P. Ramlee The Musical – memberi inspirasi

WOW!

Saya baru sahaja pulang daripada menonton theater P Ramlee the Musical bersama isteri di Istana Budaya, dan apa yang boleh saya katakan adalah WOW!

prtm2_poster.jpg Sekiranya anda tidak pernah menonton theater, kalau anda pergi juga menonton P Ramlee Musical, saya jamin anda juga akan jatuh cinta dengan theater Melayu! (this particular one-lah) Thanks to my bro Adlin Aman Ramlee for getting us great seats 🙂

P Ramlee Musical adalah production Enfiniti Production, company Tiara Jacquelina. Next time this company buat theater production, saya nasihatkan anda cepat2 beli ticket! Sempat juga bertemu sekejap dengannya tadi (duduk betul2 belakang seat saya). First time jumpa Tiara masa first day saya di Astro Awani WW tahun lepas. Teringat saya the first thing Tiara kata pada saya:

“You don’t look like someone who talks about money :)” referring kepada saya yang tak mengenakan kot & tie bila bercakap mengenai wang di TV. Which is good. Sebab saya memang selalu inginkan keunikan & keluar dari mainstream.

Back to the show…

Dari tahun lepas lagi saya dah berminat untuk tengok P Ramlee the Musical oleh kerana reviewnya yang amat positif- dan memang sepatutnya. Tapi, oleh kerana jadual agak sibuk, melepaslah tahun lepas punya shows. Sehingga baru-baru ini, saya pun kenal lah dengan sorang brother ni, Adlin Aman Ramli (kalau anda masih ingat, Adlin lah yang interview saya & Ogy masa Jangan Tidur Lagi… YES! yang paksa saya menari zapin tu!) :). Adlin adalah pengarah & penulis skrip kepada P Ramlee Musical. Very talented and passionate person.

Sebelum bermula P Ramlee Musical, I know it was gonna be good. Tapi, I did not expect it to be THAT good!

Tahniah to the whole production team. The lead actors and actresses, memang tak perlu sebut lah for giving great performances, but also my salute goes to other stars yang ramai-ramai tu sebab saya lihat wajah kesemuanya penuh dengan passion & jiwa ketika melakonkan watak masing-masing- tak kira sekecil mana pun watak yang dipegang.

For me, theater seperti PGL & P Ramlee musical adalah world class dan sesuatu yang dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Sekiranya anda jenis tak minat dengan theater musical (mungkin sebab tak pernah cuba), nasihat saya, go and watch P Ramlee Musical! it’s a total different class & you will enjoy it.

Tip hari ini:

Menonton P Ramlee Musical memberi inspirasi kepada saya that we could achieve more than what people expect! kajian ada mengatakan bahawa, salah satu cara untuk memotivasikan diri dan memberi inspirasi pada diri sendiri adalah dengan cara appreciate art/seni.*

Ianya akan recharge minda & jiwa kita, terutama apabila ianya akan trigger dan exercisekan otak kita bahagian kanan (yang berkait dengan kreativiti). Sekiranya anda tidak pernah lakukan, try it!

*Sebab itu juga kalau anda tengok filem2 barat, sering menunjukkan orang2 yang berada pergi ke theater/musical. Sebabnya, ia memberi rangsangan kepada minda dan memberi inspirasi kepada diri sendiri.

Kisah benar P Ramlee sendiri juga adalah satu kisah yang juga boleh memberi inspirasi, bagaimana seorang anak Melayu berusaha hingga mencapai kecemerlangan dalam dunia filem ke peringkat antarabangsa sehingga menang so many awards. Sebab itu taglinenya “P Ramlee The Musical: The Life, The Loves & The Inspiration”

Kudos to bro Adlin Aman Ramli & Tiara Jacuelina for a job well done! Amat berbangga dengan their works and looking forward for more. Again, thanks to bro Adlin for the great seats, appreciate it very much! 🙂

ps: Minggu ini minggu terakhir P Ramlee Musical. Bagi mereka yang tak tahu nak buat apa hujung minggu ini, why not treat yourself & orang tersayang ke P Ramlee Musical- you won’t regret it!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

21 thoughts on “P. Ramlee The Musical – memberi inspirasi

  1. Salam IK! Fuh bestlah IK ye, dapat tengok teater P.Ramli. P Ramli adalah seorang yang tiada galang gantinya.
    Memang benar apa yang diperkatakan IK. Saya seorang yang meminati seni. Tidak kiralah seni nyanyian ke(Cuma malas nak jadi artis je hehehe), seni lukis ke, seni kraf atau apa sahaja senilah. Seni adalah keindahan. Setiap keindahan itu mendamaikan jiwa. Apabila kita berasa tenang, minda kita akan berada pada satu tahap gelombang alfa satu jenis ketenangan minda.
    Ia akan meningkatkan lagi cara kita berimaginatif serta mampu membuatkan seseorang itu kreatif dan inovatif.
    Sememangnya kuasa ketenangan hasil dari hati kita yang gembira dan puas itu akan menambahkan lagi rezeki kita hasil dari kejayaan kita membuat keputusan kerja yang kita lakukan. Wassalam.
    ok bye!
    http://www.glowglokal.com
    dayaglokal.blogspot.com

  2. Seni membawa ketenangan, begitu juga untuk mencapai kekayaan…ada seni yang tersendiri..yang dikenali sebagai Seni Kekayaan…

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

  3. hi irfan,nice of you to drop in on my blog and to post such a glowing review of the show. its always been a personal mission of mine to encourage more malaysians to explore their creative side and see how being creative can help open our minds to many different possibilities and alternatives, especially to do with problem solving and finding creative solutions. most ppl don’t see the connection but i’ll tell you a secret about myself in school. i was a maths failure in form 4, i just couldn’t figure out why and had almost given up.

    then i decided to take up art and got really into it, form 4 being “honeymoon” year and all, and one day, it all fell into place when i took a step back and found that maths was not a problem as it seemed, it was just concepts and patterns and recognizing them, and after that maths became fun, tackling any kind of algebra was a fun challenge i looked fwd to and by the time i got to do my spm, i got an A2 for maths and that’s a far cry from my no-hope results in form 4! that’s why i absolutely believe in exposing children to all forms of art and creativity right from a very young age.

    gosh this “comment” has ended up as a whole piece in itself now, i might just post it on my blog!thanks for the support once again, irfan, and all the best always!

    -Tiara J

  4. Assalamualaikum ik…

    wah!!!!! seronoklah ik dapat g tengok teater…actually saya nak sangat2 merasa bagaimananya tengok persembahan teater…tapi sampai sekarang still tak ada peluang….
    maybe one day i’ll…Insyallah….

    ada kata mengantuk,bosan,tak best n macam2 lagi lah…tapi nak juga tahu bila ada yg cakap best,teruja,patut d adakan lagi…lagi2 dr.ik sendiri cakap “great”…umhhhhh….

    tu lah…kalau tgok cerita barat, especially yg classic2…mesti ada g tengok teater…rupenye nak “cuci otak”….
    not bad…heheheheh

  5. hi Irfan,
    kami yang sempat berbual dan bergambar dengan irfan semalam (dari syarikat penerbitan tu). Kami pun merasakan teater “P Ramlee The Musical” yang kita saksikan semalam teramatlah bagusnya “Two Thumbs Up”. Anyway nice meeting with you and your wife. Tak sempat nak berbual lanjut dengan Encik Irfan yang penuh dengan motivasi. Hopefully to see you next time…

  6. a day in the life of tiara
    “DANCE as though no one is watching you. LOVE as though you’ve never been hurt before. SING as though no one can hear you. And LIVE…as though Heaven is on Earth.”

    erm…tiba2 mcm bg inspisasi dan semangat pada saya.

    tq Datin. tak sangka pulak datin pun ada bagi komen dlm tip 1 minit ni.

    ye la IK kan terkenal
    org berjaya akan pasti bertemu dan mudah untuk berinteraksi dengan org yg berjy jg. itu kelebihan jd org yang berjaya kan

    harap satu hari nanti dapat tengok teater.

  7. wah… puteri gunung ledang pun boleh post reply kat my blog 😉 maklumlah, zaman wireless.

    thanks for dropping by Tiara and sharing your story. very inspiring.

    yes, i agree with you that the creative side of our mind hold many possibilities.

    Einstein was quoted:

    “Imagination is more important than knowledge”

    No wonder your maths terus score!

    -ik

  8. salam

    sudah sekian lama di pentaskan, sayang sekali saya belum berpeluang menyaksiakan PGL,

    my only hindrance is to get nanny 4 my boys while i go n watch…

    sigh..

  9. sempat jugak tgok p. ramlee, tahun lepas lah.
    tapi seat tk best je, maklum lah budak schl lagi en. bajet siket siket je.
    dgr dgr jugak musli ramlee lg best dr sean ghazi.
    tapi tahun ni tayang waktu schl, mane dpt cuti.
    tahun lepas arnd raya, so bole je.
    tahun depan ape kate buat tntg IK pulak, ye tk Datin. heheh 😉

  10. Saya belum berpeluang lagi menonton teater tersebut cuma sempat menonton di TV9 filem P. Ramlee bertajuk ‘Anak Bapak’. Dari dulu sehingga sekarang filemnya tidak jemu ditonton. Apa Rahsianya?

    Jika sekarang dia masih hidup dan berkecimpung dalam pemasaran internet ni, sudah tentu dia ada rahsia mengekalkan perniagann internetnya untuk sekian lama sebagaimana ia mengekalkan populariti karya-karyanya.

    Apa pendapat IK?

  11. haha, rupanya IK pun dtg tgk teater PRamlee jugak. Klu nk tau sy ni pernah join seminar saudara suatu masa dulu n skg pembaca regular blog IK. Saya merupakan salah seorang ensemble PRTM, pegang watak paparazzi ^_^..

  12. sabrinasofiah> ya, saya & isteri ingat… yang dari penerbitan sasbadi, buku2 teks sekolah kita dulu. silap2 tiara yang score A2 tu, baca buku teks Sasbadi 🙂

    Abdul Rashid> rahsia kejayaan P Ramlee mengikut Musical ini adalah: bakat + waktu yang tepat + mengambil peluang + komunikasi (pandai mengambil hati berbagai-bagai pihak)

    seri> that’s what inlaws are for. i send my kids to teh inlaws so can enjoy the show with wife. and i think that’s the right harga tiicket. even ticket paling mahal pun, will worth the money

    nabieel> kita yang minat Tiara’s work quality. not the other way round! 🙂

    defoo> ooh! defoo = alvin = paparazi = infinatez! no wonder. i thought you guys look familiar on the stage. paling respect how u guys makes the transition between scenes smooth! good work 🙂 all the best & jangan lupa to use what you learned kat my seminar to promote/sell your upcoming album online 🙂

    to the rest, don’t miss PRTM!

  13. Salam Ik,

    P.Ramlee great kerana kesemua cerita yang diusahakannya mempunyai sentimental value yang tinggi.Begitulah juga yang berlaku di barat..Sentimental value dalam bisnes hmmm..

  14. Salam!

    Motivasikan diri melalui seni. Seni dgn manusia tak dapat dipisahkan. Seperti membaca Al-Quran- berlagu atau tidak pasti berbeza. Bermakna tak salahlah jika dikatakan semua kita sememangnya bermotivasi. Darjahnya saja berlainan. Namun seni juga banyak cabangnya. Pilihan ditangan kita, mengikut mana yang mampu memberi kepuasan dan menjana kebaikan.

    Teater termasuk dalam seni persembahan. Menontonnya, mungkin (tak pernah lagi experience ) dapat membawa audience lari sebentar dari realiti hidup kerana fokus dan penghayatan penuh bertumpu pada penceritaan. Ditambah dengan environment menonton yang amat selesa, rasanya.

    Untuk saya (orang lain mungkin lain pendapat)fungsinya dasarnya sama dengan menonton cerita. Bila saya menonton – mood akan terbawa-bawa dgn cerita yang ditonton. Boleh jadi ketawa, sedih dll. Habis menonton – saya kembali menjadi saya.

    Sekarang ni, ke pawagam pun payah nak ke teater rasanya 2X payah. Anak-anak merengek nak nonton Kung Fu Panda. Terakhir ke pawagam semasa menonton ‘Enchanted’. Kata abahnya. Nanti beli DVD tengok puas-puas. Anak-anak pun kena dididik tentang impak kenaikan harga petrol.

    Tentang P. Ramlee- tak dinafikan beliau memang anak Melayu jati dalam dunia seni tanahair. Dikagumi lapisan masyarakat pelbagai bangsa. Cuma terkenang jika dia hidup pada masa kini dah tentu dia salah seorang ‘jutawan’ dengan segala bakat dan usaha murni luhurnya yang diperjuangkan. Namun beliau cuma pergi membawa nama seorang ‘seniman’.Kita tambahkan ‘agung’.

    ps: teringat indahnya seni ciptaan Allah pada kunjungan pertama ke Tasik Kenyir semasa bercuti ki KT cuti sekolah lepas. Subhanallah!

    Wassalam.

  15. Salam!

    Terasa nak berkongsi sesuatu. Baru lepas nonton drama Kehangatan Lantana. Terkesan. Lakonan Fasha Sandha dan Adiputra layak dipuji. Kisah menundukkan suami dengan ilmu hitam dan kecurangan biasa kita dengar atau baca. Namun garapan ke dalam sebuah drama yang begitu menyentuh sukar dirasai. Babak munajat dan doa Adiputra sambil menitis airmata membalut dan membungkus saya sayu dan insaf. Inilah kuasa seni.

    Seni yang baik itu seperti cermin. Bila dihayati dapat menyedarkan dan boleh membawa perubahan ke arah hidup yang lebih baik. Tak keterlaluan jika ada yang menitis airmata menontonnya. Mohamad Feroz Abdul Kader selaku pengarah sememang berkaliber.

    Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.