Dalam perniagaan, kalau tak sebut tentang harga, memang tak sah. Ramainya bila nak mulakan perniagaan akan fikir letakkan harga rendah… murah… jadi boleh bersaing. Tak salah strategi ini. Ada juga yang mengambil langkah yang lebih “berani” meletakkan harga tinggi untuk mendapat pasaran premium. Yang ni pun tak salah 🙂
Nasihat saya, secara mudahnya, kita lihat terdapat 3 pasaran diluar sana…
- Mereka berpendapatan rendah ATAU selalu inginkan bargain
Golongan ini sering mencari produk dan perkhidmatan pada harga rendah. Dikatakan sebagai “bargain hunters”. - Mereka berpendapatan sederhana dan fikir harga yang berpatutan
Mereka ni ditengah-tengah pagar… quite flexible dan suam-suam. Mungkin berpendapatan serdehana atau tinggi, dan inginkan harga yang berpatutan. - Mereka berpendapatan tinggi ATAU selalu inginkan premium
Mereka inginkan prestij, kualiti & premium. Tidak berapa risaukan harga tetapi selalu inginkan yang terbaik.
Dengan memahami golongan pasaran sebegini, pastinya kita tidak takut dalam meletakkan harga oleh kerana tak kira apa sahaja harga anda letakkan, pastinya ada pembeli. Namun sudah tentu produk dan perkhidmatan anda perlu mencerminkan harga yang diletakkan…
- Siapa kata restoran 5 bintang tidak laku sedangkan gerai-gerai adalah jauh lebih murah?
- Siapa kata ice-cream Haagn Dazs yang harga RM10 satu scoop tak lakukeran boleh dapat icecream Walls kat kedai RM10 satu balang? Haagn Dazs tetap laku kerana ramai yang inginkan ice cream premium
- Siapa kata Mercedes, BMW, Ferrari tak laku sebab ada banyak lagi kereta-kereta murah di pasaran? Sudah tentu ramai juga pembeli kereta-kereta mewah ini…
Dalam perniagaan, kita tidak semestinya mula pada harga rendah. Terutama usahawan-usahawan tempatan suka sangat meletakkan harga murah kerana “segan” harga tinggi atau “takut nanti apa orang kata” atau mungkin sikap rendah diri tidak berapa yakin dengan produk dan perkhidmatan sendiri ianya boleh diletakkan pada harga tinggi.
Bayangkan ini juga, satu gelas Coca Cola dijual di kedai mamakberharga RM2.50. Satu gelas Coca Cola yang sama di restoran 5 bintang berharga RM10. Satu gelas Coca Cola yang di sediakan di Hotel 7 bintang Atlantis di Dubai, diletakkan harga USD25 (RM45).
Apakah yang membezakan harga walaupun produk yang sama? Jawapannya sasaran pasaran.
Sekali lagi perlu ingat… Tak kira berapa harga anda… pasti ada orang membeli! Anda hanya perlu sasarkan golongan yang tepat untuk perniagaan anda 😉
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan atau sedang menjalankan perniagaan, ketahui teknik dan strategi dalam menjayakan perniagaan anda dan mengsasarkan pelagggan perniagaan anda secara lebih berkesan. Sertai program 6 bulan bersama saya dengan bantuan dan bimbingan di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Tempat semakin terhad. Untuk maklumat lanjut klik disini atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 waktu pejabat (Selasa-Jumaat).
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
saya setuju dengan idea bro irfan, sebenarnya kita adalah apa yg kita fikirkan, kita fikir ada org beli, memang ada org beli, tak kira harga itu murah atau mahal.
“make you happy life, spirit of confidence”
Betul tue IK.. Yang penting mesti mengikut standard jika harga pun standard
Harga kenalah seiring dengan kualitnya…..ARB Dagang
Idea saudara benar-benar mengejutkan saya dari rasa ‘bersalah’ untuk meletakkan harga.Kadang-kadang saya takut untuk letakkan harga kerana bimbang tiada pembeli.Walhal apabila saya sudah letakkan harga saya,bila dibuat survey,masih ada lagi harga yang lebih tinggi dari produk saya.jadi saya ambil nasihat saudara,’tak kira berapa harga anda,pasti ada pembeli..’ saya respect sama anda.
Hi IK,
bagaimana pula kalau barang yang boleh dibeli di KL dengan harga rm200 dan kita beli jual di negeri lain dengan harga rm300?
adakah ia tidak salah?
tapi bagaimana pula kalau apabila pembeli tahu harga sebenar dia kata kita sembelih dia hidup-hidup? hehe…
harap IK boleh tolong.
TQ
Harga Rendah akan ada berpendapat ‘low quality’…
Harga Tinggi = ‘High Quality’
saya setuju dengan pendapat ini. Penduduk dunia berbilion-bilion dan tidak mungkin tidak ada yang akan membeli barangan anda. Pasti ada jika kena pada usahanya.
Harga memainkan peranan yang penting tetapi jika kena dengan nichenya pasti keuntungan yang dijana sangat memuaskan…http://mbe64.blogspot.com
Kalau harga yang tinggi setanding dengan kualitinya, para pembeli tetap akan merasakan harga itu murah.. Tapi kalau kualiti takde, harga RM10 pun tetap dirasakan terlalu mahal. Kalau dah terbeli, pasti menyesal..
Anyway thanks for the tips..
Salam…
Harga barangan terlalu subjektif..Boleh saja naik atau turun..Yang pentingnya..berapa saja harga yang anda letak, jangan sampai anda menanggung kerugian.
Papun..saya melihat dua perkara mengenai harga bagi item dibawah :-
E-Book – Untung margin tinggi, harga boleh letak sesuka hati
Produk – kira semua kos(shipping,markup dsbgnya), then letakkan harga
keyakinan terhadap kualiti produk @ perkhidmatan dapat membantu kita meletakkan harga kena pada tempatnya…
namun masalah yg selalu timbul adalah, peniaga yg mempunyai produk yg kurang berkualiti berani meletakkan harga tinggi…
manakala peniaga lain yg mempunyai produk yg berkualiti menjual dengan harga yg murah pula…
salam
betul la…saya jual emas walaupun mahal…..naik harga orang tetap nak beli dan jadi agen…..sama jugak macam hartanah…orang tetap beli walaupun harga rumah makin naik? sbb investment tempat yang selamat….so bila lagi na tambah kolum aset????
Admin
http://www.pokli.com
jutawan hartanah & jutawan emas
Yang penting traffik mau power bab produk kena yang ada permintaan tinggi dan harus berkualiti
Tq IK,
Sebelum ni saya takut nak letak harga tinggi… tapi lepas ni… ok kot…
Yang penting sasaran pembeli mesti tepat
Salam ceria sihat kaya bahagia,
Tq Irfan,
– Pembelian sekali biasanya harga tinggi(untung tingi)
– Pembelian berulangkali margin keuntungan rendah, tapi akhirnya mampu memberi pulangan tinggi dan lebih stabil….
btl tu, xpenah terpikirkan idea camtu..hehe
Ada satu orang internet marketer nih cerita tentang kisah produk dia.
Pada mulanya encik MN menjual buku Panduan Memulakan Perniagaan Gayapos pada harga RM30 menggunakan medium akhbar.
Namun beliau hanya dapat jual beberapa unit sahaja, dan beliau sangat kecewa, kemudian, beliau tukar strategi iaitu menaikkan harga buku beliau dari rm30 kepada RM295!!!
dan hasilnya buku beliau laris ! dan sehingga kini buku beliau telah mencatat jualan berjumlah lebih dari RM1,000,000 !!!
Hi Irfan,
Saya setuju dengan pandangan Irfan. Saya juga melakukan sesuatu yang sama. Apa yang penting kita tahu tentang produk kita. Yakni kita yakin tentang kualiti dan service yang bakal kita berikan pada pelanggan kita.
Ada pelbagai konsep dalam menetapkan harga. Sebelum ini saya lebih menekankan kepada volume bukan margin kerana dalam industri saya iaitu car rental,saingan cukup sengit. Tetapi bila saya telah meningkatkan tahap service dan kualiti kereta saya, saya telah berani untuk menaikkan harga. Sambutan daripada pelanggan juga menakjubkan. Memang ada yang complaint tentang harga tetapi apabila mereka mencuba produk saya terus mereka tertarik.
Oleh itu sebelum kita meletakkan harga, kita kena pastikan kualiti dan service kita. Harga biarlah setanding dengan kualiti dan service kita. Betul tak?
Sekian,
Shah Razali
http://www.shahrazali.com
Semua itu bergantung keapada strategi masing-masing nak letak berapa harga..yang penting,semuanya ada risiko tersendiri..
Assalamualaikum saudara irfan. Posting kali ini menarik untuk di bahas.
Saya setuju dengan pendapat di atas “tidak kira berapa harga…pasti ada orang membeli”.
Malah mindset untuk marketer juga sepatutnya begini..
“Tidak ada satu barangpun di dunia ini, semua orang suka. Juga tidak ada satu barang pun di dunia ini semua orang tak suka”
Fokus sebenar adalah pada sasaran pembeli.Kebijaksanaan memahami kehendak pembeli adalah satu kelebihan.
Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua pembaca blog ini.
..jua saya menjemput semua yang ada kelapangan sila singgah ke blog saya untuk memberikan idea pada entry terbaru. Mana tahu idea anda boleh membuat perubahan positif kepada orang lain
singgah ye..
Salam ceria dari Fathuri.com
Produk-produk di pasaran terbahagi kepada 3 kategori:
Kategori C: Murah, tapi tidak berkualiti
Kategori B: Sederhana, kualiti pun sederhana
Kategori A: Mahal, kualiti tinggi.
Bila harga mahal, keuntungan digunakan untuk R&D dan penambahan kualiti. Bila keuntungan kecil, tiada ‘budget’ untuk meningkatkan kualiti produk.
Kualiti produk adalah paling penting tak kiralah berapa harganya. Pepatah pun ada mengatakan ‘Kalah membeli Menang Memakai’
Salam wa rahmah…
Tips yang sangat bagus daripada sifu IM. Rasanya harga tak berapa memainkan peranan yang penting sangat. Yang pentingnya quality of service. Macam beli nak beli berger la antara McD dengan berger kat tepi jalan. Kalau nak diikutkan beger kat jalan rasanya lebih sedap drpd McD dan murah plak tu. Tapi McD tetap jadi rebutan walaupun harganya mahal. Bagi saya, ada 2 faktor. 1. Emosi, 2. Service.
Pembelian kebanyakkannya dipengaruhi oleh emosi… bukannya akal…
Jadi, harga tak menentukan pembelian. Letak la harga berapa pun… Kalau kena dengan caranya… Penjualan akan ada…
Salam..
Hai IK n sume pembace..
Saya sgt tertarik dengan artikel ini.. semua komen dan pandangan tentang penentuan harga produk.. Betul2 info yg bagus untuk saya dan menambah keyakinan untuk meletakkan harga
Terima kasih semua.
SELAMAT BERPUASA….
Saya juga pernah terbaca bahawa harga bukanlah faktor utama di dalam pembelian. Kadangkala harga yang terlalu murah menunjukkan seolah2 barangan yang kita jual tidak berkualiti..
Lagi satu, tujuan kita berniaga adalah untuk mendapat keuntungan. Kalau harga yang diletakkan terlalu rendah, semangat untuk kita terus berniaga juga mungkin akan lemah dari hari ke hari.. dan akhirnya kita mungkin akan terus mengaku kalah..
salam smua……
sebelum ne saya rasa takut takut nak letak harga tinggi walaupun saya tau service rawatan tuk pelbagai penyakit saya bagus dan berkualiti berbanding produk dipasaran tapi selepas baca ne rasa ber motivasi dan rasa bersemanggat lak nak letak harga tinggi setanding dengan kualiti…..terima kasih IK.
Salam….pendapat saya sama dgn apa yg dinyatakan di sini…harga ditetapkan mengikut pasaran yg disasarkan. Tapi anak x setuju…sampai merajuk….langsung tarik diri 🙁
benar sekali..kualiti & kepuasan nombor 1..
kualiti servis & consultation pun diambil kira utk dapatkan loyal customer
Saya setuju dengan IK, cuma rasa terkilan bila ada sesetengah pihak sengaja letakkan harga tinggi tapi kualiti masih di tahap sederhana, mungkin nk kaya cepat, sebabtu ramai usahawan terkandas bila buat mcmni.. dan sekaligus berikan perspektif negatif pada pengguna lain yg peroduk itu mahal dan mereka takut untuk membeli.. kalau bayar mahal tapi berkualiti takpa.. ????????
Bahagia rasanye dapat tip ni
Makasih.
Setuju dgn IK.tp kdg2 ada sesetengah sasaran/prospek yg brpendapatan rendah & sederhana masih lg tawar menawar walaupun harga yg diiletakkan rendah.
Sebagai penjual sesakali letak diri kita sbg pembeli.Apa yang penbeli mahukan dari kita.
Kepuasan hati dan kualiti kebiasaannya duduk paling atas.
Letak harga tinggi tak jadi masalah asalkan pelanggan dapat puas hati dan kualiti.
Jika anda berani dan yakin dengan kualiti produk anda, berilah “jaminan wang dikembalikan” Pasti ramai yang berani membeli…