Kadang kala dalam perniagaan, kita akan tiba satu point di mana, keuntungan perniagaan kita sama sahaja. Contoh, keuntungan setiap bulan adalah dalam lingkungan RM20,000 sahaja… nak sampai RM30,000, tak dapat! Usaha kuat macam mana pun, keuntungan di sekitar RM20,000… kemudian RM23,000… kemudian turun semula RM21,000… dan seterusnya!
Pernahkah ianya terjadi pada anda? Sudah pastinya ia pernah terjadi pada saya…
Jawapan untuk menangani keadaan ini adalah, bayangkan satu piramid/segi tiga. Anda telah mencapai bahagian tertinggi piramid tersebut. Untuk naik lagi tinggi, sudah tak boleh. Jadi, apa perlu buat?
Jawapannya adalah mudah- besarkan tapak piramid tersebut! Apabila anda besarkan tapak piramid tersebut, sudah tentu, piramid boleh naik lebih tinggi.
Dalam perniagaan pula, maksudnya adalah, anda perlu menambah bilangan “tangan” dalam perniagaan anda. Anda telah sampai ke limit keuntungan anda dan sukar naik lebih tinggi. Oleh itu, anda perlu bantuan orang lain untuk membesarkan perniagaan anda. Bila menambah pekerja, atau partner / rakan niaga, ia seperti membesarkan lagi tapak perniagaan anda.
Keuntungan anda akan melepasi limit anda dan kini, mengikut contoh di atas, sekiranya tambahkan bilangan pekerja untuk diagihkan kerja atau tambahkan rakan niaga, keuntungan tidak lagi mustahil meningkat sehingga RM30,000… Rm40,000 dan seterusnya!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Saya setuju. Bila dah ramai pekerja, kita boleh buat perkara lain dari yang biasa seperti merancang plan pemasaran.Agaknya saya pun sedang mengalaminya 🙂
Betul tu En Irfan,
Dengan cara penambahan kakitangan,partner berniaga dll maka secara tak langsung ia menambah keuntungan anda.
Nice tips. Make sense (of cos la, based on experience kan? 😀 )
For me, teringat “rule” makan gaji, or if i may say “pre-quel” (to a lot of us) kpd tips doc hari ni… which is, kita tukarkan 1hr of work = value of 1hr of work. Thats it. So kasarnya everyday kita kerja 8jam, itu jer la incomenya. Kalau sakit (cuti sakit + tahunan dah habis?) potong gaji. Its a very linear system.
Better kerja sendiri -especially, internet business (to me). 1hr of work, not necessarily = value of 1hr of work. Then only it gets & connects to what doc said today.. 🙂
Ahahahaaa.. pandai cakap jer la ako! My own pun tak take off well as expected lagi.. hehehee… (tgh tunggu final blow yg buat batu tu pecah berderai -ref:ur last previous post:D )
Anyways, a very good tips la doc! Thank you so much. Its funny sometimes, simple things (mcm tips harini) can make such a profound difference / meaning.
Tepuk.. tepuk.. tepuk..!! Tq.
P/S: I wonder how’s your workshop dekat brunei going? Tak der gambar or anything ker?
Betul tu..
Keje seorang tak mampu menambahkan pendapatan tapi kalau banyak sources walaupun sedikit untung mesti makin meningkat..
Betul tu, dan itu maknanya kita telah berjaya mereka satu SISTEM BISNES kita sendiri. Bila dah sampai tahap macam tu,kita perlu kembangkan lagi sistem kita.
“Besarkan lagi tapak piramid kita.”
Dan kalau kita mahu membina satu piramid lagi menggunakan konsep yang sama, itupun tiada masalah. Membina piramid kedua selepas piramid yang pertama adalah begitu mudah.
Setelah membesarkan tapak piramid, dan membina beberapa buah piramid yang lain, tibalah masanya untuk kita mengasaskan EMPAYAR MESOPOTAMIA perniagaan kita. 🙂
Betul tak Abang Irfan?
– Hairul
Sifu, pasal apa sesetengah company masa kecil perniagaan dia, making big. Tapi bila besarkan perniagaan, dia menjadi semakin rugi. Seolah-olah dia kena mulakan all over again.
terima kasih kerana membuka minda saya. Inilah jawapan untuk pertanyaan saya selama 10 tahun!
TQ irfan !
pada pendapat saya, memperkembangkan perniagaan adalah penting bagi para usahawan. namun begitu, saya dapati ramai usahawan masih berasa takut utk mengambil risiko utk perkembangkan perniagaan mereka, walaupun mereka mempunyai potensi yg baik…so any suggestion?
Tuan,
Bagaimana pula mencipta bisnes baru, adakah kita boleh panggil sebagai membesarkan tapak piramid?
Atau kita anggap sebagai piramid baru?
Kebiasaannya IK, dari sudut tempoh dan jenis bisnes bagaimana yang akan menjadikan keadaan begitu?
Terima Kasih
——————————————–
ZAMRI MOHAMAD
Buku Rahsia Bisnes Mamak percuma sebelum 7 Mei 2008 di http://www.terbitbukusendiri.wordpress.com
Salam semua, gerun masuk sini, semua biz hebat nampaknya,saya baru nak kenal biz online,itu pun tak sengaja tertengok irfan kt MHI mac lalu,sejak tarikh itu saya terus atur langkah,mudahan menjadi…
Zamri> Business baru tak semestinya piramid baru. tetapi, ada baiknya membuat piramid baru kerana mempunyai nilai2 “fokus”. Satu piramid (tenaga pekerja/partners) hanya tumpukan pd satu perniagaan.
Kebiasaannya pula, secara avarage lah, ia mengambil 2-3 tahun bila profit mula tak berganjak
imrnze> workshop saya di Singapore… belum lagi di Brunei! Insyaallah akan ke Brunei kalau ada rezeki sebulan dua ni. 🙂
-IK
“You will get what you want if you help other people get what they want.”
Saya sering kali membaca frasa ini, berkaitan dengan topik yang kita bicarakan. Bukan kah begitu Tuan I.K?
The power of networking
Masa x Tenaga= Hasil
contoh:
Bos kilang ada 24jam sehari
Ambil kira jika bos kilang bekerja seorang diri:
Sejam= RM10 yang dapat dihasilkan
Bos kilang ada=24jam sehari
oleh itu:
24jam x RM10= RM240
dan…
jika dia ada pekerja sebanyak 800 orang di kilangnya:
Seorang Pekerja=24 jam
800 pekerja= 800 x 24= 19,200jam
so…
19,200jam x RM10= RM192,000 sehari!
Kalau sebulan?
RM5,760,000!!!(geleng kepala!)
Begitulah yang apa Tuan I.K kita maksudkan, kalau saya tidak silap, betul tak Tuan I.K?
Samalah macam Program Affiliate
atau
MLM
tapi tidak SKIM CEPAT KAYA,haha…dan juga SKIM CEKUP WANG DARI POKET ORANG…maaf, bergurau.
Sekian Terima Kasih, maaf kalau informasi saya salah.
Faruqi.Jeniri
Admin http://www.jeniriamir.com
Semua komen yang kita lihat ,ok.Benar untuk merancang peningkatan pendapatan memang macam piramid,asas kena besar.
Yang di maksudkan besar ialah ia akan kukuh walaupun kita telah tenggelam punca,kadangkala
dalam perniagaan kita akan lebih kehadapan bila kurang persaingan.Namun,bila ada persaingan ia akan mengurangkan pendapatan kita.Cara paling baik,perkukuhkan asas.
Ia kadang kala kita perlukan bantuan orang lain untuk memajukan perniagaan yang kita bina. Tak boleh buat sendiri aje dan sekurang-kurangnya kita dapat membantu orang lain untuk maju. Contoh kalau kita nak buat ebook pun kena minta bantuan orang lain untuk buat covernya dan sistem automatiknya barulah kita boleh fokus pada kandungan buku itu.
Farid
http://www.RahsiaKambing.com
Salam kasih sayang,
Perkongsian yg amat bermanfaat, bagi org yg mahu ;
– mengkaji
– mengamal
– menyampaikan
(keajaiban formula kuasa ganda)
senang nak senang?
Syukur, kekayaan bagi kita semua. Amin
ooppss! tersalah tafsir information .. 😀
bottom line.. a good great tips.. a truly mind opener.. 😉
keep it coming bro -i’am an avid fan & student of urs 🙂
Whatever is it, bro CAYA dengan RahsiaKambing.com perrgh…Kambing pun dah ada .com
Good Luck! 🙂
Tapi ada persoalan yang terbit bila nak besarkan tapak nie adakah rakan niaga nanti benar2 serius dalam perniagaan , atau just hangat2 tahi ayam jek?
Askum IK…
Tq. A very good tips..:-)
memang betul kata IK….cuba kita tgk usahawan berjaya dia malaysia….macam2 mereka buat utk perbesar bisness mereka…..contoh kump naza…
bkn stakat jual kereta….byk lagi bisness yg dia buat dan berjaya menjadi company contoh kt msia….syabas tips IK kali ni….
salam
That’s a good point!
Saudara Irfan memang penuh dengan idea keep it simple!
I hope we all will be more successful with this tips.
thanks Irfan!
WanZ
MasyaAllah, good anology!
Saya pernah terbaca 3-4 tahun lepas, yang Bill Gates ada puluhan ribu pekerja (beliau memberi puluhan ribu peluang pekerjaan) di bawahnya. Dan 2000 daripada pekerja beliau menjadi jutawan. [Saya lupa di mana saya terbaca info ini]
No wonder, beliau dapat jadi Multi-Billionnaire.
Kalau difikirkan, mana ada ‘hartawan’ yang tiada ‘tapak piramid perniagaan’ yang besar, betul tak?
Irfan, thanks for this new perspective!
Ihsan Bahri @ Deen
Facilitator & Translator
http://www.SimplyTranslate.net
ape2 bisnes pun kalau kita buat bersungguh akan jadi besar jugak..