Proses pindah.. memenatkan

Seminggu juga tak update blog. Wow… satu record baru bagi saya 😉

Bagi pengunjung Tip Satu Minit, maaf sebab lama tak update blog. Proses pindah rumah ni memang memenatkan. hari tu saya ada sebut akan update perkembangan SOHO saya, so, ini dianya…

Minggu lepas saya postkan gambar ni…

step1.jpg

Bilik kosong.. baru cat warna merah & cream… merah= my fav color… (Tahukah anda!: Masa saya di Kolej & University, kawan-kawan panggil “Red” dan masa chat/berforum online, sebelum kenal perniagaan Internet, 10 tahun lepas nickname saya “Merah”)

Gambar seterusnya, kotak-kotak dahu masuk. Mostly buku-buku saya. On average seminggu saya khatam satu buku Insyaallah. Kebanyakan buku-buku perniagaan, motivasi & wang. by now, blinds & grill pun dah pasang…

step2.jpg

Next… gambar buku-buku dah kena punggah… memang banyak. Bilik pun jadi macam kapal karam… kalau nampak carpet warna merah tu, ada la laptop saya. Sebagai tempat SOHO sementara 😉 Kesian… atas lantai je…

step3.jpg

Seterusnya, perabot pun masuk… hmmm… agaknya apa la perabot yang ada… Dua orang tengah pasang IK punya “special request” untuk diletakkan kat tengah-tengah my SOHO…

step4.jpg

Yang ni pula tengah pasang meja… so, lepas ni tak perlu SOHO atas lantai 😉

setp45.jpg

Ok… barang dah masuk… perabot pun dah kautim. So, ini gambar terbaru SOHO IK… masih lagi dalam keadaan kapal karam sebab belum kemas lagi, but at least ada la meja untuk buat kerja. Juga… tu diaa… kat tengah-tengah my SOHO ada pool table sebagai tempat beriadah sebab saya minat main snooker & pool 😉

So, lepas penat-penat buat kerja & business… boleh shoot some pool, siapa nak join? 😉

step5.jpg
View daripada meja kerja saya

Buku-buku masih lagi dalam proses kemasan dalam library saya… nanti dah siap beberapa hari lagi, saya akan tunjuk gambar complete SOHO saya 😉

Thanks for visiting & insyaallah tip satu minit akan kembali tak lama lagi. Harap bersabar ya!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

24 thoughts on “Proses pindah.. memenatkan

  1. Proses memindah memang memenatkan… tapi bila dah siap kemas nanti baru rasa puas sebab apa yang kita inginkan dah jadi depan mata…

    Teringin gak nak gi rumah IK ni… agak2 ada security ke ? ( kena key in password untuk masuk rumah 😉

    Tak sabar nak tengok rumah IK yang baru ni lengkap sepenuhnya… Deko..Deko…Deko..!

  2. Salam masuk rumah baru Tuan Irfan,

    Suka dengan kemasan, gaya, warna dan simpel pada SOHO terbaru.Pasti makin murah rezeki tahun hadapan ya dalam berbisnes Internet.

  3. Memang penat kalau tengok gambar tu, tapi yang best nyer leh tentukan sendiri. Buku-buku IK memang banyak kelihatan tu, bukan mcm mini library dah tu

  4. Tips untuk I.K semasa kemas rumah:

    1.Mulakan kemas rumah dari satu bilik ke bilik yang lain.Pastikan satu-satu bilik di kemaskan dulu sebelum kemas bilik seterusnya.

    2.Jangan kemas rumah dalam keadaan letih

  5. IK…ader plan nak letak live plant or fish ke…kasi balance sket proses metamorfosis sekarang…eheh..apa melalut nie..:)

  6. Salam sebenarnya soalan saya ni lain sikit, saya nak tanya saya dah lama cari perniagaan online tapi rasa cam tak sesuai, saya nak jual produk sendiri contohnya jual baju muslimah dan baju lain2, saya cari2 dah banyak orang buat, nak buat buku-buku n produk buku online dah banyak orang buat, soalannya boleh tak anda bagi tips camne nak buat perniagaan internet, dah lama saya
    mencari2 maklumlah baru belajar dengan benda ni

  7. salam, saya sgt suka dgn perkataan SOHO (small office home office) itu. IK’s original atau mmg dah lama ada ye? saya mungkin nk guna dlm blog saya.

  8. Menarik tu ada pool terus dalam bilik keje…tak perlu nak pegi jauh-jauh untuk relax mind.

    Kalau disiplin cam IK okay, kalau tak disiplin tak jadi ofis nanti jadi bilik riadah pulak.

  9. Cantik umah
    Nnt bole la bwk geng2 PBS dtg melawat.
    Xsabar nk g boot camp wknd ni walaupun terpaksa melepaskan peluang menyaksikan perlawanan akhir kelantan sabtu ni. Pengorbanan untuk segalanya demi sebuah kejayaan.

  10. 1st of all, thanks cos da dtg Poly saya bg ceramah…cdey sgt x dpt b’gmbar dgn u…But dpt buka ruangan u ni,dpt la knl dgn lebih t’perinci about u…ske red colour ke..?
    Nice SOHO…tp x gelap ke??
    lantai die cantik…

  11. Entah cemana naik semangat saya menatap setiap satu gambar terutama gambar paling last sekali.

    Nampaknya kita sama Irfan. Saya biasanya habiskan 1 buku dalam 1 minggu, plus 1 atau 2 ebook dalam seminggu.

    Thanks Irfan sbb postkan gambar-gambar ni, bersemangat dibuatnya.

    -Qistina-

Leave a Reply

Your email address will not be published.