Reality hari ini saya nak kongsikan kisah malang saya terjadi 2-3 hari lepas…
Sejak 2-3 hari lepas, saya terasa agak sengal-sengal di belakang. Mula-mulanya ingatkan biasa sahaja. Tetapi, yang peliknya, makin lama, makin sakit. makin lama makin sakit, sehingga satu point sakit dibelakang saya tak boleh tahan!
Saya ni jenis kalau sakit macam mana pun, boleh control lagi (kuat semangat!), tetapi, semalam sampai ke tahap sakit belakang sehingga tak dapat tahan. Sejak 2 hari lepas, sembahyang pun sembahyang duduk…
Disebabkan risau sakit berlarutan, semalam saya pun dibawa ke hospital dalam keadaan yang amat sakit. Berjumpa doktor pakar Orthopaedic Trauma & Spinal Surgery…
Atas ujian doctor, maka saya dibawa ke bilik X Ray untuk check tulang belakang. Tu yang tajuk kali ini “IK kena X Ray!”
Punca kesakitan belakang saya tu tidak diketahui secara khusus, tetapi, antara penyebabnya mungkin:
- Selalu duduk berdepan PC dari dulu hingga kini- mungkin posture badan tak betul mengakibatkan kesakitan tersebut datang kini
- Sejak 2 bulan lalu, proses pindah rumah saya masih belum siap, mungkin kepenatan mengangkat barang2 di rumah?
- Banyak masa saya memberi ceramah saya berdiri sepanjang sesi, maybe it’s takingΒ the toll!
- … kut saya ni dah memang tua. Tu yang sakit belakang π
Dalam keadaan yang tak dapat melakukan kerja, banyak temujanji terpaksa dibatalkan. Maaf kepada production krew saya kerana terpaksa menangguhkan segala tugas (kini sedang memulakan projek pengambaran dokumentari hasil kerjasama dengan KRU Music Group). Juga malam tadi terpaksa batalkan satu jemputan ceramah.
Kadangkala ada juga saya dalam keadaan tidak sihat demam/sakit tekak/ selsema tetap juga melakukan ceramah- boleh control lagi dan boleh sorokkan rasa tak sihat, walaupun tangan terketar-ketar… as a profesional speaker, itu yang kita perlu lakukan. tetapi, kali ini, hendak berdiri pun tak lepas, macam mana nak penuhi jemputan π
Atas nasihat doctor pakar, saya tidak boleh melakukan apa kerja selama satu minggu supaya sakit tersebut tidak melarat menjadi semakin serius.
Mula lah saya mengeluh dengan aktiviti-aktiviti harian saya yang telah disusun sejak bulan lepas!
Ucapan maaf kepada beberapa badan yang saya terpaksa batalkan jemputan di waktu terakhir. Termasuk juga Kementerian Belia dan Sukan yang menjemput saya hujung minggu ini. Juga, sesi beramah mesra di Pesta Buku PWTC masih saya tidak tahu keadaan saya nanti. Sekiranya dah sihat, boleh pergi sekejap… tapi doctor dah beri surat untuk tidak lakukan apa-apa sehingga Isnin depan π
So, buat minggu ini, aktiviti saya terpaksa diminimakan. Perlu rehat di rumah…
Itulah REALITY! saya kali ini.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
semoga cepat sembuh…..amin…
semoga x serius injury abg..
takpe bang rehat minggu ini untuk sihat di hari yang akan datang ^^
Saya pun rasa2 sakit belakang.Maybe kene jumpe doktor mcm IK.Semoga IK cepat sembuh dengan doa & ikhtiar. InsyaAllah..Bersama-sama kita perjuangkan business internet yg semakin mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia. All the best….
Salam Irfan,
Semoga cepat sembuh π Kurangkan bersejuk ya π Mandi air panas…saya juga kadang2 kena yang sama.. mungkin lama duduk depan laptop..insyaALLAH, ubatnya rehat
Semoga lekas sembuh π
http://www.motivasikejayaan.com
Assalamualaikum,
Semoga IK cepat sembuh!!!(^_^)
Take care IK.. Ada hikmah di sebalik semua kejadian. Mungkin ini masa yang seuai untuk IK merehatkan fizikal dan minda. Just one question.. any possibility that the Workshop schedule on 12/4/2008 cancelled?
Semoga cepat sembuh abg irfan….ade hikmah tu..
Salam Irfan.. ikut nasihat doctor supaya cepat sembuh. Setiap org yg berjaya aktivitinya memang padat, tapi..sesekali kena rehat juga …
Assallammualaikum IK!!
Semoga cepat sembuh!!
Doctor bagi MC la plak.. :p
Apa pun keep on rest dulu..
Kadang-2 kita perlu juga rest..
Team ada,kena kerahan tenaga lebih la IK
dah xsihat.. π
Kesihatan amat penting kepada kehidupan manusia. Tiada guna ada wang yg banyak, jika anda TIDAK SIHAT, banyak perkara tidak dapat dilakukan!
saya sarankan Irfan, Berubat jgn hanya dengan makan ugs, cubalah Pemakanan Kesihatan ALPHA LIPID, ia makanan semulajadi…amat elok utk masalah SARAF, sakit sendi2, dll
ingat, HEALTH, WEALTH AND HAPPINESS, should come together in a package..
Wan Hamidi, Pharmacist/Consultant
btul kata kawan2 blog ni…
semoga irfan cepat sembuh…
selalunya pompuan yg p SPA kn? rasanya IK pun deserve it. kenape x p ngan wife sekali? p urut betulkn tulang belakang. stress tu.. saya lepas kena urut ngan mak mentua (jawa) terus bleh lari ( lari sebab tk tahan sakit urut..hehe..)kalu nk try bleh,sebab org strokpun baik..Insya-Allah..
terima kasih atas pesanan & nasihat!
kebanyakan aktiviti saya batalkan, 1-2 aktiviti saya perlu lakukan juga termasuk live di astro (nasib baik 5 minit je), dan workshop i’m not too keen on cancelling. So, taking extra medication to make sure boleh tahan the pain on saturday. mungkin kena injectkan diri dengan adrenalin kut… π
-ik
saya doakan sekarang IK dah sembuh, semakin sembuh dan cepat sembuh,amin. dan juga IK dapat menyambung kembali tugas2 yang tertangguh dan dapat berbakti demi umat manusia. WE LOVE YOU.
redha-ikhlas-pasrah.
Salam…cian Irfan…
Saya pun pernah kena sakit cam tu koz buat keja duduk depan komputer ja, sampai sekarang masih sakit tapi taklah teruk sangat. Apa pun semoga Irfan cepat sembuh…
Salam ,
Allah memberi sakit untuk memberi nikmat kepada Bila pause sekejap ni mgkin macam-macam idea yang lebih segar terlintas dan boleh dilakukan.Begitulah, samaada sakit atau sihat, kita seharusnya tidak melupai segalanya dari Allah.Semoga cepat sembuh dan lebih sihat.Insyaallah.
Salam. Bismillah..
Moga abang Irfan cepat sembuh. Amin.
diharap IK cepat sembuh..skt tulang belankang pun ade kemungkinan krg kalsium..so ambillah pil@susu kalsium utk pulihkan keadaan seperti sedia kala..
all the best what u have done..;)
Salam…
Semoga cepat sembuh dan boleh terus beri inspirasi dan semangat kepada kami untuk berjaya spt IK
p/s: kena ambil cuti panjang ni gi jalan-jalan ke…hehe
askm…
kesian plak sy dgr IK sakit belakang…
hopefully juz sakit biasa, sy DOA kn mg ALLAH mnyembuhkan penyakit kamu IK..
Ok jugak kan klu IK boleh berehat.. kn dlm page 1 minit y lalu IK da menyebut CUTI ada faedahnye.. leh generates new idea!!! so, pe hal yg Allah bg 2 sbenarnya ada HIKMAHNYE..
sbenarnye br nak jumpe u on tues ni at hilton psal MIBO..
k la takde rezki myb nex time.. CU..
OK.. ASKM
kerja sendiri lebih penuh dengan cabaran.. sengal2 otot tu memang dah lali bagi seorang usahawan coz waktu kite yang kena kejar bukan waktu kejar kite … seboleh2nya sentiasa nak mendahului waktu … (itu style sayelah)
ape yang perlu dan harus irfan tangani masalah tersebut try gi gym … luangkan mase dalam 1 jam… saye pun baru2 jugak la ke gym untuk fitkan perut yang makin membesar … may be kite akan berkate tak de mase tetapi mase itu sebenarnya ada cume yang aturkan sahaja yang tak nampak .. oleh itu try the best way untuk tingkatkan stamina … sape2 yang rase body n muscle die jarang2 di gerakkan elok la pergi .. biar spend money sket (ikut bajet ar) dari kite spend money at another time (time tua) lagi banyak wang yang perlu di keluarkan bile bukan kena pada waktunya ..
all the best in ur life .. kerja2 jugak kesihatan perlu di jage …
enjoy our life … n happy
mungkin terlalu sibuk sehinggakan badan tak mampu lawan dengan semangat
berehatlah dan semoga cepat sembuh!
http://megat.net
Salam IK, semoga cepat sembuh.Sesekali kena take a break gak ye, kena rest le ckit.Get well soon
Semoga Cepat Sembuh…
Aslmualaikum, ik bole tak workshop yg akan diadakan pd 12hb april ni di tunda pada 17hb ni sbb sy dari sbh dan sebenarnya dah lama sy ingin mengikuti workshop ik tapi kebetulan sy dtg minggu dpn ke kl. tapi kalau x dpt tunda mungkin bukan rezeki sy tapi sy akan cari buku ik. k semoga cepat sembuh bye
Semoga tuhan sembuhkn IK….mari sama2 kita doakan IK cepat sembuh…AL-FATIHAH
Tak sangka IK muda2 lagi dah kena sakit belakang.
Tapi biasalah penyakit ini berlaku secara perlahan2;
1. Bermula dalam badan anda tetapi anda tidak sedar.
2. Anda sakit-sakit dan demam
3.Simptom mula kelihatan seperti pendarahan di sana sini
4.Penyakit di tahap kritikal.
Kita seringkali mendengar “mencegah lebih baik dan lebih murah dari merawat”.
Saya mencadangkan IK mengambil supplement yang terbukti berkesan bagi mengatasi sakit belakang setiap hari. Maklumat lanjut layari website saya dan boleh hubungi saya. TQ.
Hu hu.. Sejuk badan saye dengan kisah tulang belakang ni.. Saye pon ade gak mslh skt tulang belakang ni.. Neway, sama2 kita doa agar kita sama2 sembuh dari sakit tulang belakang…
maknanye ni kena berehat..aktif sgt ni.get well soon
Saya mendoakan agar IK dapat cepat sembuh dan meneruskan aktiviti-aktiviti seperti biasa. Amin Amin
Assalamualaikum ….
saya adlh pelajar jurusan IT di UniKL. saya hanya ingin bertanya sahaja berkenaan workshop. Apa yang saya inginkan tanyakan di sini …. workshop yg dianjurkan berapa kalikah dalam setahun dilakukan.
tq all! saya masih waras… π
hari ni, kurang sikit kesakitan. pagi tadi perlu ke Astro untuk secara langsung WW bersama dangsuria. 5 minit je… so ok. ketika on-air, sempat dangsuria umumkan saya sakit belakang! ish… habis satu malaya tau π nanti saja suka2 saya uploadkan di youtube… maklumlah, kurang sikit aktiviti diluar!
-ik
Semoga cepat sembuh. Amiinn..
Really hope that you will be in your best condition soon and thanks for not cancelling the workshop on saturday.. (insyaallah). Saya ni baru dalam dunia IT walaupun umur sudah semakin “DEWASA”. That’s why i’m looking forward for the workshop. Thanks for your semangat.
Irfan,
Saya kena juga sakit belakang ni-sbb banyak duduk depan pc/ntbk sejak dari student sampai now, banyak buat long distance iving, banyak berdiri, dan pernah masa remaja dulu tergelincir jatuh atas tulang belakang bawa benda berat (plaster of paris 30kg!). sekarang saya pakai Backbone kat kereta (OK rasanya…boleh pakai kat kerusi pejabat dan rumah gak), saya beli masa singgah kat R&R Tapah-RM68, tapi, saya nampak ada ciplak version hari tu…RM6.80!Hai…benda2 mcm2 tu pun org nak ciplak jugak….Bahaya betul. 2)Try juga tido atas a flat plank yang keras- kayu btr. 3)makan/minum banyak2 sumber kalsium 4)minum air kosong banyak2 to let go our toxic…minum teh hijau pun ok 5)Try “mind control” to let go off the stiffness of your back (mesti yr back keras mcm batu ni…..mcm kena buat ebook on this topic je…haha.
Hopefully you get well soon!
Kebetulan saya juga akan turun KL dan pergi ke PWTC untuk uruskan penerbitan buku dengan Millionaires Planet.
Kalau takde aral melintang, boleh kita jumpa… π
Zamri Nanyan
Sekarang ni masa baca ni pon Chetz tgh sakit belakang ni. Memang slalu lengoh bahagian belakang ni. Lately Chetz guna exercise ball untuk stretch belakang Chetz. Lega sket. Chetz jumpa video ni kat youtube. Ingat nak share with you guys… if video ni tak keluar kat sini pergi tengok kat youtube..
Chetz Yusof
http://www.ChetzTV.com
Link:
http://www.youtube.com/watch?v=jsQIpiKx2f8
a’kum bro..
Insyallah sama2 berdoa cepat recover. Get well soon bro..p/s: akan dipanjatkan doa depan “raudhah”..amin.
Semoga cepat sembuh amiiin!supaya dapat bekerja lagi
Semoga cepat sembuh. Amiinn..
Alhamdulillah, semalam workshop jutawan internet dapat diteruskan. first time saya perlu duduk ketika memberi talk- tapi sekejap2 je… yang lain boleh berdiri spt biasa.
terima kasih atas doa, sokongan dan nasihat anda… insyaallah, semua dah ok dah π dan activity boleh dijalankan seperti biasa! masih sakit lagi, mungkin sebab semalam tak dengar cakap doctor- tapi, sakit dah boleh tahan. so, activity boleh diteruskan π
Β -ik
Salam,
Harap masih belum terlewat untuk ucapkan semoga cepat sembuh sepenuhnya.
Setiap yang berlaku itu pasti ada HIKMAHnya ..