Sekiranya anda mempunyai idea untuk melancarkan perniagaan atau produk baru yang hebat, tanya pada diri anda terlebih dahulu…
Adakah masa/waktu untuk melancarkan produk tersebut adalah tepat?
Sering terjadi apabila seseorang usahawan mempunyai idea yang amat baik untuk memulakan perniagaan, tetapi, waktu melancarkan perniagaan tersebut adalah salah- timing tidak betul- mungkin terlalu cepat untuk mendapat perhatian pasaran, ataupun terlewat sehingga persaingan yang bertambah.
Pada tahun lepas, saya melancarkan buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar yang mendapat sambutan hebat sehingga menjadi buku terlaris di MPH sehingga kini (terima kasih kepada anda!). Waktu mengeluarkan buku tersebut adalah tepat pada masanya ketika tiada buku seperti itu terjual di pasaran disamping permintaan maklumat perniagaan Internet bertambah.
Untuk memastikan kejayaan perniagaan anda, anda perlu mengambil berat juga perihal waktu perniagaan/produk anda dilancarkan. Caranya adalah dengan melakukan penyelidikan di pasaran dan meneliti permintaan pasaran.
Usahawan yang berjaya adalah mereka yang bijak melancarkan perniagaan mereka tepat pada masanya. Timing adalah antara faktor yang akan menentukan kejayaan perniagaan anda.
Teringat pula bagaimana Astro & RTM menggunakan faktor timing untuk menarik penonton daripada TV3 “Wedding of the year” beberapa hari lalu! Itu adalah strategi timing dalam perniagaan (broadcasting).
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
no comment… tips yg nih memang kene buat selalu.. penting sgt … walaupun try n error… 🙂
Memang faktor masa menjadi penentu. Kalau masa yang tepat, perniagaan akan memperolehi extra kejayaan. Kena pandai pilih masa. Faktor2 lain seperti musim cuti, musim perayaan, keadaan politik dan faktor ekonomi juga sering menjadi faktor2 luaran yang boleh menentukan kejayaan @ kurang jaya sesuatu usaha.
Timing ni memang satu faktor yang penting..tetapi pada pendapat saya, tidak semua jenis perkhidmatan/produk bergantung sepenuhnya kepada faktor ini…maka, berhati-hati lah dalam merancang perniagaan anda…
Buat masa ni. saya fikir u all buat R&D apa product yang sesuai untuk diniagakan melalui internet. jgn terlalu gopoh untuk memulakan perniagaan internet sampai product yang anda jual tu tak menarik perhatian pembeli. keadaan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada anda. Harus ingat “Pandangan pertama pembeli adalah penting” untuk mereka mengunjungi halaman web anda untuk kali kedua.
Assalamualaikum.
Agaknya macam mana ye nak tahu timing kita tu betul, tak terlewat atau tercepat?
Kena rujuk tip-tip yang lepas ni.
Mana tahu ada yang berkaitan.
Wassalam.
Menentukan timing yang sesuai memang sesuatu yang sukar.Adakah kita perlu melupakan barang yang hendak diperniagakan kerana ianya telah berada pada peringkat matang?
Timing adalah faktor penting.
Keadaan masa juga menentukan keberkesanan perniagaan kita samada berniaga online atau offline.
macamana agaknya kalau kita buat pelancaran yang berulang? maksudnya setiap tahun kita lancarkan balik produk kita (lebih elok kalau ada tambahan)atau jika ada pesaing baru, kita pun buat pelancaran baru dengan cara berbeza.
ASM wr.wb
Terima kasih atas tip ini. Saya pun berkira-kira bila nak launch website saya ini. Baru dapat “domain” katakan. Faktor bulan puasa, perayaan dan kewangan pembeli pun terpaksa diambil kira. Betulkan!
hurm..saya ada sedikit kemusyikalan lah
Adakah ‘Be the First’ itu yang dimaksudkan merupakan timing yang tepat?
Timing yang tepat…hurm..mungkinkah memerlukan nujum pak belalang ;p
Timing sgt ptg dalam menjalankan bisnes…untuk menentukan timing yg sesuai…jalankan research spt yg cadangkan….kaji pasaran semasa….Thanks .great tips
o patut la siarannya serentak…… persaingan secara sehat tu. tapi saya tak nampak apa keuntungannya. boleh siapa2 terangkan?
ya saya setuju, menjual di mana-mana pun samaada online ke atau offline, perlukan anda mengetahui bilakah masanya pembeli akan membeli produk anda tu, jika target utk krismas tak guna jika marketing lambat,15 disember baru buat marketing, itu dah dikira lambat…jika anda sedang berbisnes online, anda juga akan perasan bahawa kebanyaakan pembeli membeli pada waktu-waktu tertentu, contohnya klien saya banyak membeli ketika waktu pejabat, petang dah kurang sket dan malam paling kurang…kena kaji tabiat mereka, banyak bertanya dan build rapport…
seorang peniaga online yg berpengalaman juga tahu bilakah peak moments produk mereka akan dibeli, bulan apa, hari apa, jam berapa…mereka akan buat analisis dan melihat adanya satu pattern, walaupun pattern tu tak semuanya sama tapi kita boleh tahu…
just my 2.5 cent
‘Be the First’ boleh dikatakan timing.
Tetapi, kalau ‘Be the First’ sahaja, pada wrong time, masih tidak menjadi. Sebagai contoh, BOO.com suatu ketikdulu menjadi perniagaan Internet pertama yang memberi pelbagai kemudahan canggih dalam menjual pakaian. Namun, walaupun first, timingnya tidak betul dan mengalami kerugian berjuta-juta dollar.
Nanti saya tulis tip mengenai ‘Be the First’ pula 🙂
hehe, timing tak betul sebab tak buat bisnes+marketing plan btol2 , itulah jadinya… setuju dgn .Irfan, anda ibarat Corey Rudl Malaysia, akan ada lagi KEn Evoy, Rosalind Gardner, Allan Gardyne, Joe Karbo versi Malaysia menyusul pasni…mungkinkah pasaran malaysia perlukan seseorang yg translate semua ‘goodies’ dari sana dan bikin empayar di sini…ribut sudah bermula, who will be the first ? Siapa yg akan jadi Dan Kennedy, perlulah otai dalam buat offline sales letter, utk jadi otai online sales letter, sudah tentulah mentor terdekat mereka adalah MrFire dan Yanik ..Guru Adword, saya memang suka tgk cara Cheryl Goh manage bisnes dia di blog, saya rasa itu stail Chris Carpenter…Guru Adsense pun sudah mula, sapa lagi kalau bukan shuth dan rajaAdsense…
Utk opship Business, kita ada Saifulsham, yg juga arif dalam SEO
Tapi saya belum nampak lagi yg close kpd Affiliate Program…Who knows ?
P/s Seronok baca blog, tiap2 hari dah jadi rutin , mcm ke kelas pulak rasanya..hak hak
Pada saya, timing ini amat berkait rapat dengan penawaran pasaran dalam internet. Contohnya seperti terdapat penawaran terhadap sesuatu produk, namun produk tersebut amat kurang di kawasan setempat & mungkin banyak di kawasan yang lain.
Jika kena gaya & caranya, juallah produk di kawasan yang mendapat penawaran yang tinggi!
salam…
sy nk tnya tentang sifat usahawan yang sentiasa berhati2 dalam menjalankan perniagaan nya….apa mksud nya?