri. Hanya mesin sahaja yang membantu pernafasan tok.
Teringat saya tentang perbincangan terakhir dengan tok. Pesanan terakhir tok kepada saya, dah berjaya ni jangan lupakan sedekah kepada sekolah-sekolah agama dan orang-orang susah. Saya juga sempat beri tahu tok tentang yayasan saya
Bersyukur dapat kongsikan dengan tok tentang yayasan saya sebelum beliau pergi. Semoga dapat memberi kebanggaan dari cucunya yang sorang ni (tok mempunyai berpuluh cucu… cicit pun ada juga)
Sejak saya sering muncul di media, asalkan jumpa tok sahaja, memang itu yang tok sebutkan kepada saya, untuk tidak lupa membantu mereka yang dalam kesusahan. Insyaallah pesanan itu tidak akan saya lupakan. Mungkin teringatkan kata-katanya inilah juga saya terasa sebak…
Moga pembaca blog ini dapat hadiahkan Al-Fatihah kepada Tok Haji Ibrahim
Al-Fatihah…
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
alfatihah..
Takziah pada keluarga irfan khairi atas pemergian datuk yg kembali ke rahmatullah. Semoga segala amanat dan pesanan beliau sentiasa tersemat di hati irfan. Teruskan perjuangan mu dalam membantu anak bangsa utk terus berjaya.
ucapan takziah kpd Allah s.w.t maha penyayang pd ditiap hambaNya. Al-Fatihah
Takziah kepada Doc Irfan dan Keluarga.
Semoga tabah menghadapi dugaan dari Allah SWT.
“Allah SWT hanya menguji orang yang Dia sayang”
🙂
Salam takzih untuk Irfan sekeluarga.
Semuga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman dan beramal soleh. Yang hidup, pasti akan pergi jua.
Innalillah hiwainna ilaihi rajiun..
Takziah kpd Irfan & keluarga, semuga tabah & sabar menghadapi dugaan Allah ini. Sy pun tumpang sedih & sayu di atas pemergiannya.
Irfan, ingat pesan Tok Haji, 1 nasihat yg amat bermakna kpd Irfan, sy & semua. Alfatihah…
Semoga Tok Haji ditptkan bersama org2 yg soleh. Amin…
Yasin. Walquranilhakim…
Salam takziah saya ucapkan buat Irfan sekeluarga. Semoga roh datuk Irfan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang2 yang soleh. Tabahlah menghadapi dugaan dari Allah swt.
Takziah,
semoga tabah menghadapi ujian dariNya, Allah lebih menyayanginya.
Alfatihah..
Takziah buat Irfan sekeluarga…. Semoga pemergian Tok Haji Ibrahim di cucuri rahmat ilahi…
Al-Fatihah.
Takziah kepada Irfan dan sekeluarga.
Semoga tabah menghadapi dugaan dari Allah SWT.
“Dari Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali”.
Al-Fatihah…..
alfatihah..
amin…
semoga tok haji dapat pahala.. hasil zuriatnya yang soleh/solehah & hebat2 belaka 🙂
satu amanat yang amat berat tangung jawabnya, tetapi tidak mustahil untuk dilaksanakan oleh semua muslim/muslimah 🙂
good tips for me and all.. especially irfan.
Takziah buat semua ahli keluarga arwah dan Irfan sendiri..
Takziah buat Irfan sekeluarga. Semuga roh datuk dicucuri rahmat. Alhamdulillah, allahyarham meninggalkan pesanan yang baik.
Buat Irfan, this must be hard for you. Not sure what’s the best word to say except take care.
semoga allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.
Salam takziah untuk Irfan sekeluarga..
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh..
Al-Fatihah..
Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang Soleh..Amin.
Takziah dari saya..
Takziah saya ucapkan.
Alfatihah..
Takziah kpd keluarga.Al-Fatihah
tahziah irfan.
dont be too sad…
be strong ya…
Al fatihah
panjang ye umur tok…87thn…maybe ada rahsia bagaimana umur panjang…apa amalan beliau semasa hayatnya? sekadar nak tau..
Salam Takziah pd saya dan Team NowAsia
terima kasih atas doa kalian,
tok memang panjang umur. meninggal pun kerana sakit tua, tidak ada sakit apa2… amalan beliau sepanjang hayat, tok merupakan seorang yang sangat alim. memang dah masanya untuk pergi.
telah meninggalkan ramai anak-anak yang berjaya…
teringat saya satu pepatah, bila seseorang itu meninggal, kita dapat lihat betapa ramai mereka yang datang menziarahi arwah. kita dapat lihat betapa ramai yang tangisi pemergiannya.
waktu kita pergi nanti, tak siapa tahu dan dalam keadaan apa sekalipun.
dalam sedih, saya juga bersyukur kerana tok telah meninggalkan anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit yang baik-baik.
ps: saya cuti sebentar dari menulis tip satu minit ok… ada banyak urusan ketika ini.
– Takziah buat semua ahli keluarga arwah dan Irfan.
– Semoga rohnya dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang Soleh..Amin
– Sebelum ini, tentu dalam hati arwah Tok Haji
Irfan antara menjadi cucu kesayangan.
Salam takziah utk Ik & keluarga, Sama2lah kita berdoa moga2 rohnya ditempatkan bersama-sama para sidiqin, syuhadah dan solihin.
Pesanan saya untuk Doc & rakan disini, jika kita berakhlak mulia, beramal soleh dan sentiasa menolong sesama mukmin maka kita akan dapat jumpa kembali dengan orang yg kita sanyangi di akhirat kelak…InsyaAllah.
– Azmin –
Takziah & Al-Fatihah
takziah buat keluarga doc irfan..semoga datuk ditempat dikalangan orang-orang beriman….
teringat saya pada sabda nabi saw..:
jika mati seorang anak adm maka terhapuslah semua amalan kecuali 3 perkara:
1. ilmu yng bermanafaat
2. anak yang soleh
3. sedekah jariah..
semoga kita dapat iktibar darinya…
AMIN
Al Fatihah.
Salam takziah dari saya sekeluarga.
Takziah …
Salam takziah kepada Irfan dan keluarga.
Semuga roh Tok Haji dirahmati dan diberkati Allah dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah
Salam Takziah.
Irfan dah banyak tolong orang
Apa kata sedekahkan sebahagian pahala jariah kepada arwah
Salam sejahtera…
Ucapan takziah buat Doc dan keluarga.
Sama-sama kita doakan semoga rohnya ditempatkan bersama orang yg soleh dan beriman…amin.
Al-Fatihah
Takziah.. semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan dicucuri rahmat.. Amin..
ucap takziah dari saya.. semoga roh arwah tok haji ditempatkan dikalangan orang-orang beriman…
Al-Fatihah
takziah utk anda. bg sy kalu sy dapat nasihat sebegitu , itu umpama azimat.apatah lg bile dtg pd org yg wara’, yg lebih senior. itu mgkin pesanan yg menakjubkan.salam.
Takziah & Al-Fatihah
Ucapan takziah dan al-fatihah
Bismillahhirahmanirahim..
Al-Fatihah dan Salam Takziah.
Assalamualaikum,
Al- Fatihah kepada Arwah,
Tahziah. Apa pun, hubungan dengan arwah tak pernah putus, Al Fatihah dan Yassin sentiasa boleh menjadi penyambung hubungan. Begitulah uniknya Islam.
Niat menubuhkan Yayasan amat murni, semoga berjaya… Amin.
Just my 20 sen.
takziah fan.
Salam…
Takziah… just found out…just want to say my family and I are so proud of you…macam tak caya je you’re so famous and not to mention a millionaire…Hope to see you again one day….
Al-fatihah kepada abah saya yang meninggal dunia pada 2-2-2008..
hari ni tengok tv baru kenal/tahu tentang irfan(kat tv3). KAGUM dan bsyukur atas kurnia Ilahi dan page ini buat hati tersentuh akan akan seorang cucu yang penyayang dan berhati mulia. Teruskan, semoga dalam peliharaan ALLAH….
hari ni dpt jumpe dr irfan khairi kat uitm perak..handsome dari gambar.ape pon takziah diucapkan
Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas rohnya dan tempatkan beliau di antara mereka yang mendapat syafaat, keberkatan serta ketenangan di akhir, Aamiin. Semoga Dr Irfan menjadikan amanah yang disampaikan, sebagai pemangkin usaha di hari muka, insyaAllah.
Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.Al-Fatihah & salam takziah