Cinta Strawberry 3 bulan

Apa bestnya being financially free?

Bagi saya bukan “material” things yang kita ada tetapi, bagi saya adalah “TIME” atau masa yang terluang 🙂 Dah lama saya tak update ruang Reality di blog ni, so posting saya kali ini dibawah tajuk Reality pula…


Cinta Strawberry 1 day old!

Atas permintaan ramai, ramai yang nak tengok gambar terbaru my baby girl, Cinta Strawberry… maklumlah, kat blog ni, Strawberry ada ramai auntie & uncle angkat cyber 🙂 So, bagi yang follow ruang ni, pasti ingat Cinta dilahirkan pada 8/8/08. Bagi yang nak refresh balik, boleh klik sini untuk posting/gambar pada hari kelahirannya.

Kini, Strawberry dah 3 bulan lebih, dan sejak seminggu dua lepas, dia dah pandai senyum-senyum & main-main. So, ini gambar dia tengah senyum khas untuk aunties & uncles cyber 🙂

Cinta Strawberry – Smiling happily 3 bulan!

Seperti saya sebutkan sebelum ni, the best thing about being financially free & kerja dari rumah adalah, kita ada banyak masa dengan keluarga, especially kids! Masa anak pertama dulu, saya masih kerja full time dengan syarikat… so, kerja pagi, balik lewat petang. Dan selalu miss time-time my first child growing dari baby…

Alhamdulillah, bila dah buat full time perniagaan Internet, dah tak miss lagi dah sebabkan financially free memberi “time”. Dan time is much-much better than material 🙂

Kelakar juga for the past few weeks ketika menjalankan Workshop Jutawan Internet, ramai dok mencari Cinta Strawberry- memang saya selalu bawak pun pergi workshop (time break), dan bila Cinta sampai, ramai kerumun tengok dia. Kalah papa dia… lagi glamour baby dari kita! 🙂

====================

Workshop Perniagaan Internet akan datang:

Klik di sini

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

43 thoughts on “Cinta Strawberry 3 bulan

  1. Bestnya kalau ramai yang dapat jadi mcm IK, ya la kesian jgk memikirkan anak-anak yang terpaksa ditinggalkan di nurseri/jiran sebab kita dok sibuk nak cari duit. Tambah pilu bila memikirkan ibu bapa kita yang mungkin sudah agak uzur, yang juga turut memerlukan perhatian kita, sama seperti yang mereka lakukan semasa kita masih kecil.

    Penghujung bulan Oktober lepas saya ada email kat IK supaya dapat bagi tips berkenaan Bila Masa Terbaik Untuk Kita Berhenti Kerja Dan Tumpukan Sepenuh Perhatian Kepada Perniagaan Internet Sendiri.

    Saya harap IK dapat bagi ulasan sebab saya masih tak confident nak berhenti walaupun income dari bisnes dah dua kali ganda dari gaji bulanan kerja full time.

    Tq

  2. Hilang semua penat lelah bila lihat baby tersenyum….

    Senang betul jadi baby,kan..happy je..Tak yah fikir2 ~ cemana nak cari duit, cemana nak makan hari ni…Semua rezeki Allah swt hantar terus pada dia.

    Untung jadi baby Cinta.. papa&mama sentiasa ada di sisi 🙂

  3. Itulah impian saya untuk jadi financiall free.. InsyaAllah kalau ada rezeki saya dalam masa 5 bulan lagi saya dah boleh rehatlah..jadi work home parent,..sekarang memang saya sedang work hard n all out untuk bisnes baru saya ni,setakat nie, positif…Semoga ramai lagi parent yang pandai merebut peluang untuk jadi financiall free.. peluang banyak di depan mata, cuma kita sendiri dikaburi oleh kotak minda yang hanya mahu kita bekerja dibawah arahan orang sahaja..

    aida6907.blogspot.com

  4. wah tak sangka IK ada baby yang cute. nama dia betul ke cinta strawberry atau cuma panggilan je?
    sorrylah tak folow masa baby IK lahir ari tu.
    Cuma kalau IK cakap pasal financially free ngan ada masa utk famili memang itulah cita-cita saya pun. harap menjadi kenyataan empat tahun lagi.

  5. waahhhh..jelesnyer dgn strawberry..bestnyer dapat jadi anak Irfan Khairi.nanti nak wat duit dari internet tak payah pegi bengkel dah..suruh daddy aje yg ajar..“Daddy yang ni nak buat mcm mane?Daddy betul tak Strawberry buat mcm ni?“..

    apa pun tahniah Abang Irfan!you are my Idol! 😛

  6. I have a dream…. nak jadi financial free mcm IK, insyaAllah. Boleh luang masa dengan anak2..hantar ..jemput anak2 balik sekolah..sekarang tgh kerja boleh di katakan kuat jugak..tapi kerja 9-5 ni kena beri tumpuan jugak..penattt..:-(

  7. mmg bertuah Cinta dpt papa yg home based bisnes. baru2 ni kisah menyedihkan kt putrajaya baby tercekik susu, kesian. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan mengampuni ibu bapanya.

    so marilah kita ikuti jejek IK

  8. Assalamualaikum!

    Merenung wajah Baby Cinta yang mulus tu saya ikut seronok. Cuba membaca apa perasaan dia. Sepastinya baby sekecil itu tiada apa selain diselaputi bahagia. Seronok sungguh jadi baby. Memang senyum Baby Cinta sebijik ayah dia. Semestinya ada sulaman senyum si ibu.

    Teringat pada anak saudara yang baru lahir pada 22hb yang lepas. Lebih kurang tiga minggu usia. Saya teruja kerana dia baby boy. He is a strong boy. Suka tidur meniarap dan selalu angkat leher, like a turtle. Allah saja tahu macam mana saya mengidamkan baby boy.

    Untuk saya, saya letak ‘kuota’ 4 anak. 3 dah girl. Yang kecil dah nak darjah 1 next yr. Yang sulung just lepas UPSR dan Alhamdulillah she scored 5A. UPSRA 7A, 2B. La ni busy pulak saya mengisi borang. Kawan semua suruh try for the last kuota. Saya pulak fobia. Selain rasa dah berumur. Kahwin pun dah 13 tahun. IK ada tips nak dapat baby boy?

    Lastly untuk saya kini, sememang anak menjadi fokus utama. Mereka sebenarnya penggerak kita. Mereka amanah dari Allah. Kasih sayang kita yang tulus lagi ikhlas pada mereka menjadi benih-benih untuk rezeki. Mereka pengikat dan pengukuh kasih dalam rumahtangga.

    Masih terasa, sayu waktu temankan anak ambil result. Tambah sayu bila dia lafazkan.’Mak terimakasih, mak banyak tolong along….’ Untuk saya hanya ada Alhamdulillah, Syukur….

    Salam dari,

    Adilla.

  9. Nama anak irfan Cinta Strawberry, mengapa dan kenapa nama seperti ini digunakan dan diberikan kepada anak tersebut? Ramai diantara kawan2 sy tertanya mengapa dan nama sebigini perlu diberikan? Adakah menggunakan teknik UPS?

    Mengapa tidak diberikan nama2 yang lain? Apa maksud cinta strawberry yang sebenarnya? Bukan kah nama itu akan membawa sebarang nama dan juga doa.

    Saya dapat mengagak sendiri kerana nama ini akan digunakan kelak untuk mewarisi bisnes internet yang dr.irfan jalankan dan nama ini akan di ingati kerana unik drpda yang lain dan akan mewarisi perniagaan ayahnya, bukan begitu irfan? Cinta strawberry, putera ilham abadi dan puteri qaseh kamilia. Ni pun kalau saya tak silap lah. Maaf jika spelling tak betul.

  10. comel… 🙂 Nampak dah makin cerdik! Bila la auntie Mazny pulak nk jumpa Strawberry? Hmmm…

    Kerja dr rumah mmg best! Mcm saya sekarang la… tgh surf internet sambil menyusukan baby Marwan (9 months old)! Tp being financially free tu blm lagi… masih berusaha ke arah itu. Alhamdulillah my 1st internet bizz i.e MotivasiHaji.com masih bertahan after 2 years beroperasi, dan sambutan makin menggalakkan dr pembeli seluruh m’sia… Thanks to buku RJJIT yg mencetuskan segala2nya… thanks sifu! :}

  11. waah seronoknya dah ada anak…dan yang paling seronok dapat meluangkan lebih masa dengan anak bila ye saya nak capai tahap mcm ni..huhu

  12. Antara ramai2 anak IK mungkin yang sorang ni je lekat dalam kepala saya ni Cinta Strawberry istimewa sekali namanya. Mungkin lepas ni IK bloeh buat blog khas untuk Cinta Strawberry.

  13. Wah dah makin comel, my baby pun dah masuk 9 bulan dah boleh berdiri(mengeper-kata org pahang)pegang-pegang meja.

  14. Salam IK..saya nie teringin sgt nak jd mcm IK..bleh IK terangkan x 1 per 1 step dr mule nak jd jutawan cyber nie..~tQ..

  15. huhu.. mengalami masalah yg sama. keje berulang kl-sbn, dah 4 thn umur anak, masih lg kurang masa dgn dia.. mcm mn nak capai keadaan IK ni..??ni pun x berani nak commit lg sorang.. huhu.

    skrg start nak meniaga tasbih. buat sendiri..my 1st move now begin..
    kena beli buku IK ni.. nak attend seminar, x mampu..

Leave a Reply

Your email address will not be published.