Michael Jackson 1958-2009

Siapa tak kenal Michael Jackson? Well… my kids tak kenal 🙂 terasa tua lak…

mj.jpgMalam tadi berlangsungnya upacara memorial MJ. Seperti some of us, saya pun turut tengok. Posting saya bukan untuk mengisahkan kejayaan Michael Jackson. Sememangnya semua orang tahu tentang kejayaannya sebagai Raja Pop dunia. Tetapi posting saya adalah mengenai waktu-waktu menyedihkan yang berlaku pada Michael…

Apa yang menyebabkan kejatuhan Michael Jackson sekitar tahun 90-an?

Seperti orang-orang berjaya yang lain, apabila sampai ke satu tahap kejayaan yang membanggakan, pastinya ada pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan. Begitu juga terjadi kepada Michael Jackson.

Boleh dikatakan, saya salah seorang fan Michael Jackson. Infact, MJ adalah antara idola saya masa muda-muda dulu untuk mencapai kejayaan. Daripada pengamatan saya, MJ adalah seorang yang merendah diri, lemah lembut dan baik hati. tahukah anda MJ adalah pemegang Guiness Book of Records sebagai selebriti yang PALING BANYAK menyokong badan-badan kebajikan?

Dalam pada itu, ada juga pihak yang mengambil kesempatan atas keperibadian MJ.

Tahun 1993, MJ dituduh melakukan kesalahan berkelakuan sumbang dengan seorang kanak-kanak dibawah umur. Tuduhan tersebut dilakukan oleh ayah kepada kanak-kanak tersebut. Segala penyiasatan dan bukti menunjukkan ia hanyalah fitnah sahaja. MJ telah diugut dan difitnah oleh ayah kepada kanak-kanak tersebut untuk mendapatkan wang… akhirnya, budak tersebut mengaku dia menipu di mahkamah.

But it was too late then… kedudukannya sebagai penghibur telah dicemari. Sejak itu bermula kejatuhan MJ.

Later on in his life, MJ menerima lagi tuduhan dan ugutan yang sama dengan kanak-kanak lain pula. Keputusannya, beliau tetap didapati tidak bersalah.

Tetapi,keputusannya juga adalah, tekanan yang diperolehi dari proses yang memakan masa bertahun-tahun bagaikan menyerap nyawanya sendiri, keluarga dan juga sumber kewangannya sehingga hampir muflis.

Ianya dilaporkan ubat-ubat yang diambilnya untuk mengurangkan tekanan mengakibatkan pemergiannya minggu lepas.

Lagi besar kejayaan seseorang itu, lagi besar cabaran yang perlu dihadapi. Bagi MJ, semuanya bermula dengan hanya satu tuduhan yang telah dibuktikan palsu semata-mata.

MJ will always be my idol.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

40 thoughts on “Michael Jackson 1958-2009

  1. also one of his fan …..the things is ….semakin kita berjaya dlm hidup semakin besarlah jugak cabaran yg perlu dihadapi ….;p

  2. salam

    pada pandangan saya, jika seseorang itu berjaya, maka akan wujud perasaan ketidakpuasan hati pada diri seseorang yang lain, mereka ini mudah iri hati dengan kejayaan seseorang itu. dalam perniagaan, perkara ini biasa berlaku. Ada seorang yang baik hati, jahat ker…jika ada yang irihati dengan kejayaan anda, maka mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku…banyakkan berdoa utk jauhkan diri daripada hasad dengki manusia.

  3. Salam ceria sihat, kaya, bahagia,

    Bahan renungan yang sgt perlu menjadi iktibar.
    Pedoman terbaik utk kita sebagai umat Islam tentunya memahami dan menghayati 6 rukun Iman dan 5 rukun Islam serta terapkan dlm kehidupan seharian sebagai pedoman paling Agung utk kesejahteraan dunia dan akhirat. Amin

  4. betol kata IK…

    org yg baik memang slalu menghadapi tekanan2 sebegini…
    memg sudah menjadi lumrah sifat manusia ada yang dengki dan mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain…

  5. Amat menarik posting kali ni ye IK? Jika di amati sesuatu kejayaan itu adalah berharga dan jika telah menjadi popular dan mempunyai peminat yang ramai akan menjejaskan sedikit kredebiliti sesorang atas sebab2 orang yang mengambil kesempatan ke atas kita.

    Saya tertarik dengan ayat ini, Lagi besar kejayaan seseorang itu, lagi besar cabaran yang perlu dihadapi. Bagi MJ, semuanya bermula dengan hanya satu tuduhan yang telah dibuktikan palsu semata-mata.

    Oleh itu, apa saranan,nasihat dan pendapat IK mengenai hal ini? Apa persediaan yang perlu kita lakukan untuk menghadapi apa saja situasi, tanpa diduga seperti mana MJ?

  6. MJ menjadi mangsa fitnah dan hasad dengki dari sesetengah pihak. Semuanya terjadi dikemuncak kejayaan MJ dan yang nyata kerana wang.

    Kebenarannya telah dibuktikan di dunia.

    Setelah MJ meninggal, barulah segala kebaikan dan sifat penyayang MJ terbongkar. Seorang dermawan dan mencintai keamanan dunia.

    Sifatnya yang pemurah tidak kira kaum dan agama amat baik untuk dicontohi.

  7. Begitu besar cabaran yang dihadapi MJ ni..Apapun alhamdulillah kalo benar dia dah masuk Islam. Semoga rohnya dicucuri rahmat !!

  8. Sifu,

    Kita serupa. MJ juga idol saya. Apa yang sifu tulis tu memang betul sangat.

    I love him a lot. Sampai sekarang saya masih lagi sebak bila teringatkan dia.

    Workshop itu hari diadakan sehari selepas pemergian beliau. Saya sedih sangat masa tu, tapi terpaksa tahankan saja.

    May Allah bless u. My MJ…

  9. OO…abang Irfan peminat no 1 MJ ek?so akak(wife abang Irfan? minat MJ x?hehe..

    saya start minat dia lepas dia meninggal ni la..sebelum ni dari kecik saya xsuke tengok dia…sebab dia nampak mcm pelik dan scary…maybe saya tak kenal peribadi dia…

    tapi lepas tgk sal video2 personal life dia kat youtube dan lepas Paris ckp sal “I love u so much,daddy”..saya jatuh hati dgn MJ..mcm abang Irfan ckp MJ lemah lembut…

    cuba u all search video MJ and His kids ..cara dia layan anak2 dia sweettt sgt…lagipun dia memang nak anak2 panggil dia daddy,MJ xmau anak2 dia panggil dia micheal mcm mana ayah dia(ayah MJ) mintak dia panggil ayah dengan panggilan nama sebenar..

    Najib,bukan dah terang ke buletin utama ckp MJ da masuk Islam,nama Islam dia Mikail…coz that la rezeki MJ mencurah2 :)..

    anyway semoga sgala dosa2 MJ lenyap begitu sahaja selaps terbuka hati untuk masuk Islam.Al-Fatihah buat MIkail..

  10. Assalamualaikum..

    michael sudah pergi,kalau itu fitnah besar pihak ketiga keatasnya,insyAllah pahala besar dia disana. tetapi banyak kes sebegini yang berlaku( bukan kes MJ),kadangkala fitnah, kadangkala fitnah bercampur sandiwara.. yang sandiwara pihak ketika inilah yang mengelirukan orang ramai kecuali orang yang banyak maklumat tentang sesuatu perkara itu..
    bagi kes MJ ni boleh dikategorikan sebagai fitnah..

    tetapi bagi kes lain yang lebih besar yang berlaku di media melibatkan kepercayaan orang ramai dan memberi kesan kepada diri kita sendiri hendaklah dibezakan antara “fitnah dan sandiwara”.. biasanya pihak yang mencipta sandiwara sudah mengkaji jalan terbaik supaya orang tidak dapat memamahami cara sandiwara nya lalu berkata ia terkena fitnah.
    (oh terlupa, saya pun kekadang lemah lembut gak)

    love tablighi..
    salam bahagia..

  11. saya merasakan pilihan mj untuk memeluk agama islam adalah kerana beliau telah dapat melihat keindahan islam,bukan kerana paksaan atau terdesak.Harap2 peminat2 MJ juga akan dapat melihat keindahan ISLAM sebaimana MJ.al-Fatihah untuk MIKAIL.

  12. mj is also my idol…until today im still mourn and sad..may Allah bless MJ aka Mikaeel…luv him forever

  13. Saya bersimpati dengan MJ. Beliau sememangnya seorang penghibur yang baik dan boleh saya labelkan sebagai legend. Saya sebenarnya rasa bengang juga bila dengar ada orang cuba fitnah dia. Memang panas bila dengar kebenaran yang sebenar.

    Apa jadi agaknya pada orang yang buat fitnah tu ek?

  14. itu la lumrah hidup, bila masih hidup ramai sangat org xpuashati.. Tp bila dah mhembuskan nafas terakhir baru la nak megah2 dan cari semua kenangan indah dan lupa dgn kenangan pahit………

    jd kita kena kuat bagi mhadapi cabaran hidup ini, dalam dunia ni smua akan jumpa dgn org yang mpunyai niat jahat pada kita,

  15. Salam!

    Mengetahui kisah-kisah sedih memang tentunya akan mengheret kita untuk menjadi emosi. Kecuali untuk mereka yang berhati keras lagi kering. Saya juga tidak terkecuali jika merujuk pada kisah MJ yang memang disukai dan diminati ramai.

    Perihal orang mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain juga suatu lumrah kehidupan. Pandangan saya pula jika ia dilakukan oleh orang yang tiada hubungkait dengan kita, ia masih lagi sesuatu yang biasa. Parah lagi jika dilakukan oleh orang yang rapat dan mempunyai pertalian. Itu lebih menyedihkan.

    Tadi terbaca saya diakhbar, MJ disyaki dibunuh dan terdapat konspirasi yang mana mengatakan kematiannya lebih dari dari kehidupannya. Timbul juga cerita dia ada menerima ugutan bunuh dan ada pihak yang mahukan hakcipta lagu-lagunya (lebih lanjut di Harian Metro). Memang sedih pengakhiran hidup MJ.

    Tapi ini membuktikan juga bahawa harta, kemewahan, kesenangan dan populariti itu bukan jaminan untuk mendapat ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan hakiki jika yang Esa tidak mengizinkannya. Kehidupan MJ itu boleh menjadi contoh terbesar. Jika sungguh beliau seorang Muslim, saya doakan agar beliau mendapat syafaat yang sewajarnya supaya lebih tenang di alam sana.

    Wassalam.

  16. Hasad dengki bukan di Malaysia aje,malah fitnah, hasad dengki, busuk hati dan pembohongan lebih teruk di negara yang kebanyakan orangnya tiada iman.

    Maka lebih baik kita bergaul dengan orang yang beriman dan berhati2 dengan orang munafik yang rapat dgn kita.

    Pengalaman mengajar saya kebenaran ini.

  17. Hukum karma manusia di dunia ini. Bila ada seseorang yang berada di puncak kejayaan. segelintir golongon mengambil kesempatan keatas orang lain. Saya turuti bersimpati terhadap arwah Mikhael (MJ). Semoga rohnya aman dan tenang di sana.

  18. Hidup ini ibarat roda, berpusing-pusing. kadang-kadang naik dan kadang-kadang jatuh. itulah peristiwa yang menyedihkan bagi diari kehidupan insan yang bergelar raja pop..
    banyak halangan yang terpaksa dilalui oleh MJ sepanjang hayatnya..

    kata-kata renungan buat semua untuk kita renungkan sejenak “hargailah seseorang semasa die masih hidup, mungkin pada masa ketiadaannya nanti, kita amat memerlukannya..

  19. maaf ya abang IK saya post komen kali kedua dlam post ni..saya cuma tukar name je…

    saya nak respond utk Aidilla dengan buatduitpartime..

    saya pun ade bace pasal MJ dekat metro semalam..dan saya rase amat sedih dengan penyatan akak MJ Toya Jackson tu..saya rase logik juga ape yg kakak MJ ckp sebab setahu saya MJ ade membeli hak copyright untuk lagu2..

    kalau semua pembaca tgk u-wartawan dekat siaran astro ade ckp yg MJ ni ikon muzik sebab tindakan dia yg beli copyright tu menunjukkan dia bersedia m`hadapi zaman kejatuhan populariti dia..kalo da xpopular dia stil ade income..

    yup memang betul org yg senang..mewah..popular tak smestinya bahagia,tenang..

    tapi dlam kes MJ ade 2 perkara berlaku di hujung hayat dia..

    pertama dia meninggal dalam keadaan yg tragis..penuh dengan konspirasi kononnya dengan muslihat itu dan ini dari beberapa pihak yg nak kan harta dia berbillion2 nialainya tu…

    tetapi yg kedua dia mengakhiri life dia bersama Islam(sepeti yg diwar2kan oleh stesen TV)…

    bagi saya itu adalah ketenangan yg terbaik buat Raja Pop ini iaitu berada di sisi Tuhan…

  20. memang ada turun naik nya hidup kita ni,ada tekanan harian,bulanan,tahunan.tekanan yang datang dari diri kita,dari orang lain.dan macam2 lagi tekanan dan masalah yg mendatang..tapi kita berusaha menghadapinya dgn bijak..tapi memang menjadi misteri tentang agama king of the pop ni..samada sudah Islam atau tidak..hhmm..sama2 lh kita renungkan…

  21. Pada pandangan IK dan kawan2 yang lain, kenapa agaknya MJ begitu popular dan dianggap sebagai legenda?

    just minta pndangan dari kipas susah mati MJ sendiri..

  22. mungkin konspirasi pihak2 tertentu untuk jatuhkan beliau kerana mj akan membawa pengikut2 dan peminat beliau untuk same2 berjuang ke jalan Allah.

  23. Yes,saya Bersetuju dgn apa yg diUtarakan. Dlm Kehidupan kita ini,ada yg Jujur,Ikhlas,Amanah dan ada Juga Perosak yg Menyelit dirinya di sudut2 Kehidupan kita seharian(org2 yg Iri Hati,
    Kaya dgn Sifat Cemburu,Dengki,Penipu,Pemalas-sebaliknya Ingin Mengambil Kesempatan ke atas org lain dan Tamak).

    Soalan yg Kadang2 saya sendiri terfikir,
    Bagaimana Cara2 nya kita Hendak Menyelesaikan org2 yg sebegini Rupa??

    Michael Jackson,Andaikata Benar dan Sah KeIslaman nya,Syukur Alhamdulillah,Semoga Roh nya diCucuri Rahmat oleh Yang Maha Esa.
    Kepada org2 yg Menfitnah Beliau selama ini, Semoga Allah Memberi Pengajaran yg Setimpal, Sesungguhnya,Allah itu Maha Adil,Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa di atas segala2 nya…

    Semakin Byk FITNAH yg Berlaku selepas FITNAH BESAR(FILEM FITNA)-Salah satu Tanda yg sudah diperkatakan Beribu2 Tahun Lalu yg Berlaku SEKARANG Ialah,antara Tanda Jelas Dekatnya Masa Dajjal itu Keluar Nanti,Bila seorg Lelaki Berkulit Hitam diLantik Menjadi Pemimpin di sebuah Empayar Besar..(Tidakkah kita Sudah Melihat Lelaki yg disebutkan itu Kini??).
    Wallahualam…

    Semoga Allah Melindungi kita sekalian sebaik2 nya,Amin.

  24. Saya setuju sangat dengan kata kata En. Irfan. Kalau dah kaya tu, ramai lah ‘penyangak’yang ingin kongsi dengan kekayaan kita. Oleh itu, berbaloi lah kalau kita senantiasa bersikap rendah diri, jangan menunjuk-nunjuk sangat kepada saudara mara dan kawan kawan; takut diambil kesempatan oleh mereka ini. Harap En. Irfan dan sekeluarga sentiasa di lindungi Allah, maju jaya dan sehat sentiasa. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published.