08-08-08 Cinta di lahirkan!

Hari ini antara hari gembira saya sekeluarga. Bukan sebab malam ni bermulanya Olympic, atau hari ni nombor ong 🙂

Tapi hari ni, 08-08-08 hari menyambut kelahiran baby girl saya (dah masuk anak ke-4- sepasang lelaki & sepasang perempuan). Perlu ramai anak, lagi murah rezeki InshaAllah!

straw.jpg
Cinta di lahirkan di hospital Gleneagles Ampang

Alhamdulillah ibu baby & baby girl sihat walafiat. Lahir pada jam 3.08pm berat 2.75kg.

Bila tengok the new baby terasa teramat syukur dengan segala pemberian Allah SWT kepada saya dan keluarga. Deep inside, this is the best reason being a work-from-home parent.

Sejak anak pertama lahir 6 tahun lepas, saya dan isteri sudah berkecimpung dalam perniagaan Internet. Setiap hari dapat melihat anak-anak membesar dan kami semua memang rapat.

Sebab itu juga kami tak pernah ada pembantu rumah, sebab both kerja di rumah (melainkan bila saya ada jemputan, ada program atau meetings).

mestraw.jpgIt’s always a personal mission of mine untuk melihat lebih ramai ibu & ayah bekerja di rumah, dan one of the reason saya mempromosikan perniagaan Internet.

Apa lagi reason terbaik kalau bukan dapat bersama anak-anak kan?

Alhamdulillah, sehingga kini ramai juga yang telah membaca buku/produk dan hadir program saya telah berjaya menjadi stay at home parent.

Kalau tak dapat dua-dua di rumah, sorang pun memadai bukan?

I can’t stress enough how Internet business is the perfect business for parents at home. Tak seperti perniagaan kecil-kecilan yang lain, perniagaan Internet we can trully run from home pada modal yang rendah. I know sebab saya telah lakukannya selama 10 tahun!

However, ia bukannya “easy money”. Perlu berusaha, dan dalami ilmu perniagaan Internet.

Saya selalu promote program saya, bukan sekadar promosi sahaja. Tetapi, sebab saya sendiri tahu bahawa ramai yang follow through the course telah bermanfaat dengan workshop ini dan berjaya memulakan perniagaan Internet dari rumah.

Extra bonus for me kalau mereka menjadi stay at home parent 🙂

Bila tengok my new baby girl, terasa amat peaceful dalam hati. Tengok di luar tingkap suite hospital di KL ni, dah mula nampak kereta beratur traffic jam. Mula orang ramai pulang ke rumah dari pejabat…

Alangkah bestnya kalau mereka semua mulakan perniagaan Internet. Very peaceful… no more jam & more time at home with kids!

Kalau anda working parent and nak give perniagaan Internet a shot, Klik sini untuk maklumat lanjut.

Why not give it a chance? Kalau bukan for the money pun, why not untuk peluang kerja dari rumah? 🙂

BTW… siapa nama baby girl 08-08-08 yang ini? Namanya…

Cinta Strawberry Abadi

Welcome to the world!!!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

396 thoughts on “08-08-08 Cinta di lahirkan!

  1. Tahniah… tahniah… tahniah!! InsyaAllah baby girl yg lahir pada tarikh yg begitu special ni akan membawa lebih tuah dan rezeki kpd Irfan and family… Ceasarean ke? Klu normal delivery, mmg bukan senang nak dpt tarikh yg sebegini cantik!

    Saya pernah nyatakan byk kali… bab mahukan lebih ramai parents bekerja dr rumah… saya dan Irfan mmg sekapal. Atas alasan tdk sanggup tinggalkan anak utk keluar bekerja la saya mencari alternatif lain dan Alhamdulillah lps baca buku RJJIT, saya dah temui jawapan kpd pencarian saya selama ini! Sekarang pun laman web perniagaan saya dah masuk 2 tahun dan dah mula menampakkan hasil yg semakin memberangsangkan. Customer saya ada yg dr US, UK, Jerman, Jepun, UAE… Alhamdulillah…

    Bagi anda di luar sana yg masih ragu2 utk memulakan bisnes internet dan bekerja dr rumah… buang jauh2 rasa ragu2 tersebut! Tak perlu berfikir terlalu lama… klu ditakdirkan rugi pun, takkan jadi muflis dengan hanya melaburkan

  2. Woooooooooo!!!!…cutenyaaaaa….Alhamdulillah sangat Sifu! Bro dah sangka dah semalam tak jadi keluar, mesti hari ni laa ONG MAAA!

    Sayangnya I kat luar KL sekarang ni, if not I dah datang dah kat your suite tu.

    To Shaz ~ Respect betul kat you Shaz …senang betul you melahirkan anak. Then, dpt gilir-gilir lak tu. Im sure wajah you as always, tenang dan ceria I guess. Maklum lah dah berpengalaman, 4th time dah. My regards to you.

    Sifu, hari tu I guess nama Cinta Abadi kena…tapi Strawberri tu memang tak terfikir langsung!! MEMANG HEBAT!! Nama anak pun begitu unik sekali!!! Seperti papa dia jugalah.

    Congrats man! I anvy you laaa, lama dah nak baby girl 😆

  3. Tahniah atas kelahiran a cute baby girl on 08-08-08! Semoga kehadirannya menambahkan kebahagiaan & keserian serta diberi rahmat oleh Allah dalam hidup Irfan sekeluarga.

    All the best for you & your family. I wish I can be part of “work from home parents”. WIsh me luck!

  4. tahniah ye IK…..
    name baby pun sgt best……..
    tambah2 lg lahir pada hari yg special ini…..
    semoga Allah berkati fmly IK…..
    ape2 pun boleh dijadikan sbg panduan kpd sume org supaya dpt bekerja di rumah di samping dpt melihat anak2 membesar dgn penuh kasih syg….
    tahniah skali lg IK……
    semoga ape yg IK kecapi dpt memberi dorongan yg berguna kpd sume org…….

  5. tahniah my sifu mr. Irfan.
    Pada mulanya saya tidak mengambil berat tentang apa dan di mana saya bekerja kerana masih belum mempunyai cahaya mata. But, trust me selepas kelahiran anak saya yang sulung perkara pertama yang bermain dalam fikiran saya ialah bagaimana saya ingin meluangkan masa dgn anak saya.
    Alhamdulillah somebody came at the right time. The person is Irfan Khairi.
    Thanks a lot sifu..

    ==========================================
    Dapatkan rahsia terbaru meningkatkan minat
    anak-anak anda untuk belajar :
    http://www.kamusgambar.com/
    ==========================================

  6. Congrats IK, wh dah 2 pasang yek, bukan senang ni.”Alangkah bestnya kalau mereka semua mulakan perniagaan Internet. Very peaceful! no more jam & more time at home with kids!
    Ye memang inilah impian saya dan harapnya menjadi harapan ramai orang di luar sana.

  7. Alhamdulillah.. tahniah irfan.. bestnye dpt parent yg work from home.. kan best kalau sy pun leh keje dr rumah.. tp bkan sng parent, sbb xkahwin lg.. hehe.. :p

  8. Assalamualaikum,

    1)Tahniah ! Mmg “very peaceful” tengok babies, esp. newborn babies….(maklumlah, babies takde/tak banyak dosa…..)

    2)Very unique and artistic nama baby IK, Curious nak tau nama2 3 orang anak2 IK yang lain tu (kalau tak keberatan lah..).

  9. aha…terror jugak saya ni kan..saya dah teka kelmarin mesti nak dapat chyamata..Alhamdulillah…Syukur ke Hadrat Ilahi kerana telah selamat deliverkan anak yang agak comey…tahniah utk IK n Wife,(bila tgk baby,teringin pulak nak dapat baby baru-anak bongsu bru 1 thn),seperti k.mazni, saya juga menyeru para ibubapa yang dah terlalu sibuk diluar sana,balikla tengok anak2 anda dirumah disamping menjana pendapatan dirumah,saya telah mengikuti workshop Dr. Irfan, memang berbaloi sangat,saya berani gerenti, sesiapa yang menyertai workshop,pasti pulang dengan kotak fikiran yang telah dibuka untuk RM masyukkk!!!percayalah..dan yang paling penting, kasihanilah anak anda!mereka perlukan Bimmbingan kita, bukan bimbingan bibik dan jiran kita, tapi ibubapa mereka sendiri..

  10. Salam buat IK sekeluarga,

    Tahniah dari kami sekeluarga. Bila hari2 mengadap kerenah anak2 kadang-kala sgt memenatkan. Tapi bila merenung jauh di dlm matanya, Ya Allah. Inilah diriku..yang masih kecil dan sangat memerlukanku. Ini yang buat saya ‘kepit’ anak2 kemana2. Hatta pegi KL jumpa IK pun angkut walaupun cuma balik hari. Ada orang kata hei! kesian anak2 tu. Tapi bagi saya biarlah mereka didepan mata dari di luar sana xtau nasib mereka..Kena dera? Kena culik? Hei! NA’UZZUBILLAH…

  11. tahniah! paling menyeronokkan bila mendapat zuriat kita kan!?

    apa pun semoga dikurniakan rezeki yg berlipat kali ganda dan dirahmati.

  12. Tahniah Irfan kerana mendapat cahaya mata baru , saya pun dapat cahaya mata jugak pada 29/07/2008 ,baby girl berat lebih kurang 2.6 kg. Alhamdulillah memang benar kata Irfan mengenai kesyukuran apabila kita keluar dari pola kerja makin gaji . Kena berniaga beb baru rocks.

  13. Mazny > Normal delivery, bukan ceasarean. kalau nak tau caranya, read the next msg…

    Razzi > Shaz dari mula pregnant dah “The Secret” kan tarikh 08.08.08… so, tu la cara nya… baca buku “The Secret” Law of Attaraction 🙂

    Lagi hebat Shaz punya “The Secret” kalau banding dengan u 🙂

    mshalim > thanks and congrats in your biz. Kena tambah lagi Internet biz so jadi multiple streams of income. ok?

    mm > nama the rest of the kids, Ilham Abadi (6), Kasih Kamilia Abadi (4), Ikhlas Abadi (2) and latest Cinta Strawberry Abadi (1 day old) 🙂

    adia > congrats sebab berjaya make RM from home. Boleh jadi work from home parent juga 🙂

    Leana > betul tu, tak salah kepit dengan anak2 ke mana-mana… especially masa mereka kecik. kalau dah besar, mereka lak tak nak kepit dgn kita 🙂 also, young kids mesti lagi suka keluar dengan parents dari tinggal rumah without parents.

    aida6907 > kami suka kasi nama anak2 unik… yang girls, yang first nama bunga, the 2nd nama buah pula 🙂 nasib baik tak kasi nama “durian”. 🙂

    Thanks all for the kind wish!

    Ini artikel saya di New Straits Times April 2007 di mana saya sebut tentang keinginan saya untuk parents kerja di rumah:

     

     

    â€If one parent can stay home with the family and take care of the children as a result of starting an online business, that is good enough for me,” says the father of three children. (now 4!) 🙂

    http://www.irfankhairi.com/blog/highlight/young-internet-savvy-and-rich/

  14. Tahniah IK & syaz! Saya pun tumpang gembira melihat baby Cinta Strawberry Abadi……alaaa, comel 🙂 Dengar nama anak-anak IK je orang dah tahu, oo..orang Melayu ye 🙂 Tahniah sekali lagi!

    Saya juga doakan semoga hasrat IK tercapai. Esp untuk wanita. Banyak fitnah boleh berlaku kalau mereka kerja di luar dan anak juga turut mendapat kesannya.

    Ada orang fikir, anak masih kecil2 masa tu lah nak kumpul duit banyak2. Tapi, ramai orang terlupa, 6 tahun pertama bagi seorang kanak-kanak adalah tahun-tahun yang sangat penting, di mana akan terbentuknya asas IQ, EQ, dan SQ dan akan dibawanya sehingga dewasa kelak.

    So, kalau anak nakal, tak dengar kata, tak sayang mak bapak, kita tidak boleh salahkan anak. Sebagai ibubapa, kita kena periksa diri kita dahulu. Sudahkah kita menjalankan tanggungjawab dengan sempurna?

    Anak bukan hanya perlukan wang dan makanan sahaja. Tetapi anak-anak sangat memerlukan belaian kasih sayang daripada ibu bapa.

    Sama-samalah kita berazam untuk menjadi ibu bapa yang boleh dicontohi oleh anak-anak kita dan lagi bagus kalau dapat jadi work-from-home parent 🙂 Aamin.

  15. Alhamdullillah…. syukur dan semoga Allah merahmati semua ahli keluarga Irfan…
    akak sangat dan teramatlah TERUJA dan senang hati bila adik dapat baby pada tarikh 08.08.08 dan jatuh pada Jumaat pula tu…. kelmarin akak sembang ngan abang (suami) bertuahnya insan yang lahir hari ni..08.08.08… rupa2nya adik idola kakak pula yang dapat … Tahniah!! buat adik sekali lagi… rezekipun makin bertambah juga… cium sekali buat baby ye

  16. Salam,

    Tahniah diatas kehadiran org baru
    Cantik dan unik nama tu tambah pulak tarikh lahir yg ada ong (kepercayaan org cina).
    Muga murah rezeki

    Saya berharap utk jadik mcm Irfan suami isteri bekerja dari rumah.Sekarang nie tengah menimba ilmu.

  17. Tahniah

    Wah.. dah menang satu dari saya ni..

    Betul kata  IK Bekerja dari rumah membolehkan kita rapat dengan anak-anak dan keluarga dan bebas melakukan apa yang kita suka. Life is short.

    Berkat tunjuk ajar sifu, saya dah 2 tahun lebih kerja dari rumah jer. Walaupun ada pejabat, semuanya guna remote dari rumah. Simple business model.

    Tahniah sekali lagi.

  18. Hi Doc,
    Warmest congrat to you and family for the new baby. Semoga membawa lebih makna dalam hidup anda, your family bertambah ceria, panjang umur dan murah rezeki.
    I’m also a proud father of 4 as well. One day will become fulltime “househusband” to follow your footsteps.

    Best Regards,
    Haron.

  19. Congratulations for your newly born girl!

    Alhamdulillah dah 5 years been working at home.

    Memang best every single day lihat anak2 membesar, bawak pegi sekolah etc 🙂

  20. Tahniah… Comelnya… Semoga IK sekeluarga mendapat rahmat Allah SWT selalu. Tambah anak, tambah tanggunjawab, tambah rezeki….. 🙂

  21. Tahniah IK sekeluarga,

    Baby you cute sangat…geram akak tengok.
    Kat sini dah lama takde baby so sesekali boleh pinjam tak 😉

    Semuga IK bertambah maju dan terus memberi motivasi kepada kita semua.

  22. Tahniah untuk Ik Sekeluarga…

    Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahkan kebahagiaan bersama orang2 tersayang….

  23. tahniah!

    memang comel sangat2, mcm mommy & daddynya juga lah kan ;

    ada satu lagi cara utk dpt tarikh lahir yg dimahukan selain drpd c-section,, induce!

    ceh! mcm gynea la pulak..hehe

  24. congrates to sifu IK coz menambah seorang lagi hamba Allah di dunia ini untuk melaksanakan tanggungjawab sbg khalfah…sy baru nk berjinak2 dlm dunia it ini dan sedaya mungkin akan mendalami dunia perniagaan internet ini..jeles jgk kpd semua yg dh berjaya..hopefully u all doakan kejayaan sy ye utk join u all sume…amin…

  25. tahniah …
    semoga Cinta Strawberry Abadi akan gah seperti her nice name…
    dan tuah menyebelahi IK sekeluarga…

  26. Waa Shaz guna “The Secret” perrgh menjadi!! Kalah I Sifu? fuuuu, Memang Hebat Shaz ni…ya lah, “behind a successful man there’ll always a great woman!”

    Great knowing both of you. And Semuga anak-anak you especially, baby Strawberry sihat sejahtera dan diberkati Allah selalu.

    And I rasa sifu, lihat pada hari Jumaat hari kelahirannya…haribulannya pulak 8.8.8 yang ni jd Multimillionaire nih! 😆

  27. Tahniah IF & Isteri, dpat cute Baby Cinta Strawberry Abadi. Moga IF sekeluarga mendapat rezeki berlipat ganda.

    Ingin menjadi bapa dan berjaya dalam perniagaan seperti IF…

    Tak sabar nak jumpa IK. Salam

  28. Tahniah! IK, moga kedua2nya, ibu dan anak sihat walafiat. Anak ramai dan rapat2 ni baik dan bila kita dah berumur nanti mereka dah besar, seronok sebab masa tu anak2 dah lepas at least sekolah rendah.Bercakap melalui pengalaman!! Taklah dah berumur (umur2 pencen nanti)anak baru masuk darjah satu. Nanti orang tanya, ni cucu ke? Heheheh….

    Tahniah sekali lagi……

    http://www.asasteguh.com

  29. Tahniah sifu Irfan Khairi, bestnya tarikh cantik, hari jumaat lagi & nama pun unik. Ramai betul di Ipoh kaum cina kahwin semalam. Semoga rezeki sifu Irfan Khairi dimurahkan lagi.

    Comelnya Cinta Strawberry Abadi ni ada macam muka siapa ye ikut maknye atau ayah?

  30. Tahniah irfan…
    tarikh owg tuh…
    memang unik nama anak2 irfan tu…
    terasa juga nak letak nama anak saya unik macam nama anak2 irfan…hehe

    han

  31. Salam IK dan famili,

    Tahniah atas kelahiran baby
    yang comel tu. 🙂

    Mudah-mudahan selepas ini,
    makin bertambah murahlah
    rezeki IK sekeluarga.

    Amin.

  32. Amalia > that’s right. ada yang kata, takyah ada anak2 dulu… kumpul duit dulu, dah stable, baru ada anak. kalau read my post 3 days ago, kenapa tak have both? anak pun ada, and sambil tu kumpul duit and bina kekayaan.

    hasrul > perlu tambah satu lagi la camtu 🙂

    haron > house husband rocks! 🙂

    as > mesti la young daddy. young daddy & young mummy. kalau berjalan dengan isteri shj masa pregnant, ramai ingat it’s our first baby!

    razzi > jumaat + 080808… memang ong 🙂 bermulti-multi millionaire kalah papa dia.

    han > nama unik… kan macam saya ajar, semua orang patut ada “USP” 🙂 tu yang azizi ali kata “Irfan walks the talk” tu. he he

    shuth > takpe, pasni shuth boleh bagi nama baby shuth “wangcyber” pulak.

    kak azian > Soleh- hah… girl 🙂

    thanks all for the support. bukan sahaja anda support saya in my carrier, tetapi in life juga…  which is cool!

    -IK

Leave a Reply

Your email address will not be published.