Baru je 2 posting lepas saya tulis “Reality”. Kalau ikutkan, seminggu sekali saya menulis… tapi, nak dijadikan cerita tergerak pula untuk menulis Reality untuk posting kali ini kerana ada sedikit sinambungan daripada “Reality” lepas…
Pada malam Isnin 11.00 mlm, saya sepatutnya ada perjumpaan dengan Nizal Mohammad & Nahar, pemilik bersama production house kami. Yup, kami selalu berjumpa mlm sebab masing2 sibuk siang hari…
Sambil2 tunggu waktu berjumpa, pukul 10.30pm, saya mendapat panggilan dari abg Nizal saya.
“Irfan… abg Nizal accident!”
Terkejut jugalah dibuatnya. Nizal on the way ke lokasi perjumpaan kami, dan kemalangan berlaku antara kereta Nizal dan sebuah teksi. So, kelam kabutnya saya ke tempat kejadian yang tak berapa jauh…
Ketika itu hari hujan… so, jalan licin and tu yang terjadinya kemalangan.
Ini gambar teksi yang terlibat dalam kemalangan. Sekali pandang, memang naik bulu roma dibuatnya… sebab itu yang saya nampak dulu di kawasan kemalangan…
Ini pula kereta Nizal Mohammad. Kereta jenis Rover, so, kuat sikit lah… tapi tu pun, remuk di hadapan bahagian driver. Windshield dibahagian depan juga retak- nasib baik tak berkecai.
Also, ketika kemalangan, airbag pun deploy untuk mengurangkan kecederaan…
Alhamdulillah, Nizal Mohammad tidak cedera… cuma seliuh-seliuh kat tangan sahaja. Pemandu teksi pun OK… cuma, penumpang teksi terpaksa dilarikan ke hospital oleh kerana cedera di kepala.
Kalau tengok tempat kemalangan, dan keadaan jalan dan cuaca, memang perkara lebih teruk boleh terjadi…
That was a close one! saya kata bila jumpa Nizal di situ…
So, itulah sedikit peristiwa “suspense” berlaku kepada saya pada malam Isnin. Nasihat saya kepada anda dan juga diri saya sendiri…
berhati-hati di jalan raya. Malang tidak berbau dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
===================
Nizal Mohammad (bekas pengacara Jejak Rasul & MHI) adalah mentor saya dalam bidang komunikasi.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Alhamdulillah semua selamat~
tapi teruk juga teksi tu… mmg bersyukur semua selamat~
Teruk juga keadaan kereta abg Nizal & teksi tu…
Sekarang musim hujan, jalan licin..kena kurangkan laju sikit. Kalau kita x langgar orang, orang yang langgar kita. So moralnya, semua harus berhati-hati.kemalangan tak berbau.
Kita mampu merubahnya 🙂
honestly. Thats really bad. Nasib baik takde kemalangan nyawa berlaku..betul berhati2 di jalan raya. Terutamanya ketika musim perayaan dan hujan.
Askum Irfan…
Seriau dgr klu ada accident. Alhamdulillah Nizal tak teruk & everybody escaped without loosing their life.
Lepas tu camner? Ada pergi buat report tak? Nizal dah pg klinik ke?
Irfan, Nizal & semua, berhati2 ketika memandu ya. Kalau boleh bacalah apa2 doa yg patut sebelum memulakan perjalanan tu..
Tq
Nasib baik semuanya selamat… berhati-hati waktu hujan ni. sbb saya pun pernah kemalangan waktu hujan ni.
Asssalamualaikum…semoga Allah memberikan “kejutan” sebagai renungan kepada kita tentang kebesaran-Nya..Apa-apa pun moga Abg Nizal selamat hendaknya.
nasib baik semua selamat…
alhamdullilah
Alhamdulillah, abg Nizal tak ape2. Semoga semangat abg Nizal terus cekal melalui liku kehidupan. Sampai jumpe nanti di prog Nizal Talk 15/3/08. Look forward to the prog. Tentu byk yg dpt dikongsi bersama.
berhati-hati di jalan raya.. pandu, tunggang dan undi dgn selamat.. anda mampu mengubahnya..
Wah dasyat gak accident ni.Kalau tengok pada kerosakan kereta,ni mesti dipandu dengan kelajuan tinggi.Ingatlah orang tersayang 🙂
Nasib baik selamat..semoga yang lain pun tidak ada apa-apa..mudah-mudahan
tragis tol!!
Semoga Allah merahmati saudara Nizal Mohammad
Alhamdulillah..abg nizal tak apa-apa. Kena buat doa selamat tu. 🙂
p/s: hingga jumpa abg nizal di Nizal Talk minggu depan. 🙂
ia amat bagus….
oi… dashyat mcm x tak pcya ce kan
tak tkut ke klu jdi mcm nie ….
nsib bik abng. nizl muhmad selmt ai klu jdi apa2 sipa yg sushhh…… kreta pun dasyat biarlah jatuh di tanga
jngan jtuh di jln2 rya
byeeeeeeee
ASALAMMUALAIKUM SELAMAT SEJATERA
BYE…. BYE…. BYE….