10 perkara yang “mungkin” anda tidak tahu mengenai saya…
1. Dalam kereta IK selalu buat apa?
Saya pasang lagu rock. Lagu rock, walaupun bagi sesetengah pihak membingitkan telinga, tetapi, bagi saya, saya grow up dalam zaman rock. Bila pasang lagu rock, ia memberi motivasi untuk melakukan kerja dengan lebih cepat. Lagu favourite kini, “Gemuruh” Faizal Tahir (ada elemen motivasi dalam lagu tu… cuba dengar, saya tuju pada anda) dan juga Linkin Park & All American Rejects.
2. IK suka baca akhbar apa?
Honestly, saya jarang-jarang-jarang beli newspaper. Saya jarang baca newspaper sebab bagi saya terlalu banyak berita-berita negatif dalam akhbar. Dalam akhbar, lagi banyak berita negatif berbanding positif. Dan sekiranya saya baca, saya akan rasa “down” apabila membaca kisah2 negatif. Untuk keep me positif, saya ambil keputusan untuk tidak baca newspaper.
Beli newspaper pun, bila diri sendiri keluar dalam paper ๐
3. IK minat bersukan? Sukan apa?
Sukan yang selalu saya main adalah “Snooker”! Ok, saya tahu, anda akan kata… “Snooker??? bukan ke itu sukan mat-mat rempit??”
Sebenarnya saya aktif main Snooker ketika di UK. Snooker adalah sukan ke-dua paling popular di UK (pertama football). Dan di UK, sukan Snooker memang class… bukan seperti yang sering di lihat di Malaysia yang sering dikaitkan dengan budak2 nakal. Sukan snooker di UK adalah sukan yang bersih & sihat. Siapa yang tak kenal Jimmy White, Steve Davis, Ronnie O sullivan antara top players Snooker di UK.
Bila di Malaysia, agak kurang sikit kerana Snooker sering di kaitkan dengan aktiviti kurang sihat. Kadang-kadang je main ๐
4. IK selaluย shopping di mana?
Haa.. yang ni jangan terkejut. Saya jarang beli baju mahal-mahal… jadi, tempat pilihan saya beli baju adalah di Reject Shop atau Factory Outlet Store. Sebab utamanya adalah, sejak saya masuk media, saya selalu perlu beli baju2 baru. Takkan masuk TV pakai baju sama je (maklumlah, takde sponsor!). Kalau setiap minggu masuk TV habis RM100-RM200, pikir 2-3 kali juga masuk TV ๐
Lagipun, kalau saya pakai baju “tak branded” pun, orang still akan ingatkan baju saya jenis2 branded ha ha. Kira macam Michael Jackson kalau pakai baju pagoda putih pun, orang ingatkan harga ribu-ribu ๐ Kalau saya pakai Roleh ciplak pun orang ingat saya pakai Rolex ori, betul tak?
Saya percaya kita pakai atau beli apa sahaja mengikut keselesaan kita. Kalau kita selesa pakai baju sederhana, apa salahnya. Kalau kita selesa pakai baju branded pun, takde salahnya. Duit usaha kita sendiri ye tak? ๐
5. Apa gadget2 atau barang elektronik yang IK selalu bawa ke sana sini?
Seperti orang lain, tentu handphone. Sebagai tambahan saya ada ipod touch (untuk pasang lagu-lagu rock!) dan juga kalau travel jauh saya bawa PSP so boleh main game time-time travelling ๐ Bagi yang minat game, sekarang saya main Final Fantasy Crisis Core.
6. Mengapa IK tidak memiliki BMW atau Mercedes? Bukan ke semua jutawan miliki kereta camni?
Jawapannya lebih kurang no.4. Kita beli apa yang kita minat dan suka… unfortunately (atau fortunately!), saya kurang minat kereta-kereta mewah. Bagi saya, ia tidak kena dengan jiwa saya dan juga personaliti saya… bagi mereka yang pernah jumpa saya pasti tau saya ni jenis yang amat-amat simple… jadi, sedikit “hipokrit” lah kalau orang macam saya bawak kereta-kereta besar.
Sekali lagi, kita lakukan apa sahaja untuk keselesaan kita. Kalau selesa bawa Mercedes, maka, Mercedes lah pilihan utama… kalau selesa pakai kereta lain, pun tak mengapa. Janji ia menggembirakan kita dan kita tidak lakukan untuk “impress” orang lain.
7. Kalau makan kat gerai IK suka order apa?
Nasi Goreng USA & fresh orange. Sebab? Mudah nak order… ada nasi, telur, daging, buah sekali harung ๐
8. IK main muzik?
Main guitar sikit-sikit… belajar sejak di ITM. Maklumlah, masa student dulu time-time lepak, main guitar untuk buang masa. Saya ada 2 guitar acustic & 1 guitar electric. Tetapi guitar electric saya telah souveneer kepada jiran saya di Seremban sebelum pindah ke KL! Siap autograph lagi. (Muzamil, kalau terbaca ini, u are one cool dude!)
9. IK ada berapa banyak computer kat rumah?
Ada 6-7 (tak ingat). Satu desktop yang lain notebook. Rumah ada Wi Fi, so, tak kira dari bilik mana, boleh capai computer and buat kerja apa yang patut ๐ Maklumlah, kerja Internet. Kalau tanya anak saya “Besar nak jadi apa?” jawabnya “Nak work Internet” (4 tahun)
10. Masa lapang suka buat apa?
Berjalan dengan isteri & anak-anak. Jarang sekali lepak dengan kawan-kawan… dah takde masa. So, time-time free, lepak dengan isteri & anak-anak bawa berjalan. Kalau anda terjumpa saya mana-mana jangan takut tegur… saya tak makan orang.
Kesimpulan REALITY hari ini: Saya pun orang biasa juga… tiada yang luar biasa ๐ Anda bagaimana?
ps: Jumpa saya & Ikon jutawan Dr Azman Chin di Hilton, KL Sentral malam esok, Khamis 15hbย ย (8 malam-10 malam). Ada tips-tips jutawan… PERCUMA untuk seisi keluarga. Sempena taklimat MIBO. Boleh anda lihat “kebiasaan” saya & Dr Azman Chin (Azman Chin luar biasa sikit!)ย ๐
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Saya ingat saya paling rugi kerana tak beli & baca suratkhabar, rupa-rupanya ada juga jutawan yang tak baca suratkhabar. Memang betul, baca akhbar membuatkan saya kekadang ‘down’ sebab banyak isu negatif. Tapi ada jugalah yang buat saya bersemangat iaitu bila baca bab perniagaan dan motivasi. Apapun kini saya pilih berita akhbar di internet saja. So pilih yang positif saja.
Assalamualikum…TAHNIAH ik
sronoknya baca comment korang sume…
macam2 ada…heheheheheh
to IK thank u very2 much 4 d great workshop last sunday(25/05)…memang best giler lah…slalu saya ni kalau g apa bengkel/ceramah msti mata akan layu..tak bnyak sket mesti ada..tp bgkel IK saya sikit pun tak rase nak lelap..tetiba je IK cakap “kita abis lewat sket boleh tak..” actually, lewat banyak pun tak pe…hehehe..rasa macam tak puas…bengkel tu memang lengkap,tp saya ni yg rasa macam ada tak puas sikit…manusia..hehehehe…
semangat sgt2 nk mulakan bisness…hehehehe
doakan saya yeee IK…
**pasal taklimat mibo d KL n JB tu..dr.IK ke speaker???
Salam IK
Jujurnya saya amat kagum dengan anda, khususnya mengenai diri anda. Saya amat terpegun dengan kesederhanaan hidup anda walaupun telah bertitle ‘JUTAWAN’. Anda telah menyedarkan saya bahawa bukan semua JUTAWAN ingin hidup sebagai seorang JUTAWAN.
Moga kesederhanaan ini menjadi contoh kepada semua yang telah bergelar ‘JUTAWAN’ dan bakal memegang title ini. : )
IK!! nak tanyer ni..FF crisis core tu main Yang pirate nyr ker pakai disc UMD??
ik adalah seorrang yang luar biasa bukannya biasa…