Teknik “Squeeze page” adalahย teknik yang sering digunakan dan menerima hype baru-baru iniย dikalangan Internet marketers kini.
Squeeze page adalah laman web yang hanya meminta maklumat seperti nama & alamat email pelawat di mukasurat pertama. Squeeze page juga memuatkan manfaat-manfaat yang diterima oleh pelawat sekiranya mereka meninggalkan nama dan alamat email.
Pakar perniagaan Internet berpendapat bahawa dengan mendapatkan nama dan email pelawat, mereka dapat menggunakan maklumat ini untuk promosi susulan yang lebih efektif. Ini adalah kerana, perhubungan yang berterusan melalui email akan menambahkan lagi kepercayaan pelawat untuk menjadi pembeli.
Kekuatan Squeeze page:
Menambahkan lagi jumlah subscribers kepada mailing list. Ini kerana, sekiranya pelawat melawati sesuatu laman web perlu memberi nama dan email terlebih dahulu sebelum menerima apa sahaja maklumat terkandung dalam laman web itu ๐
Squeeze page yang baik dapat mengubahkan 50%-60% pelawat menjadi subscribers email (bukan pembeli!). Manakala tanpa squeeze page, laman web biasa yang baik dapat menarik 20%-30% pelawat kepada subscribers emailย (bukan pembeli!).
Kelemahan Squeeze page:
Terlalu sedikit informasi untuk menambahkan kepercayaan pelawat kepada pemilik laman web/perniagaan Internet. Walaupun jumlah subscribers meningkat, nilai kualiti subscribers tidak diketahui. Sesetengah orang yang berkemampuan (prospect) mungkin tidak selesa dengan meninggalkan email tanpa maklumat yang lanjut, maka, kita kehilangan prospek.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
setahu saya, Squeeze page boleh dapat subscribe yang ramai…
tapi kadang2 subscibe yang takde kualiti…
han
Bagus!!
teknik ini, memang menarik mailing list..
Squeeze page yang baik dapat mengubahkan 50%-60% pelawat menjadi subscribers email (bukan pembeli!). Manakala tanpa squeeze page, laman web biasa yang baik dapat menarik 20%-30% pelawat kepada subscribers email (bukan pembeli!).
untuk teknik mendapatkan mailing list yang hebat, anda semua di jemout ke laman web saya ini di http://www.mohdhilmi.com/mail
dan isikan nama dan email anda (squeeze page saya ni) ๐
untuk dapatkan DOWNLOAD PERCUMA TEKNIK MENJANA MAILING LIST!!
๐
p/s: tajuk yg hebat pd kali ini.
Wahhh menariknya page jejakjutawan tu..
Saya pun dah subscribe.Satu lagi nak tanya , kalau di johor macamana nak dpt siaran radio24?
Assalammualaikum..
Tahniah.. tambah laman lagi.. I learn something new today.. Pat Pat Nye, Siapa Cepat dia punya.. So, nevermind, there are still a lot out there.. I have learned a lot from you.. thanks..
Assalamualaikum Irfan…
Squeeze page? First time dengar! Menarik gak!
Sy nak tanya sikit, jika pelawat nak visit laman web kita dia kena berikan email dia dulu ke?
Tq Irfan. Good Luck…:-)
squeeze page? menarik pelawat ke website?
memang menarik…
yang ini salah satu darinya jugak? irfan punya dah tentu design sendiri?
http://www.optindesign.com/page/index.php
Terima kasih,
bagi anda yang sudah subscribe dengan akses percuma jejak jutawan, email akses akan di hantar dalam minggu ini. ini kerana, rakaman “pilot” baru dilakukan malam tadi di radio24. tak sempat saya nak umumkan di sini sebab busy sedikit! ramai yang terlepas…
tapi tak mengapa, krew kami tengah menulis balik wawancara malam tadi dan beri kepada mereka yang menyertai jejak jutawan, dan paling menarik adalah, saya juga mendapatkan Azizi Ali on the phone untuk berikan sedikit tips mengenai minda jutawan ๐
tunggu ya!
saya sedar teknik ini mempunyai baik dan buruknya. kadang2 kebanyakan pelawat tidak gemar untuk meninggalkan emailnya dan mungkin menganggapnya remeh. tapi mungkin pencebur bidang biz internet bole mencuba teknik ini
Untuk menambah subscriber, sudah tentu kena beri sesuatu yang berharga seperti ebook,rakaman audio atau lain-lain item yang tidak boleh didapati di tempat lain.
Saya pun agak baru juga dengan squeeze page ni… kalau ada yang nak join tu, silakanlah ๐
bagus, kalau orang macam irfan boleh buat macam nie tak kan kita tak boleh, semangat saya datang dari irfan bila nampak semangat irfan semangat saya pun meninggi..
p/s : berbelit je ayat saya nampak.
er..tak pernah buat pun lagi squeeze page ni..coz blog saya pun tak perlu rasanya benda ni..:)
Bagi yang ingin tahu, so far Squeeze Page http://www.jejakjutawan.com menerima 50.5% conversion rate…
Jika dibandingkan “popup” http://www.rahsiainternet.com menerima 32.1% conversion rate…
Adakah saya mengesyorkan strategi squeeze page?
nanti saya jawab.. ๐
Wah ada laman baru. Tahniah Irfan… saya dah daftar tak nak ketinggalan juga….
saya nampak potensi squeeze page di jejakjutawan lebih bagus dan cepat untuk kumpulkan mailing list. ๐
Tak nak letak apa-apa ke di page terakhir selepas daftar tu dan page selepas pengesahan pendaftaran. ๐
Mungkin paling kurang boleh letak link laman web produk yang yang lain. ๐
Tahniah dgn laman web yg baru.
– zul
Terima kasih banyak tips yg bergune saye perolehi dari semenjak saya subscribe rahsia internet.. jadi saye tidak ketinggalan juga daftar dlm jejakjutawan pula..
saya juga masih mengkaji dan mempelajari pengunaan squeeze page nie..
zul> squeeze page jejak jutawan tu tak siap lagi. free gift yang nak diberi pun 2-3 hari baru dapat hantar kepada subscribers ๐
agak sibuk sedikit dengan program jutawan… perlu training kat studio. nanti tak pasal-pasal tertekan button salah! ๐
apa pun, program JUTAWAN! khamis ini memang happening- lain daripada yang lain! saya sendiri tak sabar untuk mengendalikannya. happening!
juga, saya seronok sebab “mungkin” baru kali ini ramai akan mengenali personaliti saya yang sebenar. ramai ingat saya ni serious je orangnya melalui penulisan. tu yang saya perlu rebranding tu.
hebat la ..
Tahniah anak melayu!
Berita terkini… squeeze page Jejak Jutawan kini memperolehi 59.2% conversion rate ๐
wah… hampir target saya = 60%!
Camner ukur conversion rate? Nak tau juga keberkesananan squeeze page kita ni.
Dari siri pertama tu, jelas dah manifestasikan ‘branding’ yg mahukan tu. ๐ Cool, happening, relaks, sempoi. Saya rasa cara macam ni jarang dilakukan jutawan kat Malaysia. Unik. Cth terbaik, Mr Bean. Hmm.. ๐
—————
Kerbeross, nak ukur CR (conversion rate) tu secara mudah dan asasnya ialah kita bahagikan jumlah yg join list kita dengan jumlah yang datang ke laman web kita tu.
Contoh: Total pelawat ialah 10,000 orang dan yang join list (newsletter) katakan 5000 orang. So, (5000/10,000) x 100% = 50%.
*Kiraan di atas untuk kes subscription Newsletter. Bukan untuk jualan produk, etc..
Kepada betulkan kalau saya silap. Atau kalau ada formula lain, kongsi2 lah. ๐
– zul
Mana lebih baik squeeze page yang menawarkan hanya satu produk daripada satu website yang menawarkan pelbagai jenis produk?
Kalau seorang bakal pembeli melawat squeeze page kita dan tidak jadi atau berkenan dengan tawaran kita, maka kita akan kehilangannya.
Tetapi jika dia melawat website kita yang menawarkan pelbagai tawaran, besar kemungkinan dia akan membeli salah satu daripada tawaran kita itu, maka kita akan rasa beruntung.
Pada pandangan saya, terserah kepada individu yang mana satu mereka suka. Yang penting ialah biarlah kita jujur dalam mempromosikan tawaran kita itu. Tidak ada perkara-perkara yang tidak benar yang disembunyikan…
Bunyi mcm menyeronokkan ‘ jejak jutawan ‘ tu tapi 10,000 rp berapa ye dlm rm.
Salam ! Sekiranya saya ada blog adsense adakah saya perlu lakukan squeeze page ?
Syabas Irfan , semoga lebih sukses
Saya suka teknik ini. Teknik paling mudah untuk kumpul list. Tak perlu ada web jualan pun. Just share info, nanti kita boleh buat follow up kepada list.
nak tnya cmna mna nak mulakn squeeze ni