Tip perniagaan Superman

Blog ni, tip satu minit kini sudah berumur 3 tahun… sering kali saya sendiri baca kembali tip-tip lama sejak 2006 untuk mencari idea-idea baru untuk perniagaan- kiranya untuk refresh kan memory. Sedang membaca posting lama-lama tadi… terdapat satu idea pula untuk memuatkan ruang “tip arkib” di sini… iaitu, tip-tip yang saya pilih sendiri (hand picked) yang saya rasa amat berharga untuk diulang siar… so, dari masa ke semasa, saya akan upkan posting lama yang saya namakan “tip arkib”. Enjoy!

tiparkib.gif(June 2006) Demam Superman Returns pun bermula! Dan sebenarnya, ada satu tip perniagaan boleh kita ambil dari Superman (banyak tip perniagaan dari Superman sebenarnya!)

Apabila filem Superman Returns mula digembar-gemburkan dan disiarkan di panggung wayang, anda perasan tak di kedai VCD seperti Speedy mengeluarkan balik stok-stok lama VCD Superman I, II dan II dan meletakkannya di rak-rak hadapan kedai tersebut?

Tipnya adalah, produk baru akan menaikkan semula jualan produk-produk lama anda. Sekiranya anda mempunyai stok lama sesuatu produk yang kini susah untuk dijual, perkenalkan produk baru dan promosi sekali produk yang lama.

Dengan mengeluarkan produk baru, bukan sahaja jualan produk tersebut akan naik, tetapi, produk-produk lama juga akan turut naik. Dengan mengimplementasikan tip ini, anda dapat meraih keuntungan yang lebih dari stok-stok lama (yang kini mungkin tiada siapa yang membeli).

Ramai peniaga membuat kesilapan apabila mengeluar produk baru, mereka bagaikan menyorok produk-produk lama!

Siapa boleh berikan contoh senario ini dalam perniagaan sekeliling kita selain Superman? (termasuk Batman, Spiderman, X-Men dan adik beradiknya…) 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

31 thoughts on “Tip perniagaan Superman

  1. agak2 saya..

    baju jersi bolasepak… bila dah tiba musim baru..stok yg lama pun jalan skali…

    🙂

  2. Ala, pantang betul la bila cakap pasal superman, saya tpakse bg komen gak..(saya minat gila superman)

    Selain promosi produk2 lama, industri superman juga promote barang2 yang selari dgn tema.. superman buat banyak JV ngn yang lain2.

    Industri Komik (DC Comics) pon kuar barang2 selari ngn promosi superman. Banyak Prequel2 cerita Superman returns telah dikluarkan oleh DC

    Superman gak buat iklan “Got Milk”, kempen yang sinonim ngn Superhero..

    Pakaian pon ada gak..dari kanak2 sampai la ke orang tua.

    Music … buat video clip etc

    apa lagi? banyak nyaaaaaaa . Best nyaaaa.. KFC pon amik peluang lariskan jualan ngn hadiah2 superman!!

  3. Good idea! Tapi harap takde bisnesman yg apply tips ni pada produk makanan. Sebab ada peniaga yg masih menjual makanan yg tarikh tamat tempohnya dah lupus… Itu menipu namanya…

  4. Bila bercakap produk baru mesti ada kaitan juga dengan jenama. Jenama sebenarnya memainkan peranan penting. Begitu juga penampilan jenama. Seperti Superman yang terbaru, ceritanya mestilah berbeza dari cerita lama. Biar ada kelainan orang mesti akan tertanya-tanya apa yang ada dalam versi baru ini.

    Cth satu lagi adalah produk ubat gigi, biasa kita ada ubat gigi pudina dengan warna kotak bertemakan hijau. Bila tiba masa, produk dari jenama yang sama mengeluarkan satu lagi yang baru. Ubat gigi madu dengan warna kotak bertemakan kaler kuning oren. Jadi pemikiran manusia selalunya akan tertarik dan timbul persoalan dan minat ingin mengetahui produk terbaru ini.

    Lebih kurang macam tu la pendapat saya.. hehehehe .. produk baru membantu melariskan produk lama. Orang beli produk baru tetapi tidak melupakan produk lama, dengan syarat ianya mestilah berkualiti.

  5. ya tak lupa jugak filem star wars…baru teringat ada beberapa koleksi star wars….boleh buat duit ni

  6. Ada satu kedai kat kawasan rumah saya – kedai jual ikan fresh. Setiap hari dia akan jual ikan fresh (stok baru). Yang ikan semalam tu, pagi ni dah agak busuk – dijualnya juga dengan mencampurkannya dengan ikan yang baru. Geram betul…At the end of the day, ikan fresh habis dan ikan semalam ada lagi (untuk dijual lagi keesokan harinya… 🙂 )

  7. macam filem melayu juga la, senario, senario lagi, senario kembali, senario the movie, xx-ray 1,2,3, tips ni memang bagus untuk produk2 baru, cuma yang payahnya… produk yang pertama tu.. kena kenalkan dulu, kena promosi dulu, so the first step yang agak susah, produk ke-2 dan seterusnya memang mudah disamping kata .. dapat menaikkan semula produk jualan lama.. tq

  8. contoh lain,time hari raye, stok baju raya tahun lepas, dikeluar balik. macam2 ada..kebaya, kebarung,mengkarung 🙂

    ada orang jual kuih raya yg tak habis tahun lepas ke?

    Contoh lain lagi, kedai baju / fesyen: yang zaman ago-go pun diletak dalam cermin depan.

    contoh lagi, mcm promosi Herry porter..

    cukuplah 3 contoh…bg peluangn kt orang lain pulalah ye

  9. Good morning all, taktik superman baru plak i tau. Produk lama tetap bernilai d pasaran sama ada nilai sejarahnya ataupun utk d kitar semula. Cth paling dekat adalah kedai menjual barang2 terpakai. Tp kalau makanan tu mcm yg saudara zoomer.fotopages.com katakan hehhee tak baik la jual yg dah expire. – sekian terima kasih-

  10. This idea is great!

    Hmm.. let’s see.. Hmm.. something that appeared long time ago but is hidden now.. hmm.. AH ha!! I got it..

    Ninja Turtle? Ghost Buster? Or Radioactive Man (got this from the simpsons cartoon)?

    😉

  11. tak terfikir pun… bagus jugak ye. ingatkan yg lama dah tak berguna lagi.

  12. Ahaaa.. ini masanya keturunan Bidan Tujuh Keturun dan pewaris perubatan melayuthai klasik @ tradisional nak bagi komen..
    Kita sering terdengar tentang aura, itu menonjolkan ‘mistik kemodenan’ , mgk juga ‘stok2 lama’ boleh diselitkan spt mandi bunga, sintuk limau, minyak pengasih dsbnya untuk tujuan kebaikan dan tidak membawa kepada khurafat atau melanggar akidah, sebaliknya doa2 tertentu diaplikasikan sebagai pengisian.
    InsyaALLAH laman yg seumpamanya akan turut menyerikan dunia IT(INTERNET..? International Trade..?), yg kini sdg dlm proses pembinaan spt http://WWW.NENEKKEBAYAN.COM
    Thanks our genius IRFAN!

  13. tak payah lihat jauh…lihat saja restoran mkn segera plg kaya di dunia iaitu mcd dan kfc yg paling cekap menggunakan media pengiklanan…

    bila keluar filem mega atau fiksyen spt batman, x men,star wars dsb, mrk akan iklan sekerap mgkn dan jual patung2 hero beserta rangkaian mkn sedia ada.

    cuma put sedikit ‘added value’ spt packaging yg menarik DAN bersiap sedia la ibu bapa yg bawa anak2 ke restoran tsb.PASTI spend lebih yg dirancang krn di ‘asak’ oleh hero2 kecil ..hahaha

    betul tak?

  14. asl’kum,4u sedara irfan u mmg vass,da-bomb n world……skarang aku tengah kumpul Rm nak join u punya workshop!!!!!!!!!!!c u in KL

  15. sangat setuju… semua berkaitan environtment kita… kepada semua sekarang juga adalah musim orang abis belajar dari universiti.. hem kalau dapat beli buku2 yang diorang guna masa belaja dan kita jual balik kat student yang baru masuk… so apa lagibuatla.. (malang betul aku jauh dari tempat diorang… so harap ada yang jalankan… membantu sesama insann…)

  16. assalamualaikum IK…tip 1 minit ni mmg amat bagus.. bila baca tip ni jadi bersemangat utk berniaga… mmg tip tip ni amat berguna dan memotivasikan diri sendiri. tahniah! truskan lagi usaha murni anda ni…

  17. erm, ahaa !

    jual mercun dgn bunga api…
    bila sampai jer musim perayaan, mesti keluar punyer semua tu… pastu stok lama pon dijual sekali… biar ler dah lemau pon, tapi peniaga tetap nak jual… huhu…

  18. Cuba anda lihat dan kaji sedikit rata2 filem barat menggunakan tajuk yang hampir sama dengan cerita yang telah disiarkan sebelum ini dan ada sequel atau bersambung2. Pokoknya plot cerita hampir sama dengan keluaran masa mula2 diterbitkan cuma yang menjadi daya tarikan adalah sedikit pengubahsuaian jalan cerita, suntikan teknologi baru dalam pembikinan dan mereka melakukan inovasi terhadap filem tersebut.

    Inovasi – apa tu ?
    Inovasi adalah menggunakan bahan atau produk yang telah sedia ada, kemudian dinaik taraf atau ditingkatkan menjadi lebih baik daripada yang asal seperti menambah baik fungsi, karakter, atau menambah situasi baru.

    Contohnya handphone yg baru mula2 dikeluarkan saiznya bukan main besar, dan fungsinya terhad untuk panggilan semata2, tetapi wujudnya keperluan dan permintaan pengguna, maka tercetuslah idea untuk memperbaiki kelemahan sedia ada, dengan menaik taraf keupayaan dan teknologi secara berperingkat, fungsinya telah dipelbagaikan sesuai dengan gaya hidup semasa, itulah INOVASI.

    Tingkatkan kreativiti, cetus inovasi. semuanya bermula daripada IDEA 🙂

  19. Salah satu contoh yang boleh saya kongsikan seperti kartun2 dari walt disney, warner bros dan koleksi kartun dragon ball.

    dari segi produk makanan seperti nestle. pelbagai jenis makanan yang pernah dikeluarkan dari jenama nie.

    Sememangnya kuasa jenama cukup kuat dalam nak memasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan kita 🙂

  20. Betul juga tu IK.. Produk lama boleh dijual semula bila kita lancarkan produk baru. InsyaAllah akan diaplikasi kan nanti.

  21. Saya pun setuju dengan tips IK nih. Tetapi pada pendapat saya ianya lebih sesuai jika produk lama yang ingin kita keluarkan kembali tuh berkaitan dengan produk baru kita tuh. Contohnya cam Produk Superman tulah. Bila kita keluarkan Produk Superman yang baru, kita boleh keluarkan kembali produk2 Superman yang lama. Jadi bagi mereka-mereka yang terlepas mendapatkan produk2 yang lama tuh, boleh mendapatkannya kembali. Tak gitu IK?

  22. Penulis buku.

    Bila buku baru keluar dipasaran, buku yang lama juga turun terjual.

    Wimbledon Tennis pun sama.

    Bila keluar musim baru, musim yang lama akan ditayangkan..

Leave a Reply

Your email address will not be published.