The 4-minute Mile… benteng di minda

Sebelum May 6, 1954, tiada pelari dapat berlari sejauh 1 batu dalam masa kurang dari 4 minit. Berlari 1 batu dalam masa kurang 4 minit difikirkan mustahil!

Sehingga Roger Bannister mencabar dan memecahkan fikiran mustahil tersebut dengan berlari sejauh 1 batu dalam masa 3 minit 59 saat!

Apa yang terjadi selepas itu, pada tahun yang sama, beberapa pelari lain berjaya melepasi benteng 1 batu dalam masa kurang dari 4 minit.

Tahun-tahun yang seterusnya juga menyaksikan lebih ramai pelari berjaya memecahkan benteng 4 minit tersebut!

Apa yang telah terjadi?

Kisah Roger Bannister ini sering diceritakan dalam buku-buku motivasi barat. Ia menunjukkan bahawa benteng pertama yang perlu dilalui adalah benteng di minda. Apabila ia kelihatan mustahil, maka, ia sememangnya mustahil.

Tetapi, sekiranya ia terbukti boleh dilakukan, maka, benteng di minda sudah tiada lagi dan lebih ramai atlit dapat melakukan larian tersebut.

Buka mata anda kepada kisah-kisah disekeliling kita yang umpama “The 4-minute Mile”. Ia merupakan satu titik sebuah anjakan paradigma (Paradigme shift) yang boleh mengubahkan haluan hidup kita.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

33 thoughts on “The 4-minute Mile… benteng di minda

  1. If you wish to change your life. You should start with changing the way you think. Its about mind setting or mentality…If you think you can do something, you will put the initial plan and work, then only you can see whether you can really do it or not.

  2. Assalamualikum…
    Saya tertarik dengan tulisan kali ini. Sebagai bukit saya telah lakukan langkah pertama saya ini, walaupun saya tiada apa2 kemahiran dalam bidang perniagaan Internat.
    Semuga dua laman web yang saya letakkan sebagai pembimbing menjadi pendorong buat saya melangkah kehadapan.
    Wassalam…

  3. Roger dapat pecah rekod berlari kurang 4 minit untuk jarak satu batu di tahun 1954. Kemudian ramai lagi orang lain yang berjaya.

    Iktibarnya, bukannya perkara mustahil tu untuk semua orang. Ia bolih jadi tak mustahil bagi orang yang betul bersungguh-sungguh melakukan satu perkara dengan ilmu dan latihan berterusan.

    Bagi orang Malaysia, Irfan telah mulakan dengan mejadi pelayar kecil dan muda di internet yang telah pecahkan rekod menjana pendapatan (melalui niaga internet)ketahap sejuta ringgit dalam tiga tahun. Rekod dah tercatat, kita semua kenalah samakan rekod tu kalau pun tak bolih pecahkan. Kalau bolih pecahkan rekod lagi bagus.

    Siapa sahabat pertama yang nak buktikan pencapaian ni? Istiharkan diri anda diruangan ini. Lepas tu ramai-ramai kita pantau. Ha-ha!

  4. Okay everybody, all together now, nyanyi sama-sama…

    “Jika kau fikirkan kau boleh,
    Kau hampiri kejayaan,
    Jika kau fikirkan ragu-ragu,
    Usahamu tidak menentu,

    Jika kau fikirkan kekalahan (kekalahan)
    Kau hampiri kegagalan,
    Jika kau fikirkan kemenangan kau hampiri kejayaan,

    Engkaulah apa kau fikirkan
    Terkandung dalam pemikiran
    Berfikir boleh melakukan
    Fikirkan boleh!

    Percaya apa kau lakukan
    Tabah apa kau usahakan
    Bertindak atas kemampuan
    Kau boleh!”

    Lepas tu ulang sendiri Kau Boleh! banyak2 kali kalau nak ulang

  5. Gabungkan kesemua ilmu2 yang bermanfaat, satukan ia agar menjadi suatu kuasa yang hebat..
    Segala yang dibuktikan secara luaran , lahir dari ‘dalaman’ terlebih dahulu..
    Bayangkan pekerjaan yang hendak dilakukan shg seluruh maklumat terkumpul di otak, dan otak akan mengarah saraf untuk bertindak..!
    Di Public Bank contohnya menggunakan konsep 2 minit… Mesin duit pun kalah.. Sampai customer merungut.. ‘Kenapa cepat sangat, tak sempat nak isi borang, nombor sudah lepas..?’
    Bila sudah ‘mindset’ dan sebati, kalau suruh buat lambat2, otak jadi keliru, badan jadi lemah..
    …MINDSET!!! SET FOR GOAL!!!…

  6. Assalamualikum!
    Saya tertarik dengan tulisan kali ini. Sebagai bukit saya telah lakukan langkah pertama saya ini, walaupun saya tiada apa2 kemahiran dalam bidang perniagaan Internat.
    Semuga dua laman web yang saya letakkan sebagai pembimbing menjadi pendorong buat saya melangkah kehadapan.
    Wassalam!

  7. Kalau tengok Kisah Roger Bannister tu teringat saya cerita Asia Hebat.Saya teringat jugak Fadzilah Kamsah pernah bercerita tentang letak ais batu atas tangan boleh melecur!

    Ni cerita Fadzilah Kamsah (lebih kurang camni la dia cakap)

    Dia pilih sorang peserta ni…dia suruh orang tu pejam mata.Katanya dia nak bakar sikit jari dia… nak bagi dia rasa panas je.. bila dia dah pejam mata, Fadzilah pun letakkan ais batu atas tangan dia.Dengan tak semena-mena,tangan dia melecur.Sebabnya orang tu fikirkan Fadzilah tu nak bakar jari dia..
    Lepas tu, Fadzilah suruh dia bukak mata dan tengok sendiri.Dia sendiri pun tak percaya yang tangan dia dah melecur.

    Benarlah kata orang “kita adalah apa yang kita fikirkan”

    Salam Usahawan!

  8. Saya pun teruja dengan individu yang mampu melangkaui benteng minda ini. Bila diselidik dengan lebih mendalam , keupayaan mereka ini diganding dengan ilmu, practice ( practice make perfect) dan juga segi pemakanan rohani dan batin. Barulah mereka boleh menembusi keupayaan mereka yang biasa-biasa jadi luarbiasa. Jadi kejayaan mereka bukan sehari dua…betul kata lima tahun baru jadi jutawan tu rupanya jangkamasa yang paling cepat.

    Thanks

  9. benteng di minda saya selalu membataskan saya dari melakukan apa yg saya rasa baik untuk diri saya. Kadang-kadang sesuatu itu nampak sangat mustahil di minda, tetapi terasa menyesal pula apabila ada orang lain yang terlebih dahulu dapat melakukan apa yang saya rancang itu. Benteng di minda saya agak kukuh, namun saya kini dalam usaha untuk mengikisnya sedikit demi sedikit. Doakanlah kejayaan saya

  10. Memang sukar memecah benteng di minda terutama yang pernah melalui kehidupan awal secara negatif. Boleh, tetapi perlu masa dan keberanian.

  11. assalamualaikum semua,

    Dah lama saya mengikuti maklumat melalui laman web ini, tetapi baru sekarang saya memberi komen, kira ni komen pertama la 🙂

    Saya bersetuju dengan di minda kita ini ada satu benteng yang perlu di pecahkan. saya rasa dah semakin ramai penduduk malaysia menyertai bidang internet marketing hari ini. saya ucapkan semoga berjaya pada mereka. irfan merupakan salah satu sumber inspirasi saya.

    Sebenarnya tiada jalan mudah untuk mencari rezeki yang halal. 3 faktor utama adalah usaha doa dan tawakkal itulah senjata kita.

    wassalam

  12. Kuasa minda. Power of eam.. 🙂 Itulah kuasa minda manusia ni sepanjang masa tidak yakin dengan kekuatan diri sendiri. Kenapa orang yang kene rasuk jin jadik kuat? Agaknya bila minda manusia dah diamabil alih, baru boleh tunjukkan potensi sebenar..

  13. pendek kata, semuanya perlu bermula dari minda kita sendiri..belive u can do it..

    bila ada kepercayan yang mendalam, sangat dalam, semuanya boleh jadi..

  14. assalamualaikum semua,
    banyak2 tip yang bagi hari2, yang ini paling saya suka sebab……
    1) semua yang berjaya pertama datangnya dari dalam ( rohani, emosi, minda )
    2) teknik yang digunakan semuanya sama iaitu berfikir di tahap alpha, hipnosis dan NLP.
    3) mereka yang berjaya mempunyai satu ketenangan yang mendalam.
    4) mereka yang berjaya tak pernah bagi tau apa sebenarnya yang dalaman mereka buat tau-tau dah dapat hasil aje seperti irfan, tahniah.
    5) mereka yang berjaya menggunakkan rohani, emosi, minda dan jasmani dengan berkesan
    6) mengikut kajian kebanyakkan mereka yang berjaya mempunyai persamaan dalaman ( jgn tengok luaran aje ) maksudnya ada teknik-teknik pemikiran yang kadang2 kita sendiri pun tak tahu macam mana mereka boleh buat – banyak kena belajar tentang teknik berfikir ini, boleh tanya irfan.
    7) kebanyakkan mereka yang berjaya mendapat satu bimbingan ( apa yang sepatutnya mereka buat dalam hidup ini )
    8) percaya dan yakin, saya dan anda pun boleh berjaya.

    INI HANYA PANDANGAN SAHAJA……..
    WASSALAM.

  15. Yes, it’s all in the mind.

    Dalam Al-Quran pun ada menyebut mengenai akal fikiran sebagai kurniaan yang paling hebat bagi manusia.

    sering saya sebut ketika ceramah motivasi (termasuk ceramah siang tadi bersama 300 pelajar dari Indonesia di Limkokwing University College)…

    “You must be 100% confident. 99% will not do it!”

    it’s all in the mind!

  16. fufu,

    Sama2lah kite saling ingat mengingati bahawa xde ape yang mustahil untuk kite capai jika kita ‘percaya pada diri’

    nyanyi lagu ‘Kau Boleh’ selalu!

    percayalah…!

    tips Irfan makin lama makin menggegarkan,
    responder pun hebat2!

  17. assalamualaikum.. salam ramadhan utk semua…

    don’t run from from the beast..u will running forever…

    think how to beat the beast… u finally rest

    wake up your ‘giant’ 🙂

    timakaseyyyyy komer !!!

  18. Dr Tuah dalam bukunya Membina Imaginasi Cemerlang pun suruh kita set dalam minda apa matlamat/cita2 kita (cth saya akan jadi jutawan dalam masa 3 tahun) dan tulis pada kertas, baca tiga kali sehari…sama macam saranan Irfan (suruh tulis gak)…minda bawah sedar kita akan membawa diri kita (segala pergerakan kita) kearah perilaku yang membawa kita kearah matlamat kita tanpa kita sedari… 😉 cubalah

  19. betul kata “you must be 100% confident” tapi masaalahnya ari ni 100%,besok dah menurun jadi90% dan kekadang tu makin menurun confidence tu…

    nak buat macamana tu ?
    Nak naik jadi 100% balik susah sangat rasanye

  20. salam..kepada semua..
    saya berminat berniaga dalam e dagang..masalah saya ramai org x percaya e dagang boleh buat duit.ramai org kata tipu..bantulah saya

  21. Assalamualaikum 🙂

    Wah dah lambat pulak DIk Mal tour blog IRfan ni. 🙂

    Tapi tak mengapa, sebab:

    ‘Better late than never’

    Mengawal minda kita.

    We are what we think most of the time!

  22. Assalamualaikum ,
    mungkin sy terlewat mengetahui laman web kerana sy baru dalam dunia internet dan apabila sy jumpa lmn web Selama 3 hari berturut2 sy masuk laman web utk membaca tips kerana sy memang gemar membaca tip utk berjaya melalui org yang sdh nyata berjaya jadi jutawan.Dan sy sangat bersetuju dgn tip ni iaitu jika kita menyimpan cita2 hanya tulis di sehelai kertas dan kita sentiasa menyimpan dalam hati nescaya cita2 akan termakbul.Ingin sy berkongsi pengalaman sewaktu sy di tingkatan 3 sy mempunyai seorang abg angkat dan dia telah memberi sepucuk surat dan disampul dia menulis nama ringkas yg dia cipta sendiri iaitu DAYNIZA dan semenjak itu sy gunakan nama itu utk singature dan sy menanam semangat suatu hari nanti sy akan membuka sebuah kedai.Sehinggalah tahun 2006 sy dapat membuka sebuah kedai kain langsir dan menamakan kedai itu DAYNIZA DESIGN secara x langsung rakan2 sekolah dulu apabila ternampak nama kedai tu mereka pasti kedai 2 memang sy punya kerna nama yg selalu sy tulis. Dan sekarang sy akan menanam semangat dan tekad ingin memperluaskan bidang sy dlm binsnes IT seperti menjadi jutawan beriman.Insyaalah Amin.(Simpan niat je manalah tau menjadi)

  23. Setiap manusia mempunyai mental block (halangan minda) yang menyebabkan sukar bagi seseorang untuk mencapai kejayaan. Halangan mental ini boleh disebabkan oleh anasir atau pengaruh negatif orang lain terhadap diri kita yang mengatakan tidak boleh atau mustahil untuk mencapainya. Saya muhasabah diri saya dan harap kita semua pun cuba memecahkan tembok halangan dalam diri kita bagi mencapai kejayaan dalam hidup.

  24. Menarik sekali. Semuanya kerana apa yang kita fikirkan dan teguh mencapai matlamat walau apa pun yang orang lain kata.

    Harap cerita inspirasi ini menjadi panuan buat kir=ta semua.

  25. Hai Geng,

    Mmg betul orang sekeliling akan menilai sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum mencuba sbg contoh melihat kejayaan orang baru mereka mempercayai.Mereka tidak berani utk bertindak dengan mencuba sesuatu yang baru..

    Minda kita mmg sgt memainkan peranan yang penting jika kita sudah mindset utk perkara negatif sampai bila-bila tindakan kita akan mendapat negatif…

    Tq

  26. Salam IK. Saya sering mengikuti laman web ini sejak membaca buku IK. Buku Nota Jutawan Nota Motivasi telah mengubah kehidupan. Saya mula melaburkan $ gaji saya dengan membeli buku setiap bulan. Kelmarin 30/9 saya telah membeli buku Nota Jutawan Nota Perniagaan. Terima kasih IK…Buku-bukumu banyak mengubah kehidupan saya.

  27. [Quote]4) mereka yang berjaya tak pernah bagi tau apa sebenarnya yang dalaman mereka buat tau-tau dah dapat hasil aje seperti irfan, tahniah.[/Quote]

    Hmm, saya teringat kisah Henry Ford yang cukup dikenali sebagai orang yang ke’tegag-piaq’.. maksudnya amat-amat degil..

    Contohnya kereta ‘famous model-T’ masa tu tetap diteruskan w/pun ramai enginer dan media minta tukar ke model lain serta diangap model keter yg paling ‘hodoh’ didunia..

    Begitu juga 1 piece ‘V8 engine’ yang diperkenalkan Ford pada 1932.. Sebelum tu semua engineer menganggap mustahil.. tak pernah dibuat dek orang.. 2 tahun takde hasil.. hehehe..

    Jawab Henry Ford satu je,”I want it and I must have it!”

    Itulah rahsia “Benteng Minda”.. takde yang mustahil.. di’blended’ lagi dengan “definiteness of purpose” (tujuan yang muktamad)..

    SubhanalLah..
    AlhamdulilLah..

    Tapi bagi yang muslim macam kita.. insya-ALLAH..

    ***************************************
    Takrifan DUIT
    ***************************************
    D – Doa
    U – Usaha
    I – Istiqomah
    T – Tawakal

    ***************************************

    Insya-ALLAH.. Doakan saya semoga dipermudahkan urusan hidup dan berjaya mencapai matlamat, Ameen Ya Rabbal A’lameen.

  28. TERIMA KASIH!!!!

    bagus sgt dengan kata2 yang dikongsi..
    hari ini saya jumpa lagi seorang mentor
    yang boleh membantu saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.