Strategi mencipta permintaan perniagaan

Petang tadi saya & isteri bawa anak2 bawa main layang2 di ________ ;). dekat area tu ada satu kedai ni, jual layang-layang sahaja. apa yang menariknya adalah strategi yang dilakukan oleh kedai ni…

Kedai ni mengupah pekerjanya untuk bermain layang-layang di kawasan tersebut! Dan pekerjanya pula pandai main layang-layang yang berbagai jenis.

kite-2kites.jpg

So, apa yang terjadi adalah, mereka yang beriadah di kawasan tu akan tertarik pada layang-layang yang dimainkan oleh pekerja kedai tersebut, dan secara automatik, ramai yang nak cuba (termasuk budak-budak kecil) dan beli layang-layang di kedai tersebut.

Satu strategi yang amat menarik oleh kerana kedai tersebut berjaya MENCIPTA permintaan!

Sekiranya anda menjalankan perniagaan, cari jalan bagaimana anda boleh menciptakan permintaan daripada keadaan yang tiada permintaan. Tahukah anda contoh perniagaan-perniagaan lain yang berjaya menciptakan permintaan?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

15 thoughts on “Strategi mencipta permintaan perniagaan

  1. Contoh perniagaan-perniagaan lain yang berjaya menciptakan permintaan:
    1.Kedai jual barangan kek dan bakery menganjurkan kelas belajar buat cake dan roti.
    2.Kedai peralatan jahitan buat kelas belajar menjahit.
    3.Gerai bahulu tradisional,bakar bahulu kat situ..berbau wangi jer..pas tu beri tester bahulu yg baru dibakar tu..;D

  2. Salam IK?
    Ya memang betul strategi itu, semasa saya berjalan-jalan di salah satu karnival ada kedai menjual lastik terbang dan pada masa yang sama anak-anak tauke kedai tersebut bermain permainan lastik terbang tersebut.memang berkesanlah saya setuju..

  3. Idea dan strategi menarik pelanggan kadang-kadang lahir dengan sendirinya hasil minat yang mendalam terhadap perniagaan itu sendiri.
    Pada saya inilah idea dan strategi yang paling berkesan sekali berbanding cuba meniru orang. Tapi tidaklah salah meniru, itulah cara yang terbaik sebelum idea lahir dengan sendirinya.

  4. Kopi (3 in 1) yang no.1 dalam market warung/restoran adalah kopi Jantan.. Masa mula-mula keluar dulu dalam bentuk papan tak laku.. 2 tahun tergantung di kedai2 makan..
    Sekarang cukup laju w/pun x penah masuk iklan..

    No2 kopi Radix, no3 Kopi Arabica Susu Kambing, No3 HiGoat Susu Kambing & no4 Kopi CNI.. Wallahua’lam..

  5. Hmm, kopi Jantan ni mencipta demand dengan meletak gambar towkey Melayu pada papannya..

    Kemudian digantung pada gerai2 atau warung makan.. Selang 2 minggu tokei kedai cuma bayar paket yang jalan sahaje..

    Hmm, bila kopi lain tiru taktik same.. tak jalan. adehh..

  6. Salam.

    Taktik yang selalu saya nampak ialah penjual mainan belon yang menggunakan semburan untuk keluarkan belon. Mereka menambak pistol tersebut ke udara dan dengan cara itu menarik orang ramai terutama anak kecil untuk singgah.

  7. Bagus tu strategi mencipta permintaan selain dari hanya menunggu permintaan, antara lainnya kita boleh mewujudkan permintaan dengan memberitahu kepada perlunya produk yang kita tawarkan ataupun menggalakkan sanak saudara menggunakan dahulu produk kita. Apa yang penting ialah orang mesti tahu berapa penting dan bagus produk yang kita jual itu.

  8. Wah! Tak pernah dengar strategi camni. Biasanya orang jual layang2 tak main layang2 yang dia jual 😉

    Biasanya orang jual baju, pakai baju dia, jual aksesori, guna aksesori dia. Layang2 ni first time camni. Menarik! 😉

  9. Irfan,
    T.Kasih kerana berkongsi artikel yg hebat ini.

    Kalau jual barang nampak boleh apply idea ni. Kalau jual perkhidmatan? Boleh tak irfan dan kawan-kawan share idea?

  10. ini idea yg baik.didepan rmah sy ada padang,boleh buat ni. Kekadang org yg meniru ni lebih baik dr yg ditiru. macam China banyak tiru produk ,akhir brg mereka laris wpun kurang kualitinya

Leave a Reply

Your email address will not be published.