10 perkara anda tak tahu mengenai IK

10 perkara yang “mungkin” anda tidak tahu mengenai saya…

1. Dalam kereta IK selalu buat apa?

Saya pasang lagu rock. Lagu rock, walaupun bagi sesetengah pihak membingitkan telinga, tetapi, bagi saya, saya grow up dalam zaman rock. Bila pasang lagu rock, ia memberi motivasi untuk melakukan kerja dengan lebih cepat. Lagu favourite kini, “Gemuruh” Faizal Tahir (ada elemen motivasi dalam lagu tu… cuba dengar, saya tuju pada anda) dan juga Linkin Park & All American Rejects.

2. IK suka baca akhbar apa?

Honestly, saya jarang-jarang-jarang beli newspaper. Saya jarang baca newspaper sebab bagi saya terlalu banyak berita-berita negatif dalam akhbar. Dalam akhbar, lagi banyak berita negatif berbanding positif. Dan sekiranya saya baca, saya akan rasa “down” apabila membaca kisah2 negatif. Untuk keep me positif, saya ambil keputusan untuk tidak baca newspaper.

Beli newspaper pun, bila diri sendiri keluar dalam paper ๐Ÿ™‚

3. IK minat bersukan? Sukan apa?

Sukan yang selalu saya main adalah “Snooker”! Ok, saya tahu, anda akan kata… “Snooker??? bukan ke itu sukan mat-mat rempit??”

Sebenarnya saya aktif main Snooker ketika di UK. Snooker adalah sukan ke-dua paling popular di UK (pertama football). Dan di UK, sukan Snooker memang class… bukan seperti yang sering di lihat di Malaysia yang sering dikaitkan dengan budak2 nakal. Sukan snooker di UK adalah sukan yang bersih & sihat. Siapa yang tak kenal Jimmy White, Steve Davis, Ronnie O sullivan antara top players Snooker di UK.

Bila di Malaysia, agak kurang sikit kerana Snooker sering di kaitkan dengan aktiviti kurang sihat. Kadang-kadang je main ๐Ÿ˜‰

4. IK selaluย shopping di mana?

Haa.. yang ni jangan terkejut. Saya jarang beli baju mahal-mahal… jadi, tempat pilihan saya beli baju adalah di Reject Shop atau Factory Outlet Store. Sebab utamanya adalah, sejak saya masuk media, saya selalu perlu beli baju2 baru. Takkan masuk TV pakai baju sama je (maklumlah, takde sponsor!). Kalau setiap minggu masuk TV habis RM100-RM200, pikir 2-3 kali juga masuk TV ๐Ÿ™‚

Lagipun, kalau saya pakai baju “tak branded” pun, orang still akan ingatkan baju saya jenis2 branded ha ha. Kira macam Michael Jackson kalau pakai baju pagoda putih pun, orang ingatkan harga ribu-ribu ๐Ÿ˜‰ Kalau saya pakai Roleh ciplak pun orang ingat saya pakai Rolex ori, betul tak?

Saya percaya kita pakai atau beli apa sahaja mengikut keselesaan kita. Kalau kita selesa pakai baju sederhana, apa salahnya. Kalau kita selesa pakai baju branded pun, takde salahnya. Duit usaha kita sendiri ye tak? ๐Ÿ™‚

5. Apa gadget2 atau barang elektronik yang IK selalu bawa ke sana sini?

Seperti orang lain, tentu handphone. Sebagai tambahan saya ada ipod touch (untuk pasang lagu-lagu rock!) dan juga kalau travel jauh saya bawa PSP so boleh main game time-time travelling ๐Ÿ˜‰ Bagi yang minat game, sekarang saya main Final Fantasy Crisis Core.

6. Mengapa IK tidak memiliki BMW atau Mercedes? Bukan ke semua jutawan miliki kereta camni?

Jawapannya lebih kurang no.4. Kita beli apa yang kita minat dan suka… unfortunately (atau fortunately!), saya kurang minat kereta-kereta mewah. Bagi saya, ia tidak kena dengan jiwa saya dan juga personaliti saya… bagi mereka yang pernah jumpa saya pasti tau saya ni jenis yang amat-amat simple… jadi, sedikit “hipokrit” lah kalau orang macam saya bawak kereta-kereta besar.

Sekali lagi, kita lakukan apa sahaja untuk keselesaan kita. Kalau selesa bawa Mercedes, maka, Mercedes lah pilihan utama… kalau selesa pakai kereta lain, pun tak mengapa. Janji ia menggembirakan kita dan kita tidak lakukan untuk “impress” orang lain.

7. Kalau makan kat gerai IK suka order apa?

Nasi Goreng USA & fresh orange. Sebab? Mudah nak order… ada nasi, telur, daging, buah sekali harung ๐Ÿ™‚

8. IK main muzik?

Main guitar sikit-sikit… belajar sejak di ITM. Maklumlah, masa student dulu time-time lepak, main guitar untuk buang masa. Saya ada 2 guitar acustic & 1 guitar electric. Tetapi guitar electric saya telah souveneer kepada jiran saya di Seremban sebelum pindah ke KL! Siap autograph lagi. (Muzamil, kalau terbaca ini, u are one cool dude!)

9. IK ada berapa banyak computer kat rumah?

Ada 6-7 (tak ingat). Satu desktop yang lain notebook. Rumah ada Wi Fi, so, tak kira dari bilik mana, boleh capai computer and buat kerja apa yang patut ๐Ÿ˜‰ Maklumlah, kerja Internet. Kalau tanya anak saya “Besar nak jadi apa?” jawabnya “Nak work Internet” (4 tahun)

10. Masa lapang suka buat apa?

Berjalan dengan isteri & anak-anak. Jarang sekali lepak dengan kawan-kawan… dah takde masa. So, time-time free, lepak dengan isteri & anak-anak bawa berjalan. Kalau anda terjumpa saya mana-mana jangan takut tegur… saya tak makan orang.

Kesimpulan REALITY hari ini: Saya pun orang biasa juga… tiada yang luar biasa ๐Ÿ˜‰ Anda bagaimana?

ps: Jumpa saya & Ikon jutawan Dr Azman Chin di Hilton, KL Sentral malam esok, Khamis 15hbย ย (8 malam-10 malam). Ada tips-tips jutawan… PERCUMA untuk seisi keluarga. Sempena taklimat MIBO. Boleh anda lihat “kebiasaan” saya & Dr Azman Chin (Azman Chin luar biasa sikit!)ย ๐Ÿ˜‰

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

55 thoughts on “10 perkara anda tak tahu mengenai IK

  1. Makin seronok plak baca blog yang IK utarakan. Kalau IK buat buku mengenai latarbelakang IK, rasa laku..;p

  2. final fantasy final core.. nk kena cri game nei.. hehehe

    P/s: teringat masa IK sign autograph psp kt hilton KL.. thanks IK..

  3. Saya ada baca buku Millionaires Next Door yg cite cemana lifestyle millionaires.Jutawan yg sebenar, lifestyle dorang sgt2 simple & x suka buang duit utk benda2 x penting.Moga2 IK dpt kekalkan cara IK yg humble tu.saya percaya lebih humble lebih lasting kejayaan,org x jemu nk dekat pd kita.

    ** x sabar nk tengok IK mlm ni dlm Jangan Tidur Lagi

  4. salam DIK,

    pu3 suka gaya hidup IK..”simple” walaupun ada lebih pendapatan..lebih kurang macam pu3 jerk gaya hidup..hehe..iyelaa penampilan kita ikut keselesaan hati kita nak yang macam mana..kalau tak ikut kata hati atau kehendak kita tue yg rasa x selesa n rasa macam ada yg x kena..kita x perlu ikut cara org lain..org kata be ur self..diri setiap org ada keunikannya tersendiri..so carilah keunikan diri kita utk tampil lain dari yg lain..kalu IK kata cuma orang biasa, pu3 nak jadi org yg luar biasa ok x? cara penampilan yg tersendiri, melakukan kerja yg luar biasa maksudnya kerja yg luar biasa kerja yg takut-takut org nak cuba:)n kalau makan kat kedai makan slalu org akan order nasi goreng biasa tp pu3 akan cakap nasi goreng luar biasa satu ;)kan unik tue..k salam…pu3

  5. Salam untuk semua,

    En IK,cara hidup anda memang seperti orang biasa.Syabas sy ucapkan.
    Memang itu yang dituntut dalam Islam,apa yang dipanggil…WASATIAH(Kesederhanaan)

    Saya pun suka lagu rock jugak ๐Ÿ™‚

    P/S:Jangan luper kawan-kawan semua, saksikan IK dlm rancangan JANGAN TIDUR LAGI pada malam ini,pukul 11 malam di TV3 bersama hos sempoi Adllin Aman Ramli,artis jemputan IK(kira artis jugak!),Kak Ogy dan Noraniza Idris.
    Saya kalau ada IK dalam mana2 rancangan TV,susah nk missla…

    Jangan luper ya!

  6. salam,

    10 perkara yg anda MEMANG tak tahu tentang dikri saya, melainkan anda tahu siapa saya;

    1)minat juga dgn lagu gemuruh sampai anak saya pun dah hafal
    ok yg ni sounds cliche; saya juga minat dgn lagu2 dato siti!

    2)saya tak realise akhbar bnyak berita sedih, akhbar is part of my breakfast! siap subscribe lagi..hehe

    3) sukan saya renang, sbb saya boleh involve seluruh keluarga

    4) shop di mana2 saja yg ada baju utk muslimah yg cheap n good
    (baju yg paling mahal yg pernah saya beli is songket utk raya, other than that takde)

    5) gadget saya; hp n digicam

    6)make of kereta yg dimiliki; hanya mereka yg pernah nampak saya tahulah : )

    7) makan luar saya slalunya order any noodle dish

    8) hingga kehari ini saya tak tau main muzik!

    9)dirumah saya ada 4 lappie, 1 saya guna, selebihnya hubby punya utk urusan kerja

    10) masa lapang sudah tentu dgn family, kalau ada kawan2 ajak keluar, i make it wkdays so tak ganggu wkends saya.

    terima kasih

  7. Salam,

    I vouch for you bro!
    Apa yg ditulis mmg ta-tipu-punyalah!. Saya dah jumpa Irfan few times (tahun ni belum lagi.. ๐Ÿ˜€ -bila la agaknya, dah *rindu jugak ni.. ๐Ÿ˜€ hehee.. ) dan personally, apa yg ditulis mmg REAL, as said, tak tipu punya lah!

    Cuma #1, #7,#8, #9 blom pernah tahu sblm ni, #2, #4, #5, #6 & #10 dah boleh agak… ๐Ÿ™‚

    Btw, baru terbaca baru2 ni, muzik rock (in contrast to classical) adalah satu drpd characteristic Righ Brainer people ๐Ÿ™‚ I’m sure you are a righ brainer, kan? Orang Creative -bukan in terms of artistic sahaja but overall approach to life. Brain dominance sebelah kanan… heheee.. buat “autopsi” la pulak… ๐Ÿ™‚

    ampun pak..
    tompang laluuu….

  8. haha gemuruh – faizal tahir.
    same to me.

    honest saya tak suka mainstream industry.
    tp saya minat faizal tahir.
    lagu gemuruh tu.. mmg memberi motivaasi kepada ssesiapa yg tgh down.

    hayati lyrics. ๐Ÿ™‚

  9. Salam I.k,

    Lama sudah rasanya tak pos komen ke blog Irfan Khairi. Sibuk dua tiga hari, hari ni ada masa lebih sikit, mesti nak hantar komen. Any way, saya memang respek dengan lifestyle Irfan, simple je.

    Saya amat menyokong Ik bila part baca newspaper tu. Memamng hakikatnya lebih banyak berita negetif berbanding dengan cerita positif, baik lagi kalau buka blog motivasi atau blog ‘How to’ macam blog Ik ni.

    Plus, beli kereta mewah pun kalau tak minat pun tak best. Atau mungkin sekali Irfan pakai kereta sport?Hehe. Ik pandu kereta apa?

  10. Saya tabik kepada IK sebab walaupun dah jadi jutawan tapi masih lagi rendah diri dan lakukan apa yang disukai. Saya harap tabiat ini akan saya lakukan apabila saya dah jadi jutawan nanti. Anda adalah idola sebenar saya

  11. waaahhh..IK ni memang boleh jadi contoh sebagai Lelaki Idaman Malaya tau!mane taknyerk…kuat berkerja,financial mantap dan yang paling penting amat setia dan selalu meluangkan masa dengan isteri dan anak-anak.

    zaman sekarang nie bukan senang nak cari lelaki macam IK tau!!!!

    tapi kan yg part ade komp 6-7 bijik kat rumah tu..fuh!saya bayangkan rumah IK ni mcm kubu atau pusat untuk buat kerja spy2 and mcm pusat kawalan untuk org ke angkasa lepas,waaahhh…..canggih nyerrkkkk!! ๐Ÿ™‚

    http://www.azonta.com

  12. Assalamualaikum!

    1) ROCK! Utk saya ok aje. Tapi rock Melayu je le (tangkap leleh je). Masih ingat lagi, top three list saya Search, Wings dan Lefthanded (saya one of the member-maksud saya, KIDAL!).

    Elemen motivasi rasanya tak terhad dlm lagu ROCK saje. Ia lebih bergantung macam mana lagu tu ‘menyentuh’ kita. Saya pernah jadikan lagu Ella, tak ingat apa tajuk tapi sebahagian lirik menyebut – Jika mimpi masa silam bisa kusimpan dlm kaca jadi perhiasan, pasti aku abadikan zaman ria kanak-kanak….

    Lagu tu menjadi peneman saya masa study dan rasa terdorong. Dapat sijil dekan gak le. Bagaimana? Melodi agaknya. Fast and steady. ‘Gemuruh’ memang padat dgn dorongan. Bukan lagu tema ‘Gang Starz’ ke?
    Lagu Di Mercu nyanyian Ayu (juara One in A Million musim 2)- pun ada elemen motivasi – rentak slow le – tapi lirik berpengaruh)

    Bercakap pasal lakukan kerja dgn cepat, teringat 12 Mei terbaca dlm ruang EKONOMI-Berita Harian tentang Sidi Oraza (bekas pengarah dan pelakon – kini peniaga). Di China dia belajar bagaimana rakyat di sana boleh berjaya dlm perniagaan.

    “Antaranya ialah mereka makan, jalan dan berfikir dgn cepat, justeru apa saja boleh jadi. Malah hasil kerajinan dan kegigihan, Tembok Besar China dapat mereka bina”. Saya berfikir….Tabik gak kat Sidi ni. Moralnya : MESTI PANTAS DLM KERJA.

    2) Kekadang je beli suratkhabar. Tengok keperluan. Tapi Ahad – wajib, nak baca kolum Pancaindera. Ambil tau sikit pasal artis. Situlah saya belajar bergossip!

    3) Sukan – Opps dulu-dulu kat ITM rajin le jogging kat Tasik tu. Lepas tu pekena lak roti canai kat Seksyen 2. Baik tak yah kan! Hah! Hah

    4) Shopping – kat tempat yg bertema ‘Beli semua bawah satu bumbung’ Mudah! – siap semua.

    5) Gadjet. Hah jgn bawak banyak sgt. Nanti jadi Inspektor Gadjet lak. Saya bawa hp je. Satu lagi suka bawa buku. Baca ke teak no.2. Paling tak Mingguan Wanita. Dlm tu padat gak kolum motivasinya.

    6) Kereta – yg ‘waras’lah. Elok luar dan dalam. Yg penting saya kena baca doa naik kenderaan. Insyaallah kita akan dilindungi. Ada gak yg kata elok sematkan satu naskah Surah Yassin dlm kereta. Bukan tangkal tau. Tapi tempat nak letak tu kat atas lah, depan. Moga pelindung ayat tu lindungi kita sekali.

    7) Kat gerai – tengok ‘kondisi’. Biasanya paprik dan tomyam. Tipikal ke? Kalau tak ok – sup je le.
    Minum – Carrot susu. X arnab tau.

    8) Muzik – pandai dengar dan lihat org perform je. Tapi radio memang kawan baik saya. Celoteh Apek kat Era tu selalu je buat saya senyum sorang2.

    9) 1 desktop dan 1 notebook.

    10)Kat sini, saya macam org lain gak. Masa terluang dengan keluargalah. Anak-anak perlu perhatian dari ibu bapa. Mereka harta tak ternilai. Kalau jumpe kawan-kawan lame jarang yg tanya – rumah berapa, kereta berapa. Tapi anak berapa yeh!

    K selesai sesi suai kenal. Peh!

  13. Sekali lagi nak inform…takut terlepas pulak.
    P/S:Jangan luper kawan-kawan semua, saksikan IK dlm rancangan JANGAN TIDUR LAGI pada malam ini,pukul 11 malam di TV3 bersama hos sempoi Adllin Aman Ramli,artis jemputan IK(kira artis jugak!),Kak Ogy dan Noraniza Idris.
    Saya kalau ada IK dalam mana2 rancangan TV,susah nk missla!

    Jangan luper ya!

  14. jangan tidur lagi malam ini, first time seumur hidup saya menari zapin! takpe lah, adlin, kak ogy & noraniza idris punya pasal! ๐Ÿ™‚

    kalau buat head banging* ok gak… baru rock! ๐Ÿ˜‰

    ย *gurau je! jangan pegi buat head banging pulak… buang masa je. baik baca buku dari head banging.

    -IK

  15. menarik bakground irfan ni…
    memang simple sgt2…
    tapi laptop tu sampai 6-7 tu, habis guna ke???hehe

    han

  16. IK,kira oklah tu.pandai jugak IK menari.
    Semalam,tgah dok nak lena sambil tgk TV3 tiba-tiba terkeluaq pulak privew slot Jangan tidur Lagi,tgk2 ada IK…menari pulak tu!terus terjaga,segaq balik mata ni ๐Ÿ™‚

  17. Salam!

    Hah, anak last saya dh terperasan iklan kat TV tadi. Terjerit kecil dia kata, “Org yg dlm buku mak tu.” No.2 tanya “Yg mane?”. Dia terus ambil buku yg memang ada atas meja dan membelek. Katanya. “Ye la.” Terus baca, “JUTAWAN…” Saya senyum je.

    Saya pun nak nanti pukul 11 ni. Nak tengok gelagat IK.

    IK jgn le head banging. Nanti gegar lak kepala tu. Nanti kami tak leh tolong. Kami masih nak terus ikuti idea-idea dr geliga yg ada dlm kepala tu… Tapi IK, U memang rock.

    Ala, dah lama azan Maghrib. Mintak diri ye. Sama-sama kita bersantai pukul 11 ni.

    Wassalam.

  18. Kene tengok malam ni JTL apa2 kalau ada rancangan Ik mesti saya nak tengok. Ramai jutawan membeli barang2 yang mahal tapi IK lain dari yang lain.

  19. part suratkhabr tu…setuju sgt2…kalau baca h.metro…wajib..org mati…org mati..rompak.. eksiden…gaduh…pastu…artis…artis…artis..

  20. allamaaaaaaaak! den terlopeh laaa nak tgk IK “banging”!! cet!

    tak der recording @ youtube ker? trtdo ler tadiii… loteh sgt banging maso dlm keto tadi.. ๐Ÿ˜€ heheee..

    *
    P/S: Try Megadeth (Cryptic Writing 1998 ) -Trust. Love to tune in to this first thing on the way 2 office. Tak payah whole song, first 60 seconds dah cukup, sure bangging punya! Ahaks! ๐Ÿ˜€

  21. salam.. IK

    selalu dgr name IK, tp x pernah bace blog @ web psl IK.. so semlm tgk JTL ade IK then pg ni bukak internet terus cr IK blog ๐Ÿ™‚

    interesting ๐Ÿ™‚ so, adik nak baca blog dulu..

    peace!

  22. Irfan, kita sama.

    Saya selalu beli baju kat Factory Outlet Store juga. Sebab, simple dan selesa.

    Gaya pemakaian kita juga hampir sama!

    Nanti kang jumpe ada yang srupe kaler tak? ๐Ÿ˜€

    -Shueqry-

  23. Irfan….malam tadi saya ada tengok kat Jangan Tidur Lagi punyer rancangan….masuk je jam 11 malam terus je tinggal keje lain sebab nak tgk IK.Kawan saya siap call lagi suruh tgk IK kat Tv3..padahal saya da terpacak dah kat depan tv tu…hahaha.

    anyway thanks utk semua info dan perkongsian sepanjang rancangan tu..tapi Adlin ckp nak tunjuk rumah Irfan..xde pun.. ๐Ÿ™

    tapi kan bila yg part Irfan menari tu..memang saya tergelak habis..:)
    cam comel-comel jerk menari mcm tu.

    but tahniah coz atas kejayaan.bukan sahaja dipandang oleh org yg ada dlm bidang biz jerk..tapi bidang lain pun pandang tinggi!

  24. Best gler..tgk MR.IK smlm mmg sempoi habis,rugila siapa2 yg x tengok tu..semoga ik terus success dlm hidup ek..motivasi,nasihat ik amat berguna buat kami semua..ik adalah rolemodel yg ok… sangat2 happy sokmo,x pernah miss tengok ik tau..

  25. Salam 2 everyone.

    Hai..i baru join kat sini.So this gonna be my first comment. Frust bangat biler x dpt tngk JTL malam tadi. i dpt tau pun masa tngh dok borak ngan my sis cz dia sibuk nak pinjam “NOTA JUTAWAN NOTA MOTIVASI” IK..which i baru beli minggu lpas.Nak khatam kan 21kali baru boleh faham mcm kata DR. Fadzilah Kamsah.(baru 2 kali khatam since beli hehehhe)..

    Nak story sket abt me..i ni baru jugak berjinak2 dgn IT & ICT.which i mmg takde pun background on it.I dulu secretary for almost 10yrs tp penat keje 9-5. so i cari la kije apa senang buat kat umah. ONLINE!! I dulu pun join one of the ICT compny. Siap pi buat talk (roadshow)..(mls nak comment pnjg sbb nk jaga hati pihak lain).So from there i bnyk belajar dr KEGAGALAN.I mula jatuh cinta dan mula baca buku2 motivasi tntg IT & ICT termasuk IK ;)coz for me mmg kna timba dulu ilmu dan motivasikan diri sblm buat sesuatu (biz, etc)..Now i rasa mmg i nak concentrate on this biz. I ada few ICT systems tp tak dpt idea bgus sngt utk buat duit form all this system. Nak join on 25th ni tapi dh ada agenda lain (cuti sekolah) huhuhu .. By joining this blog, hopefully dpt bnyk info yg membina n share ideas wt all of u here esp. IK ;)..

    Ok all,jmpa lagi kat sini bila free..have a great day everyone..

    p/s: IK, next program u nanti update lah ye..i MESTI nak join..

    UMยฎ

  26. terima kasih atas sokongan semua. siapa tak tengok janagn Tidur Lagi, melepaslah tengok saya menari Zapin Peringkat Langit Mendung-7 ๐Ÿ™‚

    sebenarnya recording JTL panjang lagi sikit… bagi yang tengok pasti nampak potong2 sana sini… banyak gak di potong time kami gurau lebih2 dengan Ogy & Adlin. Tu yang best… tapi, nak mencukupkan masa slot, tu yang kena potong.

    -IK

  27. Tuan Zamri, itulah saya gelak juga tengok Adlin gelak. Mungkin beliau ‘expect’ sesuatu yang ‘heavy’ dari Irfan.

    Overall, Irfan memang happening la..Siap Adlin ‘jek’ sponsorkan tayar utk drift dia ya ๐Ÿ˜€

  28. salam Hormat dari saya,Adie…saya sudah membaca about IK iaitu Tips mendisplinkan diri,memotivasikan diri dan ia meberi saya satu semangat di mana saya rasa saya pun leh buat sperti apa yang IK lakukan sekarang…Saya mengenali IK dalam talk show di TV3 iaitu Jangan Tidur Lagi pada pukul 11:00pm tarikhnya 14 May 2008…saya terkejut kerna anda adalah Jutawan di usia muda…saya minta maap kerna tidak mengenali kamu lebih awal…maybe saya leh mempelajari teknik apa yang anda lakukan sehingga anda berjaya dan digelarkan ‘Jutawan Muda’…saya ada membaca tentang 55 bidang perniagaan,tentang website yang jual itu ini(saya lom semak laghi la website semua tuh coz tujuan saya ingin mengetahui akan rahsia apa yang anda lakukan)dan tentang ‘Klon’ guna name kamu tuh saya x heren(kalu leh tangkap aje!!!Hampeh tul!)…Ok balik pada pertanya saya arap IK leh bantu saya…saya buat semua ini tujuan for my future…Important for me is family n my family(wife n kids)…I need ur help for teach me n I wanna learn more about dis busines…if anything probs I appriacte because u help me n us…saya penah melakukan satu marketing(rasanya x yah la sebut name marketing tuh) dan saya menghabiskan duit agak banyak dalam busnies tuh but(Hampeh)x bawa kemana…IK pepaham aje ketika itu saya dalam kebuntuan bak kate pepatah ‘sudah jatuh ditimpa tangga’,nak buat macam dah nasib lumrah di dunia ini…Saya ketandusan idea bagaimna nak menguruskan prniagaan arap IK leh bantu saya…selepas itu saya tidak lagi teringin or melakukan sebarang busnies(tuh makan gaji aje nieh!!!)tp after semalam IK telah memberi saya satu nafas baru di mana saya tertanya-tanya shiapa Irfan Khairi?dalam pada waktu yang sama saya termenung,kenapa?sebabnya kamu jadik milioner di usia muda!!!25 tahun!alangkah senangnya ketika itu,kan?saya cume berharap IK dapat mengajar saya akan perniagaan ini kerna kalu boleh saya nak bantu keluarga saya yang leh dikatankn Hujung Nyawa…Ini saya citekan kisah hidup saya…

    kalu IK nak tahu dulu kami sekeluarga ada restoran tp disebabkan hasad dengki manusia perniagaan kami ditimpa pelbagai masalah…(Sukar nak melupekan kenangan ini!!!)Akhirnya kami sekeluarga jatuh…pada waktu itu saya rasa sperti nak M***(waktu saya PMR…)persekolahan saya speti biasa cume saya lebih berdiam diri daripd menceritakan semunya…biasalah kalu dah mendiamkan diri maka makan diri,selepas abis sekolah menengah,saya memutuskan tidak mao sambung belajaq(dalam hati teringin belajaq)kerna saya ingin bantu keluarga saya…saya lakukannya demi keluarga saya,saya x kisah akan kehidupan saya kerna saya rasa x mampu berdiri laghi…sejak akhir tahun 2005 saya sudah berkerja d salah sebuah restoran di area alor gajah,melaka.Kini sudah hampir 3 tahun saya d sini tp kehidupan keluarga saya tidak berubah…saya cume mengharap akan keajaiban…kalu keajaiban itu datang dari saya s’ri(sendiri),saya sanggup lakukannya demi tuk keluarga saya dan adik-adik saya yang mereka s’ri masih lom taw akan kehidupan sebenar…cukup la saya dn yang lain rasa pedih akan semuanya saya cume x mao adk-adik saya pun merasa sama…saya cume harp saya dapat membantu adik saya belajar sampai menara gading…biaq saya BODOH jangan adik saya BODOH…biaq saya x menerima sijil asalkan adk saya dapat memegang sijil…saya kalu boleh nak melihat ibu dan bapa saya pegi menunaikan umrah dan haji sebelum saya tutup mata tuk selama-lamanya…Itulah sebabnya saya sanggup lakukan semuanya demi mereka…arap IK dapat mengajaq tentant busines ini…

    pasai idea itu saya cume tertanya-tanya…Bolehkah kite menjual barang makanan?like Roti Canai?or makanan itu diperbuat daripada tepung?mcam Kuih ghayer(impian kakak saya,arap saya dapat lakukannya)x pun chocolate?
    lagi satu saya ingin menanya pada IK,kamu lakukan perniagaan ini perlukn modal,kan?adakah besaq modal tuh?4 or 5 angka?
    bagaimana anda melakukan perniagaan ini yang sebenarnya?
    Saya arap kite dapat bekerjasama…Kalu x secara depan secara on9 pun saya x kisah asalkan saya dapat menimba ilmu akan perniagaan sperti ini…

    – Adie69_Myspace

  29. misslah program JTL semalam.. Biasalah kalau kerja 9-5 ni memang tak ada masa nak tengok tv. Tak ada recording ke??.. TV3.com pun cuma tunjuk program lama je ..

  30. Assalamualaikum!

    Saya bukan dlm golongan yg terlepas tengok IK mlm semalam. Amboi2, ewah! Bukan main lagilah die menari. Tu zapin ke ‘canggung’? Nampak macam kekok je. Sorry! Gurau. First experience kot. Namun, faham saya yang IK just try to be sporting. OKlah tu. Kalau pasang sayap, gerenti terbang tinggi. Like an angel. Sambung lagi…

    Siap count down nak tunggu detik 11 tu. Call masuk, tak angkat tau. Punyelah nak tengok IK.

    Pemerhatian sayalah (maaf kalau salah), IK ni berimej ‘boyish’ dari rambut sampai pemakaian. Sesuai le ngan orangnya. Kami semua suka IK seperti sekarang, asalkan IK selesa.

    Harap IK lebih maju lagi dalam apa yg diusahakan. Carry on being yourself, coz we like IK just the way you are.- Sederhana dan kool.

    Wassalam.

  31. habislah…lepas ni mesti peminat IK berpusu pusu beli baju kat factory outlet n rjct shop, hehe..

    saya pun apa kurangnya, carik chance jugak nak bump into IK..ehehehe

  32. Salam!

    Thanks! seri, tu le letak perkataan ‘bukan ke’ (ingat-ingat lupe). Ada gak orang yg obeserve. Bnyk tul relity show. Lagipun LGStarz tu rasanya kurang popular. Anyway thanks once again. Have a nice day!

    Wassalam.

  33. huhuhu jealous tau x tngok IK joget zapin@canggung tu ๐Ÿ™

    Anyway, mmg salute la anak melayu cam u IK! Keep up a gd work dear!

    UMยฎ

  34. Wah minat Linkin Park tu.. Caiyok2…

    Saya setuju tang pakai keta mewah dan baju mahal2 tu..
    Itu terpulanglah pada masing2 kan..
    Apek kedai pakai pagoda ngan seluar pendek tapi pegi bank masuk duit berkepul2 duit dia..
    Kita yang gi bank pakai baju smart2 nak keluar duit.. Tu pun adalah 2-3 ratus ringgit. malu je kan..

  35. Salam!

    Senario Adie669 membuatkan saya terpanggil untuk berkongsi sesuatu. Saya ni bukanlah sesiapa nak beri komen atas masalah anda. Namun sebagai insan kita sedarilah bahawa kita diciptakan memang untuk diduga. Bersabarlah!

    Apa sahaja yg titurunkan Allah kpd kita berupa cubaan. Jangan kata kita dicuba hanya waktu kita kesusahan sahaja (dr. segi kewangan, kesihatan,atau apa sahaja yg mungkin menggoyah diri kita). Waktu senang (serba cukup) juga kita sebenarnya sedang diduga. Apakah dalam kedua-dua suasana itu kita ingat dan insaf dengan kekuasaan Allah?

    Sewajarnya kita perbanyakkan Istighfar waktu kesusahan dan berusaha memperbaiki keadaan dan tidak berpeluk tubuh. Usahalah biar lambat atau cepat ikut kemampuan. Orang yang berusaha menanam, Insyaallah pasti satu hari akan merasa menuai. Jangan kita terlupa untuk amalkan ayat-ayat Al-Quran sebagai benteng kerohanian.

    Surah Al-Waqiah wajar saudara dampingi. Ketahui khasiatnya, yakini dan amalkan. Insyaallah, percayalah janji Allah tiada dusta.

    Ayat Seribu Dinar juga tidak kurang hebatnya. Kombinasi keduanya pasti berhasil. (Disertai usaha). Insyaallah jalan akan terbuka dan akan ada perubahan. Al-Insyirah pelapang dada.

    Jika dalam kesenangan, kita masih diduga…Apakah kita bersyukur atau sebaliknya. Ini juga kebimbangan saya. Pernah saya terbaca dan terdengar bahawa dugaan waktu senang tu lebih hebat dari diwaktu susah. Sebab kita manusia mudah alpa. Sebab itu kita selalu baca ramai sahabat di zaman Rasulullah termasuk Rasul tercinta memilih hidup biasa berbanding disalut kemewahan. itulah kelebihan umat dahulu berbanding kini.

    Saya teringat tentang kisah yang amat mengharukan saya dan begitu menyentuh yang dibaca dimana (jika tak salah ingatan saya). Rasulullah pernah dalam kesukaran dan kelaparan sehingga malaikat mendapat perintah Allah untuk memberikan kemewahan kpd beliau (gunung dijadikan emas) tapi ditolak. Beliau cuma menginginkan untuk kenyang sehari dan lapar hari berikutnya (bergilir) demi supaya dapat mengucap syukur pada saat kenyang dan merintih memohon pada Allah disaat lapar.

    Untuk kita zaman ni, cukup baik andainya dapat manfaatkan kedua-dua suasana hidup tu untuk menginsafi diri. Kedua-duanya mempunyai hikmah dan kita berbekallah dengan keimanan juga usaha didunia ini kerana satu waktu kita akan dipersoalkan mengenainya.

    Kita tak semaksum dan semulia Rasulullah atau setabah para sahabat. Namun kita wajar beriktibar atas sirah beliau dan usaha mencontohi sahabat baginda….

    Hanya Allah lebih Tahu..

    Wassalam.

  36. Assalamualikum……
    Kepada abang Irfan saya kini berumur 23 tahun dan bercita-cita untuk membuka sebuah pusat cyber yang berkongsepkan Pendidikan Kemahiran Teknikal.Ini adalah kerana saya Lepasan sijil Dari Institut Latiha Perindustrian,dalam jurusan Rekabentuk Produk Industri.Saya ingin meminta pendapat daripada Abang apakah langkah2 utama yang saya harus lakukan,kerana saya tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan namun saya amat berminat sekali untuk membuka pusat cyber tersebut.

  37. assalamualaikum..

    ni kali pertama saya berjinak2 dgn internet..
    harap2 saya mempunyai kekuatan untuk meneruskan apa yang telah saya mulakan.

    saya dan suami merupakan salah seorang peminat abang.kami cuba mengikuti jejak langkah abang untuk mengubah hidup dengan internet.

    setahun lepas kami telah membeli buku abang,RAHSIA JUTAWAN-JUTAWAN INTERNET TERBONGKAR.kami cuba fahami dan dalam usaha untuk mempraktikkan apa yang terkandung di dalam buku tersebut.

    sebagai langkah permulaan,sekarang kami telah mempunyai laptop dan broadband.kami juga teringin sangat untuk mengikuti kursus satu hari yang abang anjurkan.tapi saving belum cukup :).

    saya harap dapat nasihat peribadi daripada abang satu hari nanti.saya cuba usahakan untuk mengikuti kursus yang abang laksanakan.

    semoga suksess selalu. ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published.