Strategi perniagaan dalam The Art of War

Tulisan classic “The Art of War” sering digunakan dalam pelbagai bidang, dari politik, hingga ke perniagaan. Salah satu strategy The Art of War adalah “Make a Noise in the East While Attacking the West”

Strategy perang ini mengatakan bahawa untuk membuat kecoh di kawasan lain, tetapi, sebenarnya menyerang di kawasan lain.

Dalam perniagaan yang penuh dengan persaingan pula, menggunakan strategi ini adalah untuk memberi pesaing anda tidak menyangka langkah anda seterusnya.

Sebagai contoh, yang sering berlaku adalah menjual sesuatu keluaran pada harga yang rendah untuk melariskan jualan. Pesaing juga turut menurunkan harga produk mereka untuk bersaing. Tetapi, dalam waktu yang sama perniagaan pertama tadi sedang menunggu waktu yang sesuai untuk mengeluarkan produk baru untuk bersaing dengan produk pesaing yang telah turun harga!

Ya, strategi perniagaan adalah umpama sedang berperang πŸ™‚ Cuma, jangan perang betul2 sudah lah… perang secara sihat (bersaing secara sihat) πŸ™‚

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

30 thoughts on “Strategi perniagaan dalam The Art of War

  1. Seperti yang disebut oleh Sun Tzu dari China

    Ò€If you know the enemy and know yourself, you need not fear the result of a hundred battles.
    If you know yourself but know not the enemy, for every victory gained you will also suffer a defeat. If you know not the enemy or yourself, you will succumb in every battleÒ€.

    Business activities are a microcosm of warfare. Your competitors are the opposing armies. The territory you are fighting for is the market segment of other businesses or consumers that currently use, or could potentially use your product. Your weapons are your product mix, price, place (distribution) and promotion strategies.

    Victory goes to the business that can not only gain territory from their competitors and at the same time which is more important make the business profitable. Rgds.Sharifah Azran Alam

  2. bukan mcm tu , mungkin takdak idea kot.
    saya pulak sibuk sikit dgn kursus pemantapan jawatankuasa pelajar kat sini,

    bagi,
    peperangan dgn nafsu, adalah paling hebat ujiannya kpd saya.

  3. Saya rasa ada technical problem la .. saya dah hantar komen tapi tak keluar pun… πŸ™ Apa pun tip ttg the art of war ni mmg bernas! Mmg di dlm perniagaan kita seolah2 berperang… sentiasa kena compete with each other agar kita dpt “a piece of the big cake” i.e the market.

    Kena cepat bertindak dlm melaksanakan sesuatu. Jgn bertangguh sbb klu kita bertangguh, misalnya dlm nak melancarkan perniagaan/produk baru… nanti akan ada org yg keluar dulu dgn idea tu… sia2 segala usaha dan idea yg kita dah rancangkan!! Tak psl2 kena revise balik semuanya… So jgn bertangguh. Kerana masa itu “berbukit2 emas!” Bak kata saudara Irfan kita…. πŸ™‚

  4. Terima kasih Bang Irfan..buku abang..ada saya beli..banyak tips baru untuk saya..saya sekarang ni baru habis SPM…tapi adakah saya berpeluang untuk mulakan perniagaan internet…saya masih belum ada idea lagi…bolehkah abang tolong saya??

  5. hafizal : berapa harga ini barang taukeh??
    taukeh : ini barang tak mahai punya, RM39.90 saja
    hafizal : ini barang taukeh??
    taukeh : ini imported punya, ori, made in japan, quality first class ooo, tahan lama, RM49.90 looo…

    Kenapa mesti RM39.90 dan RM49.90?

  6. Yes…strategi ni penting untuk nak nagi sedikit psiko kat pesaing kita…mungkin pesaing menyangka kita dalam masalah…dalam msa yang sama…we are waiting to explode…

  7. Terkejut aku baca tulisan Irfan, sebab baru semalam boss aku cakap pasal benda ini. Boss aku cha ya nun alif. Maybe dia extreme sikit la, kami buka company kecil (sdn bhd) promote satu produk, then biarkan company baru tu masuk market and kena ‘belasah’ dengan rival yang lain, kami buat promotion giler kat tempat tu (Penang).. but at the same time, we start building our foundation kat Klang Valley. Dia cakap dia ambil benda ni dari Art Of War…..

  8. perang harga memang ada. tetapi, sesiapa yang menggunakan perang harga, menunjukkan kelemahan dalam sesuatu jenama.

    jenama yang kuat tidak bergantung kepada penurunan harga untuk mendapat pembeli.

  9. Menyentuh kaedah perang ini mengingatkan saya kepada kepada Star Wars episod 1.

    Derang nak attack Istana tapi lancarkan perang kat tempat lain dulu.

    Good tips!

  10. erm..saya amat bersetuju…perang ni bkn sahaja dengan musuh persaingan, namun dgn diri kita juga. faktor lemah semangat dan malas punca runtuhnya perancangn dan perniagaan yang kita nk bina kan..

  11. Salam IK,

    Saya lebih berminat dengan buku Blue Ocean Strategy yang mencadangkan cara bagaimana sesebuah syarikat atau bisnes itu mencipta permintaan dan pasaran baru dan bukannya bersaing dengan pesaing yang sedia ada.

  12. saya lebih suka memberikan nama taktik ini sebagai “teknik bayang-bayang”…semasa saya berniaga offline dulu,saya banyak kali terlihat para usahawan bangsa Cina yang begitu arif menggunakan teknik ini.Mereka akan meletakkan perniagaan mereka ke satu tahap yg agak tinggi dan para pesaing akan bertungkus lumus utk.mencapai tahap tersebut dan tanpa disedari,mereka sedang meninggalkan lompang-lompang kosong yang memberikan laluan mudah bagi serangan KO.

  13. Buku ni memang glamer, tapi saya belum berkesempatan untuk membeli dan membacanya. Thanks IK kerana berkongsi ilmu dalam buku ni dengan pembaca setiap blog Tips 1 minit ni, I follow..

  14. Kena ada byk strategi lebih2 lagi di zaman teknologi ni..Byk persaingan wujud, pelanggan yg dpt banyak keuntungan..Kalo tak jadilah sistem monopoli

  15. Ini taktik atau strategi perniagaan yg selalu diguna pakai untuk mengelirukan pesaing-pesaing. Barulah mendapat tarikan atau sambutan yg bagus drp pelanggan.

  16. Sentuh pasal persaingan perniagaan ni, salah satu tektik syarikat gergasi untuk jatuhkan pesaing adalah menurunkan harga ke tahap gile-gile sampai pesaing kecil-kecilan hilang satu persatu.

    Bila dah takde pesaing, masa ni lah syarikat besar tadi monopoli pasaran dan masa nilah dia orang pukul habis harga sampai melambung tinggi.

    Kadang-kadang masa harga dah jatuh, dia orang beli kuantiti pukal untuk simpan stok. Bila stok dah takde di pasaran, masa nilah pula dia orang keluarkan stok untuk jual harga tinggi.

    Macam-macam teknik peniaga. Tapi bagi saya kalau nak bersaing biarlah cara sihat. Sama-sama untung, sama-sama boleh cari makan.

    Saya baru je buka outlet kedai dobi francais Nanowash di Seri Manjung, Perak. Ini projek terakhir saya sebelum melabuhkan tirai tahun 2009.

    Kami tidak bersaing dengan kedai dobi biasa malah kami jadikan kedai dobi biasa sebagai rakaniaga. Kami jadikan mereka sebagai dealer atau ejen untuk cucian nanowash.

    Mereka tak perlu beli mesin baru, sebalik ambil order dan hantar ke kedai dobi kami untuk rawatan cucian nanowash.

    Jadi, mereka happy, kami pun happy. πŸ™‚

  17. Salam IK.. saya begitu tertarik dengan pendekatan strategi bisnes macam ni salah satu idea yang menarik.. kepada encik hamdan apa yang anda katakan ada betulnya, tetapi tips yang diberikan oeh IK tidak menyatakan menjatuhkan pesaing dengan cara yang encik katakan..tetapi strategi yng dimaksudkan adalah mengaburi pesaing kita daripada megetahui bisnes planning kita seterusnya dengan mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang jauh lebih baik daripada pesaing kita… ini dinamakan psaingan sihat.kita boleh berkongsi idea tetapi kita masih perlu mempunyai keistimewaan tersendiri..
    http://www.irfankhairi.com/mentor?a_aid=59076e83

  18. satu penerangan yang membuka minda saya,, ni kira kene berfikir di luar kotak pemikiran. memang banyak syarikat besar yang guna strategi ni, cuma mungkin kita tak perasan jer..

  19. Saya pun pernah baca ringkasan tentang the art of war tu, memang ianya satu ilmu yang bagus bagi mereka yang betul2 nak berjaya dalam dunia perniagaan dan dunia persaingan

Leave a Reply

Your email address will not be published.