satu babak dalam salah satu filem all time favourite saya- The Godfather dialog berbunyi…
“Give him an offer he can’t resist”
Walaupun dalam filem tersebut merupakan dialog antara mafia, tetapi, dialog itu boleh menjadi satu petua yang hebat dalam perniagaan!
Dalam perniagaan, untuk menarik pelanggan, kita juga perlu memberi offer (tawaran) yang sukar untuk resist (ditolak). Fikirkan nilai yang terbaik untuk pelanggan anda sehingga sukar untuk mereka katakan “tidak”.
Contoh:
- Tawaran 10% atau 20% diskaun mungkin sudah biasa kita dengar. Jadi, mudah untuk kita tolak tawaran tersebut. Tetapi sekiranya tawaran 60% atau 70% diskaun, semestinya sukar untuk di tolak oleh pelanggan!
- Beli satu dapat satu percuma, mungkin sering sudah kita dengar. Tetapi apakata lakukan beli 1 dapat 2 percuma!
Baru baru ini, saya ternampak di kedai kasut tawaran “offer you can’t resist” ini.
Beli 1 kasut, dan dapat satu lagi kasut dengan harga hanya 50sen!
Fikirkan tawaran terhebat yang boleh diberikan untuk menarik pelanggan! Lagi hebat tawaran tersebut, lagi ramai pelanggan anda akan dapat.
ps: Jangan lupa sertai Revolusi Perniagaan Internet April 2011 ini, sementara pada harga early-bird. Harga asal akan dikenakan tidak lama lagi! Lawati http://www.irfankhairilive.com
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Salam….
Betul Ik, itu adalah marketing yang bagus dan ia tergolong dalam usahawan yang hebat. Begitu juga tip ebook keluaran Ik terdahulu iaitu Siri Laporan X pertama bertajuk â€Cara Bagaimana Memusnahkan Pesaing Andaâ€-cara sihat….;)
Salam IK,
Kirenya kena add value utk m’hargai pelanggan yang membeli…
Tq
tip yang sangat simpel tapi mantop dan sangat boleh dipraktikan…sekarang nie mempraktikkan beli secara borong dapat harga istimewa dan kalender serta katalog percuma…
Perlu kreatif untuk memberi offer, tapi jangan sampai rugi pula. Akan tetapi kadang-kadang biarlah rugi sekali tapi untung banyak kali juga adalah strategi yang betul
dengan tawaran sebegini, pelanggan lebih yakin utk beli dgn kita pd kali yang kedua,
espclly produk2 baru,, offer2 mcm ni perlu diketengahkan, bukan dah xlaku or barang reject baru nk buat offer ‘gempak’..
PR 1st k.. 🙂 tx IK,,, great tips..!
Memang hebat tips yang dikongsi oleh IK, jarang sekali kita mendengar tawaran sebegini dan inilah salah satu strategi yang berlainan yang boleh digunakan dalam pemasaran produk
Bila tengok post nie, teringat bila belajar tetang ilmu pemasaran ketika di Universiti. Semuanya adalah berkaitan dengan psikologi manusia. Terima kasih IK kerana memberikan tips ini 🙂
Ya, memang perlu kepada tawaran-tawaran yang sukar ditolak ini untuk menarik pelanggan. Namun pada saya ia hanya sesuai untuk waktu-waktu tertentu sahaja. Takkan memanjang ‘offer’ aje. Macam ada tak kena pula.
Tawaran itu pula janganlah sekadar ingin ‘menjerat’ pembeli atau pelanggan. Mesti sama-sama mendapat manfaat bagi pihak penjual dan pembeli. Barulah pembeli rasa dihargai dan puas hati. Penjual pula dapat meningkatkan kuantiti jualan dan keuntungan.