[Bersambung dari “Sumber Rezeki Membentuk Peribadi (Bahagian 1)”]
Takutlah kepada kemurkaan Allah SWT.
Janganlah kerana terlalu ghairah untuk menjadi insan yang berjaya, khususnya dalam dunia perniagaan atau apa sekalipun, kita sanggup mengenepikan segala hukum-hakam yang telah ditentukan dan bertindak rakus jua gelojoh, sehinggakan tidak menunaikan kewajipan kita terhadap hak dan kepentingan orang lain, yang berada di tangan kita akibat sifat tamak yang menebal dalam diri, dan terlalu memburu kekayaan dan kemewahan yang boleh menggelapkan mata kita kepada kebenaran.
Ingatlah bahawa setiap rezeki yang kita makan itu akan menentukan pembentukan hati, jiwa dan sikap kita dalam menuju keredhaan Ilahi. Jangan sesekali suburkan jasad dan hati kita dengan sesuatu yang haram, lantaran ini amat merugikan kehidupan kita di hari muka. Jagalah sumber rezeki yang diperolehi agar ia mampu menyelamatkan diri kita dari cengkaman api neraka di akhirat kelak.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.” (Hadis Riwayat : At-Tarmizi).
Daripada hadis di atas, jelas dan ketara bahawa proses untuk mendapatkan rezeki yang halal dan diberkati itu sangatlah penting bagi menentukan pembentukan hati nurani kita, jiwa kita dan seterusnya perjalanan hidup kita sama ada langkah kita itu ke syurga atau ke neraka.
Jadilah pekerja/peniaga yang beriman.
Di dalam kesibukkan kita berniaga atau mencari rezeki juga, janganlah sesekali kita alpa dan mengabaikan solat fardu lima waktu hanya kerana alasan tidak sempat atau tidak cukup masa untuk melaksanakannya disebabkan kesibukkan yang ada, lantaran dalam kehidupan ini, setiap insan dikurniakan masa yang sama sahaja, tidak lebih dan tidak kurang 24 jam sehari semalam. Jadi terpulang kepada kita untuk menguruskan masa dengan baik dan bijak, membahagikannya antara tuntutan Ilahi dan tuntutan diri sendiri.
Jadilah hamba Allah yang baik dan taat, agar setiap langkah kita mencari rezeki saban hari akan lebih diberkati, diredhai dan membawa kita lebih dekat dan rapat kepada-Nya, apabila kehidupan kita dalam keberkatan sepanjang masa.
Tidak rugi kita melapangkan sedikit waktu untuk mengucapkan rasa syukur tanda terima kasih sebagai hamba yang berbakti kepada-Nya. Dengan mensyukuri segala nikmat yang dilimpahkan kepada kita setiap hari, dengan hanya mengambil masa tidak sampai beberapa minit untuk menjatuhkan dahi di tikar sejadah, bersujud dan berdoa di atas segala kurniaan nikmat daripada-Nya, sama ada banyak ataupun sedikit. Ini kerana, DIAlah yang Maha Pemberi dan pembuka pintu-pintu rezeki kepada kita. Itu pun seandainya kita tahu dan mahu bersyukur serta menghargai setiap pemberian-Nya. In Shaa Allah.
PERINGATAN
- Berniagalah dengan mengeluarkan modal hasil titik peluh sendiri.
- Jangan mengambil hak insan lain demi untuk mencapai tujuan peribadi.
- Elakkan daripada mengambil dan memakan harta anak-anak yatim.
- Kembalikan hak orang lain yang bukan menjadi hak milik kita.
- Jangan suka menindas dan menipu golongan yang lemah.
- Jangan menjadi manusia yang kejam dan zalim dengan merampas hak insan lain.
- Allah melapangkan rezeki bagi setiap peniaga yang jujur , ikhlas dan amanah.
- Jangan bakhil dan kedekut untuk bersedekah, berzakat.
- Sucikan hati dan jiwa dengan mencari harta dan pendapatan yang halal.
- Dari rezeki yang halal, salurkanlah kepada sumber yang baik-baik.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Nasihat yang baik.
Mohon share Dr Irfan,mekasih byk di atas perkongsian .
ilmu yang berguna..insha allah akan diamalkan
Perkongsian yang baik.
Ilmu yang bermanfaat.
Semoga menjadi ikutan kepada ramai orang.
Amin
Insyallah saya akan cuba cari rezeki yg halal
Terbaik sekali.
Assalam..Terima kasih IK.
Satu artikel perkongsian dan peringatan yang baik. terima kasih IK. Sama-sama kita praktikkan!
Alhamdulillah…
terima kasih byk2 utk artikel ini… saling mengingati…
Ape hukum pendapatan rolling money??