IK sedang menulis!

Masa kecik-kecik dulu, saya dah mula menulis. Nak kata hebat menulis tu, tak lah… tapi, kalau SRP atau SPM, bila diberi pilihan karangan BM nak buat karangan berbentuk surat rasmi atau karangan bercerita, sememangnya saya akan pilih yang bentuk “cerita” 🙂 Dapat juga A2 in BM ketika SPM. Kira ok lah tu 😉

Juga kalau di sekolah menengah (Bukit Bintang Boys School, PJ) kalau ada pertandingan menulis, selalunya untuk yearbook, saya mesti masuk. Menang nombor #1, memang tak pernah langsung. Tapi, setakat dapat tempat #3 dan sagu hati tu boleh la juga.

Bagi saya, menulis buku / ebook adalah cara yang baik untuk make good part time income. Menulis buku yang diterbitkan oleh penerbit dan dijual di kedai-kedai, anda akan menerima royalti. Selalunya dalam lingkungan 8%-15% (bergantung kepada kehebatan penulis).

Sekarang ni, 3 aktiviti menulis saya adalah:

  • Saya sedang menulis ebook terbaru “Hebat Affiliate”. Iaitu ebook menunjukkan bagaimana hendak memaksimakan pendapatan melalui program affiliate (menjual produk orang lain). Sekarang ni sudah makin banyak program affiliate, tetapi, RAMAI yang menyertai program affiliate tidak tahu kaedah sebenar mempromosi program affiliate. Sebabkan ini, langsung tidak menerima komisyen. Kalau ada pun sedikit sahaja. Sekiranya anda pernah menyertai program affiliate, berkemungkinan besar anda juga begini.
    Insyaallah akan berada di pasaran bulan hadapan!
  • Beberapa hari lepas, saya dapat panggilan dari penerbit saya Telaga Biru Sdn Bhd dan mengatakan buku terbaru saya dalam siri Nota Jutawan akan berada di pasaran bulan hadapan. Yea!Buku terbaru ini bertajuk “Nota Jutawan; Nota Perniagaan” susulan kepada buku bestseller “Nota Jutawan; Nota Motivasi”. So, bagi mereka yang dapat manfaat dari buku Nota Motivasi, pastinya akan dapat manfaat juga di Nota Perniagaan. Isi kandungan juga bergambar penuh dan berilustrasi cantik 😉
  • Setelah sekian lama senyap dengan buku berbentuk Internet secara printed, tak lama lagi juga TrueWealth Sdn bhd (syarikat Azizi Ali yang merupakan penerbit buku2 berbentuk Internet saya) akan mengeluarkan buku terbaru. Buku terbaru ini bertajuk “Soal Jawab Lazim Perniagaan Internet” yang memuatkan FAQ mengenai perniagaan Internet yang saya terima dari Workshop Jutawan Internet sejak tahun 2005 lagi.

So, itu antara projek menulis saya.

Minggu depan, saya juga akan mengendalikan “bengkel menulis” tapi, lebih kepada menulis “ebook” di Workshop Mini Terhangat di Pasaran.

Melalui hasil penulisan, saya mendapat pendapatan residual 5 angka setiap bulan.  Buku atau ebook adalah jenis pendapatan yang, buat kerja sekali, pendapatan akan datang berkali-kali. Tapi, apa yang lagi best, bukan sekadar pendapatan sahaja, tetapi, buku membolehkan seseorang itu berkongsi ilmu dengan lebih ramai lagi. In other words, parting of knowledge dapat dilipat kali gandakan 🙂

Bila kita berkongsi dan menyampaikan ilmu dan pengalaman dengan orang ramai, kita akan dapat kepuasan yang amat tinggi!

Jadi, itulah asal usul saya dalam “menulis” sejak sekolah hingga ke hari ini.

ps: Panel Realiti di sebelah kanan blog ini sekarang memuatkan 3 aktiviti realiti saya terbaru. Jadi, boleh la tengok2 apa sebenarnya saya lakukan setiap hari. Checkout panel “IK’s Reality: LIVE!”

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

14 thoughts on “IK sedang menulis!

  1. Salam IK..

    Saya juga suka menulis.Jika di sekolah dulu saya suka sangat subjek karangan.Macam2 idea leh tulis.Bila IK cakap menulis boleh menambah pendapatan saya rasa terkejut juga tp dalam masa yg sama teruja sangat. =)
    p/s : Saya juga telah mendaftar Mini Workshop.
    Jumpa di sana IK! =)

  2. Rasanya ada juga bakat menulis dalam diri ni. InsyaAllah, semoga selepas 25/10 ni akan dapat buat sesuatu yang memberi manfaat & bukan setakat “melepas batuk ditangga”.

  3. IK,

    Saya rasa ramai yang suka menulis dan sudah pun menulis. Tetapi, untuk dapat residual income 5 angka sebulan daripada hasil penulisan sahaja, bukan kerja satu malam sahaja.

    Sbg panduan utk kami yg baru mula nak mencipta nama dlm bidang penulisan, agak-agak brp lama seseorang itu ambil masa utk membina kepercayaan org lain terhadap dirinya?

    IK sendiri, brp lama IK ambil masa utk betul2 stabil & IK rasa kredibiliti IK telah diiktiraf oleh rakyat Malaysia dlm bdg penulisan?

    Berdasarkan post IK kali ini, antara rumusannya..Utk branding, kita perlu terbitkan skurang2nya sebuah buku fizikal. Betul?

    Itu sahaja soalan saya. Terima Kasih

  4. Saya pun rasa macam tu jugak…memang hobi saya menulis bermacam-macam mende..saya nak datang 25/10 ni, tapi ada family day kat pahang…next month ade lagi kan, IK? dah tanam cita2 nak jadi penjual ebook yg bergelar jutawan ler..b4 akhir tahun ni, ingat nak terbitkan 3 buku..hmmmmm;)

  5. Saya kini sedang dalam proses pengumpulan maklumat untuk menulis ebook.

    Jadi ingin saya bertanya untuk menulis ebook bagaimana kandungan bahasanya? formal atau boleh ditulis seperti bahasa bercakap?

    InsyaAllah jika ada rezeki lebih saya akan sertai seminar ebook IK.

    bizkutraya
    http://www.bizkutraya.com

  6. Assalamualaikum wbt IK 🙂
    Saya berminat dalam bidang penulisan. Saya boleh menulis buku cerita fantasi versi bahasa Inggeris, untuk kanak-kanak. So, untuk menjadi penulis buku cerita seperti itu, IK boleh tak ceritakan sikit apa prosedur yang saya harus lakukan? Atau IK sendiri boleh tolong adjuskan untuk saya? Hehehe… tanyakan la kepada penerbit buku-buku IK tu. Mana la tau, kalau-kalau pihak mereka boleh terbitkan buku untuk saya jugak? 🙂

    terima kasih 🙂

    Majulah IK untuk negara 😀 😀 😀

  7. Betul la kata IK, banyak programe affiliate di luar sana, bila dah join… nak dapat income slow sangat sebab tak berapa tahu teknik yang betul…

    Dulu pernah datang bengkel IK… rasa nak join lagi untuk bengkel terhangat di pasaran tapi belum cukup bajet la…

    Siap yang dah join nanti, kongsila dengan saya eh..

  8. Alhamdulillah, ramai juga yang mahu menjadi penulis. Izinkan saya berkongsi beberapa maklumat kasar mengenai industri buku di Malaysia hasil perkongsian para penerbit tempatan.

    1. Maklumat kedai rangkaian buku mendapati 60 peratus keuntungan kedai-kedai buku datang daripada 40 peratus buku-buku dalam judul bahasa Melayu

    2. Buku-buku bisnes bahasa Melayu masih tidak ada penerbit atau penulis yang menjadi pemain utama. Malah judul buku bisnes dalam bahasa Melayu tidak mencapai separuh peratus pasaran buku Malaysia.

    3. Dakwaan orang Malaysia tidak membaca buku adalah mayth. Isu sebenar yang berlaku bukan orang Malaysia tidak membaca tetapi judul buku yang dicari tidak ada di kedai buku.

    4. Penulis buku menerima yuran mengendalikan seminar atau woksyop beberapa kali ganda lebih tinggi berbanding penceramah tanpa buku.

    5. Sehingga tahun 2008 sejak 2006, saya menulis pada umur 24 tahun ketika tahun akhir di kampus. Sehingga kini 4 buah buku saya pada tahun-tahun lalu masih menjadi pendapatan pasif. Melalui laman web Tuan IK dan produk yang dihasilkan saya mempelajari mengenai seni menulis e-book dan ia berbeza daripada penulisan buku tradisional. Psst, sehingga akhir tahun ini 10 buah buku akan diterbitkan oleh penerbit.

    6. Buku yang ditulis menggunakan bahasa Melayu standard memudahkan ia diterjemah ke dalam bahasa Indonesia jika ia ada potensi dijual di sana. Ini bergantung kepada jenis penerbit yang kita pilih.

    ZAMRI MOHAMAD
    Penulis buku di Malaysia
    http://www.zamrimohamad.com

  9. Malah judul buku bisnes dalam bahasa Melayu tidak mencapai separuh peratus pasaran buku Malaysia.

    mr.zamri, maksud u, tak sampai 50% atau tak sampai 0.5%

    note: nak peroleh pendapatan 5 angka sebulan dari hasil penulisan bukan perkara yang mudah (unfortunately). Tapi, sememangnya, nothing comes easy. kalau nak mengharapkan buku diterbitkan (printed books), buku2 saya sendiri pun tak capai 5 angka. bagi saya, bila di gabungkan dengan ebook, baru pendapatan 5 angka.

    satu kesilapan saya lihat daripada ramai (bukan semua) penulis2 buku malaysia adalah mereka tidak promosikan buku sendiri. especially dengan internet nowadays, penulis yang tak popular pun boleh jadi popular… but kalau tak buat apa-apa, nak dapat royalti RM500 sebulan pun susah.

  10. Maksud saya 50%.

    Mungkin internet ini dilihat sebagai sesuatu yang susah atau tidak relevan dengan perkembangan mereka.

    Satu falasi yang dilihat benar oleh sesetengah penulis adalah majlis pelancaran buku dapat menjual buku. Ia dapat menjual buku sekiranya

    1. Ada isu yang relevan untuk digandingkan dengan pelancaran buku.
    2. Penglibatan media
    3. Menteri dan ViP yang dijemput merasmikan buku tidak overshadow majlis berkenaan dengan isu mereka. Kesannya berita esok bukan mengenai buku tapi isu berkenaan.

    ZAMRI MOHAMAD
    Penulis Buku di Malaysia
    http://www.zamrimohamad.com

  11. hmm…sy nie tgh pening..maklumlah org baru..
    Sy setuju ttg promosikan diri & buku mnggunakan internet.Itu cara yg baik utk sebarkan ttg buku kita.
    Sy pun baru 1 bulan mngenali perniagaan internet dan e-book.Sy berminat untuk menulis.Di sekolah dulu pun pernah dpt #3 pertndgn tulis cerpen.
    Cuma skrg sy masih belum tahu bagaimana hendak memulakan penulisan,apa elemen yg perlu dlm sebuah buku (spt prakata/mukadimah,tajuk2 kecil/besar dll).
    Abg Irfan ada anjurkan kursus/ebook2 ttg cara nak tulis buku x?

Leave a Reply

Your email address will not be published.