Sedikit strategi perniagaan sejarah Islam…
Pada satu ketika dahulu, sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.
Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman b Auf.
Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga?
Apabila ditanya, jawabnya…
Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.
Hebat!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
wahhh..baru tau ni..sebelum ni tau setakat sejarah umum je pasal sahabat nabi ni. rupanya memang ada strateginya yang tersendiri,bukan sekadar bergantung pada nasib 🙂
slmt pg irfan,
hehe… strategi ni selalu digunakan oleh ayah saya…
ayah saya seorang penjual telur…
tapi yang dilakukan oleh saya, dia jual telur dengan harga modal je kadang2 kepada pelanggan yang agak cerewet…tapi ayah saya tetap untung dengan menjual benda lain yang ada dalam lorinya…
kenapa ini boleh berlaku? disebabkan jual telur dengan harga murah. pelanggan tu mengaggap ayah saya menjual lain pun murah… tapi hakikatnya tidak….hehe
han
Eh tgk IK wat posting awal pagi sebelum subuh ye.Rasanya Abdul Rahman Auf mencuba sedikit kelainan pada perniagaanya yang sedia ada,sedikit “twist” dan lain sedikit dari peniaga yang sedia ada.
Assalamualaikum…
Teruja saya dgn kisah Abd Rahman bin Auf ini. Saya belum pernah terbaca mahu pun mendengar kisah ini. Syukur dapat mendengarnya dari IK. Thanks IK. Ini amat wajar difikirkan oleh semua peniaga kecil mahupun besar. Contoh melalui Rasulullah dan sahabat tetap yang terbaik pada saya.
Semoga ia dapat ‘inspire’ kita semua dalam usaha menetapkan lagi pendirian seandainya berhadapan masalah dalam penetapan harga.
Saya tertanya “kenapa jual pada harga kos dan tidak ada untung, (tak boleh jumpa zaman ni) tapi hanya mengambil untung pada tali pengikat unta sahaja.” Saya juga menjawab. “Unta adalah barang keperluan zaman itu, macam kereta zaman sekarang. Menjual pada harga kos itu memudahkan orang memilikinya. Wujud konsep beramal. Tiada tawar menawar di situ.
Untung cuma pada tali pengikat itu wajar. Lagi elok bahannya, cantik, baik, kemas dan sukar pembuatanya pasti lagi mahal harganya Logiknya, kegunaannya adalah untuk tuan punya memastikan keselamatan hartanya. Ingat tak kisah tentang Rasulullah menyuruh seseorang menambat untanya dahulu dan baru bertawakkal. Di situlah ‘nilai dan kualiti’ perniagaan tersebut.
Tak hairanlah suatu masa dahulu, di zaman Rasulullah sampai tak de orang yang layak terima zakat. Tak de jurang ketara dalam kehidupan. Hebatnya ekonomi dan muammalat Islam berbeza dengan kapitalis.
Salam dari Adilla.
Salam..
itu la strategi namenye…dan inilah yg saye nk belajar ;)…selama ni saye igt nk bisnes mst letak harga lbh (ye la bkn harge kos) so that bole dpt untung..tp sbnrnye tak..kene bijak atur strategi brla berjaya..insyallah..thanks IK..lagi input utk saye hari ni..TQ IK..salam
iye..tips yang bagus irfan..sebab saya merasakan teknik ni merupakan salah satu cara untuk berjaya didalam bidang perniagaan ini walaupun berada didalam keadaan genting..maklum la,ramai orang fikir yang sesuatu produk itu sahaja mendapat keuntungan,tetapi disebalik charge,dan benda lain disebalik product itu juga kita dapat keuntungan..
contohnya:bila kita menjual sesuatu product itu dengan harga yang tinggi sedikit tetapi kita meletakkan harga yang free untuk harga charge penghantaran..betul tak??dengan cara kita dah dapat untung(ada banayak lagi teknik yang menguntungkan-keep learn)..so,sesiapa yang nak buat perniagaan mestilah bijak berfikir dan jangan berharap sahaja.
Terima kasih ifran kerana berkongsi cerita best ni.Tak sangka strategi ini boleh saya guna dalam web anggunjelita.com saya.Tak rugi saya menjengok web site irfan hari ini.
Kalau ikut pepatah strategi perniagaan zaman ini, it is a ‘loss leader’. The ‘loss leader’ is the unta.
Kalau kat hypermarket, misalan nya, roti Garden*a dijual pada harga RM2.30 (kalau kat luar RM2.90) tapi sebenarnya hypermarket tersebut ambil lagi byk untung dari penjualan barang lain.
Great to know that this ‘loss leader’ stems from sahabat Nabi lagi…
Mahu tahu jer kat mana bro IK amik citer ni 😀 .
Abdurrahman Bin Auf adalah sahabat yang paling kaya zaman itu, sehingga satu hari Rasulullah bagi tau “Abdurrahman , kau akan masuk surga 500 tahun lewat, sebab ko kaya” lalu Abdurrahman decide nak jadi miskin dengan tidak berniaga lagi!!
Allah datangkan satu penyakit dimana ubatnya hanyalah pada Abdurrahman, mengikut riwayat ubatnya adalah kurma busuk dan Abdurrahman sahaja ada kurma busuk! nak tak nak kena jual , lalu jadi kaya semula 😀 .
Salam!
Baru notice, ‘tali pengikat unta’ ni sama function dengan kunci kereta. Tanpanya unta sukar bergerak dan jika parking unta tanpa ditambat ia mungkin hilang.
Ini memang strategi yang penuh hikmah. Kita kena tahu ‘core’ dalam produk kita dan situlah kita memutuskan berapa untung kita kita mahu dan yang sanggup dibayar pembeli.
Bak iklan susu tu kata, bijak…bijak….
Salam.
salam…pekabo semua…inilah sepatutnya jadi ikutan kita….berniaga harus ada seninya….
kalau kita beli kereta semua kereta sama ajer kan…fizikalnya kecik atau besar, laju atau pelahan…tapi perbezaan ketara bila ditambah nilai sedikit sahaja..walaupun terletak pada tayarnya atau sportrim nya..kalau biasa dlm harga RM 40K tapi bila tambah sportrim dan sedikit title ( SPECIAL EDITION) terus naik harga jadi RM 50K…prinsip yang sama dengan tokoh perniagaaan pada zaman RASULLULLAH (S.A.W)
UNTA TETAP SAMA TAPI TAMBAH TALI CANTIK TERUS HARGA LAIN…
syabas IK…
wassalamu..
alhamdulillah, thanks a lot for the info, ini menunjukkan orang islam dari dulu lagie dah ada strategi perniagaan yang berkesan dan praktikal…
http://www.kisahjutawan.blogspot.com
wah.. info yang menarik hari ini. terima kasih IK.
konsep ini sebenarnya sama seperti menulis blog kalau tak silap saya. orang baca blog kita free, walaupun penuh dengan informasi menarik. begitu juga tip 1 minit ni. saya dah setahun membaca tips di sini secara percuma. tetapi bayaran akan dikenakan jika berlaku perniagaan jual beli. Betul tak? setakat ini dah beli kesemua produk IK. Memang sangat banyak membantu.
Hee..first time bagi pendapat sini ni 🙂
serius. aku pun taktau pasal jual tali unta tu. ingatkan macam mana ek..
HEBAT! CUKUP HEBAT!…rupa-rupanya teknik ‘teaser’ ni dibuat zaman nabi lagi. Dia tease sampai kos price Perrghhh!
Some of us tease sampai bagi free pun ramai kan…then grab profit some other way. 😉
Assalamualaikum…
Sememangnya saya suka benar dengan cerita yang satu ni. Saya baru tahu sebenarnya cerita ni berlaku pada zaman Hijrah bersama Rasulullah dahulu. Sahabat ni dah mempertaruhkan segala harta bendanya untuk tujuan itu.
Sesampai di Madinah dia memilih untuk bermula dari O. Sahabat ni ke pasar di Madinah berbekalkan 10 dinar (dipinjam) dan membeli seekor unta sebagai modal untuk berniaga. Beliau membeli dari seorang Yahudi.
Kemudian Yahudi itu dengan niat untuk mempermainkan sahabat ini(kerana tahu beliau seememangnya usahawan tersohor) meminta untuk membeli semula unta tersebut pada harga yang sama 10 dinar. Di sini Abdul Rahman bin Auf membuktikan bahawa ‘kita boleh melakukan apa yang orang lain sangka tidak boleh atau mampu kita lakukan’ (Macam Michael Phelps). Beliau cuma menyimpan tali pengikat itu untuk keuntungannya.
Tentu sahaja si Yahudi mesti membelinya semula kerana tanpanya unta susah nak bergerak. Jadi secara halus dan penuh hikmah dengan ilham dari Allah terselamatlah usahawan tersohor dalam Islam ini dari permainan si Yahudi. Indah! memang indah!…
Salam dari Adilla.
Assalamualaikum…..
Emm…ini 1st time saya dengar cite pasal strategi perniagaan sahabat nabi nie…bertuah rasanya dapat info nie…memang unik…hebat betul…dengan cara ini perniagaan tidak hanya tertunpu pada satu jenis sahaja…dari sini kita boleh mengembangkan perniagaan yang berkaitan dengan main business yang kita jalankan…
Salam dari Mia.
http://www.gomestic.com/Home-Business/Mind-Vs-Money.220965
Ya.. memang hebat cerita itu.. IK saya ada email tentang pembelian e-book Mentor Jutawan tapi x balas lagi. Harap maklum.. tq…
Assalamualaikum wbt kpd Irfan and readers 😀
Kisah sahabat nabi ni memang menarik. Kalau kita betul-betul nak berniaga, mesti ada caranya. Mesti ada idea-idea yang boleh digunakan seperti sahabat nabi tadi.
Nak seribu daya. Tanak, seribu dalih.
Inilah sebabnya kenapa saya hari hari tak jemu lawat laman nie..memang IK tak putus putus idea dalam membantu para usahawan dengan memberi tips2 dan stategi perniagaan….SYABAS IK.. harap ramai lagi melayu dapat bangkit untuk menjadi usahawan jutawan termasuk saya..supaya kita dapat menguasai ekonomi negara kita yang kini telah dipegang oleh orang cina..bak kata adila,”Tak hairanlah suatu masa dahulu, di zaman Rasulullah sampai tak de orang yang layak terima zakat. Tak de jurang ketara dalam kehidupan. Hebatnya ekonomi dan muammalat Islam berbeza dengan kapitalis.” bayangkan sampai takde yang layak menerima zakat..tapi cuba kita renungkan pada zaman sekarang.. terlalu ramai yang layak menerima zakat..
aida6907.blogspot.com
assalamualaikum..
lagi satu,nabi dan para sahabat tak pernah lupa bersedekah sebab dalam harta yang kita ada tu ada hak orang lain…
dalam Quran banyak kali Allah ckp tentang kalau kita bersyukur Dia akan tambah lagi nikmat (itu janji Allah dan Dia tak akan mungkir janji!)…salah satu cara bersyukur ialah sedekah…
macam bro IK kita tol tak?macam TanSri Syed Mokhtar dan ramai lagi org2 berjaya yg ada saya kenal…
terima kasih,
insyaallah nanti ada banyak lagi tips-tips perniagaan dari sejarah islam 🙂
tips2 saya dapat banyak daripada bertanya ustaz-ustaz 🙂
satu lagi yang boleh difikirkan melalui tip hari ini adalah… cuba fikirkan “Air Asia”. Low cost airlines… betul ke low cost? Atau menggunakan strategi Abdul Rahman Bin Auf?
Nak express boarding kena charge, nak makan kena charge, baggage lebih kena charge… what do you think?
-ik
ps: Saya di Brunei kini… untuk menjalankan WOrkshop Esok. Semalam Workshop di KL berjalan dengan lancar, alhamdulillah! Peserta semua sporting dan bersemangat belaka 😉
sangat-sangat hebat..banyak ilmu berguna yang boleh kita pelajari daripada ilmuwan islam terdahulu…dengan iman didada..mereka telah berjaya didunia dan diakhirat…
Yup, saya juga pernah mengetahui kisah Abdul Rahman bin Auf ni. Hebat kan 🙂
Strategi yang halus, tapi pulangannya, insyaALLAH tetap ada.
salam
sy nk tau strategi perniagaan Rasulullah S.A.W…blh?..k thank you..
erm…..
ni petua yg bgs……
ada side income drp jualan yg utama…..
byk kan syarikat yg wat mcm tu……
ada charge2 tambahan utk mendapatkan sesuatu benda……..
strategi yg berkesan……
Salam Irfan,
Strategi yang bagus. Tak pernah terfikir pun…
Boleh la apply lepas ni…
terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Irfan coz memberi ilmu yang amat-amat berguna semasa Workshop Jutawan Internet di KL Sabtu lepas… tak sia-sia saya datang jauh-jauh dari utara… tak sabar-sabar dah ni nak mula…doakan saya berjaya tau… terima kasih sekali lagi…
wah…best nyer IK ke Brunei..Betul la IK,memang airasia gunakan strategi Abdul Rahman Bin Auf
kawan saya hanya minta pospond tiket air asia lewat beberapa jam, kena charge ribuan ringgit..utk ke Kota Bharu..
aida6907.blogspot.com
Tuan IK,
Alhamdulillah.
Saya telah dapat hadiri workshop 23/8/08 di JWM HOTEL. Terima kasih atas perkongsian ilmu.
Skg saya sedang menyediakan bahan-bahan dan membuat rujukan untuk w/site.Ingin berkongsi ilmu juga dgn semua orang. Terlalu banyak.
Semoga Allah membalas kebaikan IK.Semoga IK seisi keluarga sejahtera selalu.Amin..
Hebat strategi tu..jual unta harga kos tapi cari untung jual tali..saya kagum dengan beliau..
Pergh…
Itu dinamakan keikhlasan dalam perniagaan…
🙂
“Mudahkan Kehidupan Anda”
@mir
http://www.mudah4u.com/
As’kum IK,
Tahniah atas satu tips yg baik utk perniagaan. Contohnya terus dari sahabat nabi pula.Alhamdulillah,contoh yg baik. Menunjukkan Islam tidak halang mengumpul harta dan sgt menggalakkan perniagaan. Cth sahabat yang dpt menyeimbangkan dunia dan akhirat.Sy mahasiswi yg sedang mencari sumber kajian ttg Islamic Perspective in Management. Teruskan usaha saudara,InsyaAllah, semoga mendapat balasan setimpal. Salam Ramadhan.
Kebanyakan IM dah mula guna teknik ni. 😉
sign up free, pastu kena OTO… Free first issue pastu bayar (Stomping the Net 2)… and memacam lagi.
John Carlton, copywriting hero saya pun pernah buat tawaran sebulan free utk radio rant coaching club dia.
Strategi Abdul Rahman bin Auf tu dikira sebagai untung guna backend kan? (atau upsell?) x kesah lah apa terminology dia. Yang penting: dia untung besar dengan cara ni 😀
hebat! inilah kisah sahabat Rasulullah yang terbaik untuk umat islam yang mahu berjaya dalam perniagaan. thanks IK bagi input yang berguna.
Assalamualaikum, saya Mohamad Firdaus bin Fazil dari KEDAH, saya sekarang tengah kursus untuk menjadi usahawan dalam bidang PRINTING N ADVERTISING tapi saya agak kurang bersemangat dan banyak berangan. ada tips dari umat islam untuk saya berjaya dalam bidang ini?tolong bantu saya……..
firdaus, saya pun terlibat dlm bidang advertising ni…dan dah ada kedai pun..kene kije 3x ganda.. dan banyak bersabar..tawakal dan doa..jngn lupa…tambah kenalan untk jadi runner kite..
Hebat sungguh Usahawan islam, strategi perniagaan penting dalam kejayaan perniagaan bukan untung sahaja perlu di cari tp kepuasan dalam menjalankan perniagaan
wah hebat! amat bijak
Inilah strategi yang telah digunakan oleh Tan Sri Tony Fernandes dalam syarikatnya,AirAsia Berhad.Beliau cuba sedaya upaya mengurangkan kos dan di samping memberikan tawaran harga yang rendah kepada pengguna.Hasil penjualan cenderamata korporat sahaja pada tahun 2009,mencatat keuntungan sehingga RM 200 juta!Sama seperti strategi Abdul Rahman bin Auf iaitu untung hanya pada penjualan tali pengikat unta.Strategi ini diperkenalkan oleh usahawan Muslim tetapi dipraktikkan sepenuhnya oleh usahawan bukan Muslim..
Sebelum tu ada sahabat yang nak bagi isterinya kepada Abd Rahman (sanggup nak ceraikan isterinya), tapi Abd Rahman Tk nak. Sahabat td nk bagi duit 50K dinar Abd Rahman Tak nak lagi. Satu yang dia mahu ialah ” Di mana Pasar ?…Memang otak bisness….
Zaman dahulu pon ada inovasi, great info.